본문

10 Tempat Terbaik Jeju untuk Jun <Tersendiri, “Pintar dan Bestari” Jeju dalam bulan Jun Tersendiri, “Yomangjin” Jeju dalam bulan Jun>

별점(별점없음)

Antara musim bunga dan musim panas, Jeju berehat sebentar pada bulan Jun. Ia menantikan pelancong “yomangjin’ yang pandai meluangkan ruang antara musim selepas kumpulan yang meriah prgi dan sebelum musim percutian puncak bermula. Jika anda seorang pelancong yang mahukan kelainan dan lebih pintar daripada pelancong lain, jangan lepaskan pelancong pada bulan Jun.

  • Semak

    0

  • Carian

    59,577

  • Kongsi SNS

    13

Butiran확장됨

10 Tempat Terbaik Jeju untuk JunTersendiri, “Pintar dan Bestari” Jeju dalam bulan Jun Tersendiri, “Yomangjin” Jeju dalam bulan Jun

Antara musim bunga dan musim panas, Jeju berehat sebentar pada bulan Jun. Ia menantikan pelancong “yomangjin’ yang pandai meluangkan ruang antara musim selepas kumpulan yang meriah prgi dan sebelum musim percutian puncak bermula. Jika anda seorang pelancong yang mahukan kelainan dan lebih pintar daripada pelancong lain, jangan lepaskan pelancong pada bulan Jun.


*Yomangjin: Pintar dan bestari dalam bahasa Jeju

Ikuti kisah naga hitamDongmyeong-ri, Hanllim

Seekor naga hitam tinggal di mana Sanktuari Myeongwol berada dalam Dongmyeong-ri, Hanllim-eup. Ia sebenarnya batdam (dinding padang). Kampung ini berbangga dengan air jernihnya sejak zaman kuno. Namun sekarang ia berbangga dengan batdamnya, yang terpilih sebagai Sistem Warisan Pertanian Global yang Penting (GIAHS). Ikuti kisah naga hitam yang melindungi kampung tersebut tanpa bergerak, meniarap, sepanjang jelajah 50 minit di Denai Suryuchon Batdamgil. Anda boleh rehatkan kaki anda yang lesu di Hentian Bas Dongmyeong. Produk pertanian kampung dan cenderahati gaya Jeju boleh dijumpai di kafé di dewan kampung yang diubah suai. Anda boleh mengalami lebih banyak perkara di Kampung Laun Hanllim berdekatan Hansu-ri. Kebahagiaan menanti seisi keluarga, daripada penangkapan ikan tradisional kepada bareutjabi (menangkan cengkerang, ketam dsb. di laut cetek) dan kraf tangan laut.


‣ Jelajah Denai Suryuchon Batdamgil, Dongmyeong-ri: 3.3 km, kira-kira 50 minit.

‣ Hentian Bas Dongmyeong: 26, Dongmyeong 7-gil, Hanllim-eup, Jeju-si

‣ Kampung Laut Hanllim: 200, Hanllimhaean-ro, Hallim-eup, Jeju-si

한림 동명리
한림 동명리
한림 동명리
한림 동명리
Masuk ke dalam hutan purbakala berahsiaDenai Hutan Samdasu

Denai Hutan Samdasu, yang terbentuk menggunakan denai hutan yang lama adalah berbeza dengan Denai Hutan Saryeoni yang berdekatan. Ia mempunyai tarikan semula jadi dan telah menerima Anugerh Harmoni dalam divisyen Hutan Milenium Pertandingan Hutan Cantik Seluruh Negara. Tidak sukar untuk berjalan masuk, keheningan dan kedamaiannya bak purbakala amat menakjubkan! Jika anda bernasib baik, anda boleh lihat pokok bunga tiga bulan gunung dan kelopak bunga yang gugur. Denai bermula selepas anda melalui jalan ladang dengan mengikuti papan tanda bertentangan Pusat Khidmat Sosial Gyorae-ri. Ia mengambil 1.5 dan 2.5 jam untuk berjalan mengikut Laluan 1 dan 2. Tiada tandas di denai tersebut, jadi jangan lupa untuk pergi di Pusat Khidmat Sosial. 


‣ Denai Hutan Samdasu: 98, Gyorae 3-gil, Jocheon-eup, Jeju-si (Pusat Khidmat Sosial Gyorae-ri)

‣ Jangka Masa: Laluan 1: kira-kira 5.2 km, 1.5 jam; Laluan 2: kira-kira 8.2 km, 2.5 jam

삼다수숲길
삼다수숲길
삼다수숲길
삼다수숲길
삼다수숲길
Dari mula ke hari ini di pulau gunung berapiIseungi Volcanic Cone (Iseungak)

Kon Gunung Berapi Iseungi, yang terletak di lereng Gunung Hallasan, sudah sangat popular di kalangan pendaki yang ingin melalui Denai Halla. Pemandangan desa bertukar kepada hutan primitif secara dramatik, dan ia berasa agung di “Haegeumeuniso Pond.” Batuan dan pokok yang bergabung selama ratusan tahun, dan lapisan abu gunung berapi yang melahirkan pulau tersebut, sangat misteri! Apabila anda sampai ke puncak dan menjumpai Gunung Hallasan yang mengandungi kelompok kon gunung berapi, anda tidak akan terlepas tapak liang arang batu, di mana kemesraan orang kuno dapat dirasai, dan pengukuhan gua oleh penjajah Jepun, yang penuh dengan darah dan peluh nenek moyang kami. Tidak kira sama ada laluan mendaki selama 20 minit atau laluan pusingan selama 40 minit, kedua-duanya cukup untuk menikmati kon gunung berapi yang mistik ini.


‣ Kon Gunung Berapi Iseungi: Sinrye-ri, Namwon-eup, Seogwipo-si (Iseungak Information Center, Seoseong-ro)

이승이(이승악)오름
이승이(이승악)오름
이승이(이승악)오름
이승이(이승악)오름
이승이(이승악)오름
Mulakan musim panas lebih awalLayar layang dan papan kayuh

Anda datang jauh ke Jeju mengidamkan laut, tetapi anda berhadapan rintangan kerana mereka mengatakan terlalu awal untuk mandi laut. Tetapi jangan terlalu kecewa. Terdapat pelbagai aktiviti air untuk dinikmati. Mulakan musim panas anda lebih awal daripada orang lain dengan merasai suhu dan bayu laut pada bulan Jun. Impian anda untuk terapung di atas menjadi kenyataan dengan layar layang. Lebih mudah kerana semua orang boleh berseronok tanpa apa-apa persediaan istimewa. Pilih papan kayuh jika anda yakin dengan keseimbangan anda! Yoga pada papan kayuh yang terapung di laut membantu mengimbangi minda dan tubuh anda yang terumbang-ambing. Jangan takut dan cubalah memandangkan terdapat kursus untuk yang baru ingin bermula. (Jadual fleksibel bergantung kepada keadaan cuaca. Tempahan awal adalah satu kemestian!)


‣ Jeju Jet & Parasailing: 172-5, Daepo-ro, Seogwipo-si

‣ Jeju Sea Leisure: 2658, Jungmun-dong, Seogwipo-si

‣ Noriter Paddleboard: 21, Gwakji 5-gil, Aewol-eup, Jeju-si

‣ Bajeul Surf & Paddleboard Club: 47, Woljeong 3-gil, Gujwa-eup, Jeju-si

‣ LoLo Paddleboard Yoga Club: 1656, Beonyeong-ro, Jocheon-eup, Jeju-si

패러세일링 & 요가
패러세일링 & 요가
패러세일링 & 요가
패러세일링 & 요가
패러세일링 & 요가
Pada jalan yang dibawakan oleh mentariDenai Yeomnani Kojigil dan Denai Baengdeui Goeungil

Denai Baengdeui Goeungil menghubungkan kampung berdeakatan dengan Pyeongdae-ri, Gujwa-eup di tengah-tengah. Perkataan “baengdeui,” yang bermaksud padang yang lebar dan rata, dan “pyeongdae,” yang bermaksud leper, lebih kurang sama dan rupanya orang dahulu memanggil pyeongdae baengdeui sejak zaman kuno. Jika anda nampak pemecah tembok denan sebuah rumah api berwarna merah apabila berjalan menghala Handong-ri di sepanjang jalan pantai Denai Baengdeui Goeungil Trail, inilah Denai Yeomnani Kojigil. Datanglah awal pagi untuk menikmati pemandangan langit pada waktu subuh di sebalik rumah api tersebut. Kehidupan haenyeo (penyelam wanita) yang mencari rezeki daripada hasil laut diceritakan pada murals di bangunan di Perkampungan Nelayan Pyeongdae-ri. Ia bak sorakan sunyi dan halus apabila keindahan hidup mereka menambah seri dalam sanubari anda ditambah dengan kehangatan mentari pagi.


‣ Denai Yeomnani Kojigil dan Denai Baengdeui Goeungil: Sebahagian daripada Laluan Olle 20, Pyeongdae-ri, Gujwa-eup, Jeju-si

염나니코지길 벵듸고운길
염나니코지길 벵듸고운길
염나니코지길 벵듸고운길
염나니코지길 벵듸고운길
염나니코지길 벵듸고운길
Paling memuaskan dan menjimatkanJelajah Pusat Bandar Simkung, Bas Jelajah Bandar dan Ulang-alik Pelancong

Di pusat bandar Jeju, di mana baharu dan lama wujud bersama, sedang mengorak langkah baharu. Jelajah Pusat Bandar Simkung (“Jantung Berdetak”) adalah peluang untuk melawat pusat bandar untuk kedua-dua penduduk dan pelancong Jeju. Ia termasuklah Laluan 1, yang bermula di Muzium Rakyat Jeju dan melalui Pasar Dongmun, dan Laluan 2, dari Astaka Gwandeokjeong ke Pusat Maklumat Pelancong Tap-dong, melewati Katedral Jungang. Ia juga termasuk kedai fesyen hip terbaharu, kedai buku dan restoran. Dapatkan hadiah selepas mengumpul setem daripada tempat yang anda lawati untuk keseronokan berganda! Kedua-dua Bas Jelajah Bandar dan Ulang-alik Pelancong sesuai untuk melihat Jeju dari pandangan yang lebih luas. Kemudahan untuk pergi ke pelbagai tempat tarikan pelancong pada harga yang rendah tidak boleh dibandingkan dengan memandu sendiri. Bas Jelajah Bandar boleh menjadi pemandu mesra untuk menjelajah dan Bas Ulang-alik Pelancong untuk kawasan berbukit dan gunung.


‣ Jelajah Pusat Bandar Simkung: www.jejusi.go.kr, Divisyen Promosi Pelancongan Jeju-si, tel. 064-728-2752

‣ Jelajah Bas Bandar Jeju: www.jejucitybus.com, rujuk laluan  

‣ Bas Ulang-alik Pelancong: www.jejutouristshuttle.com, rujuk laluan, acara Instagram hingga Jun

관광지 순환버스
시티투어버스
시티투어버스
관광지 순환버스
관광지 순환버스
관광지 순환버스
Ringkas dan ceriaPokok tiga bulan dan buang matahari

Pokok tiga bulan sangat banyak di Jeju pada bulan Jun. Walaupun tidak kelihatan mewah, tarikannya yang halus menyerupai “lembut”. Bagaimana anda menerangkan kegembiraan yang anda rasai apabila anda lihat pokok tiga bulan yang tersebar luar seolah-olah mengikuti anda ke tangga syurga di Gunung Yeongjusn, di Kon Gunung Berapi Samuiak dan Denai Hutan Saryeoni? Bagaimana dengan bunga matahari di belakang pokok tiga bulan dengan tarikannya yang halus? Berhati-hati agar tidak jatuh kepada bunga matahari yang ceria sebelum belajar mengenai sejarah Askar Sambyeolcho di Tapak Sejarah Pergelutan Anti-Yuan di Hangpadu-ri! Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah ladang di Jeju yang menanam bunga matahari. Percutian bermula sekarang, apabila anda terpegun dengan bunga-bunga Jun yang akan tersemat jelas dalam memori pada hari yang indah yang basah dengan kabus.


‣ Gunung Yeongjusan: 18-1, Seongeup-ri, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si

‣ Kon Gunung Berapi Samuiak: 24-2, Ara-dong, Jeju-si

‣ Denai Hutan Saryeoni: 137-1, Gyorae-ri, Jocheon-eup, Jeju-si

‣ Tapak Sejarah Pergelutan Anti-Yuan di Hangpadu-ri: 50, Hangpaduri-ro, Aewol-eup, Jeju-si

‣ Ladang Bunga Matahari Kim Kyung-sook: 854-1, Beonyeong-ro, Jeju-si

사려니숲 산수국
산수국
산수국
김경숙 해바라기 농장
Tingkatkan deria anda dengan budayabudaya menyelusuri Jeju

Adakah hanya pemandangan yang indah mengisi sanubari pelancong? Ruang kebudayaan menyelusuri Jeju memberitahu orang di mana kehidupan adalah seni dengan menunjukkan cerita pendek kami dan jiran kami dengan pameran dan persembahan. Baca tentang kebudayaan dan kehidupan harian haenyeo (penyelam wanita), para ibu Jeju, di Galeri Sanjicheon, dan tumpu pada suara dalam hati dan diri anda dengan bunga plum yang dibuat dengan lilin lebah yang bertajuk “Yunhoemae” di Stesen Bateri Budaya Seogwipo. Ruang Kebudayaan Yang mendekati Insiden Tiga Arpil menerusi bakat artis muda, sementara Ruang Seni IAa, sebuah bangunan hospital lama diubah kepada ruang seni, menghubungkan seni dengan program aktiviti. Sila ambil maklum bahawa Motel I dan II Dongmun dan Muzium Arario, yang mempunyai hasil kerja artis terkenal domestik dan antarabangsa sedang bertukar kepada sistem jelajah berpanduan. 


‣ Galeri Sanjicheon: 36, Jungang-ro 3-gil, Jeju-si

‣ Stesen Bateri Kebudayaan Seogwipo: Jungjeong-ro 76beon-gil, Seogwipo-si (B1)

‣ Ruang Kebudayaan Yang: 13, Georonam 6-gil, Jeju-si 

‣ Ruang Seni IAa: 21, Jungang-ro 14-gil, Jeju-si

‣ Arario Museum: 14, Tapdong-ro, Jeju-si; 23, Sanji-ro, Jeju-si; 37-5, Sanji-ro, Jeju-si

산지천 갤러리
문화공간 양_풍경소리
아라리오뮤지엄_강형구 개인전
Cubalah segelas minuman yang berbezaPub dan kilang arak Jeju

Jika anda seorang pelancong yang pentingkan kualiti daripada kuantiti, carilah kilang arak yang hanya dijumpai di Jeju untuk merasai sesuatu yang anda tidak pernah rasai di tempat lain. Pengalaman tradisional membuat minuman keras dan ditapai Jeju di Jeju Suligneunjijp (Kilang Arak Pulau Jeju), di mana kaedah tradisional diturunkan sehingga empat generasi, mendapat ulasan baik bukan sahaja daripada orang Korea, tetapi warga asing. Anda boleh dapatkan bir segar di Seogwipo di Tamna Ale, sebuah kilang di kawasan paling selatan di negara ini. Jelajah persendirian ke kilang arak tersebut di mana pelbagai mikrobru dibuat dan ditawarkan. Mabuklah dengan keharuman dan kemanisan satu-satunya melomel sitrus Korea (wain madu yang mengandungi buah) yang dibuat dengan ramuan dari Jeju di JeJu HoneyWine, atau buat omegitteok anda sendiri (kek beras daripada milet), koktel tradisional atau swindari (minuman daripada beras dan malt) di Jeju Saemju. Melancong ke Jeju pada bulan Jun lebih unik dan bermakna apabila anda merasa dan membuat sesuatu yang orang lain tidak buat. Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk membuat tempahan untuk pengalaman ini.


‣ Jeju Suligneunjijp: 4726, Jungsangandong-ro Pyoseon-myeon, Seogwipo-si

‣ Tamna Ale: 20-9, Sinseo-ro 48beon-gil, Seogwipo-si 

‣ JeJu HoneyWine: 42, Yongha-gil, Aewol-eup, Jeju-si

‣ Jeju Saemju: 283, Aewon-ro, Aewol-eup, Jeju-si

펍 & 양조장
펍 & 양조장
펍 & 양조장
펍 & 양조장
펍 & 양조장
Harga yang berpatutan dan ras yang enakRestoran yang disukai penduduk Jeju

Kadang-kala, harga makanan di restoran popular menjadi beban kepada pelancong yang datang dari jauh ke Jeju. Tidak mengapa untuk makan makanan yang ringkas semasa melancong. Cubalah restoran dengan papan tanda yang usang di sepanjang jalan dan duduk di meja yang biasa. Jika papan tanda tersebut sukar untuk difahami, ini pembayangnya. Anda akan rasa tidak sabar sementara menunggu daging khinzir dikacau goreng di depan mata anda. Rugilah anda jika bersopan santun di depan daging enak yang termasuk dalam menu set dengan hirisan daging rebus. Menambahkan kejutan, stu tauhu lembut adalah hidangan utama berbanding mi di restoran mi yang menampilkan juadah sampingan yang membuka selera. Jamu perut kosong anda dengan juadah yang ringkas dan banyak daripada restoran yang diminati oleh penduduk Jeju sendiri dan pilihlah yang terbaik. 


‣ Restoran Teumsae: 6, Cheonjeyeon-ro 207beon-gil, Seogwipo-si

‣ Restoran Daoljeong: 34, Donggwang-ro 16-gil, Jeju-si

‣ Seoul Gukssugage: 30-2, Sehwa 3-gil, Gujwa-eup, Jeju-si

‣ Restoran Dabok: 74, Hamwa-ro Jocheon-eup, Jeju-si

실속 밥집
실속 밥집
실속 밥집
Notice
※ The above information was written on 2024-05-04. Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.