본문

Panduan berguna untuk Muslim yang melancong ke Jeju!<Selamat Datang!>

별점(별점없음)

Pernahkah anda mendengar perkataan “YOLO” iaitu singkatan bagi perkataan ‘You Only Live Once’? Perkataan ini telah banyak digunakan dalam abad ke-21 ini ,terutamanya bagi golongan anak muda yang ingin menikmati kehidupan yang mencabar, gemar menggembara mahupun mencuba sesuatu yang baru...

  • Semak

    0

  • Carian

    4,724

  • Kongsi SNS

    31

Butiran확장됨

Panduanbergunauntuk Muslim yang melancong ke Jeju!Selamat Datang!

Pernahkah anda mendengar perkataan “YOLO” iaitu singkatan bagi perkataan ‘You Only Live Once’? Perkataan ini telah banyak digunakan dalam abad ke-21 ini ,terutamanya bagi golongan anak muda yang ingin menikmati kehidupan yang mencabar, gemar menggembara mahupun mencuba sesuatu yang baru. Melancong merupakan antara salah satu cara amalan gaya hidup “YOLO”. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melancong, selagi aktiviti tersebut tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan membawa kepada dosa. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan wujudnya beberapa cabaran bagi orang Muslim semasa membuat perancangan untuk melancong ke luar negara. Untuk pengetahuan anda, kerajaan Jeju prihatin dan mengetahui akan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelancong Muslim. Kami memahami akan keperluan asas yang diperlukan oleh pelancong Muslim. Oleh itu, kami telah menyediakan beberapa infomasi yang berguna sebagai panduan supaya anda berasa lebih selesa dan selamat semasa melancong di Jeju. Kami mengharapkan sahabat-sahabat Muslim kami dapat merasai keindahan dan keamanan Jeju tanpa perlu rasa gelisah. Jangan terlepas peluang untuk menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan anda semasa berada di Jeju!

Perkataan-perkataan bahasa Korea yang Muslim perlu faham1. Perkataan-perkataan bahasa Korea bagi Pelancong Muslim ke Pulau Jeju

Kerajaan Jeju sering berusaha untuk melakukan sesuatu bagi memudahkan pengalaman pelancong-pelancong Muslim semasa berada di sini. Berikut merupakan beberapa panduan yang dapat membantu anda semasa bersiar-siar di pulau yang menarik ini. Jika anda dapat mempelajari perkataan-perkataan tersebut, anda tidak perlu risau semasa memesan makanan di restoran. Terdapat juga perkataan yang dapat membantu anda untuk mencari surau atau tempat bersolat.

Pelbagai Jenis Makanan Laut

Jeju menawarkan pelbagai makanan laut di sekitar pulau ini. Perkataan ‘haemul’ (해물), bermaksud makanan laut.

F
F

Berikut merupakan beberapa jenis makanan laut yang harus anda cuba di Jeju: 

Haemultang (해물탕): Merupakan makanan laut yang pedas, hidangan yang menyelerakan dengan kepelbagaian makanan laut dan dihidangkan bersama dengan nasi.

Haemul Kalguksu (해물칼국수): Mi gandum yang tebal dan dihidangkan dengan sup makanan laut putih.

Haemul Jjim (해물찜): Pedas, makanan laut yang dimasak dan dihidang dengan taugeh. 

Haemul Sun Dubu Jjigae (해물순두부 찌개): Tauhu makanan laut yang telah direbus, dihidangkan bersama dengan nasi. Makanan ini berasa pedas jikalau dihidangkan secara tradisional. Di sesetengah restoran, pelanggan boleh meminta hidangan ini dihidang tanpa rasa pedas. 

Haemul Doenjang Jjigae (해물된장찌개): Makanan laut, sayur-sayuran dan cendawan yang dimasak dengan pes kacang soya.

Anda juga harus mencuba makanan laut yang lazat ini: 

Godeungeo-jorim (고등어 조림): ikan makarel dimasak dengan sos yang pedas dan manis.   

Jeonbok-juk (전복죽): Bubur abalone, merupakan makanan tempatan yang dahulunya adalah satu hidangan yang dihidangkan kepada raja. 

Nakji Bokkeum (낙지볶음): Sotong kurita yang digoreng dengan sayur-sayuran bersama dengan sos manis dan pes cili yang sangat pedas .

Ojingeo Bokkeum (오징어볶음): Hidangan yang sama dengan Nakji Bokkeum, tetapi bahan utamanya digantikan dengan sotong cumi (sotong kecil).

Saengseon Hoe (생선회): Ikan mentah yang dihidangkan dengan pelbagai sos dan ulam. Ikan mentah ini senang didapati di restoran, ianya digelas sebagai ‘hoetjip’.’


Mencari makanan yang kaya dengan sayur-sayuran? Berikut merupakan hidangan sayur-sayuran yang pasti memikatselera anda: 

Bibimbap (비빔밥): Maksudnya ialah nasi campur, bibimbap dihidang bersama dengan nasi yang panas dan sayur-sayuran serta digaul sekali dengan sos cili. Bibimbap ini akan dihidang bersama dengan daging lembu atas permintaan pelanggan. Jika anda hanya ingin bibimbap dihidang tanpa daging, anda boleh minta ‘sanchae bibimbap’(산채 bermaksud ‘herba liar dan sayur-sayuran’), iaitu set sayur-sayuran dan nasi sahaja.

Kong Guksu (콩국수): Merupakan makanan yang akan dihidang semasa musim panas, Kong Guksu merupakan mi yang dihidang dengan sup susu soya yang sejuk. Anda boleh menambah garam mengikut cita rasa masing-masing.

Dubu Jorim (두부조림): Merupakan makanan “vegetarian”, iaitu tauhu yang dimasak dengan sos pedas dengan pelbagai jenis sayur-sayuran. 


Jika anda ingin mencari makanan yang berasakan daging tanpa khinzir, makanan berikut merupakan makanan yang harus anda cuba: 

Galbitang (갈비탕): Sup tulang daging lembu Korea yang beraroma dan sihat. Dihidang bersama dengan nasi. 

Gomtang (곰탕): Sup yang beraroma dan disediakan bersama dengan kepingan daging yang nipis yang telah diperap dengan kicap dan dihidang bersama dengan nasi.  

Dak Galbi (닭갈비): Ayam goreng pedas yang digoreng dengan sos cili merah dan dihidang bersama dengan ubi kentang, kobis dan jenis sayur-sayuran. 

Jjim Dak (찜닭): Ayam masak kicap dengan sayur-sayuran dan sohun.Kepedasannya mengikut cara persediaan restoran masing-masing. 

Bulgogi (불고기): Daging dihiris dan diperap dengan kicap manis dan pelbagai sos. Dibakar atau dipanggang sehingga masak. (Peringatan: Doeji Bulgogi disediakan dengan daging khinzir, manakala Bulgogi disediakan dengan daging lembu.)

Samgyetang (삼계탕): Makanan ini juga dinamakan sebagai sup ayam ginseng. Disediakan dengan ayam muda, bawang putih, ginseng dan jujubes. Hidangan ini amat popular di Korea, sup ayam ginseng ni adalah baik untuk kesihatan. 

Perkataan bahasa Korea yang bermaksud khinzir/daging khinzir

Perkataan bagi khinzir ialah ‘dwaeji’ (돼지), dan di Jeju pula terdapat nama lain bagi baka khinzir istimewa mereka, iaitu ‘heukdwaeji’ (흑돼지) atau khinzir hitam. Perkataan lain yang digunakan untuk membawa maksud daging khinzir ialah ‘don’ (돈). Daging khinzir goreng tepung pula dinamakan sebagai ‘donkatsu’ (돈까스). Oleh itu, jika anda ingin mencuba makanan goreng tepung, harus pastikan makanan yang anda pesan ialah ‘saengsun katsu’ (생선까스), iaitu ikan goreng tepung.

Mencari Tempat Beribadah (Surau)

Jika anda ingin mencari tempat beribadah atau tempat untuk menunaikan ibadah solat, anda boleh bertanya atau mencari‘gido-sil’ (기도실) yang bermaksud bilik sembahyang (Surau).  

Jangan Tinggalkan Kewajipan Solat Anda!2. Kemudahan Mesra Muslim

Bagi Muslim, kemudahan mesra Muslim memainkan peranan yang sangat penting. Tetamu yang beragama Islam tidak perlu lagi risau dengan tempat dimanakah harus mencari makanan? Tempat dimanakan yang sesuai untuk bersolat? Tempat dimanakah yang sesuai untuk bermalam? Hal ini demikian kerana pelbagai kemudahan mesra Muslim seperti restoran, surau dan tempat penginapan telah disediakan. Kami menghormati budaya anda dan kami mahu menyediakan kemudahan tersebut supaya anda berasa selesa semasa berada di sini.

Restoran Mesra Muslim

Terdapat pelbagai restoran yang memberikan layanan yang baik dan menyediakan makanan yang enak supaya pelancong Muslim mempuyai pelbagai pilihan dalam mencari restoran yang sesuai dan menepati cita rasa masing-masing.

F
F
F

Rajmahal(라지마할)
Restoran – Makanan India
Alamat : 43, Singwang-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-749-4924

Bada Janchi (바다잔치)
Restoran – Makanan Korea
Alamat : 79, Tapdong-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-702-8989


Bada Punggyeong (바다풍경)
Restoran – Makanan Korea
Alamat : 654, Seohaean-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-711-7992


Mulmegol (물메골)
Restoran – Makanan Korea (Kuil)
Alamat : 67, Beondaedong-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-713-5486


Baengnok Hoetjip (백록횟집)
Restoran – Makanan Korea
Alamat : 12, Seopjikoji-ro 25beon-gil, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-782-8001


Cheonhaecheon (천해천)
Restoran – Makanan Korea, Masakan Cina
Alamat : 25, Halladaehak-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-742-1101


Daewonga (대원가)
Restoran – Makanan Korea
Alamat : 15, Donam-ro 16-gil, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-753-3030


Bagdad (바그다드)
Restoran – Makanan India
Alamat : 38, Seogwang-ro 32-gil, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-757-8182


UribongSikdang (우리봉 식당)
Restoran – Makanan Korea
Alamat : 273, Ilchul-ro, Seogwipo-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-782-0032


Choonsim's House (춘심이네)
Restoran – Makanan Korea
Alamat : 16, Changcheonjungang-ro 24beon-gil, Seogwipo-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-794-4010


The Blue (더블루, Ramada Plaza Jeju)
Restoran – Makanan Barat – Bufet
Alamat : 6, Tapdong-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-729-8305


Tammora (탐모라, Ramada Plaza Jeju)
Restoran – Makanan Korea
Alamat : 66, Tapdong-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-729-8380

TempatBeribadah (surau), Kemudahan dan Penginapan mesra Muslim

Terdapat banyak surau yang telah disediakan di sekitar pulau Jeju terutamanya di tempat perniagaan yang sentiasa dipenuhi dengan pelancong. Kemudahan ini disediakan agar pelancong Muslim tidak terlepas waktu untuk menunaikan ibadah solat sambil menikmati percutian mereka di sini. Selain itu, terdapat juga perlbagai kemudahan yang mesra Muslim telah disediakan di sekitar pulau Jeju.

F

Pusat Islam Jeju 
Pusat Islam Jeju terletak di Nohyeong-dong 939, Junghan Officetel #1208, Jeju City, menyediakan surau bagi pelancong Muslim dan segala kemudahan yang diperlukan untuk ibadah harian. Tempat ini diasaskan dan diuruskan oleh Shaikh Haji Bashir Kim, seorang Muslim Korea yang fasih dalam Bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Beliau telah memeluk Islam sejak muda lagi dan telah menghabiskan selama 12 tahun di Qatar dan mengkhusus dalam Undang-undang Syariah di Universiti Qatar. Beliau mendedikasikan hidupnya dalam kajian dan amalan agama Islam. Beliau amat terkenal dalam komuniti Muslim Asia. Shaikh Haji Bashir Kim dengan besar hatinya menawarkan bantuan kepada para pelancong Muslim yang memerlukan pertolongan. Jika anda melancong dalam kumpulan besar dan memerlukan kemudahan bersolat, anda boleh menghantarkan emel kepada islamjeju@daum.net untuk sebarang pertanyaan. Sila pastikan tempahan tersebut dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum anda melancong ke Jeju.

F
F
F

Bufet Cheonhaecheon
Bufet Cheonhaecheon terletak di Halladaehak-ro 25, Jeju City, dan surau telah disediakan di tingkat dua bangunan tersebut. Surau hanya terbuka dan disediakan khas untuk pelanggan sahaja. Surau tersebut mempunyai kemudahan seperti Al-Quran, arah kiblat dan sejadah. Pelanggan dibenarkan untuk menggunakan surau tersebut sebelum, semasa dan/atau selepas makan. Waktu beroperasi restoran tersebut adalah dari pukul 11.00pagi sehingga 11.00malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-742-1101


Play Kpop
Merupakam muzium Kpop yang mewujudkan suasana yang interaktif dan menyeronokkan. Tempat ini turut menyediakan surau sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang beragama Islam tetapi turut ingin menikmati pengalaman Kpop digital yang menarik. Surau tersebut dilengkapi dengan tempat berwudhu’, arah kiblat dan sejadah. Play Kpop terletak di Jungmun Gwangwang-ro, 110-beongil 15, Seogwipo dan beroperasi dari pukul 9.00pagi sehingga 7.00malam. (Waktu terakhir bagi kemasukan adalah pada pukul 6.00malam) Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-780-9000 atau melayari laman web www.playkpop.co.kr.


Lotte Rental Car Autohouse
The Lotte Rental Car Autohouse terletak di Yonghae-ro 92, Jeju City yang berdekatan dengan lapangan terbang yang menyediakan surau kepada pelancong Muslim. Surau disediakan di tingkat dua bangunan tersebut dan dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah serta meja kecil. Tempat ini beroperasi dari pukul 7.00pagi sehingga 10.00malam pada hari bekerja manakala 7.30pagi sehingga 10.30malam pada hujung minggu. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-751-8000 atau melayari laman web www.lotterentacar.net (dalam versi Bahasa Inggeris)


Ilchul Land
Merupakan tempat peranginan budaya yang popular dengan rancangan television Korea, iaitu ‘Running Man’ dan drama Korea ‘What Star are you from?’. Surau disediakan kepada pengunjung Muslim dan dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah. Tempat ini beroperasi setiap hari dari pukul 9.00pagi sehingga 6.00petang dan berlokasi di 1010 Samdal-ri, Seongsan-eup, Seogwipo. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-784-2080 atau melayari laman web www.ilchulland.com (Terdapat dalam versi Bahasa Korea, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Jepun)


Lotte Hotel Jeju
Hotel mewah terkemuka yang mempunyai suasana yang indah, iaitu Hotel Lotte Jeju menawarkan segala yang terbaik kepada tetamu yang beragama Islam. Kepada pelancong Muslim yang ingin menjalankan ibadat harian, pihak hotel menawarkan surau yang dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah. Lokasi hotel ini terletak di Jungmun Gwangwang-ro 72-beongil, 35, Seogwipo. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-731-1000 atau melayari www.lottehotel.com/jeju (Tedapat dalam versi Bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun)


The Shore Jeju
The Shore Jeju Hotel bertaraf lima bintang dan menawarkan kemudahan yang terbaik. Bagi memudahkan tetamu Muslim, surau disediakan dan dilengkapi dengan Al-Quran. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-733-1234 atau melayari laman web www.theshorejeju.com (Terdapat beberapa versi bahasa)


Jeju Palace Hotel
Hotel Palaca Jeju merupakan antara satu hotel yang menyediakan surau yang dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah kepada pelanggan Muslim mereka. Lokasi hotel ini terletak di Tapdong-ro 9, Jeju City, dan anda boleh hubungi +82-64-753-8811 untuk maklumat yang lebih lanjut. 


Yeha Guesthouse
Rumah tamu yang amat popular dalam kalangan pelancong. Pemilik rumah tamu tersebut fasih dalam Bahasa Inggeris dan mengalu-alukan pelbagai permintaan. Pihak rumah tamu telah mengasingkan alat memasak dan perkakas yang khas untuk Muslim sahaja. Hal ini demikian kerana ingin mengelakkan daripada tetamu lain tersalah guna untuk menyediakan makanan yang tidak halal. Rumah tamu ini berlokasi di Samogil 9, Jeju City. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-724-5506 atau melayari laman web www.yehaguesthouse.com (Terdapat dalam versi Bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)


Jeju Bali Resort
Jeju Bali Resort terletak berdekatan dengan Pantai Hyeopjae yang mempunyai air laut yang jernih dan pasir yang lembut. Bilik depan berhadapan dengan Pantai Hyeopjae dan Pulau Biyangdo, manakala bilik belakang menghadap ke arah Gunung Hallasan. Anda boleh tiba ke pantai dengan hanya berjalan kaki selama 10 minit. Surau disediakan kepada tetamu Muslim. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila hubungi +82-64-796-8231.

Pusat Islam Jeju 
Pusat Islam Jeju terletak di Nohyeong-dong 939, Junghan Officetel #1208, Jeju City, menyediakan surau bagi pelancong Muslim dan segala kemudahan yang diperlukan untuk ibadah harian. Tempat ini diasaskan dan diuruskan oleh Shaikh Haji Bashir Kim, seorang Muslim Korea yang fasih dalam Bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Beliau telah memeluk Islam sejak muda lagi dan telah menghabiskan selama 12 tahun di Qatar dan mengkhusus dalam Undang-undang Syariah di Universiti Qatar. Beliau mendedikasikan hidupnya dalam kajian dan amalan agama Islam. Beliau amat terkenal dalam komuniti Muslim Asia. Shaikh Haji Bashir Kim dengan besar hatinya menawarkan bantuan kepada para pelancong Muslim yang memerlukan pertolongan. Jika anda melancong dalam kumpulan besar dan memerlukan kemudahan bersolat, anda boleh menghantarkan emel kepada islamjeju@daum.net untuk sebarang pertanyaan. Sila pastikan tempahan tersebut dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum anda melancong ke Jeju. 


Bufet Cheonhaecheon

Bufet Cheonhaecheon terletak di Halladaehak-ro 25, Jeju City, dan surau telah disediakan di tingkat dua bangunan tersebut. Surau hanya terbuka dan disediakan khas untuk pelanggan sahaja. Surau tersebut mempunyai kemudahan seperti Al-Quran, arah kiblat dan sejadah. Pelanggan dibenarkan untuk menggunakan surau tersebut sebelum, semasa dan/atau selepas makan. Waktu beroperasi restoran tersebut adalah dari pukul 11.00pagi sehingga 11.00malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-742-1101


Play Kpop
Merupakam muzium Kpop yang mewujudkan suasana yang interaktif dan menyeronokkan. Tempat ini turut menyediakan surau sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang beragama Islam tetapi turut ingin menikmati pengalaman Kpop digital yang menarik. Surau tersebut dilengkapi dengan tempat berwudhu’, arah kiblat dan sejadah. Play Kpop terletak di Jungmun Gwangwang-ro, 110-beongil 15, Seogwipo dan beroperasi dari pukul 9.00pagi sehingga 7.00malam. (Waktu terakhir bagi kemasukan adalah pada pukul 6.00malam) Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-780-9000 atau melayari laman web www.playkpop.co.kr.


Lotte Rental Car Autohouse
The Lotte Rental Car Autohouse terletak di Yonghae-ro 92, Jeju City yang berdekatan dengan lapangan terbang yang menyediakan surau kepada pelancong Muslim. Surau disediakan di tingkat dua bangunan tersebut dan dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah serta meja kecil. Tempat ini beroperasi dari pukul 7.00pagi sehingga 10.00malam pada hari bekerja manakala 7.30pagi sehingga 10.30malam pada hujung minggu. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-751-8000 atau melayari laman web www.lotterentacar.net (dalam versi Bahasa Inggeris)


Ilchul Land
Merupakan tempat peranginan budaya yang popular dengan rancangan television Korea, iaitu ‘Running Man’ dan drama Korea ‘What Star are you from?’. Surau disediakan kepada pengunjung Muslim dan dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah. Tempat ini beroperasi setiap hari dari pukul 9.00pagi sehingga 6.00petang dan berlokasi di 1010 Samdal-ri, Seongsan-eup, Seogwipo. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-784-2080 atau melayari laman web www.ilchulland.com (Terdapat dalam versi Bahasa Korea, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Jepun)


Seogwipo KAL Hotel

Hotel KAL Seogwipo yang berlokasi di Seogwipo. Tempat yang mempunyai pemandangan serba hijau yang luas ini sesuai untuk menjadi tempat percutian. Pihak hotel amat bermurah hati dengan menawarkan surau yang dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah bagi pelancong Muslim. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-733-2001 atau melayari laman web www.kalhotel.co.kr/seogwipo. 


Lotte Hotel Jeju
Hotel mewah terkemuka yang mempunyai suasana yang indah, iaitu Hotel Lotte Jeju menawarkan segala yang terbaik kepada tetamu yang beragama Islam. Kepada pelancong Muslim yang ingin menjalankan ibadat harian, pihak hotel menawarkan surau yang dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah. Lokasi hotel ini terletak di Jungmun Gwangwang-ro 72-beongil, 35, Seogwipo. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-731-1000 atau melayari www.lottehotel.com/jeju (Tedapat dalam versi Bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun)


Hyatt Regency Jeju
Hotel Hyatt Regency di Jeju merupakan hotel bertaraf lima bintang dan menawarkan kemudahan yang terbaik. Bagi memudahkan tetamu Muslim, surau disediakan dan dilengkapi dengan Al-Quran. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-733-1234 atau melayari laman web jeju.regency.hyatt.com (Terdapat beberapa versi bahasa)


Jeju Palace Hotel
Hotel Palaca Jeju merupakan antara satu hotel yang menyediakan surau yang dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah kepada pelanggan Muslim mereka. Lokasi hotel ini terletak di Tapdong-ro 9, Jeju City, dan anda boleh hubungi +82-64-753-8811 untuk maklumat yang lebih lanjut.


Yeha Guesthouse
Rumah tamu yang amat popular dalam kalangan pelancong. Pemilik rumah tamu tersebut fasih dalam Bahasa Inggeris dan mengalu-alukan pelbagai permintaan. Pihak rumah tamu telah mengasingkan alat memasak dan perkakas yang khas untuk Muslim sahaja. Hal ini demikian kerana ingin mengelakkan daripada tetamu lain tersalah guna untuk menyediakan makanan yang tidak halal. Rumah tamu ini berlokasi di Samogil 9, Jeju City. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-724-5506 atau melayari laman web www.yehaguesthouse.com (Terdapat dalam versi Bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)


Jeju Bali Resort
Jeju Bali Resort terletak berdekatan dengan Pantai Hyeopjae yang mempunyai air laut yang jernih dan pasir yang lembut. Bilik depan berhadapan dengan Pantai Hyeopjae dan Pulau Biyangdo, manakala bilik belakang menghadap ke arah Gunung Hallasan. Anda boleh tiba ke pantai dengan hanya berjalan kaki selama 10 minit. Surau disediakan kepada tetamu Muslim. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila hubungi +82-64-796-8231.

Hotel Leo

Hotel Leo terletak di Sammu-ro 14, Jeju City dan dilengkapi bilik sembayang yang hanya terbuka kepada pelanggan hotel tersebut. Surau terletak di tingkat tiga dalam bangunan hotel tersebut dan boleh digunaakan atas permintaan pelanggan. Oleh disebabkan bilik tersebut bukan hanya disediakan untuk pelanggan Muslim, Al-Quran tidak disediakan. Bilik besar (ondol rooms) turut ditawarkan hotel tersebut bagi keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai  atas tempahan. ‘Ondol rooms’ merupakan bilik tradisional Korea yang tilamnya diletakkan di lantai. Bilik tersebut dilengkapi dengan pemanas lantai yang suhunya boleh dikawal oleh pelanggan mengikut keselesaan masing-masing. Makanan Halal turut disediakan atas permintaan pelanggan. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-754-7000

F
;

WE Hotel

Hotel WE berlokasi di 453-95, 1100-ro, Seogwipo. Hotel ini menyediakan surau di bangunan tersebut. Surau hanya terbuka kepada pelanggan hotel tersebut atas permintaan dan dilengkapi dengan Al-Quran, arah kiblat dan sejadah. Makanan Halal turut disediakan atas permintaan pelanggan di restoran hotel tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi +82-64-730-1200~1202

F
F
F
Jom Cari Makan!3. Restoran yang berdekatan dengan Kemudahan Mesra Muslim

Terdapat beberapa restoran yang berdekatan dengan kemudahan mesra Muslim di sekeliling pulau Jeju. Kebanyakaan restoran di sini menawarkan makanan laut. Selain itu, terdapat juga restoran yang menyediakan hidangan vegetarian. Jika anda merupakan peminat drama atau rancangan Korea, mungkin juga anda pernah dengar nama ‘Tteokbokki’(떡볶이), iaitu sejenis kek beras yang lembut dan pedas. Makanan ini selalunya dijual di ‘Bunsikjeom’(분식점). Bunsikjeom ialah sejenis bar snek yang suka dikunjungi oleh orang tempatan untuk membeli makanan ringan. Menurut kamus, ‘Bunsik’ bermaksud makanan yang diperbuat daripada tepung dan ‘jeom’ pula bermaksud kedai. Bunsikjeom kebiasaannya akan menjual Tteokbokki, Twigim (makanan goreng, 김밥), Gimbap (popia gulung Korea, 김밥), Eomuk(kek ikan, 어묵), dan sebagainya. Kami berharap anda akan terjatuh cinta dengan makanan-makanan tersebut.

SanhoJeonbok(산호전복)

SanhoJeonbokmerupakansebuah restoran makanan laut yang mengutamakan masakan yang mengenai abalone seperti nama restoran ini, Jeonbok bermaksud abalone. Di restoran ini, anda dapat mencuba Jeonbok hoe (abalone mentah, 전복회), Jeonbok gui (abalone bakar, 전복구이), Jeonbok juk (bubur abalone, 전복죽), Jeonbok dolsotbap (nasi abalone dalam periuk panas, 전복돌솥밥), Jeonbok ddukbaegi (sup abalone, 전복뚝배기), Sunggeguk (sup landak laut, 성게국), dan set utama Jeonbok (set makanan berasaskan abalone, 전복코스요리). Jika anda memberi caj lebih apabila memesan nasi abalone, anda akan mendapat sup landak laut dalam harga yang murah! Restoran ini berdekatan dengan Hotel Palace Jeju. Anda hanya perlu berjalan selama 8 minit untuk tiba ke restoran tersebut.

Alamat : 59, Tapdong-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-758-0123
Waktu beroperasi : Setiap hari dari pukul 7.00pagi sehingga 9.30malam. Rehat setiap Rabu kedua dan keempat. 

s
s
s
s

Yukddeok Sikdang(육떡식당)

YukddeokSikdangterletakdi kawasan Jungmun. Restoran ini telah dihiasi dengan pelbagai permainan yang comel. Makanan utama di restoran ini ialah ‘Haemul (makanan laut)Tteokbokki Jeongol’(해물 떡볶이 전골)  yang mengandungi beraneka jenis sotong, udang, cengkerang, Yubu jumeoni (tauhu berinti sohun), mi dan kek beras. ‘Jeongol’ ialah satu hidangan yang setiap bahan diletakkan dan dimasak dalam satu periuk yang lebar atau besar. Anda boleh menikmati Tteokbokki dengan pelbagai makanan laut dalam Jeongol. Anda boleh menambah makanan sampingan seperti mi di atas permintaan dan akan dikenakan cas bayaran. Menu ini kebiasaanya untuk dua orang. Cara makan terbaik adalah bermula dengan sotong, mi dan seterusnya kek beras. Hal ini demikian kerana jika sotong dimakan akhir sekali, sotong tersebut akan menjadi liat dan sukar dikunyah. Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh pesan semangkuk nasi putih dan goreng nasi tersebut bersama dengan bahan-bahan dan sos tteokbokki yang belum habis dimakan. (Menu nasi puth tidak ternyata dalam menu dan pastikan anda pesan nasi putih tanpa apa-apa makanan sampingan) Selain itu, terdapat juga Bul Ojingeo(불오징어) yang membawa maksud sotong berapi. Sotong berapi ini merupakan sotong yang sangat pedas dan sesuai untuk penggemar makanan pedas. Restoran ini berdekatan dengan Play Kpop.

Alamat : 19, Cheonjeyeon-ro 178beon-gil, Seogwipo-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-739-5628
Waktu beroperasi : Setiap hari dari 11.00pagi sehingga 9.00malam . Pesanan terakhir boleh dibuat sebelum 8.00malam. Tutup pada hari Ahad.

s
s
s
s

V Tteokbokki(브이 떡볶이)

V TteokbokkiBunsikjeommenjualTteokbokki, ayam goreng, pizza, kentang goreng dan Twigim. Yeolnage Maeun Tteokbokki(열나게 매운 떡볶이) ialah makanan berasaskan Tteokbokki. Bayaran lebih akan dikenakan jika anda mahumeminta ekstra keju.. Bulmat jakryeol jikhwa Tteokbokki(불맛 작렬 직화 떡볶이) ialah kek beras yang telah dibakar dan rasanya amat unik. Taugeh akan ditambah di atas permintaan pelanggan dan akan dikenakan bayaran lebih. Rasa taugeh di dalam menu ini adalah sangat unik kerana orang Korea biasanya tidak memasukkan taugeh di dalam masakan Tteokbokki. Country jeukseok Tteokbokki(컨츄리 즉석 떡볶이) pula dihidangkan tanpa dimasak dan hanya akan mendidihkannya apabila sampai di meja makan. Menu ini sesuai untuk dimakan oleh dua hingga tiga orang. Dak Twigim (ayam goreng, 닭튀김), u~wang saewoo Twigim (udang goreng, 우~왕새우튀김), Oigye chimgong ojingeo Twigim (sotong goreng, 외계침공 오징어 튀김), Pizza keju Gorgonzola(고르곤졸라 피자), Ojige masitneun Cheese Fry (kentang goreng dengan keju, 오지게 맛있는 치즈후라이), and Missile Gimmari (rumpai laut gulung goreng, 미사일 김말이) juga dijual di restoran ini. Terdapat pelbagai makanan sampingan yang boleh ditambahkan di Tteokbokki seperti telur rebus, sohun, dua jenis mi, ladu Yaki (ladu yang berinti sohun,야끼만두), kek ikan goreng, taugeh, kek beras, kek ikan, keju, nasi dengan rumpai laut, nasi dengan telur ikan terbang dan tuna dalam tin. Twigim akan menjadi lebih enak jika dicecah dengan Tteokbokki. V Tteokbokki terletak dekat dengan Lotte Rental Car Autohouse dan Hotel Palace Jeju.

Alamat : 296, Seogwang-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-722-3593
Waktu beroperasi :Setiap hari dari 5.00petang sehingga 12.00malam kecuali hari Ahad. 

z
z
z
z

SarangBunsik(사랑분식)

SarangBunsikterletak di Jeju Dongmun Traditional Market. Sarang membawa maksud cinta dalam Bahasa Korea. Restoran ini merupakan Bunsikjeom yang tradisional dan dapat dilihat di mana-mana sahaja. Tempat ini menjual Tteokbokki(kek beras yang lembut dan pedas, 떡볶이), Rabokki (Tteokbokki dicampur dengan mi segera, 라볶이), Sarangsik (Tteokbokki dihidang bersama dengan Gimbap, ladu, dan telur rebus, 사랑식), Gimbap (popia gulung Korea, 김밥), Mandu (ladu, 만두), Ramyeon (mi segera, 라면), dan Sundae (sosej Korea, 순대). Anda perlu berhati-hati semasa membeli Gimbap kerana terdapat sesetengah intinya yang mempunyai ham dan sosej. Hal ini demikian kerana bahan-bahan tersebut mengandungi daging khinzir. Anda boleh makan di gerai tersebut atau bawa pulang. Tempat ini berdekatan dengan Lotte Rental Car Autohouse dan Hotel Palace Jeju.

Alamat : 10-4, Dongmun-ro, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-757-5058
Waktu beroperasi : Setiap hari dari 11.30pagi sehingga 9.00malam kecuali hari Isnin. 


s
s
s
s

Jeju Madang(제주마당)

Jeju Madang merupakansebuah restoran makanan laut. Maksud nama restoran tersebut ialah Laman Jeju. Di situ anda dapat lihat amat banyak makanan laut yang ditangkap di Jeju. Galchi jorim (ikan cutlass rebus 갈치조림) dan Tong galchi (ikan cutlass bakar, 통갈치구이) merupakan  menu yang amat popular di restoran ini. Ikan cutlass panggang ini dihidang dan dipanaskan dalam kuali yang berbentuk segi empat panjang. Oleh itu, hidangan ini kelihatan amat unik dan menarik. Ikan ini amat popular di Jeju dengan nutrisinya yang tinggi dan kelembutan isinya. Ikan ini mengadungi kandungan mineral yang tinggi seperti kalsium, potasium dam sodium. Selain daripada ikan cutlass, anda juga boleh cuba pesan Godeungeo jorim (ikan makarel rebus, 고등어조림), Godeungeo gui (ikan makarel bakar, 고등어구이), Okdom gui (ikan bream laut bakar, 옥돔구이), Jeonbok ddukbaegi (sup abalone, 전복뚝배기) dan Sungge miyeok guk (landak laut dan sup rumpai laut, 성게미역국). Restoran ini terletak berdekatan dengan Pusat Islam Jeju dan Hotel Leo.

Alamat : 15, Wonnohyeong 3-gil, Jeju-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-749-5501
Waktu beroperasi :Setiap hari dari 9.30pagi sehingga 9.00malam. Berehat satu jam dari 3.00petang sehingga 4.00petang. Makan tengah hari boleh dipesan sebelum 2.30petang dan makan malam pula sebelum 8.00malam. 

s
s
s
s

DonghaeMirak(동해미락)

Donghae Mirak merupakan restoran makanan laut yang menjual Modeum hoe (ikan mentah campur, 모듬회), Hwangdom (ikan bream laut kuning, 황돔), Benge dom (ikan opaleye mentah, 벵에돔), Galchi hoe (ikan cutlass mentah, 갈치회), Godeungeo hoe (makarel mentah, 고등어회), Jeonbok hoe (abalone mentah, 전복회), Hoe deopbap (nasi dihidang bersama dengan ikan mentah, 회덮밥), Godeungeo gui (makarel bakar, 고등어구이), dan Okdom gui (ikan bream laut bakar, 옥돔구이). Sup makanan laut ditawarkan kepada pelanggan selepas menikmati hidangan utama di restoran ini. Anda dapat merasai makanan yang segar sambil menikmati pemandangan laut yang cantik dan menawan hati di restoran ini. Lokasi restoran ini terletak 1.1km dari Hotel KAL Seogwipo.


Alamat : 133, Chilsimni-ro, Seogwipo-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-733-5921
Waktu beroperasi : Setiap hari dari pukul 11.00pagi sehingga 11.00malam. Sentiasa buka. 

Unjeonginae(운정이네)
Unjeonginae merupakan restoran makanan laut yang amat popular. ‘Unjeongi’ ialah nama kepada anak perempuan pemilik restoran dan nama restoran ini dinamakan dengan nama anak perempuannya. Pemilik restoran ini menyediakan setiap hidangan dengan penuh rasa kasih dan sayang seolah-olahnya memasak hidangan tersebut untuk anaknya sendiri. Di sini, anda boleh cuba Tong galchi gui(ikan cutlass bakar, 통갈치구이), Tong galchi jorim(ikan cutlass rebus, 통갈치조림), Jeonbok dolsotbap(nasi abalone dalam periuk panas, 전복돌솥밥), Sungge dolsotbap(nasi landak laut dalam periuk panas, 성게돌솥밥), Jeonbok Sungge dolsotbap(nasi abalone dan landak laut dalam periuk panas, 전복성게돌솥밥), Sungge miyeok guk(sup landak laut dan rumpai laut, 성게미역국), Jeonbok sungge miyeok guk(sup abalone, landak laut dan rumpai laut, 전복성게미역국), Godeungeo jorim(makarel rebus, 고등어조림), Godeungeo gui(makarel bakar, 고등어구이), Okdom gui(ikan bream laut bakar, 옥돔구이) dan Jeonbok ddukbaegi(sup abalone, 전복뚝배기). Selain itu, anda juga boleh cuba menu set Sangcharim, tetapi harus berhati-hati kerana makanan sampingannya akan dihidang bersama dengan daging khizir goreng tepung dan kaki khinzir secara percuma. Anda pasti akan teruja apabila melihat Tong galchi gui atau Tong galchi jorim dihidangkan di depan mata anda kerana ikan tersebut kelihatan amat panjang jika tidak dipotong. Jangka masa diambil adalah lebih kurang 13 minit jika menggunakan perkhidmatan teksi dari Hotel WE.

Alamat : 726, Jungsanganseo-ro, Seogwipo-si, Jeju-do
Nombor Telefon : +82-64-738-3883
Waktu beroperasi : Setiap hari dari pukul 8.00pagi sehingga 10.00malam

New Jayeoneuro(뉴자연으로)
New jayeoneuro merupakan sebuah restoran vegetarian. Nama restoran tersebut membawa maksud ‘To the New Nature’ iaitu, kepada semulajadi yang baru. Makanan di sini memberi sesuatu rasa yang semula jadi (natural) kepada anda. Tidak kira makanan apa yang telah anda pesan, anda akan diberikan pelbagai hidangan sampingan supaya anda berasa seperti makan di rumah sediri. Shinseonbap (신선밥) ialah nasi yang dicampur bersama dengan pelbagai bijirin dan kacang serta pelbagai hidangan sampigan. Bijiran campuran tersebut telah menambahkan khasiat dalam hidangan tersebut. Wooeong Deopbap (우엉덮밥) ialah nasi yang dihidang bersama burdock. Tomato Bibim Guksu (토마토비빔국수) pula ialah mi yang dimasak degan sos, tomato dan sayur-sayuran. Anda boleh memilih sama ada mi gandum (Somyeon, 소면) atau mi burdock (Memil, 메밀). Tongmil Sujebi (통밀수제비)pula ialah sup gandum yang pekat. Tempat ini berlokasi 700m dari Ilchul Land.

Alamat : 4217, Jungsangandong-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do

Nombor Telefon : +82-10-9452-2841
Waktu beroperasi : Setiap hari dari pukul 11.00pagi sehingga 7.00malam kecuali hari Jumaat dari pukul 11.00pagi sehingga 3.00petang dan rehat setiap hari Sabtu

Notice
※ The above information was written on 2018-12-04. Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.