본문

<Terpesonalah dengan musim luruh di Jeju>

별점(5점만점에 4점)

Anda boleh bermesra dan bersuka ria dengan penduduk setempat, menyertai festival, menjelajah keindahan pulau untuk menghyati alam semula jadi dan menikmati makanan yang enak yang hanya boleh ditawarkan oleh Jeju pada musim luruh untuk menyegarkan diri anda. Berikut merupakan senarai 10 perkara yang boleh anda lakukan di Jeju untuk menikmati musim luruh sepuas-puasnya.

  • Semak

    1

  • Carian

    14,295

  • Kongsi SNS

    25

Butiran확장됨

10 tarikan pelancong paling popular di Jeju yang tidak patut anda terlepas pada musim luruh 2023<Terpesonalah dengan musim luruh di Jeju>

Anda boleh bermesra dan bersuka ria dengan penduduk setempat, menyertai festival, menjelajah keindahan pulau untuk menghyati alam semula jadi dan menikmati makanan yang enak yang hanya boleh ditawarkan oleh Jeju pada musim luruh untuk menyegarkan diri anda. Berikut merupakan senarai 10 perkara yang boleh anda lakukan di Jeju untuk menikmati musim luruh sepuas-puasnya.

Cara baharu menikmati laluan hutan di Jeju<Perjalanan Nordic, menjejak bunyi>

Kyorae-ri merupakan kawasan sumber air bagi air Samdasoo dan merangkumi 'tanah kehidupan', iaitu Gotjawal. Di kampung ini, anda boleh alami <Perjalanan Nordic di Laluan Hutan Samdasoo> untuk menyegarkan diri anda dengan udara yang dipenuhi anion. Perjalanan Nordic merupakan senaman berjalan yang berasal dari Scandinavia sebagai sebahagian daripada senaman musim panas untuk pemain ski merentas desa. Senaman ini merupakan kaedah berjalan empat kaki menggunakan tongkat dan telah dipuji atas manfaat kesihatan seperti keberkesanan dalam membetulkan postur, serta merawat penyakit sendi dan tulang belakang.

▶Hubungi: Kyorae Samdasoo Village Cooperative(064-782-2022)

2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


<Menjejak bunyi> merupakan program merentas hutan yang membangkitkan deria pejalan dengan bunyi alam semula jadi. Dengan memakai set kepala dan memegang perakam suara mini, anda boleh menumpukan perhatian sepenuhnya pada persekitaran bunyi Jeju sambil berjalan di laluan yang tersedia Anda boleh berkomunikasi dengan alam semula jadi sambil berjalan, mendengar bunyi dedaunan ditiup angin, burung berkicauan dan bunyi tanah yang anda berpijak. Program menjejak bunyi tersedia di Hwasoon Gotjawal dan Jeojioreum, iaitu tempat yang menampilkan pelbagai tumbuh-tumbuhan di Jeju.

▶ Hubungi:  Sleeping Lion(010-6350-0032)

Pengalaman baharu dengan alkohol tradisional<Jeju Saem-ju, Hallasan, Co., Ltd.>


Jeju Saem-ju menghasilkan soju suling Gosorisul dan wain beras bertapis Omegisul menggunakan bahan mentah tidak tercemar di Jeju. Gosorisul merupakan contoh alkohol tradisional Jeju yang dibuat dengan menyuling Omegisul, wain beras bertapis yang dibru dengan milet dan malt tempatan yang dikuliti, menggunakan bekas yang dipanggil Gosori (Sojutgori). Membuang imej sebagai alkohol tradisional, Gosorisul dikenali sebagai arak menarik dan bergaya, dengan peningkatan kepopularan dalam menghasilkan arak berspirit dan koktel dengan resepi kreatif yang menggunakan soju suling untuk minum di rumah.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


< Hallasan, Co., Ltd> merupakan wakil syarikat tempatan Jeju yang menghasilkan soju selama tujuh dekad menerusi empat generasi. Dianggap sebagai salah satu arak tradisional berkualiti tinggi Jeju di samping soju Hallasan, Hubuksul merupakan alkohol tempatan yang dibuat melalui penapaian suhu rendah di mana air mineral gunung berapi dicampur dengan madu, kemudian ditapai untuk tempoh masa yang lama. Akhir-akhir ini, koktel berasaskan Hubuksul meraih perhatian, dengan peningkatan bilangan orang yang ingin mencubanya. Berikut merupakan cadangan resepi untuk menikmati koktel Hubuksul dengan lebih baik.

*Resepi koktel Hubuksul:  1 cawan (60ml) Hubuksul, 2 cawan air berkarbonat, 1/2 potong lemon atau jeruk lemon, 3~5 kiub ais

2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>
2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>
2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


Hallasan, Co., Ltd mengendalikan program lawatan kilang yang tertumpu pada selera terkini sambil mengekalkan tradisinya. Anda boleh alami sejarah dan proses penghasilan soju Hallasan dan juga merasa sampel soju, serta beberapa koktel soju yang unik. Program tersebut menawarkan keseronokan dengan pelbagai elemen termasuk kedai cenderahati dan zon foto untuk anda mengambil gambar di atas bumbung berlatarkan Biyangdo. Lawatan tersebut tersedia tiga kali sehari pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Nikmati rasa dan suasana romantik pulau di dalam pulau!<Kepulauan Chuja >


Musim luruh merupakan musim terbaik untuk mengembara ke Kepulauan Chuja. Di kepulauan ini, anda boleh menikmati pesta dengan ikan corbina kuning yang tebal dan ikan kembung yang dijeruk sebagai hidangan utama. Apa kata anda meluangkan cuti musim luruh anda di kepulauan menawan ini untuk menikmati rasa dan suasana romantik? Anda boleh pergi ke Kepulauan Chuja dalam kira-kira sejam dengan menaiki feri dari Pulau Jeju. Walaupun perjalanan satu hari boleh dilakukan, anda disyorkan untuk merancang jadual perjalanan dua hari. Kepulauan tersebut menawarkan tarikan yang terlalu memukau untuk dilepaskan, seperti landskap hebat, iaitu Laluan Olle yang menampilkan keindahan perkampungan di pulau, matahari terbenam yang cantik, pemandangan malam kampung, kabus hujan pagi dan hidangan masakan dari rumah di penginapan kediaman privasi.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


Antara semua ini, Laluan Langit Navarone adalah merupakan laluan merentas hutan yang dinamakan sempena cenuram yang ditampilkan dalam filem 'The Guns of Navarone' kerana kesamaannya. Berjalan di laluan berliku sepanjang rabung cenuram yang curam akan membuatkan anda berasa seperti berjalan di langit. Pada ketinggian 129.7m di atas paras laut dan dengan jumlah jarak 2.1km, laluan langit itu menawarkan keseronokan dengan landskap yang cantik. Festival Corvina Kuning, contoh festival kepulauan itu, akan diadakan dari 13 hingga 15 Oktober. Festival itu akan menyertakan pesta pensampelan ikan corniva kuning keistimewaan tempatan serta pelbagai program pengalaman dan acara budaya termasuk mengikat ikan corvina, menenun jaring, pertandingan memancing keluarga, memancing dengan tangan dan berjalan Laluan Olle Chuja.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>
2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>
Musim luruh putih di Jeju<Gandum kuda dan ladang gandum kuda>


Bunga gandum kuda putih yang mekar memenuhi ladang Jeju di bawah sinaran matahari musim luruh. Lambaian putih lembut dari bebunga yang matang memberikan rasa yang damai untuk minda. Ladang gandum kuda ditemukan di seluruh Jeju, tetapi ladang yang terbesar dan mempunyai pemandangan paling indah adalah di Ladang Barli Hijau dan Gandum Kuda Ora-Dong, Ladang Bunga Gandum Kuda Waheul dan Boromwat.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


Gandum kuda merupakan tanaman terbaik untuk ditanam di Jeju yang batuan dan angin kencang banyak terdapat di ladang yang tandus. Dari zaman dulu, gandum kuda menjadi tumbuhan lasak pilihan di Jeju yang merupakan makanan ruji pada tahun-tahun yang hasil tuaiannya sedikit. Tidak hairanlah, Jeju mempunyai banyak makanan berasaskan gandum kuda sehingga kini. Makanan ini termasuklah krep gandum kuda yang terkenal serta sup doh gandum kuda, jeli gandum kuda, sup khinzir gandum kuda, sup daging gandum kuda yang pedas dan sup tulang gandum kuda. Datanglah ke Jeju pada musim luruh untuk menikmati makanan bermusim dan kecapi keindahan semula jadi ladang gandum kuda. Rasai suasana romantis pulau ini.

Memperkayakan musim luruh dengan aktiviti yang perlu dilakukan bagi percutian tempatan<Festival musim luruh Jeju>


Dari 3 hingga 8 Oktober, Festival Warisan Dunia akan diadakan dengan tema 'Kepulauan Gunung Berapi dan Tiub Lava Jeju’ yang menampilkan tapak warisan dunia UNESCO. Semasa festival ini, anda boleh menemukan tapak warisan berkelas dunia Jeju seperti Gunung Halla, Seongsan Ilchulbong yang hebat di atas laut dan Sistem Tiub Lava yang penuh misteri.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


<Festival Budaya Tamra>, iaitu festival terkenal di Jeju yang menampilkan budaya rakyat, mitos, sejarah dan gaya hidup Jeju akan diadakan pada tahun ini dengan tema 'Jeju Halmang'. Acara itu yang diadakan dari 6 hingga 10 Oktober dimulakan dengan Ritual Nenek Moyang Samsunghyeol Tamra dan menyertakan pelbagai acara di sekitar pulau termasuk Sanjicheon dan Dataran Budaya Tamra. Anda juga boleh melawati Festival Seogwipo Chilsimni yang dibaharui. Jika anda ingin bersuka ria dengan penduduk tempatan dengan pemandangan yang cantik di selatan Jeju, anda harus melawati Festival Seogwipo Chilsimni yang akan diadakan dari 13 hingga 15 Oktober berdekatan dengan kawasan Stadium Piala Dunia. Jika anda ingin menikmati ketenangan musim luruh dengan berjalan sedikit, anda boleh mengambil bahagian dalam Festival Berjalan Olle yang diadakan antara 2 hingga 4 November. Jika anda ingin membuat tempahan awal untuk penyertaan, anda boleh berbuat demikian pada aplikasi Laluan Olle. Anda juga boleh berdaftar pada hari festival di kaunter pendaftaran di titik permulaan setiap laluan.

Percutian dengan pembelajaran<Enam Program Pengalaman Seni dalam Cuti Pembelajaran>


Dalam Percutian Pembelajaran di Jeju, anda boleh menyertai pelbagai program pembelajaran semasa perjalanan pemulihan anda. Berikut merupakan enam program pengalaman seni Cuti Pembelajaran yang boleh anda sertai pada musim luruh ini. Pengalaman baharu untuk mengekspresikan ilham anda di Jeju melalui karya seni anda sendiri!


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


Lucysson Atelier menawarkan pelbagai pengalaman dengan lukisan yang mentafsirkan semula kaligrafi Jeju dengan sentuhan moden dan contoh lukisan rakyat harimau dan burung murai. Jika anda suka tekstur yang lebih lembut, serta rona yang cerah dan berwarna-warni, anda boleh belajar lukisan pastel minyak dan merakamkan detik gembira anda dalam lukisan di 3pm Cat. Di Artiste21 yang bertempat di Andeok, Seogwipo, anda boleh belajar seni lukis menggunakan bahan seperti warna air, cat akrilik dan cat minyak. Di Studiomobe, anda boleh menyertai kelas fotografi untuk menambah baik foto pengembaraan anda dan menjadikan foto anda lebih cantik. Anda boleh melawati Salty Orange untuk alami daya tarikan pengetufan yang hangat dan selesa. Dalam bengkel kaca berwarna yang bersinar Habit, anda boleh mengalami karya seni bersinar yang menarik seperti rantai kunci berbentuk gunung, serta camellia dan limau Jeju untuk cuti pembelajaran yang kaya di Jeju.

Seni bina pemandangan dan arkitek angin <Galeri Jun Itami>


Alami dunia Jun Itami yang dikenali sebagai arkitek angin yang menangkap pemandangan Jeju dalam karya beliau. Beliau meluangkan penghujung hayat beliau di Jeju berbanding dengan di Jepun untuk menghasilkan karya seni bina luar biasa yang mencerminkan ciri semula jadi Jeju berdasarkan ilham daripada alam semula jadi.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


Karya Jun Itami yang paling terkenal termasuklah Hotel Podo, Gereja Bangju, Muzium Air Angin Batu dan Muzium Terbuka yang dibina pada awal tahun 2000-an. Anda perlu membuat tempahan awal untuk memasuki tempat-tempat ini.

 

Galeri Jun Itami dirancang sebagai tempat untuk menikmati inspirasi dan refleksi tenang dengan pameran. Di bilik pameran di tingkat dua, anda boleh mengalami pameran audio dengan bimbingan audio. Bimbingan audio memperkenalkan pameran dengan alunan muzik piano yang digubah oleh Yang Bang-ean di latar belakang.

Cara mendaki Gunung Halla yang dikongsi oleh pakar<Disyorkan! Laluan Gunung Halla pada musim luruh>


Berikut merupakan laluan mendaki Gunung Halla pada musim luruh yang disyorkan oleh Yu Aram, CEO Zero-point Trail dan pendaki pakar Gunung Halla yang berkata bahawa beliau tidak lagi mengira berapa kali beliau mendaki Gunung Halla. Terdapat lima laluan mendaki Halla, iaitu Youngsil, Eorimok, Sungpanak, Gwaneumsa dan Donnaeko. Antara laluan ini, Sungpanak dan Gwaneumsa menuju ke Kawah Baengnokdam di puncak.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


Yu mengesyorkan laluan Gwaneumsa yang lebih sukar berbanding dengan laluan Sungpanak yang lebih mudah jika anda ingin menikmati pemandangan alam semula jadi yang hebat dan kaya. Untuk mereka yang suka laluan yang lebih mencabar, beliau mengesyorkan Zero-point Trail yang bermula pada 0m di pinggir laut dan bersambung di puncak gunung. Untuk pemula, beliau mengesyorkan laluan Youngsil dan Eorimok untuk merasai kecantikan bermusim Gunung Halla berbanding dengan cuba sampai ke puncak. Semasa mendaki laluan ini, anda boleh menikmati kekaguman alam semula jadi dan kecantikan yang terdapat pada Gunung Halla sepanjang pinggir gunung.

Lambaian perak semasa kemuncak musim luruh<Kluster Rumput Berapi Jeju>


Kluster Rumput Berapi, iaitu permulaan lambaian perak yang mengumumkan kemuncak musim luruh di Jeju, menampilkan warna cantik yang bertukar daripada kuning kepada merah apabila masa berlalu. Rumput berapi tumbuh di padang terbuka atau gunung dan boleh dilihat berdekatan dengan bukit biasa di Jeju. Saebyeol Oreum dan Eoeum-ri, Aewol-eup di barat Jeju merupakan habitat besar rumput berapi. Rumput berapi yang mencerminkan sinaran jingga matahari yang terbenam menghasilkan suasana yang mendamaikan.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>
2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


Di timur Jeju, terdapat takungan Seungeup, iaitu habitat rumput berapi yang kurang diketahui. Padang rumput berapi yang tersebar sepanjang takungan yang luas menghasilkan pemandangan menerujakan yang kelihatan seperti lukisan cat minyak. Hampir tiada bunyi di sekeliling, jadi anda boleh menikmati lambaian rumput berapi dalam persekitaran yang paling tenang. Jalan ke tempat ini juga diurus dengan baik yang menjadikan tempat ini sempurna untuk berjalan dan memandu. Selain itu, anda juga boleh melawati Gapmajang-gil yang terletak di Gasi-ri, Pyosun-myeon, laluan memandu Geumbaekjo-ro yang romatik, Sangumburi, serta Oreum Ttarabi dan Akeundarangshi di timur.

 

2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>
Berseronok dengan bermain golf pada musim luruh<Menikmati golf di Jeju>


Jika anda perlu memilih satu musim untuk bermain golf, tentulah pada musim luruh. Di Jeju, anda boleh bermain golf dan menikmati pemandangan terbuka sekaligus dengan Gunung Halla dan laut di latar belakang. Jangan risau jika anda merupakan pemula atau mengembara dengan haiwan kesayangan. Berikut merupakan beberapa padang golf di Jeju yang anda boleh bermain golf berpusingan dan menikmati alam semula jadi sekali gus.


2023년 가을 놓치지 말아야 할 제주관광 10선  <제주 가을에 취하다>


Di Eco Land GC yang terletak di Gotjawal di timur Gunung Halla, anda boleh menaiki kereta golf bermotor untuk dua orang, menjadikan ia sempurna untuk permainan dua orang. Padang ini mempunyai laluan layar yang luas dan juga menawarkan padang eko yang membuatkan anda berasa seperti bermain di tepi hutan yang mempunyai pokok semula jadi. Di Jeju Haevichi Country Club, anda boleh menikmati pusingan 9 lubang tanpa kedi mulai 4 petang. Ini disyorkan bagi mereka yang baru bermain golf atau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk pusingan 18 lubang. Lotte Sky Hill CC menawarkan produk sepanjang tahun yang membolehkan anda bermain pusingan dengan haiwan kesayangan sambil menikmati pemandangan semula jadi Jeju.

Notice
※ The above information was written on 2023-10-16 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.