본문

Samdado

별점(별점없음)

Samdado

  • Semak

    0

  • Carian

    1,311

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

#Samdado

Samdado diberi namanya kerana kaya dengan angin, batu batan dan wanita.

Apa yang tersembunyi dalam Samdado adalah sejarah penduduk Jeju yang dengan kebijaksanaan danketegrana mereka dapat

mengatasi cabaran alam semula jadi.

풍차
바람
Angin - Kawasan di mana Hembusan Bayunya Tidak Pernah "Tidur"

Terletak di kawasan pusat ribut, Jeju adalah pulau yang berangin.
Pada hari-hari ribut yang kencang, apabila anda berdiri di lautan, anda boleh menyaksikan kekuatan tulen angin Jeju.
Tidak ada tempat lain dari Jeju yang mempunyai pelbagai nama untuk angin. Hanuibaram, Nophanuibaram (angin barat laut), Nopsaebaram (angin timur laut), Saetbaram (angin timur), Maparam (angin selatan), Dongmaparam (angin tenggara), Galbaram (angin barat), Seotbaram, Seothanuibaram, Yangdusaebaram dan Yangbaram adalah antara contoh nama-nama untuk angin.
Penduduk Jeju telah berjuang, menentang, menghindari, menenangkan, dan menggunakan angin, yang membawa kepada nama-nama yang berbeza, untuk mewujudkan budaya angin khas mereka sendiri. Kini, angin Jeju dikumpulkan sebagai tenaga elektrik ketika dunia memasuki era baru.

원담
밭담
Batu - Pulau Batu

Tidak mustahil untuk membincangkan Jeju tanpa bercakap tentang batu-batannya.
Ini kerana Pulau Jeju adalah pulau gunung berapi yang dilitupi batu, dari garis pantai ke gunung dan bumi; semuanya dilitupi dengan batu-batu.
Hidup dan mati generasi penduduk jeju yang lebih tua adalah di kalangan batu-batu ini. Khususnya, kita lihat di dinding batu yang telah dibina dengan teliti dengan tangan. Dinding batu Olletdam di pintu masuk rumah, dinding batu Uldam, yang berfungsi sebagai pagar rumah, dinding batu Batdam, yang meliputi ladang, dinding batu Wondam, yang meliputi jaringan batu laut, dan dinding Sandam, yang meliputi kuburan; semuanya diperbuat daripada dinding batu.
Bukan itu sahaja. Dinding-dinding kubu seperti Kubu Eupsong, Kubu Hyeonseong, Kubu Jinseong dan juga Kubu Hwanhaesanseong yang dibina untuk menghalang bunyi dari garis pantai juga diperbuat oleh dinding batu.
Kehidupan, budaya dan sejarah Jeju; semuanya terdapat pada dinding-dinding batu ini.
Dinding batu itu dianggarkan berukuran 36,000km, ianya sama dengan jarak ukuran bumi. Bukankah ia sangat menakjubkan untuk menyedari bahawa ada tembok batu sepanjang itu berada di dalam pulau kecil ini?

여자1
여자2
Wanita - Negara Dewi, Pulau Wanita

Pulau Jejudo adalah negara dewi.
Dewi pembiakan Seolmundae, dewi kehidupan Samseung, dewi angin Yeongdeung, dewi pertanian Jacheongbi, dewi takdir Gameunjangagi, dan dewi-dewi utama lain di Pulau Jejudo adalah wanita.
Dewi perkampungan dan dewi rumah tangga juga hampir kesemuanya wanita.
Oleh itu, Jeju adalah sebuah negara yang dimiliki oleh dewi. Mengapa ada begitu banyak dewi di Pulau Jejudo? Ini kerana bentuk asal mitos awalnya yang mengekalkan asal usul sejarah manusia, masih kekal hingga ke hari ini.
Selain itu, ini mempunyai beberapa kaitan dengan pembawaan wanita Jeju yang aktif, yang memberikan mereka ketabahan melalui masa silam mereka yang sukar.
Sama ada bekerja di lautan, memetik rumput di ladang, menjual barang di pasar, membawa kayu api, atau membawa air; semua peranan ini dimainkan oleh wanita. Oleh itu, bagaimanakah ia tidak dianggap sebagai pulau wanita?
Reputasi Jeju sebagai pulau wanita, di mana wanita memainkan peranan utama, mencerminkan sejarah lama hingga ke hari ini.

Notice
※ The above information was written on 2021-12-27 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.