Khazanah Pulau Jeju
Selepas beberapa kaji selidik dan tinjauan oleh ahli akademik dan pakar-pakar, keistimewaan Jeju telah dibahagikan kepada enam kategori iaitu landskap yang indah, makanan tradisional, produk khas, program pengalaman, laluan pemandangan yang indah, dan keajaiban seni bina. Kedudukan ini menghubungkan pelancongan dengan industri utama dan tertua di pulau itu. Bergantung kepada tujuan perjalanan anda dan keutamaan individu, ciri-ciri indah Jeju dan kepelbagaiannya akan menjadikan ia sesuatu yang sukar dilupakan. Musim sejuk di Pulau Jeju adalah sangat ringan berbanding dengan kawasan-kawasan lain, tetapi anginnya kuat dan sejuk. Apabila anda melangkah ke pantai, anda akan merasai hembusan anginnya, tetapi apabila anda melihat lautan zamrud pulau itu dan betapa gahnya ketinggian Gunung Hallasan, anda akan melihat secara langsung betapa istimewanya tempat ini.
- Jumlah
- Landskap
- Masakan Tempatan
- Produk Khusus
- Program Pengalaman
- Laluan Pemandangan Indah
- Keajaiban Seni Bina
Produk Khusus
Gamgyul (buah limau mandarin)
Buah limau Mandarin, adalah makanan yang baik untuk diet seseorang kerana sifatnya yang beralkali. Ianya membantu badan menyerap kalsium dan meningkatkan metabolisma. Oleh kerana ia kaya dengan Vitamin C, limau mandarin diketahui memberi manfaat seprti mendapatkan kulit yang sihat dan pulih daripada keletihan.
Produk Khusus
Gosari (resam)
Resam merupakan sejenis daun fern yang tinggi protein, serat, kalsium, dan kalium. Dengan dwaejigogi (daging khinzir) atau ikan corvina kuning, ia merupakan gabungan yang baik untuk pelbagai masakan Korea, seperti jjigae (stew), muchim (sayur-sayuran yang diperam dengan cuka), atau yukgaejang (sup daging pedas).
Produk Khusus
Jaridom (ikan damsel)
Mei hingga Ogos merupakan masa yang terbaik untuk menyajikan ikan ini. Ikan damsel boleh dihidangkan sebagai mulhoe, ganghoe, ikan bakar, ikan asin, atau jorim (sadur). Ia adalah rendah kalori dan baik untuk diet. Ia rendah lemak, rasanya yang tidak kuat, dan mudah dicerna. Ia juga amat baik untuk memulihkan mereka yang sakit dengan cepat.
Produk Khusus
Okdom (ikan tile)
Ikan ini merupakan hidangan yang ditawarkan kepada keluarga diraja semasa Dinasti Joseon. Ia mempunyai tekstur anjal dan kaya dengan protein. Ia mengandungi mineral yang kaya (kalsium, fosforus, dan besi) dan vitamin.
Produk Khusus
Galchi (ikan hairtail)
Ikan ini amat baik dihidangkan dari bulan September hingga Oktober. Dagingnya putih dan lembut. Ianya hidangan yang terbaik untuk diet yang rendah kalori dan juga untuk kanak-kanak yang membesar. Hairtail boleh dihidangkan dengan sadur (jorim), dalam stew labu, panggang, atau goreng.
Produk Khusus
Malgogi (daging kuda)
Daging kuda merupakan makanan tradisi yang baik untuk merawat lumpuh dan kulit gatal. Menggunakan tulang kaki sebagai ramuan, ianya baik untuk merawat arthritis dan neuralgia, dan untuk mencegah selesema pada kanak-kanak.