본문

10 Destinasi Teratas di Jeju untuk November <Untuk Jiwa Sentimental Musim Luruh, Cadangan Saat Terakhir ke Jeju>

별점(5점만점에 5점)

November, merupakan bulan dimana hembusan angin mencapai kemuncaknya dan jiwa yang sentimental muncul bersama musim sejuk yang bakal tiba. Udara kini bertambah dingin. Buminya diselimuti dedaunan. Helaian rumput-rumput perak melambai di hembusan bayu. Apa kata anda nikmati haruman musim luruh di pulau ini?

  • Semak

    1

  • Carian

    54,426

  • Kongsi SNS

    14

Butiran확장됨

10 Destinasi Teratas di Jeju untuk NovemberUntuk Jiwa Sentimental Musim Luruh, Cadangan Saat Terakhir ke Jeju

November, merupakan bulan dimana hembusan angin mencapai kemuncaknya dan jiwa yang sentimental muncul bersama musim sejuk yang bakal tiba. Udara kini bertambah dingin. Buminya diselimuti dedaunan. Helaian rumput-rumput perak melambai di hembusan bayu. Apa kata anda nikmati haruman musim luruh di pulau ini? Hayati musim luruh ini dan rasakan kenyamanan yang menusuk hingga ke sanubari anda.

Kenali dirimu semasa perjalananLaluan Olle 6

Adakalanya kita mendapati kita di satu tempat yang asing. Kita berasa keliru apabila kita mengenali sisi kita yang baharu. Inilah saatnya untuk kita mengambil masa dengan bersiar-siar, melapangkan fikiran, dan menyelami dalaman diri. Jika anda mahu bertafakur sejenak dengan bantuan suasana musim luruh, pilihan yang terbaik untuk anda ialah Laluan Olle 6. Ia menjangkau dari Estuari Soesokkak ke Pusat Pelancong Oedolgae Jeju Olle dan mengambil masa kira-kira empat atau lima jam. Laluan yang meliputi kawasan pantai Seogwipo, bermula dengan jalan pantai yang rata berhampiran dengan lautan biru, melewati Kon Gunung Berapi Jeju yang agak curam dan Air Terjun Jeongbang yang menyegarkan, dan perjalanan diteruskan ke Jalan Lee Joong-seop, di pusat bandar Seogwipo. Rasai kedinginan bayu pantai yang akan menyamankan anda. Pesta Berjalan Jeju Olle tahun ini, yang melibatkan Laluan 5, 6, dan 7, diadakan dari 1 hingga 3 November. Ini merupakan satu peluang yang baik untuk mengenali dirimu yang baharu.

올레길 6코스
올레길 6코스
올레길 6코스
올레길 6코스
올레길 6코스
Bersiar-siar di perkampungan dimana musim luruhnya lebatKampung Eko Susan 2-ri

Musim luruh kembali setiap tahun. Akan tetapi, ketibaannya yang hanya selama dua atau tiga bulan adalah singkat. Salah satu tempat dimana anda boleh menikmati haruman musim luruh dengan lebih lama ialah di Kampung Eko Susan 2-ri. Kampung ini dihargai kerana keadaannya yang dijaga rapi dan bersih, terletak di hujung Geumbaekjo-ro, di mana bebunga rumput perak bercahaya seperti bintang-bintang di langit.Di pintu masuk kampung terdapat platform pemerhatian berbentuk seperti kapal yang menawarkan pemandangan panorama yang indah dari ladang keemasan, Hutan Gotjawal, kon-kon gunung berapi yang berdekatan, dan kincir angin yang bertebaran. Nikmati suasana damai di 'Susan Hanmot Pond' di dalam kampung. Sekiranya anda menaiki ke Balai Cerap Nangkkioreum, anda akan melihat Kon Tuf Seongsan Ilchulbong di kejauhan. Apa kata anda keluar dari kenderaan anda untuk satu sesaat dan dengari halwa bunyi semula jadi di Susan Village, yang diwarnai dengan keindahan musim luruh?


▸Susan 2-ri Eco Village: Susan 2-ri Eco Experience Center, Susan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do

▸Tempat-tempat menarik beredekatan: Namgeobong (Nangkkioreum) Observatory, Susan-han-mot Pond, Geumbaekjo-ro

수산2리
수산2리
수산2리
수산2리
수산2리
Ribuan airmata menjadi dedaunan nan merah‘Sebuah Taman Rahsia’ di Tapak Bersejarah Hangpaduri Hangmong (Anti-Mongolia)

Pulau Jeju mempunyai hanya kira-kira 1.8 peratus daripada jumlah kawasan Korea Selatan, namun deraian air mata rakyatnya yang tertumpah memang tidak terkira banyaknya. Pulau ini masih menyimpan seribu satu kenangan pahit dengan pertumpahan darah dan air mara oleh rakyatnya pada abad ke-13-an apabila rejim tentera Goryeo yang terhapus akibat serangan Mongol. Pada masa itu, Sambyeolcho, sebuah kumpulan pemberontak, berperang melawan tentera Mongolia di pulau itu sehingga hembusan nafas terakhir, dan penduduk pulau itu menderita di bawah pemerintahan Mongol selama kira-kira satu abad. Tapak Bersejarah Hangpaduri Hangmong (Anti-Mongolia), di mana terletaknya kemudahan pertahanan utama Sambyeolcho, kini memaparkan sejarah perjuangan sengit itu di dewan pameran dan tapak penggaliannya.Kawasan di dalam kubu bertanah tempat bersejarah ini menunjukkan perubahan bermusim, dan pada musim luruh, "Taman Rahsia" membuka pintu. Hutan Pokok Spindel, yang daunnya mula berubah menjadi merah pada akhir Oktober, mencapai kemuncaknya menjelang awal Disember. Keindahan dedaunan merah yang sayu ini akan mengingatkan anda tentang segala penderitaan dan air mata Sambyeolcho dan juga penduduk Jeju. Musim luruh ini, ambil lah peluang untuk mengambil semangat patriotik nenek moyang kami bersama anda dengan mengabadikannya dengan mengambil gambar yang indah.

항파두리
항파두리
항파두리
항파두리
항파두리
Sebuah bukit yang menawarkan trio langit, hutan, dan lautBukit Deulleongmoru

Bagaimana perasaannya untuk mendapati laut yang berkilauan, langit yang dipenuhi kepulan awan, dan hutan yang indah di satu tempat? Pengalaman yang luar biasa ini mungkin dirasai di sebuah bukit kecil di tengah-tengah kawasan pergunungan di Seogwipo. Tempatnya yang tersembunyi di Seohong-dong, Bukit Deulleongmoru (yang bermaksud bukit dengan batu berongga di atas) merupakan kawasan yang mengagumkan dengan vista yang indah. Jika anda melewati terowong hijau yang dipayungi oleh hutan buluh - sesuatu yang jarang berlaku di Jeju - dan berjalan ke tempat di mana anda melihat batu seperti dolmen, anda telah sampai ke puncaknya. Berdiri di atas batu dan anda akan melihat langit biru di atas anda, hutan di bawah kaki anda, dan perairan pantai dan pusat bandar Seogwipo di hadapan anda. Pada hari yang bercuaca indah, anda dapat melihat Batu Gaksi, Gunung Gogeunsan, dan Pulau Beomseom di sebelah kanan anda, dan Gunung Berapi Jejigi, Pulau Seopseom, Pulau Munseom, dan Puncak Sammaebong di sebelah kiri anda. Hari musim luruh yang sejuk merupakan masa terbaik sepanjang tahun untuk menikmati ketiga-tiga keindahan alam yang terdapat di jejak kecil ini.

들렁모루
들렁모루
들렁모루
들렁모루
Musnah ditelan api, tetapi kenangannya masih di hatiKuil Beopjeongsa

Adakah anda tahu bahawa walaupun penduduk Jeju hidup berasingan di tengah lautan, mempunyai keinginan sekuat penduduk di tanah besar untuk bebas dan melindungi negara ini daripada penjajahan Jepun? Walaupun Pergerakan Kemerdekaan Pertama pada Mac biasanya dikenali sebagai permulaan pergerakan anti-Jepun, pergerakan Perlawanan Anti-Jepun Beopjeongsa pada bulan Oktober 1918 sebenarnyalah yang menjadi titik tolak terdahulu. Sami-sami Kuil Beopjeongsa menganjurkan gerakan anti-Jepun bersama-sama orang awam, dan selepas dua hari membuat bantahan, mereka akhirnya ditindas oleh pihak berkuasa Jepun. Untuk melawat Kuil Beopjeongsa, ambil jalan bersebelahan dengan tiangtanda Tempat LahirGerakan Penentangan Anti-Jepun Beopjeongsa (Birthplace of the Beopjeongsa Anti-Japanese Resistance Movement), dalam perjalanan ke Pusat Maklumat Dongbaek-gil di Gunung Hallasan. Hanya saki baki tinggalan kuil sahaja yang tinggal, kerana kuil tersebut musnah dimamah api oleh tentera Jepun. Tahun ini merupakan ulang tahun Gerakan Penentangan Anti-Jepun Beopjeongsa yang ke 100. Bersiar-siar di sepanjang laluan berwarna dihiasi dedaunan kemerahan dan memperingati semangat juang dan patriotik mereka yang tewas di meda pertempuran ini. Dengan memperingati mereka selamanya adalah sebagai ucapan terima kasih kepada mereka yang mengorbankan diri mereka untuk negara.

법정사
법정사
법정사
Sesetengah perkara hanya dapat dilihat pabila anda mengambil langkah ke belakangPelabuhan Ojo

Ada beberapa perkara yang hanya boleh benar-benar dihargai apabila anda mengambil langkah ke belakang dan melihat semula persekitaran anda. Pada perjalanan musim luruh ke Jeju ini, nikmati kegembiraan melihat pemandangan yang jauh. Pelabuhan kecil Desa Ojo, yang berdekatan dengan Desa Seongsan, adalah tempat yang sempurna untuk melihat pemandangan kon tuf Seongsan Ilchulbong, yang ditetapkan sebagai Tapak Warisan Alam Dunia. Semasa anda melihat puncak yang berkilauan dek panahan matahari musim luruh, yang membangkitkan kehebatan laut yang tak terhingga, perasaan yang berbeza akan timbul daripada apa yang anda rasa ketika anda berdiri di puncak. Sebaik sahaja anda merasai pemandangan yang jauh, sudah tiba masanya untuk melihat persekitaran.Dek kayu yang menghubungkan pelabuhan dan Puncak Siksanbong yang bersebelahan membuatkan anda merasa seolah-olah anda berjalan di seberang laut. Dengan suasana yang tenteram dan santai, Pelabuhan Ojo menawarkan perasaan yang tenang. Apa kata anda ambil beberapa langkah ke belakang dan berfikir tentang kebimbangan anda dalam gambaran yang lebih luas di tempat ini? Kesukaran anda hadapi mungkin akan kelihatan remeh dengan gambaran yang lebih besar dalam hidup anda.

오조포구
오조포구
오조포구
오조포구
오조포구
Bukalah pintu hatimu dan jejaki rumput berona perakKrater Sangumburi dan Kon Gunung Berapi Jeongmul

Tatkala kedinginan musim luruh bermula, bukanlah dedaun berwarna-warni yang menyentuh hati kita tetapi rumput perak yang berbunga mekar di atas batang emasnya yang melambai di ladang-ladang dan di pergunungan. Alasannya mungkin bahawa rumput yang kelihatan biasa ini berkumpul bersama-sama untuk menahan angin kuat, mengingatkan kita akan kehidupan kita. Kawasan ini sentiasa dianggap sebagai salah satu tempat terbaik untuk melihat lambaian rumput perak di Pulau Jeju. Malahan, sejak mensiang meliputi seluruh gunung berapi, tempat itu menawarkan pemandangan hebat dari bunga perak yang melambai di bayu laut. Antara kebanyakan kon gunung berapi yang terkenal dengan rumput peraknya, dua yang disyorkan ialah Krater Sangumburi dan Kon Gunung Berapi Jeongmul. Krater Sangumburi menawarkan pengalaman berjalan kaki yang selesa dengan laluannya yang dibina dengan baik, serta peluang untuk melihat rumput yang lebih tinggi. Manakala Kon Gunung Berapi Jeongmul memberikan pemandangan yang fotogenik matahari terbenam dan juga rumput perak. Pada bulan November, buka lah pintu hati anda dan ikuti rumput perak Jeju ke puncak musim luruh.

산굼부리
산굼부리
산굼부리
산굼부리
산굼부리
Kecapi sesudu haruman JejuKedai-kedai buku dan kedai cenderamata bebas

Adakah anda sedang mencari peluang untuk menikmati aroma musim luruh Jeju yang romatik? Jika ya, anda perlu mengunjungi kedai-kedai buku bebas yang kecil tetapi berstok penuh dan pilih kedai-kedai yang menjual cenderamata dan aksesori buatan tangan Jeju. Penjual buku bebas Like It and Buku Time mengalu-alukan kedatanganpengunjung dengan buku-buku yang telah dipilih susun oleh rasa sentimental pemilik mereka, yang menunjukkan rasa cinta mereka terhadap pulau ini, kedua-dua kedai buku menumpukan satu bahagian kedai mereka denganbahan-bahan bacaan berkenaan Jeju. Kedai-kedai seni dan kraf The Islander dan Jestory penuh dengan pelbagai cenderahati, membuatkan anda mudah leka apabila berada di kedai-kedai ini.Anda boleh berseronok mencari sesuatu yang sepadan dengan perasaan yang anda rasai ketika di Jeju di kedai-kedai kerana mereka menawarkan pelbagai barangan rumah, alat tulis, aksesori fesyen dan cenderahati yang diilhamkan oleh pelbagai elemen Jeju seperti (penyelam wanita) Haenyeo, dolhareubang (patung batu), kuda, dan camellia. Kami harap anda dapat menikmati kegembiraan dengan mengecapi sesudu haruman Jeju.

독립서점 & 소품
독립서점 & 소품
독립서점 & 소품
독립서점 & 소품
독립서점 & 소품
Berlari ke dalam dakapna langit Jeju dan warnai impian anda Paragliding

Pada musim luruh, cahayanya bersinar lebih cerah dengan langitnya yang jelas. Semua orang mempunyai impian untuk terbang, dan impian ini boleh menjadi kenyataan di Pulau Jeju. Pulau iniui yang mempunyai banyak kon gunung berapi dan dataran luas, amat sesuai untuk aktiviti paragliding. Berlari ke bawah cerun di bahagian atas kon gunung berapi dan angin akan membawa anda terbang ke langit biru. Pulau Jeju mempunyai pemandangan yang berbeza jika dilihat dari udara, seperti satu dunia yang baharu. Ianya mustahil untuk menggambarkan bagaimana perasaan anda di angkasa dengan awan yang hamper dapat dicapai. Ia akan menjadi pengalaman yang baik untuk menyimpan kenangan pemandangan pulau dari atas. (Paragliding boleh didapati di Geumak, Gunsan, Sororeum, Seoubong Gliding Sites, tetapi keadaan cuaca di setiap tapak peluncuran akan menjadi faktor penentu.)

패러글라이딩
패러글라이딩
패러글라이딩
Kecil tetapi mengenyangkan, sumber protin terbaikSiput Top Shell

Terdapat peribahasa Jeju yang mengatakan, "Siput top shell juga adalah daging." Siput top shell, sejenis siput laut, boleh didapati dengan mudah di pantai, dan ianya merupakan sumber protin penting bagi penduduk Pulau Jeju. Sejak kebelakangan ini, siput top shell sering menjadi tumpuan. Isinya yang lembut dan mempunyai sedikit rasa manis dan menyenangkan. Cangkerangnya dibuang setelah dibasuh, dan isinyadigunakan dalam memasak. Dikatakan bahawa orang-orang di Seogwipo sering menjamahsiput top shellbersama rumpai laut dan sup yang diperbuat daripada isi siput yang diramas. Oleh kerana ianya diketahui umumsebagaipenawar untuk melindungi hati dan menghilangkan kesan mabuk, sup siput top shellmerupakan sup pilihan untuk mereka yang kurang sihat. Sup mi dengan siput top shell, bubur nasi siput top shell, dan lempeng siput top shellmerupakan hidangan siput top shell yang popular. Rasanya yang sedikit pahit dan manis,siput top shellmenarik perhatian semua dari pelbagai peringkat umur. Jika hidangan hangat hadir ke minda di kala musim luruh yang dingin ini, pilihan yang sempurna adalah hidangan siput top shell.

보말
보말
보말
보말
보말
Notice
※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.