본문

Budaya dan tradisi memberi hadiah di Pulau Jeju: 5 hadiah dan cenderamata tradisional yang sempurna

별점(별점없음)

Orang tempatan Jeju sangat berbangga dengan budaya dan warisan mereka, dan kebanggaan ini dapat dilihat dalam seni dan makanan yang mereka hasilkan. Anda boleh mendapatkan artifak kebudayaan yang cantik dan berbau tanah yang tidak pernah lapuk dek zaman. Beberapa barangan tradisional yang boleh anda bawa balik bersama-sama anda termasuk onggi Jeju (seni barangan tembikar, kudapan tradisional, nasi putih dan wain beras. Apapun jua keutamaan anda, anda pasti dapat mencari sesuatu untuk dihadiahi kepada rakan dan orang yang anda sayangi di rumah kelak. Dan jangan lupa untuk mendapatkan sesuatu untuk diri anda sendiri!

  • Semak

    0

  • Carian

    9,789

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

  1. DEL
    Budaya dan tradisi memberi hadiah di Pulau Jeju5 hadiah dan cenderamata tradisional yang sempurna

    Orang tempatan Jeju sangat berbangga dengan budaya dan warisan mereka, dan kebanggaan ini dapat dilihat dalam seni dan makanan yang mereka hasilkan. Anda boleh mendapatkan artifak kebudayaan yang cantik dan berbau tanah yang tidak pernah lapuk dek zaman. Beberapa barangan tradisional yang boleh anda bawa balik bersama-sama anda termasuk onggi Jeju (seni barangan tembikar, kudapan tradisional, nasi putih dan wain beras. Apapun jua keutamaan anda, anda pasti dapat mencari sesuatu untuk dihadiahi kepada rakan dan orang yang anda sayangi di rumah kelak. Dan jangan lupa untuk mendapatkan sesuatu untuk diri anda sendiri!

    1. Onggi Jeju  (제주 옹기)

    Onggi ialah barangan tembikar Korea yang selalunya digunakan sebagai pinggan mangkuk meja dan bekas penyimpanan. Walaupun asal onggi secara umumnya dipercayai adalah antara 4000 dan 5000 BCE, barangan tembikar paling lama sebenarnya ditemui di Jeju, dan telah wujud sejak kira-kira 10,000 BCE. Onggi diperbuat daripada tanah liat yang telah digali keluar dari bumi yang dalam, kemudian ditapis dan dibersihkan. Tanah liat itu kemudiannya dibentuk dan dikeringkan secara semula jadi, atau dikeraskan menggunakan ketuhar api. Onggi Jeju menggunakan tanah liat Jeju yang kaya yang digali dari bumi, dan unik dari mana-mana onggi lain yang ditemui di tanah besar Korea, dan tanah liat yang digunakan untuk onggi Jeju adalah kaya dengan abu gunung berapi. Ini menyebabkan onggi Jeju memiliki tekstur yang licau tanpa perlu disadur.

    Tempat untuk mendapatkannya:

    Doye-chon Jeju (제주 도예촌)
    Doye-chon Jeju ialah tempat jauh dan indah yang menjual atau mencipta Onggi Jeju, atau hasil karya tembikar. Pemilik Doye-chon telah menjadikannya hasil karya hidupnya untuk menyelidik dan mencipta tembikar Jeju yang berkualiti tinggi dan telah mendedikasi hidupnya kepada seni ini selama lebih 40 tahun. Beliau juga memberikan sesi yang bermaklumat tentang sejarah onggi dan proses penciptaannya. Walau bagaimanapun, tiada perkhidmatan yang disediakan dalam bahasa Inggeri. Terdapat pelbagai jenis barang tembikar yang indah yang sedia dijual di sini. Harganya bermula dari sekitar 10,000 won, dan meningkat dengan cepat kepada lingkungan beratus ribu won. Onggi mungkin mahal, tetapi merupakan satu-satunya barang yang tidak boleh anda beli dengan mengklik butang, atau bahkan dengan membuat panggilan telefon. Onggi Jeju benar-benar adalah hadiah istimewa untuk diri anda sendiri atau mana-mana orang yang anda sayangi.
    Alamat: Ambansumanong-ro 441 bungil 3, Daejeong-eup, Seogwipo, Jeju
    Telefon: 011-698-9390

    2. Gamgyul Gwajul Jeju: “Biskut Madu Tangerin” 제주 감귤과즐 (전통한과)

    Jeju sangat dikenali kerana pelbagai buah-buahan sitrus yang lazat, dan 85% daripada peladang Jeju menanam beberapa jenis buah sitrus. Antaranya, gamgyul, atau tangerin Jeju, adalah yang paling dikenali ramai dan popular. Seniman kulinari Jeju telah secara berterusan mencipta banyak jenis makanan yang lazat, minuman, kudapan dan pemanis mulut menggunakan gamyul. Satu daripada kudapan ini ialah Gamgyul Gwajul, atau diterjemahkan sebagai “biskut madu tangerin”. Gwajul ialah sejenis kudapan berasaskan gandum yang digoreng dengan banyak minyak dan digunakan secara tradisional dalam upacara nenek moyang dan perayaan yang besar, tetapi hari ini, Gwajul telah menjadi kudapan harian yang paling digemari negara itu. Gamgyul Gwajul ialah biskut gamgyul yang digoreng dengan banyak minyak, dicelupkan di dalam sirap bijian dan kemudiannya ditaburkan dengan paf beras. Kudapan sempurna ini agak manis sedikit dan rangup.

    Tempat untuk mendapatkannya:

    Anda boleh mendapatkan Gamgyul Gwajul di kebanyakan pasar serbaneka besar, dan pasar tradisional di sekitar pulau ini.
    Beberapa pasar tradisional yang anda boleh cuba ialah:

    Pasar 5 Hari Tradisional Jeju
    Pasar 5 hari Tradisional Jeju hanya dibuka kira-kira setiap 5 hari, pada hari yang tarikhnya berakhir dengan nombor 2 atau 7.
    Lokasi: 26 Oiljangseo-gil, Jejusi, Jeju
    Hari Dibuka: Hanya dibuka pada hari yang berakhir dengan nombor 2 atau 7 (cth, hari ke-2, ke-7, ke-12, ke-17, dan seterusnya)
    Jam: 8 pg. - 8 mlm. / Sabtu 9 pg. - 6 ptg.
    Tempat letak kereta: Percuma
    Laman web:  market.jeju.kr/index.php (tersedia dalam bahasa Korea sahaja)

    Pasar Tradisional Dongmun Jeju
    Tidak seperti pasar 5 hari tradisional, Pasar Dongmun Jeju dibuka setiap hari.
    Lokasi: 20, Gwandeok-ro, 14gil, Jejusi, Jeju
    Telefon: 064-752-3001
    Jam: Berbeza-beza mengikut kedai / Ditutup pada Seollal (Hari Tahun Baru Qamari), Chuseok (Hari Menuai)
    Tempat letak kereta: Percuma
    Kemudahan: Tandas, lokar penyimpanan, kebolekaksesan kad kredit, sewa kereta sorong bayi

    Pasar Pyoseon
    Lokasi: Pyoseon-ri, Pyoseon-myeon, Seogwipo
    Dibuka pada hari yang berakhir dengan 2 atau 7

    Pasar 5 hari Seogwipo Hyangto
    Lokasi: 150, Topyeongseo-ro 11beongil, Seogwipo-si, Jeju
    Telefon: 064-763-0965
    Hari Dibuka: Dibuka pada hari yang berakhir dengan 4 atau 9 (4, 9, 14, 19, 24, 29)

    Pasar Tradisional Seomun Jeju
    Lokasi: 135-9 Yongdam 1-dong, Jejusi, Jeju
    Telefon: 064-758-8387
    Jam: 9 pg. - 8 mlm. setiap hari, berbeza-beza mengikut kedai

    Pasar Hallim
    Lokasi: Daerim-ri, Hallim-eup, Jeju
    Dibuka pada hari yang berakhir dengan 4 atau 9

    3. Omegi Tteok (오메기 떡)

    Omegi Tteok ialah nasi putih khas yang unik kepada pulau Jeju. Makanan ini adalah makanan kegemaran orang kalangan tempatan, dan juga telah barang yang mesti diperoleh oleh para pelancong untuk membeli sebagai hadiah. Omegi Tteok adalah tepung sekoi pulut bulat yang telah direbus kemudian disalutkan dengan tepung kacang merah atau kacang merah lecek. Ramuan lain kadangkala ditambah untuk mendapatkan warna dan rasa tambahan. Makanan ini mempunyai tekstur yang kenyal lazat dan rasa manis yang lembut.

    Tempat untuk mendapatkannya:

    Anda boleh mendapatkan Omegi Tteok di kebanyakan pasar serbaneka besar dan pasar tradisional di sekitar pulau ini.
    Beberapa pasar tradisional yang anda boleh cuba ialah:

    Pasar 5 Hari Tradisional Jeju
    Pasar 5 hari Tradisional Jeju hanya dibuka kira-kira setiap 5 hari, pada hari yang tarikhnya berakhir dengan nombor 2 atau 7.
    Lokasi: 26 Oiljangseo-gil, Jejusi, Jeju
    Hari Dibuka: Hanya dibuka pada hari yang berakhir dengan nombor 2 atau 7 (cth, hari ke-2, ke-7, ke-12, ke-17, dan seterusnya)
    Jam: 8 pg. - 8 mlm. / Sabtu 9 pg. - 6 ptg.
    Tempat letak kereta: Percuma
    Laman web:  market.jeju.kr/index.php (tersedia dalam bahasa Korea sahaja)

    Pasar Tradisional Dongmun Jeju
    Tidak seperti pasar 5 hari tradisional, Pasar Dongmun Jeju dibuka setiap hari.
    Lokasi: 20, Gwandeok-ro, 14gil, Jejusi, Jeju
    Telefon: 064-752-3001
    Jam: Berbeza-beza mengikut kedai / Ditutup pada Seollal (Hari Tahun Baru Qamari), Chuseok (Hari Menuai)
    Tempat letak kereta: Percuma
    Kemudahan: Tandas, lokar penyimpanan, kebolekaksesan kad kredit, sewa kereta sorong bayi

    4. Wain Beras Jeju Tradisional, Makgeolli (전통막걸리)

    Makgeolli ialah wain beras Kore yang agak manis sedikit rasanya, dan berwarna putih keruh. Makanan ini dibuat secara tradisional daripada beras, dan kadangkala diperisakan dengan ramuan lain. Sesetengah jenis makgeolli makanan kegemaran di pulau adalah hallabong makgeolli (buah sitrus), dan kacang Udo makgeolli, yang menggunakan kacan terkenal dari Pulau Udo Jeju.

    Tempat untuk mendapatkannya:

    Anda boleh mendapatkan makgeolli Jeju di kebanyakan pasar serbaneka besar dan pasar tradisional di sekitar pulau ini.
    Beberapa pasar tradisional yang anda boleh cuba ialah:

    Pasar Olle Seogwipo
    Pasar Olle harian Soegwipo adalah pasar tradisional yang terbesar di Soegwipo. Terletak di 22 Jungjeong-ro, 73 Bungil, Seogwipo, Jeju, Pasar Olle dibuka sepanjang tahun dari pukul 7 pg hingga 9 mlm. Kad kredit diterima dan haiwan peliharan adalah dibenarkan. Tandas terletak di premisnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, dail 82-64-762-2925.

    Pasar 5 hari Tradisional Jeju
    Pasar 5 hari Tradisional Jeju hanya dibuka kira-kira setiap 5 hari, pada hari yang tarikhnya berakhir dengan nombor 2 atau 7.
    Lokasi: 26 Oiljangseo-gil, Jejusi, Jeju
    Hari Dibuka: Hanya dibuka pada hari yang berakhir dengan nombor 2 atau 7 (cth, hari ke-2, ke-7, ke-12, ke-17, dan seterusnya)
    Jam: 8 pg. - 8 mlm. / Sabtu 9 pg. - 6 ptg.
    Tempat letak kereta: Percuma
    Laman web:  market.jeju.kr/index.php (tersedia dalam bahasa Korea sahaja)

    5. Dol Hareubang (돌하르방)

    Dol hareubang, atau diterjemahkan sebagai “datuk batu”, telah menjadi simbol lazim bagi Pulau Jeju, dan arca datuk ditemui satu-satunya patung kedatukan yang ditemui di Pulau Jeju. Asalnya diukir dari basalt, atau batu gunung berapi, patung bebentuk datuk yang memegang perutnya dengan kedua-dua belah tangan, biasanya satu di atas tangan sebelahnya. Selain itu patung itu memakai topi, dol hareubang telah menjadi sinonim dengan Pulau Jeju. Patung dan patung kecil dol hareubang biasanya berwarna kelabu gelap, tetapi kadangkala anda boleh melihatnya dalam warna merah kecoklatan gelap atau maroon. Ini telah dibuat dengan jenis batu igneus yang berbeza yang juga dipanggil scoria, dan batu ini juga menjadi barang pemungut yang unik. Anda boleh mendapatkan patung dol hareubang, dan coklat, rantai kunci dan barang lain dalam bentuk patung ini di kebanyakan gedung serbaneka besar, kedai pelancong dan pasar tradisional di sekitar Pulau Jeju.

    Tempat untuk mendapatkannya:

    Pasar Olle Seogwipo
    Pasar Olle harian Soegwipo adalah pasar tradisional yang terbesar di Soegwipo. Terletak di 22 Jungjeong-ro, 73 Bungil, Seogwipo, Jeju, Pasar Olle dibuka sepanjang tahun dari pukul 7 pg hingga 9 mlm. Kad kredit diterima dan haiwan peliharan adalah dibenarkan. Tandas terletak di premisnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, dail 82-64-762-2925.

    Pasar 5 hari Tradisional Jeju
    Pasar 5 hari Tradisional Jeju hanya dibuka kira-kira setiap 5 hari, pada hari yang tarikhnya berakhir dengan nombor 2 atau 7.
    Lokasi: 26 Oiljangseo-gil, Jejusi, Jeju
    Hari Dibuka: Hanya dibuka pada hari yang berakhir dengan nombor 2 atau 7 (cth, hari ke-2, ke-7, ke-12, ke-17, dan seterusnya)
    Jam: 8 pg. - 8 mlm. / Sabtu 9 pg. - 6 ptg.
    Tempat letak kereta: Percuma
    Laman web:  market.jeju.kr/index.php (tersedia dalam bahasa Korea sahaja)

Notice
※ The above information was written on Invalid date . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.