본문

Keistinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

별점(별점없음)

Pilihan destinasi di Pulau Jeju terlalu banyak untuk dirasai nikmat sepenuhnya dalam satu perjalanan. Bagi yang kesuntukan waktu, kami telah menyediakan itinerari yang lengkap dengan tarikan utama dan wajib dialami untuk pelancongan pertama kali di Pulau Jeju dengan jangka masa yang pendek (3H/2M). Itinerari yang kami cadangkan adalah fokus kepada alam semulajadi, sejarah dan kebudayaan, siap dengan cadangan makanan mesra-Muslim di seluruh pulau Jeju.

  • Semak

    0

  • Carian

    474

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup LengkapKeistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju

Pilihan destinasi di Pulau Jeju terlalu banyak untuk dirasai nikmat sepenuhnya dalam satu perjalanan. Bagi yang kesuntukan waktu, kami telah menyediakan itinerari yang lengkap dengan tarikan utama dan wajib dialami untuk pelancongan pertama kali di Pulau Jeju dengan jangka masa yang pendek (3H/2M). Itinerari yang kami cadangkan adalah fokus kepada alam semulajadi, sejarah dan kebudayaan, siap dengan cadangan makanan mesra-Muslim di seluruh pulau Jeju. 

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>


ㆍRingkasan Itinerari 

[Hari Pertama]

Ketibaan di Lapangan Terbang Jeju, Bandar Jeju, pada pukul 3pm → Pick-up kereta sewa → Check-in → Samyang / Hamdeok → Pasar Dongmun → Loveland 


[Hari Kedua]

(Pilih daripada itinerari sebelah timur dan selatan, memang rasa huru-hara kalau nak coversemuadalammasa3hari!)

- Timur: 

Seongsan Ilchulbong → Pantai Gwangchigi → Jalan Pesisiran Pantai → Lunch & Perkampungan Tradisional Jeju → Check-in → Air Terjun Cheonjiyeon (Yatri Indian) / Cenuram Daepo Jusangeolli 

- Selatan: 

Hallasan Trel Yeongsil → Check-in → Olle Trel No. 6 (melalui Pasar Olle → Jalan Lee Joong Seop & Muzium Seni → Air Terjun Jeongbang) → Air Terjun Cheonjiyeon (Yatri Indian) / Cenuram Daepo Jusangeolli 


[Hari Ketiga]

(Hari terakhir fokus kepada sebelah barat dan keliling Bandar Jeju. Kerana masa agak singkat mengejar perlepasan penerbangan pada pukul 4pm, mungkin perlu memilih hanya satu lokasi di sebelah barat, dan satu lagi di Bandar Jeju.) 

Pantai Hyeopjae / Pantai Aewol → Batu Yongduam / Jeju Mokgwana → Pulangkan kereta sewa → Check-in di lapangan terbang  

Eksplorasi di Utara & Bandar JejuHari Pertama


ㆍKetibaan

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Tiba sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, ikut jalan keluar ke Gate 5 untuk menunggu shuttle bus ke kawasan pejabat sewa kereta. Jika anda membuat online booking, semak teliti pada emel tempahan untuk menentukan nombor bas dan nama agensi sewa. Perlukan penjelasan lebih lanjut? Lihatlah artikel ini tentang persediaan sebelum ke Jeju. (LINK to Article 1)


ㆍPantai Samyang

Pantai Samyang berjarak hanya 20 minit dari lapangan terbang jika memandu. Ia sangat sesuai bagi lokasi pertama setelah mendarat kerana sangat dekat. Pantai ini terkenal dengan pasir hitamnya yang terjadi akibat hakisan batuan basalt dan mempunyai kandungan besi tinggi. Dikatakan bahawa mandi dengan pasir ini mempunyai kesan yang bermanfaat untuk neuralgia, arthritis, dan penyakit lain. 


[Pantai Samyang]

Alamat: Seonsa-ro 8-gil, Samyang-dong, Samyangil-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea 

No. Telefon: +82 64 728 3991

Waktu Operasi: 24 jam


ㆍPantai Hamdeok

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Pantai Hamdeok terletak jauh sedikit, mengambil masa dalam 15-20 minit daripada Pantai Samyang. Kalau ada rasa lapar selepas penerbangan, dicadangkan terus ke Pantai Hamdeok kerana terdapat lebih banyak restoran dan kafe di sini. Cuba Cafe Delmoondo yang betul-betul terletak di tepi pantai untuk menikmati menu vegetarian dan pemandangan yang sangat indah. 


Pantai Hamdeok mempunyai pasir keemasan dan air biru yang paling jernih di Jeju. Ia adalah pantai cove, yang bermaksud pantai menurun ke dalam dari lautan, menjadikannya kawasan yang cetek dan terlindung. Cukup selamat untuk berenang jika ada kanak-kanak kecil. 


[Pantai Hamdeok]

Alamat: Hamdeok-ri, Sinbuk-ro, Jocheon-eup, Jeju-si

No. Telefon: +82 64 728 3989

Waktu Operasi: 24 jam

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500693


[Cafe Delmoondo]

Alamat: 519-10, Johamhaean-ro, Jocheon-eup, 63333 

No. Telefon: +82 64 702 0007

Waktu Operasi: 7am-12am, setiap hari 

Laman web: https://www.facebook.com/cafedelmoondo


ㆍPasar Dongmun

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Setelah selesa check-in, wajib melawat Pasar Dongmun, iaitu pasaran tertua dan terbesar di Jeju. Ia mempunyai pelbagai jenis hasil tempatan Jeju, yang terdiri daripada hewan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan, cenderamata, pakaian, dan juga street food. Kalau minat dengan snek ikan Dahfa, mesti try snek dan kerepek makanan lautan Jeju yang lagi fresh dan berperisa. Anda boleh mendapatkan seafood goreng bersama dengan kentang sekali dalam 5,000W. Kalau teringin buah-buahan segar untuk sarapan pagi, belilah beberapa tangerin Jeju yang memang manis dan kaw rasanya.


[Pasar Dongmun]

Alamat: 20 Gwandeong-ro 14(sipsa)-gil, Idoil-dong, Jeju-si 

No. Telefon: 1588 0708

Waktu Operasi: 8am-9pm, setiap hari 

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500745


ㆍLove Land

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Seterusnya, ke taman tema Love Land, iaitu taman tema Jeju yang paling unik dan menarik yang anda tidak akan dapat mencari di tempat lain. Ia adalah taman bertema seks dan erotisme, dengan lebih dari 100 patung skulptur yang menggambarkan perbuatan seks secara artistik dengan kraf dan kreativiti yang hebat. Taman ini kebanyakkannya outdoor, tetapi ada juga bahagian dalam yang mempamerkan patung-patung kecil dan kedai menjual cenderahati yang pasti menghiburkan anda. 


Love Land dilawat ramai pada siang hari, tapi kami cadangkan anda pergi pada waktu malam untuk pengalaman yang lebih intim dan sama sekali berbeza. Laluan berliku, tanaman dan pencahayaan menarik akan memberi anda pengalaman Alice in Wonderland versi dewasa. 


[Love Land]

Alamat: 2894-72 1100(Cheonbaek)-ro, Yeon-dong, Jeju-si

No. Telefon: +82 64 712 6988

Waktu Operasi: 9am-12am, setiap hari

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500550

Hallasan Asal Pulau Jeju & Olle Suasana Kehidupan DesaHari Kedua (Selatan)


ㆍHallasan

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Untuk naik sampai puncak dan balik puncak tertinggi di Korea Selatan ini adalah perjalanan sehari penuh, maka untuk perjalanan singkat, kami mengesyorkan Trel Yeongsil. Masukkan Pejabat Tiket Yeongsil di GPS anda untuk ke tempat letak kereta yang pertama. Anda boleh berjalan dari sini (kira-kira 2km, berikutan jalan dengan akses kenderaan) atau memandu ke tempat letak kereta kedua. Kemasukan mungkin dihadkan jika trafik adalah berat.


Walaupun trel Yeongsil tidak membawa anda ke puncak, anda akan mencapai ketinggian 1,700 meter di atas paras laut selepas kira-kira sejam pendakian. 


Terdapat restoran kecil di sebelah tempat letak kereta kedua di mana anda boleh berehat sekejap. Rekomen beli air jus hallabong iaitu tangerin Jeju yang sangat menghilangkan dahaga, ataupun latte pisang bagi memberi tenaga dan hilang rasa penat. Harga satu jus 5,000W tapi sedapnya memang tak akan rasa rugi. 


[Pejabat Tiket Yeongsil]

Alamat: 246, Yeongsil-ro, Seogwipo-si, Jeju-do

No. Telefon: +82 2 1330

Waktu Operasi: Waktu masuk terakhir berubah mengikut musim kerana pelawat mestilah turun sebelum matahari terbenam. Semak laman web untuk maklumat terkini. 

Laman web: www.hallasan.go.kr


ㆍOlle Trel No. 6 

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Jeju Olle adalah laluan berjalan kaki yang meliputi seluruh pulau. Lihat semua 26 laluan di laman web Olle, www.jejuolle.org. 


Olle Trel No. 6 keseluruhannya sepanjang 13.3km dan mengambil masa dalam 4-5 jam. Kami telah memilih sebahagian daripada Olle Trail no. 6 kerana ia singkat dan agak mudah direntasi. Anda akan bermula dari Pasar Olle (Olle Sijang) dan melintasi pusat bandar Seogwipo, mengambil kurang daripada 2 jam ulang-alik, dan membawa anda melalui beberapa tapak warisan kebudayaan dan semulajadi di Jeju.


[Tempat Permulaan/Tamat (Pasar Olle)]

Alamat: 22 Jungjeong-ro73beon-gil, Seogwi-dong, Seogwipo-si 

No. Telefon: +82 64 762 2190

Waktu Operasi: Trel terbuka 24 jam

Laman web: www.jejuolle.org


ㆍPasar Olle

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Bertuju kepada Olle Sijang atau Pasar Olle dan letak kereta di tempat letak kereta di sebelah pasar itu. Pasar Olle ini lebih luas dan suasananya lagi aman berbandingkan Pasar Dongmun. Rekomen cuba gimbap ikan tenggiri, atau bubur abalone, makanan specialty Jeju yang murah, puas hati dan kenyang perut. Sashimi Korea ataupun hoei, lagi kenyal teksturnya, kurang lemak dan sangat fresh. Lain sekali rasanya dari sashimi Jepun. Tidak ada gerai yang tertentu untuk rekomenkan, semua lebih kurang sama dan sedap sekali - ikut feel sahaja. 


[Pasar Olle]

Alamat: 22 Jungjeong-ro73beon-gil, Seogwi-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

No. Telefon: +82 64 762 1949

Waktu Operasi: 7am-9pm

Laman web: http://xn--hh0b08q1obf3ndkclthgtcqj988g.com/ENGLISH


ㆍJalan Lee Joong Seop

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Keluar dari Pasar Olle, terus berada di tengah-tengah bandar Seogwipo. Jalan ini dinamakan sempena artis terkenal yang kediamannya telah dipelihara dan persekitarannya dijadikan taman. Dalam perjalanan akan terjumpa Muzium Seni Lee Joong Seop, gerai-gerai menjual hasil seni tempatan, teater lama dan kafe-kafe yang bergaya dan mesra-Muslim.


[Muzium Lee Joong Seop]

Alamat: 27-3, Ijungseop-ro Seogwipo-si, Jejudo

No. Telefon: +82 64 760 3567

Waktu Operasi: 9am-6pm (8pm di musim panas)


[Yatri Indian Restaurant]

Alamat: 113, Chilsimni-ro, Seogwipo-si, Jeju-do

No. Telefon: +82 64 762 7659

Waktu Operasi: 11.30am-2pm, 5.30-8pm, tutup hari Isnin


[Villa de Ato Brunch] 

Alamat: 413 Taepyeong-ro, Seogwi-dong, Seogwipo-si

No. Telefon:+82 64 763 7374

Waktu Operasi: 10am-10pm


ㆍAir Terjun Jeongbang

Air Terjun Jeongbang adalah di antara 3 air terjun yang paling terkenal di Jeju (dua yang lain iaitu Cheonjiyeon dan Cheonjeyeon). Dua-dua mempunyai keistimewaannya tersendiri. Jeongbang merupakan satu-satunya air terjun yang langsung bermuara ke laut. 


[Air Terjun Jeongbang]

Alamat: 37 Chilsimni-ro214beon-gil, Donghong-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

No. Telefon: +82 64 733 1530

Waktu Operasi: 8.30am-6pm, bergantung kepada waktu matahari terbit/terbenam. Semak laman web untuk maklumat terkini. 

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500531


ㆍCenuram Daepo Jusangeolli

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Memang rugi kalau melepas peluang untuk menyaksikan pemandangan di waktu matahari terbenam di Jeju, yang amat mengagumkan di Daepo Jusangeolli. 


[Cenuram Daepo Jusangeolli]

Alamat: 2767, Jungmun-dong, Seogwipo-si

No. Telefon: +82 64 738 1521

Waktu Operasi: 9am-6pm 

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CNTS_000000000020476


ㆍAir Terjun Cheonjiyeon

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Air Terjun Cheonjeyeon terletak lebih kurang 1km dari tempat letak kereta. Perjalanan mengarah kepada air terjun ini melalui tebing Sungai Sombancheon diturap dan diterangi pada waktu malam. Anda dapat melihat skulptur naga yang menceritakan mitos air terjun ini, dan juga mendengar suara air jatuh dari air terjun pada waktu senja dingin memberi suasana yang sangat menenangkan. 


[Air Terjun Cheonjiyeon]

Alamat: 2-15, Namseongjung-ro, Seogwipo-si 

No. Telefon: +82 64 760 6304

Waktu Operasi: 9am-9.20pm 

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500618

Matahari terbit di pinggiran dunia & eksplorasi sejarah penduduk JejuHari Kedua (Timur)


ㆍSeongsan Ilchulbong

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Pastikan waktu matahari terbit mengikut link di bawah untuk mengaturkan masa bertolak dari guesthouse supaya dapat menyaksikan matahari terbit. Dari tempat letak kereta dan pintu masuk, ada tersedia jalan laluan dan tangga papan. Walaupun trek di sini adalah agak curam berbandingkan trek di Hallasan, ia hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk sampai ke puncak.


Kalau tidak larat ke puncak, ada juga trek yang mengelilingi tebing di kaki Seongsan Ilchulbong. 


[Tempat Letak Kereta Seongsan Ilchulbong] 

Alamat: 78 Seongsan-ri, Seongsan-ep, Seogwipo-si

No. Telefon: +82 64 783 0959

Waktu Operasi: Oct-Feb: 7.30am-7pm, (kaunter tiket tutup 5.50pm) / Mar-Sep: 7am-8pm (kaunter tiket tutup 7pm), tutup Isnin pertama setiap bulan

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500349


ㆍPantai Gwangchigi

Pantai Gwangchigi mengambil hanya 5 minit naik kereta dari Seongsan Ilchulbong. Waktu pertengahan pagi paling sesuai untuk menikmati keistimewaan Gwangchigi, iaitu batu-batu hijau berlumut, air laut jernih dan tenang, dan pemandangan Seongsan Ilchulbong berdiri megah di belakang. 


[Pantai Gwangchigi]

Alamat: Ojo-ri, Seongsan-eup, Seogwipo, South Korea

Waktu Operasi: 24 jam

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CNTS_000000000018413


ㆍPerkampungan Tradisional Jeju

Dari Gwangchigi ke lokasi seterusnya, iaitu Perkampungan Tradisional Jeju (Jeju Folk Village), mengambil masa 25 minit mengikut jalan raya. Kalau sempat, rekomen anda ikut jalan pesisir pantai untuk betul-betul dapat rasa feeling berada di pulau. (Cari cafe “Molmanong” di GPS untuk temui tempat permulaan jalannya.) 


Perkampungan Tradisional Jeju membawa anda ke kehidupan masyarakat Jeju pada abad ke-19. Walaupun rasa agak mahal bayaran tiket, memang berbaloi kerana perkampungan yang terbahagi kepada beberapa kawasan (mountain village, fishing village, shaman village, dll.) dan memang lagi luas daripada jangkaan. 


Bukan setakat melihat display seperti di muzium, tetapi anda sempat berinteraksi dengan watak-watak para penduduk zaman itu, mengalami cara penggunaan alat-alat mereka, dan betul-betul dapat merasai cara hidup orang Jeju zaman dahulu.


[Perkampungan Tradisional Jeju]

Alamat: 631-35, Minsokhaean-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, 63629

No. Telefon: +82 64 787 4501 

Waktu Operasi: Oct-Feb, 8.30am-6pm, Mac 8.30am-6.30pm, Apr-Jul, 8.30am-7pm, Jul-Ogos, 8.30am-7.30pm, Sep, 8.30am-7pm 

Laman web: www.jejufolk.com

Keindahan pantai barat Jeju & pemandangan terakhirHari Ketiga

Hari ketiga dan terakhir, tak mahu aktiviti yang terlalu berat atau mengambil masa. Penerbangan berlepas pada 4pm. Perlulah memulangkan kereta sewa dan berada di lapangan terbang sebelum 2pm.  


Dari selatan pulau, menuju pula ke arah barat, ke Pantai Hyeopjae atau Pantai Aewol. 


ㆍPantai Hyeopjae

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Pasir Pantai Hyeopjae yang putih bersih terdiri daripada serpihan kulit kerang yang sangat halus. Di sini juga ada batu-batu basalt yang bertaburan di sebelah barat pantai, dimana anda dapat snorkeling apabila air pasang untuk melihat pelbagai jenis ikan. Di waktu air surut, ombak di sini sangat lembut dan sesuai untuk berenang dengan rileksnya. Kalau melawat pada musim panas, memang ramai tetapi kerana area pantai ini lebih besar daripada pantai-pantai lain di Jeju, tidak adalah rasa begitu sesak.  

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

[Pantai Hyeopjae]

Alamat: 329-10, Hallim-ro, Hallim-eup, Jeju-si, 63011

No. Telefon: +82 64 728 3981

Waktu Operasi: 24 jam             

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500697


ㆍPantai Aewol

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Kalau sudah jemu dengan aktiviti “lasak”, boleh terus ke Pantai Aewol untuk merasa suasana budaya cafe di Korea. Di Aewol, terdapat beberapa cafe yang comel dan unik senibinanya seperti Monsant dan Bonmal. Cafe-cafe ini menganjur keluar dari lereng bukit menghadap laut dan anda akan berpeluang untuk mengambil gambar yang sangat menarik sambil menikmati makan-minum yang juga Instagrammable!


Dekat waktu tengah hari, mula berangkat ke Bandar Jeju. Jika ada lagi masa dalam 1-2 jam sebelum waktu perlu ada di lapangan terbang, terdapat juga kawasan yang menarik berdekatan dengan pejabat sewa kereta. Di sekitar Bandar Jeju, pilih antara Batu Yongduam atau Mokgwana. 


[Monsant Cafe]

Alamat: 56-1 Aewolbukseo-gil, Aewol-eup, Jeju-si, 63043

No. Telefon: +82 64 799 8900

Waktu Operasi: 9am-7pm


ㆍBatu Yongduam

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Batu Yongduam (bererti Batu Kepala Naga), duduknya di pantai utara. Mengikut mitosnya, seekor naga telah mencuri permata yang paling bernilai dari Hallasan. Sang dewa murka atas kecurian itu langsung membunuh naga itu, dan ia terhempas di laut lalu bertukar menjadi batu. Tebing pantai di sekitar Yongduam siap dengan trel dan tangga papan yang boleh dilalui, di mana anda dapat melihat penyelam wanita Jeju, iaitu haenyo, menjalankan kerja menangkap seafood unik kepada Jeju. Hasil tangkapan seperti nanas laut langsung boleh dinikmati segar sambil bersantap betlu-betul di tepi laut. 


[Batu Yongduam]

Alamat: 15 Yongduam-gil, Jeju-si, 63152

No. Telefon: +82 64 711 1022

Waktu Operasi: 24 jam

Laman web: https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500469


ㆍPusat Pentadbiran Bersejarah Jeju Mokgwana

tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>
tinerari 3H/2M Yang Singkat & Cukup Lengkap <Keistimewaan Alam Semulajadi & Kebudayaan Jeju>

Mokgwana pula merupakan tempat bersejarah yang paling menarik. Ia adalah tapak pejabat-pejabat kerajaan pada zaman abad ke-14 sehingga tahun 1910. Anda dapat pelajari tentang sejarah pentadbiran pulau Jeju, sambil melihat suasana pekarangan di pejabat cukai, makhamah, dan juga penjara. Ambil peluang untuk bergambar memakai kostum tradisional secara percuma di sini.


Berangkat ke lapangan terbang. Singgah di pejabat sewa kereta untuk memulangkan kereta sewa. Dari sana, tersedia shuttle bus percuma yang bertolak setiap 15-20 minit terus ke lapangan terbang. Ia akan berhenti di pertengahan kompleks, jadi pastikan anda ikut papan tanda bagi perlepasan antarabangsa.


[Jeju Mokgwana]

Alamat: 25 Gwandeok-ro, Jeju-si, 63166

No. Telefon: +82 64 710 6715

Waktu Operasi: 9am-6pm 

Notice
※ The above information was written on 2019-11-25 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.