본문

Mitos Asal

별점(별점없음)

Mitos Asal

  • Semak

    0

  • Carian

    1,805

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

# Lagenda Mistik dan Menarik Mitilogi Kelahiran Jeju
개벽신화
설문대할망
탐라개국신화
Kisah tentang kelahiran dunia, Mitologi Awal Peradaban

Dunia berada dalam keadaan yang gelap gelita untu masa yang amat lama. Di tengah-tengah kegelapan dan kemelut yang melanda, muncul tanda-tanda penciptaan alam. Puncak langit tersingkap luas pada Waktu Gapja, Hari Gapja, Bula Gapja dan Tahun Gapja dan muara bumi terbuka pada Waktu Eulchuk, Hari Eulchuk, Bulan Eulchuk dan Tahun Eulchuk, lalu menghasilkan rekahan yang halus. Sempadan antara angkasa dan bumi menjadi lebih jelas apabila rekahan mula meluas di mana tanah semakin meningkat dan air mula mengalir. Pada ketika ini, embun kebiruan mula mencurah dan embun kehitaman dari bumi mula naik dan apabila keduanya bergabung maka terciptalah alam semesta. Bintang-bintang berkilauan adalah yang pertama muncul. Bintang Altair berada di timur dan bintang Vega muncul di sebelah barat, Canopus muncul di bahagian selatan dan di bahagian utara ialah Big Dipper, dan akhirnya Samtaeseong muncul di tengah, mengumpulkan pelbagai bintang di seluruh cakerawala. Bintang-bintang sahaja tidak cukup untuk menerangi seluruh ruang angkasa. Ia kekal kelam; awan kebiruan datang dan pergi dari timur, awan putih dari barat, awan merah delima menyusup dari selatan dan kepulan awan hitam dari barat, manakala awan rona kuning muncul dari tengah. Dalam sekelip mata, Ayam Cheonhwang memanjangkan lehernya, Ayam Jihwang mengepak-ngepakkan sayapnya manakala Ayam Inhwang berkokok dengan kuat sambil mengepak-ngepakkan ekornya, maka terbit lah fajar di ufuk Timur. Pada ketika ini, Raja Syurgawi melepaskan dua matahari dan dua bintang, menerangi seluruh alam semesta, lalu membuka luas bumi dan langit, syurga di dunia.

Lagenda Seolmundae, Bagaimana Terciptanya Jeju

Suatu ketika dahulu, terdapat seorang dewi bernama Seolmundae Halmang yang amat besar. Seolmundae Halmang juga merupakan seorang dewi yang amat perkasa. Suatu hari, sang dewi mula membawa tanah di dalam kainnya dan mencurahkannya ditengah-tengah lautan yang terbentang luas. Berkat dengan kesungguhannya, tidak lama kemudian, terbentuklah pulau-pulau di atas lautan. Sang dewi berasa bangga dengan kon gunung berapi yang terbentuk secara semulajadi, dan dia mula mengambil lebih banyak tanah dan menambah kon-kon gunung berapi di sekeliling pulau. Mana-mana bahagian yang dirasakan terlebih tanah diruntuhkan puncak gunung untuk mengimbangkannya. Akhirnya sang dewi itu mencipta gunung yang tinggi betul-betul di tengah pulau, cukup tinggi hingga mencecah Bima Sakti. Maka terjadilah Gunung Hallasan. Akan tetapi dia merasakan gunung tersebut terlalu tinggi, lantas dia mematahkan puncak gunung itu dan melemparkannya ke dalam laut. Puncak gunung tersebut terlempar ke barat daya laut maka terjadilah Gunung Sanbangsan.
- 'Halmang' dikenali sebagai dewi dalam mitos Jeju. -


Mitos Penciptaan Tamnaguk

Terdapat aura yang luar biasa di tebing utara Gunung Hallasan dan satu demi satu, tiga dewa muncul dari tanah. Ketiga-tiga dewa itu memakai pakaian kulit, berburu di hutan, dan memakan daging. Pada suatu hari, mereka menemui kotak besar yang terapung di laut timur dan berlari ke arahnya. Ia adalah kotak kayu yang dimeterai dengan tanah berwarna merah kekundangan. Apabila mereka membuka kotak itu, terdapat seorang lelaki yang memakai pakaian berwarna merah kekundangan dengan tali pinggang merah di pinggangnya yang mengandungi kotak jed berbentuk telur. Apabila kotak jed dibuka, terdapat lima bijian benih, tiga perawan yang cantik, seekor anak kuda jantan, dan seekor anak lembu. Lelaki yang muncul dari kotak itu berkata, "Saya adalah utusan dari Byeokrangguk dari laut timur. Raja kita mempunyai tiga orang puteri dan sebagai tiga pengasas Korea yang terkenal telah bangkit untuk mencipta sebuah negara tetapi tanpa pasangannya disisi, kehadiranku adalah untuk mempersembahkan puteri-puteri kepada anda bertiga. Dengan segala hormatnya, ambil lah puteri-puteri ini untuk melaksanakan tanggungjawab yang hebat dalam menubuhkan sebuah Negeri". Selepas berkata demikian, terbanglah lelaki itu ke atas awan. Ketiga-tiga dewa dan puteri-puteri itu melapangkan fikiran dan tubuh mereka, dan berkahwin setelah memutuskan siapa yang akan berkahwin dengan siapa. Mereka berpindah ke kawasan yang bertanah yang subur dengan air yang baik, dengan menembak panah satu demi satu untuk memutuskan tanah mana adalah yang akan mereka diami. Ini adalah ketika mereka menyebarkan lima biji benih dan menternak lembu dan kuda, yang meningkatkan jumlah rakyat mereka dan segala-galanya menjadi lebih berbudaya, yang membawa kepada penubuhan Tamnaguk.

Notice
※ The above information was written on 2021-12-27 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.