본문

Makanan, Pakaian dan Penginapan

별점(별점없음)

Makanan, Pakaian dan Penginapan

  • Semak

    0

  • Carian

    2,968

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

# Pakaian, makanan, dan budaya Pulau Jejudo yang istimewa

Dari pakaian tradisional ke pelbagai peralatan dan makanan, ke rumah tradisional yang meliputi budaya gaya hidup yang unik, alam semula jadi Pulau Jejudo mempunyai rona-rona warna Jeju.

갈옷
물옷
정당모자
Pakaian
Garot

Ini adalah pakaian dicelup menggunakan jus pisang kaki hijau. Pada mulanya, kain itu menjadi keras dan bertukar kepada warna merah tanah liat, tetapi dengan pemakaian yang kerap, warnnya berubah kepada coklat dan kain menjadi lebih lembut apabila disentuh. Ia adalah kain yang sempurna untuk dipakai sewaktu berkeja kerana ia tidak mudah kotor atau menyerap peluh.

Mulot

Terdiri daripada kain tuala penutup kepala, seluar Mulsojungi dan baju Muljeoksam, ini adalah pakaian yang digunakan oleh Haenyeo Jeju (penyelam wanita) semasa Muljil (kerja menyelam) sebelum digantikan dengan getah hitam dari Jepun pada awal 1970-an.

Jeongdang Moja (Topi)

Diperbuat daripada batang akar Cocculus yang tumbuh di pergunungan, topi ini dipakai oleh pengembala atau petani. Blok topi telah diukur mengikut kesesuaian kepala si pemakai, manakala Gat itu dibuat agak besar untuk melindun dari cahaya matahari.

수육
고등어조림
전복죽
Makanan
Hidangan Kkwong (Burung Kuang)

Jeju mempunyai banyak burung kuang, dan kerananya terdapat pelbagai jenis hidangan burung kuang.
Burung kuang pada musim luruhlah yang mempunyai rasa yang terbaik dan ianya boleh dihidangkan mentah atau gaya 'jerk'.
Kkwong Toryeom, bahagian dada burung kuang yang dihiris nipis boleh dimakan bersama shabu-shabu, yang juga merupakan makanan istimewa Jeju.
The Kkwong Memil Guksu (Sup Mi Gandum Kuda dan Burung Kuang) diperbuat daripada mi soba Jeju dan sup burung kuang yang ringan dan mudah untuk dicernakan.
Kkwong Manduguk (Sup Ladu Burung Kuang) mempunyai rasa bersih tanpa minyak.

Hidangan Mal (Daging Kuda)

Hidangan daging kuda merupakan masakan yang berkualiti tinggi yang dihidangkan kepada Raja-Raja.
Daging kuda boleh digunakan untuk Ma Yukhoe (Tartare Kuda), Ma Chobap (Sushi Kuda), Tangsuyuk (Kuda Masak Masam Manis), Galbi Jjim (Stew Tulang Rusuk), Seanggui (Kuda Panggang), dan Bulgogi.
Daging kuda lebih ringan rasanya berbanding daging lembu dan terdapat rasa yang berbeza untuk setiap bahagian seperti usus, hati mentah, dan daging tanpa lemak.

Seonggeguk (Sup Landak Laut)

Setelah menggoreng kilas rumpai laut bersama minyak bijan, rebuskan ia dengan landak laut dan abalone.
Masukkan garam, dan telur air laut yang berwarna kekuning itu akan bergumpal seperti Sundubu (Tauhu Lembut), memberikannya rasa yang manis tetapi lembut.
Di Jeju, landak laut dipanggil 'Gusal' dan Seonggeguk (Sup Landak Laut) sering dipanggil 'Gusalguk'.

Hoe (Ikan Mentah)

Hwangdom (Ikan Merah Laut) adalah salah satu ikan yang paling sering ditemui di Jeju.
Harganya berpatutan dan sangat berperisa. Tidak mudah untuk mencari di tanah besar jadi adalah amat disyorkan untuk anda merasai Hwangdom di Pulau Jejudo.
Bagi mereka yang mencari sesuatu yang lebih mewah daripada Hwangdom, terdapat Gatdom (Ikan Beak Berbelang).
Okdom (Ikan Tile Merah) boleh dipancing pada permulaan musim bunga, dan mempunyai rasa yang terbaik antara bulan Disember dan Mac.
Hanchi (Sotong Spear) amat digemari semasa musim panas yang bermula pada bulan Jun hingga Ogos kerana rasanya yang kenyal yang lembut. Manakala Bangeo (Ikan Yellowtail) adalah sesuai untuk dimakan pada musim dari September hingga akhir Oktober.
Bengedom (largescale Blackfish) adalah satu lagi makanan istimewa Jeju yang lazat dari Disember hingga Mac, sering terperangkap melalui memancing. Semua hidangan ikan-ikan ini merupakan sesuatu yang mesti dirasai semasa di Pulau Jeju.

Mulhoe (Ikan Mentah dalam Sup Dingin)

Terdapat pelbagai jenis makanan yang enak dari pertengahan April hingga awal bulan Mei termasuk Mulhoe (Ikan Mentah dalam Sup Dingin), Jari Mulhoe (Ikan Damsel Mentah dalam Sup Dingin Pedas), Haesam Mulhoe (Timun Laut Mentah dalam Sup Dingin Pedas), Sora Mulhoe (Siput Horned Turban Mentah dalam Sup Dingin) dan Hanchi Mulhoe (Sotong Spear Mentah dalam Sup Dingin Pedas).
Bahan-bahannya yang segar dan rasanya yang menyelerekan , jadi apa yang anda hanya perlu lakukan ialah memilih mengikut kegemaran anda!
Kaedah memasak biasanya terdiri daripada sayur-sayuran yang dihiris tipis seperti dropwort, pir, timun, daun perilla, dan cili hijau dan mencampurkannya dengan makanan laut bersama dengan pelbagai perasa, kemudian memasukkan air dan juga ais.
Ia juga disyorkan untuk mencampur semangkuk nasi dengan saki baki sup setelah makanan laut dimakan.

Galchi Dish (Hidangan Ikan Layur)

Terdapat pelbagai cara untuk menikmati ikan layur di Pulau Jejudo.
Pertama, anda boleh memakannya dengan mentah. Ramai menganggap bahawa Galchi Hoe (Nasi Ikan Layur) akan mempunyai rasa hanyir ikan yang kuat, tetapi ia tidak sama sekali!
Isi ikannya kenyal dan lazat, menjadikannya hidangan yang popular. Kaedah kedua yang paling sering dimakan adalah dengan merenehnya. Anda akan mendapati ikan layur segar ini mencair apabila dimakan.
Hidangan yang direneh ini yang telah diperisakan dengan serbuk cili Jeju yang pedas dan ianya enak jika dihidangkan dengan nasi.
Sekiranya anda ingin mendapatkan rasa ikan layur yang sebenar adalah dengan memanggangnya.
Jika anda mencari rasa yang unik, maka cubalah Galchi Guk (Sup Ikan Layur).
Direbus dengan labu lama dan sup yang jernih dan diperisakan dengan cili, Galchiguk (Sup Ikan Layur) merupakan hidangan yang mujarab dalam mengurangkan pening kepala akibat terlalu banyak minum alkohol.
Akhir sekali, terdapat Galchijeot (Ikan Layur Asin). Masukkan sesudu Galchijeot (Ikan Layur Asin) pada semangkuk nasi yang panas dan anda pasti akan menambah lagi.

Godeungeo (Ikan Makarel)

Godeungeo (Ikan Makarel) kaya dengan DHA dan asid amino, yang menjadikannya pilihan yang baik untuk mencegah penyakit berkaitan dengan gaya hidup.
Anda boleh menikmati Godeungeo (Ikan Makarel) sepanjang empat musim dengan mengawetkan dan mengeringkannya sebagai ikan kering.
Tetapi Godeungeo (Ikan Makarel) ini adalah terbaik jika direbus dan dipanggang, kerana ia dapat mengekalakan rasanya yang segar.
Apabila dipanggang, minyak semula jadi dari Godeungeo (Ikan Makerel) ini meresap keluar, menjadikannya berkilat. Rasanya yang pekat dan kaya berperisa adalah sungguh lazat.

Obunjagi (Abalone)

Salah satu masakan hidangan laut terbaik ialah tak lain dan tak bukan, Obunjagi (Abalone).
Obunjagi (Abalone) adalah siput moluska yang yang hidup di atas batu 20 meter di bawah air.
Kira-kira 70% daripada Obunjagi (Abalone) yang diperoleh secara domestik berasal dari Pulau Jejudo. Obunjagi (Abalone) mengandungi jumlah vitamin B dan mineral yang tinggi seperti kalsium dan besi.
Anda boleh menggorengnya atau menggunakannya sebagai bahan utama untuk Doenjang jjigae (Stew Pes Kacang Soya) dan bubur nasi, ataupun makan begitu sahaja setelah ianya diasinkan.

Jeonbuk (Abalone)

Juga dikenali sebagai ginseng laut liar, abalone kaya dengan nutrisi dan abalone di ambil dengan banyaknya di Jeju.
Abalone seringkali dimakan mentah, tetapi anda boleh menambahnya ke dalam bubur, pot panas, Samgyetang (Sup Ayam Ginseng), atau pelbagai stew lain untuk menjadikannya hidangan yang bernilai tinggi.
Bubur abalone dengan abalone yang dihiris nipis dan digoreng sedikit bersama minyak bijan dan kemudiannya direbus dengan menawarkan rasa yang bersih dan enak.

Sora (Siput Horned Turban)

Sora (Siput Horned Turban) mempunyai lebih banyak kandungan protein berbanding ikan dan mempunyai isi yang amat kenyal.
Selepas membersihkan dengan air sedikit garam, panggang keseluruhan bersama arang untuk manghasilkan Sora Gui (Siput Horned Serban Panggang).
Selepas memisahkan badan dari ususnya, anda boleh mencelupkannya ke dalam sos dan anda dapat menikmati aroma lautan semasa anda memakannya. Ia merupakan makanan istimewa yang indah.

Jarijeot (Ikan Pearl-spot Chromis)

Jarijeot (Ikan Pearl-spot Pearl Chromis) menggunakan ikan pearl-spot chromis, yang hanya boleh didapati di lautan Jeju, dengan memperisakannya dengan garam.
Sisiknya dibuang, menjadikannya mudah dimakan, dan ia mempunyai rasa yang enak.
Walaupun ia datang dengan bau yang unik, sesetengah orang menyukai Jarijeot (Pearl-spot Pearl Chromis) terutamanya kerana baunya.
Apabila anda menambah cili hijau, bawang putih, dan perasa-perasa lain, ia juga boleh dihidangkan sebagai hidangan sampingan Anda juga boleh meletakkan ikan tersebut di atas nasi kukus, memberikan anda rasa kekenyangan.

Myeolchijeot (Ikan bilis Asin)

Myeolchijeot (Ikan bilis Asin) diperbuat daripada ikan bilis mentah masin sewaktu musim bunga dan musim luruh.
Anda boleh memakannya dalam pelbagai cara, tetapi jika anda mambalutnya dengan daun salad atau daun kacang segar, maka anda boleh menikmati satu mangkuk nasi tanpa memerlukan daging.
Sekiranya anda makan Myeolchijeot (Ikan Bilis Asin) selepas ianya keringkan semasa musim panas, ia dapat membantu mengembalikan selera anda.

Kkotmyeolchijeot (Ikan herring perak Makanan Laut Asin)

Kkotmyeolchi (Ikan herring perak Makanan Laut Asin) biasanya berwarna coklat kemerahan dan ditangkap di lautan Jeju.
Tidak seperti biasa Myeolchijeot (Ikan bilis Masin), isi Kkotmyeolchijeot (Ikan herring perak Makanan Laut Asin) hampir tidak diawetkan walaupun selepas ia telah dimasak.
Tidak mempunyai tulang, ini membuatkan lebih hidangan kenyal dan lembut, serta mudah dimakan.

Gingijuk (Bubur Ketam Mitten)

Gingi (Mitten Crab) adalah dialek Jeju untuk menggambarkan 'ketam'. Gingijuk (Bubur Ketam Mitten) adalah makanan istimewa yang dihidangkan pada bulan Mei.
Pertama, tambahkan air kepada sos Gingi yang diasinkan yang telah ditumbuk menggunakan penggiling.
Kemudian tapis dengan menggunakan jaring untuk mendapatkan sup nya. Goreng nasi yang sudah direndam menggunakan minyak bijan dan perlahan-lahan tambahkan jus Gingi, kemudian rebus perlahan-lahan. Tambah garam secukup rasa. Hidangan ini kaya dengan kalsium dan chitosan, yang baik untuk tulang anda.

Mungejuk (Bubur sotong kurita)

'Munge' adalah dialek Jeju untuk sotong kurita.
Sotong kurita Jeju mempunyai rasa yang unik. Ia boleh dimakan mentah, direbus dengan pelbagai perasa, atau sebagai bubur. Mungejuk (Bubur sotong kurita) adalah hidangan yang sihat.
Pertama, buangkan ususnya, kemudian sotong kurita itu dititik dalam lesung untuk melembutkannya.
Goreng nasi dengan minyak bijan. Kemudian masaklah dengan air. Dengan cara menumbuk lumat dan tidak menghirisnya dengan pisau, warna merah di kulitnya kekal, memberikan tekstur yang lebih lembut.

Bingtteok (Krep Gandum Kuda Disumbat Lobak Gaya Jeju)

Bingtteok (Krep Gandum Kuda Disumbat Lobak Gaya Jeju) ialah Tteok (Kek Beras) yang digulung bulat.
Tepung gandum kuda diuli lembut dan dibentuk menjadi penkek nipis dan bulat.
Kemudian gaulkan lobak, lobak merah, bawang hijau, garam, serbuk bijan, dan minyak bijan sekali untuk membuat inti dan kemudiannya diletakan ke atas krep, maka terhasil lah Bingtteok (Krep Gandum Kuda Disumbat Lobak Gaya Jeju).

정낭
초가
돗통시
Perumahan
Jeongnang dan Olle
Rumah tradisional Jeju bermula dengan 'Olle'. Di pintu masuk Olle adalah 'Jeongnang'. Jeongnang adalah tiga kayu balak yang diletakkan di pintu masuk. Tiang batu yang didirikan di atas setiap sisi pintu masuk Olle di mana Jeongnang dimasukkan dipanggil 'Jeongjumok'. Dikatakan bahawa Jeongnang pertama kali dipasang adalah untuk menghalang kuda dan lembu dari memasuki rumah mereka. Mengikut tradisi Jeju, orang biasa meletakkan kuda dan lembu ke padang rumput. They needed to put up Jeongnang in order to prevent the horses and cows from coming into their house. The reason why they used logs rather than making a door was because of the wind. Jeongnang tidak mudah terjejas oleh angin, jadi ia akan tetap berdiri dengan kukuh walaupun dilanda badai. Mengapa ada tiga kayu balak? Ia adalah satu isyarat antara pemilik rumah dan tetamu yang membolehkan mereka untuk bertukar-tukar maklumat. Sekiranya terdapat tiga kayu balak, maka itu bermakna pemilik rumah keluar sepanjang hari. Jika terdapat dua kayu balak, maka pemilik rumah keluar untuk masa yang agak lama. Sekiranya terdapat hanya satu kayu balak, maka ia bermakna pemilik rumah keluar untuk tempoh yang singkat. Bergantung pada sesebuah rumah, saiz Olle adalah sama ada pendek atau panjang. Ia juga mempunyai pelbagai bentuk, dari lurus ke melengkung dan dari luas ke sempit. Pulau Jejudo merupakan kawasan yang berangin. Tetapi angin yang paling kuat akan menjadi lemah apabila melalui dinding batu Olle yang telah dibina dengan lengkungan sederhana. Agak sukar untuk melihat bahagian dalam rumah kerana Olle. Oleh itu, Olle bertindak sebagai entiti yang menghalang orang luar daripada melihat serta juga menghalang angin dari memasukinya. Jeongnang dan Olle adalah tempat perumahan unik yang hanya dapat dilihat di Jeju, yang tidak terdapat dimana-mana.
Rumah Berbumbung Jerami
Rumah berbumbung jerami juga merupakan pemandangan perumahan yang unik yang hanya terdapat di Jeju. Ianya sangat kukuh. Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding itu kemudiannya dilumur dengan tanah, menjadikannya lebih kukuh. Bumbung ditutup dan diikat dengan tali tebal, seperti papan mainan. Rumah berbumbung jerami Pulau Jejudo adalah hasil dari kebijaksanaan orang bijak pandai Jeju, yang berusaha untuk mengatasi persekitaran semulajadi mereka, dimana terdapat angin yang kencang dan hujan yang kerap. Apa yang unik adalah segala-galanya menyerupai perwatakan dan tidak ada Sarangmadang atau Sarangchae (bangunan utama di mana tempat kaum lelaki menginap dan menyambut tetamu) tidak seperti rumah di kawasan lain. Rumah Jeju diatur ke dalam Angeori (bangunan yang terletak di tengah kompleks) dan Bakgeori menggunakan halaman dalaman sebagai kawasan tumpuan. Angeori merupakan tempat menyimpan minuman keras untuk upacara nenek moyang, dan juga di mana upacara nenek moyang dilakukan. Apabila anak lelaki sesebuah tetangga itu berkahwin, ibu bapa akan duduk di Angeori dan keluarga baru anaknya akan duduk di Bakgeori. Selepas beberapa tempoh masa, mereka bertukar semula, menandakan bahawa peranan melaksanakan upacara nenek moyang telah dipindahkan dari ibu bapa kepada keluarga anak lelaki. Hal ehwal keluarga, hadiah berbentuk wang, hak harta bersama, dan menghadiri tokong hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal di Angeori. Oleh itu, Angeori sangat bermakna. Kedua-dua Angeori dan Bakgeori mempunyai dapur berasingan, platform untuk balang, dan Tongsi (tandas) supaya kedua-dua generasi dapat hidup secara bebas dari satu sama lain. Ia dianggap sebagai satu isi rumah, tetapi dari segi ekonomi, ia sebenarnya mengekalkan dua keluarga. Akibatnya, di rumah-rumah Jeju, terdapat campuran eklektik sistem keluarga yang unik, langkah balas iklim, geografi geometrik dan kepercayaan dukun yang menghasilkan gabungan budaya.
Dottongsi
Dottongsi adalah tandas tradisional Jeju. Ia tidak mempunyai bumbung, dan hanya mempunyai dinding batu yang rendah untuk menghalang angin dan menghalang pandangan orang luar. Tidak berbau, tidak perlu risau akan terjatuh ke dalam lembangan, dan tidak perlu risau akan najis dari terkena kaki anda. Oleh itu, ia adalah tandas yang selamat dan sejuk yang boleh digunakan. Bagaimanapun, ia bukan sahaja dihunakan sebagai tandas, tetapi juga berfungsi sebagai sangkar untuk khinzir. Jerami barli diletakkan di atas lantai Dottongsi. Dengan menjalani penapaian semulajadi dengan jerami barli, yang bercampur dengan sisa buangan manusia, khinzir menjadi baja yang tidak ternilai untuk pertanian Jeju. Dottongsi adalah ruang pemurnian alam yang tiada tandingan serta unsur budaya kediaman yang unik yang hanya boleh dilihat di Pulau Jejudo.
Notice
※ The above information was written on 2021-12-27 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.