Khazanah Pulau Jeju
Selepas beberapa kaji selidik dan tinjauan oleh ahli akademik dan pakar-pakar, keistimewaan Jeju telah dibahagikan kepada enam kategori iaitu landskap yang indah, makanan tradisional, produk khas, program pengalaman, laluan pemandangan yang indah, dan keajaiban seni bina. Kedudukan ini menghubungkan pelancongan dengan industri utama dan tertua di pulau itu. Bergantung kepada tujuan perjalanan anda dan keutamaan individu, ciri-ciri indah Jeju dan kepelbagaiannya akan menjadikan ia sesuatu yang sukar dilupakan. Musim sejuk di Pulau Jeju adalah sangat ringan berbanding dengan kawasan-kawasan lain, tetapi anginnya kuat dan sejuk. Apabila anda melangkah ke pantai, anda akan merasai hembusan anginnya, tetapi apabila anda melihat lautan zamrud pulau itu dan betapa gahnya ketinggian Gunung Hallasan, anda akan melihat secara langsung betapa istimewanya tempat ini.
- Jumlah
- Landskap
- Masakan Tempatan
- Produk Khusus
- Program Pengalaman
- Laluan Pemandangan Indah
- Keajaiban Seni Bina
Program Pengalaman
Hallasan · Kembara Kon Gunung Berapi
Kerana Hallasan mempunyai pemandangan yang paling menakjubkan dengan bunga-bungaan pada musim bunga, warna musim luruh, dan salji musim sejuk, ia mempunyai ramai pendaki sepanjang tahun. Terdapat 368 oreum berbeza yang kelihatan sama, tetapi setiap puncak akan mendorong pelbagai perasaan yang indah.
Program Pengalaman
Jeju Olle · Mendaki Laluan Hutan
Olle menawarkan landskap yang indah, termasuk laut berwarna zamrud, orenum yang menjulang tinggi, dinding batu hitam yang dikenali sebagai Tembok Besar Naga Hitam, dan perkampungan kecil yang aman, yang hanya dapat dinikmati dengan berjalan kaki.
Program Pengalaman
Laluan Luar Bandar
Gelombang buah limau mandarin dipetik pada lewat musim luruh. Limau Mandarin adalah buah yang paling popular setiap musim sejuk, yang memberi kepuasan kepada mata dan rasa seseorang. Oleh kerana itu, satu program pengalaan memetik limau mandarin menjadi popular. Resam, dengan rasa enaknya yang luar biasa, juga dapat dilihat merata di lapangan Jeju antara bulan April dan Mei. Anda boleh menikmati masa anda semasa mencari, memilih, dan memakan buah ini.
Program Pengalaman
Program Rekreasi Marin
Salah satu tarikan di Jeju ialah pengalaman aktiviti rekreasi marin, kerana ianya jarang dinikmati dalam kehidupan seharian. Lawatan kapal selam membawa anda ke dunia bawah laut yang bermisteri. Sebuah kapal layar pelancongan memberikan anda rasa anggun sebuah hotel di atas laut. Lebih-lebih lagi, anda boleh menikmati pemandangan pantai yang indah di atas kapal layar dan teruja dengan memancing apungan.
Program Pengalaman
Perjalanan Pantai dengan Kereta, Basikal atau Skuter
Ianya amat berbaloi mengembara di sekitar Pulau Jeju dalam perjalanan sebenar yang bermula di sepanjang jalan pantai dengan kereta, basikal, skuter, atau apa-apa cara pengangkutan yang anda suka. Anda dapat melihat laut yang biru kehijauan, pulau-pulau yang terapung di lautan, pantai yang menghadap ke pulau-pulau, cenuram yang mengagumkan, dan pantai berbatu, serta rasai deruan bayu laut yang menyegarkan, yang semuanya akan merangsang lima deria anda.
Program Pengalaman
Perjalanan ke 'Pulau Dalam Di Pulau
Jeju mempunyai pelbagai pulau-pulau yang gah, setiap daripadanya merangkumi keindahan asalnya: Pulau Udo, pulau terbesar di antara pulau-pulau di pulau itu; Pulau Chujado yang digelar 'Nusantara Kecil Jeju,' Pulau Biyangdo dengan cahaya malam yang indah; Pulau Gapado dengan gelombang barli hijau pada bulan April dan Mei; dan Pulau Marado, pulau paling selatan, dengan keindahannya yang tersendiri.
Program Pengalaman
Menunggang kuda
Satu program menunggang kuda direka untuk mengelilingi laluan menunggang kuda atau kawasan sekitarnya, yang memberikan anda keseronokan dan keterujaan pada masa yang sama. Keselamatan sentiasa terjamin kerana terdapat tenaga pengajar profesional untuk membimbing anda. Sejak kebelakangan ini, beberapa aktiviti luar, seperti menunggang di padang terbuka atau menunggang dengan kencang antara kon gunung berapi (Oreum), telah menjadi popular di kalangan ahli-ahli kelab.