본문
10 Tempat Teratas Jeju untuk Bulan April <Di Jeju, remaja bersiar-siar secara kkodakkodak pada musim bunga>
별점(별점없음)
Jejudo menyerlahkan kecantikannya kepada yang berjalan secara “kkodakkodak” (perlahan-lahan dalam bahasa Jeju). Jika anda ingin menikmati Jeju, berjalan kaki adalah cara terbaik. Anda akan menerokai kecantikan sebenar Jeju di tahap yang berbeza daripada apa yang anda lihat dari dalam kereta. Berjalan dengan perlahan seolah-olah anda pergi ke masa silam. Lama kelamaan, anda akan berada dalam landskap yang indah. Kami berharap anda akan menyelami keindahan bulan April dengan mata dan sanubari anda dengan mendalam. Pada hari musim bunga yang hening di Jeju, anda sudah pun bersinar ceria.
Semak
0
Carian
45,899
Kongsi SNS
3
Butiran확장됨
- 10 Tempat Teratas Jeju untuk Bulan AprilDi Jeju, remaja bersiar-siar secara kkodakkodak pada musim bunga
Jejudo menyerlahkan kecantikannya kepada yang berjalan secara “kkodakkodak” (perlahan-lahan dalam bahasa Jeju). Jika anda ingin menikmati Jeju, berjalan kaki adalah cara terbaik. Anda akan menerokai kecantikan sebenar Jeju di tahap yang berbeza daripada apa yang anda lihat dari dalam kereta. Berjalan dengan perlahan seolah-olah anda pergi ke masa silam. Lama kelamaan, anda akan berada dalam landskap yang indah. Kami berharap anda akan menyelami keindahan bulan April dengan mata dan sanubari anda dengan mendalam. Pada hari musim bunga yang hening di Jeju, anda sudah pun bersinar ceria.
Pada bulan April, Ora-dong dilitupi dengan warna merah jambu. Pokok sakura merah di sepanjang Garosugil di Yeonsam-ro dan yang mengelilingi stadium amat menyegarkan mata. Pada masa yang sama, pelbagai jenis bunga azalea di Lembah Bangseonmun, yang menjadi landskap yang dikenali sebagai Pemandangan 3 daripada 10 Yeongju, menggamit hati si pertapa, bak namanya, “Yeongguchunhwa” (bukit berbunga yang dilawati pertapa). Sedang anda berjalan di bawah sinaran matahari, perkataan “asmara” muncul di minda. Namun begitu, pemandangan yang indah juga menggamit perasaan yang rumit. Hal ini kerana laluan yang terang dan lembut berkongsi cerita sedih Insiden Jeju 3 April. Sebagai simbolik perdamaian dan kerjasama, Denai 4·3 telah dibuka pada tahun lepas di Kampung Yeonmi di Ora-dong. Denai ini mempunyai dua laluan sepanjang 12 kilometer dan akan membawa anda ke tapak bersejarah di mana peristiwa tragik seperti Serangan Arson di Ora-ri berlaku pada Insiden Jeju 3 April. Pada musim bunga ini, lalui denai memori ini dan renungi sejarah menyayat hati di sebalik keindahan musim bunga. Kelopak merah jambu yang gugur membayangi memori pedih Insiden Jeju 3 April.
- Laluan 1: Pusat Laluan 4·3 - Teres Joseoldae - Tapak Kampung Eouneul - Kon Gunung Berapi Minoreum - Kuil Woljeongsa - Tokong Jeongsil Bonhyangdang - Tapak Kampung Haesani - Tapak Kilang Molbangae (6.5 km)
- Laluan 2: Pusat Laluan 4·3 – Dolmen - Tapak Bersejarah Dewan Bandaraya Ora 1(il)-gu – Tapak Kampung Gojire – Tapak Kampung Seondalbaengdui – Tapak Bersejarah Pondok Polis Kampung Sapyeong (5.5 km)
‣ Kampung Yeonmi, Ora-dong: Ora 2(i)-dong, Jeju-si, Jeju-do





Jeju berubah menjadi taman bunga pada bulan April. Bunga yang berwarna-warni mengindahkan dunia dengan glamor dan menyelesakan hati yang lesu dengan keharumannya. Bayu yang lembut, lautan emas bunga kanola, dan warna tulip yang terang mencuri hati pengunjung. Padang yang penuh dengan kehijauan melambai-lambai adalah satu lagi pemandangan indah. Musim bunga meliuk indah walau dengan pergerakan yang halus. Tanah seluas 10 hektar mempersembahkan satu fantasi bunga kanola. Festival Bunga Kanola Jeju yang diadakan pada 4 hingga 7 April adalah antara acara musim bunga terbaik. Festival tersebut menawarkan jalan ke Laluan Bunga Kanola di Nokssan-ro dan banyak lagi aktiviti pengalaman dengan bunga kanola. Jangan terlepas Taman Hallim, yang mengacarakan festival bunga tulip, dan Taman Botani Sanghyowon, tempat pertama di Korea di mana bunga tulip mekar penuh. Pergi dan lihatlah bunga tulip yang indah dan menawan berbentuk mahkota. Pulau Gapado sudah meraikan Festival Barli Hijau sejak 30 Mac. Jika anda ingin mengalami musim bunga terawal dari titik paling selatan negara ini, naikilah kapal. Musim bunga sibuk dengan menyebarkan berita ke utara.
‣Festival Bunga Kanola Jeju (4-7 April): Taman Kuda Jeju, Gasi-ri, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do / Instagram: www.instagram.com/jeju_canola / Facebook: www.facebook.com
‣ Taman Hallim: 300, Hallim-ro, Hallim-eup, Jeju-si, Jeju-do /www.hallimpark.co.kr
‣ Festival Tulip Sanghyowon: 2847-37, Sallongnam-ro, Seogwipo-si, Jeju-do
www.sanghyowon.com/
‣ Festival Barli Hijau Gapado (30 Mac – 12 Mei): Kawasan sekeliling Pulau Gapado, Daejeong-eup, Seogwipo-si, Jeju-do /http://culture.jeju.go.kr





Untuk menikmati suasana musim bunga yang jelas, dakilah kon gunung berapi. Kon gunung berapi menampilkan keindahan yang berbeza pada setiap musim, dan pada musim bunga ia hidup dengan cukup indah. Dengan kira-kira 360 kon gunung berapi Jeju, Kon Gunung Berapi Gwenmul menjadi popular baru-baru ini. Kon gunung berapi ini sesuai sebagai senaman ringan. Hanya 57 meter tinggi dan mempunyai hutan sedar yang tebal berserta pokok lain. Apabila anda sampai ke puncak, biarkan angin mengeringkan peluh anda sementara anda menikmati pemandangan. Latar belakang Kon Gunung Berapi Nokkome Jogeun-nokkome yang mengagumkan bakal menanti anda. Jika pemandangan unik yang anda inginkan, ambil jalan kecil. Kon Gunung Berapi Gwenmul adalah lokasi program TV Korea “Hyori's Homestay,” dan sangat terkenal dengan padang lereng bukitnya. Ambil foto permaidani hijau di hadapan anda, dan anda akan dapat gambar yang sempurna. Walaupun pemandangannya cantik, jangan lupa untuk bergaya. Zaman muda anda akan menjelma.
‣Kon Gunung Berapi Gwenmul: Yusuam-ri, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do



Strawberi adalah permaisuri buah musim bunga. Tiada apa yang lebih sempurna daripada program pengalaman memetik strawberi untuk menarik kanak-kanak musim ini. Ia juga sukar untuk ibu bapa menolak aroma manis dan warna merah yang menawan daripada buah yang menyelerakan ini. Strawberi adalah buah awet muda dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi, termasuk antosianin. Pertama, pelajari cara yang betul untuk memetik strawberi dengan membuai-buai di bawah daun atau menunggu di tanah untuk mengutipnya. Apabila strawberi memenuhi bakul anda, begitu juga kegembiraan yang anda alami. Nikmati strawberi yang ranum di situ juga. Kelazatan musim bunga akan menggamit anda serta merta. Jeju menawarkan pelbagai program pengalaman memetik strawberi sehingga lewat April. Anda hanya perlu melawat pusat pengalaman yang terdekat. Namun begitu, sila ingat bahawa terdapat tempat tertentu yang hanya menerima tempahan kumpulan yang dibuat lebih awal. Periksa sebelum anda melawat, dan nikmati kelazatan musim bunga dengan keluarga anda.
‣Ladang Strawberi Dansan: 297-2, Inseong-ri, Daejeong-eup, Seogwipo-si, Jeju-do
‣ Pengalaman Memetik Strawberi Ladang Dongsan: 1448-2, Jeoji-ri, Hangyeong-myeon, Jeju-si, Jeju-do / 124-4, Pyeonghwa-ro 69beon-gil, Daejeong-eup, Seogwipo-si, Jeju-do
‣ Ladang Buyeong: 3474, Seonheul-ri, Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju-do
‣Ladang Pengalaman Akkoa: 47-38, Saenggiak-ro, Namwon-eup, Seogwipo-si, Jeju-do





Musim sejuk adalah panjang dan membosankan. Jika hari-hari anda di bandar sama sahaja dan inginkan rehat, lihatlah pelbagai parti eko di Jeju. Ia menantikan anda dengan program merawat unik yang menggabungkan alam semula jadi, budaya, dan rakyat Jeju. Parti eko pertama pada bulan April adalah “Hai Pohon, Mari Bermain” di Kampung Yusuam-ri pada 20 April. Parti eko “Kampung Impian dengan Hutan dan Sakura” di Mureung 2(i)-ri pada 27 April, sementara satu lagi parti eko, “Jelajah Mara dengan Bayu Musim Bunga,” akan diadakan di pulau paling selatan di Korea, Pulau Marado pada 28 April. Selain itu, dari 29 April hingga 3 Mei, Persatuan Pertanian Laluan Hutan Meochewat bercadang untuk mengadakan parti eko “Parti Eko Penuh dengan Haruman Bunga Kanola Meochewat” dua kali sehari (pada 10:00 dan 14:00). Parti eko bukan calang-calang parti. Ia adalah unik, menawarkan jelajah kampung yang dipandu oleh penduduk kampung dan pelbagai program pengalaman lain. Jika anda ingin menikmati Jeju, parti eko adalah pilihan yang terunggul!
‣Tempahan: www.tamnao.com


Perjalanan ke keajaiban yang tersembunyi sememangnya mengujakan. Jika tapak yang mengagumkan tersebut dipenuhi dengan tenaga hijau yang melegakan, kegembiraan yang terbit amatlah hebat. Di Harye-ri, Namwon-eup, terdapat satu denai hutan tersembunyi. Denai yang cantik ini menyelusuri sungai kecil yang dikenali sebagai Denai Hutan Gosaili. Ia menawarkan peluang untuk menikmati alam sekitar semula jadi Jeju, termasuk tumbuhan yang tersenarai sebagai spesies terancam, tumbuhan yang pelbagai, hutan liar Jeju yang dikenali sebagai gotjawal, sungai kecil, dan dinding batu pulau yang dikenali sebagai jatseong. Terima kasih di atas alam sekitar dan ekologi kawasan tersebut yang dipelihara dengan baik, kampung di sebelah denai tersebut dipilih sebagai Kampung-Eko Cemerlang oleh Kementerian Alam Sekitar pada tahun 2013. Denai Hutan Gosaili yang dicipta oleh batu dan angin, adalah denai yang romantik di mana anda boleh mendengar bunyi air dan kicauan burung. Ia adalah denai kehidupan yang akan menyegarkan deria yang lesu dek kehidupan harian. Laluannya sepanjang 2.1 kilometer dan ia mengambil kira-kira sejam untuk lengkap. Pintu masuk laluan hutan yang menarik ini adalah dari Jambatan Namseogyo (seberang Kuil Seondeoksa) di Jalan Tempatan No. 1131, juga dikenali sebagai Jalan Enam Belas Mei, pastikan anda tidak terlepas.
‣Denai Hutan Gosalli: 54-2, Harye-ri, Namwon-eup, Seogwipo-si, Jeju-do





Kon Tuf Seongsan Ilchulbong ialah simbol Jejudo yang terkenal. Ia adalah Warisan Semula Jadi Dunia yang juga salah satu tarikan pelancong terkenal di pulau tersebut, namun tidak ramai yang tahu di puncaknya terdapat karya alam yang agung. Ia adalah tempat tersembunyi kepada pelancong yang hanya mengetahuinya atau yang bertuah untuk menemuinya. Tempatnya ialah Pantai Sumapo. Pantai tersebut merentasi jauh dari hujung barat daya Kon Tuf Seongsan Ilchulbong. Jika anda lawati pantai tersebut pada air surut, jika anda bernasib baik, pemandangan yang indah akan menanti anda. Stratum pinggir laut menyerlahkan lapisannya yang terbentuk daripada angin dan ombak tahun demi tahun. Lapisan tersebut menceritakan kisah masa. Puncak Suwolbong, didaftarkan sebagai Taman Geo Global, mempunyai endapan piroklas yang terbentuk daripada aktiviti gunung berapi. Batuan endapan yang muncul daripada lautan apabila air surut adalah pemandangan yang menakjubkan. Keajaiban semula jadi adalah hadiah terhebat yang anda ada.
‣Pantai Sumapo, Seongsan: Seongsan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do





Taman bandar hidup daripada tidur musim sejuk yang panjang. Untuk menghidupkan malam Jumaat Jeju, festival pusat bandar Konsert Malam Taman Samda bermula pada 26 April dan diadakan dari pukul 18:00 hingga 22:00 sehingga 23 Ogos. Ia menawarkan pelbagai persembahan berdasarkan konsep “Setiap Jumaat, Hari yang Merawat.” Taman Samda di Yeon-dong, Jeju-si akan dihangatkan setiap malam Jumaat dengan persembahan kebudayaan yang meliputi pelbagai genre termasuk folk, rock, teuroteu (sejenis muzik pop Korea), dan hip hop. Festival tersebut juga menawarkan makanan yang menyelerakan dan program lain yang menarik seperti pasar lambak malam “Yamonttakteoljang,” jadi taman ini adalah tempat yang mengagumkan untuk si peneroka bebas yang ingin meluangkan malam Jumaat yang mengujakan. Program konsert tahun ini diperkaya dengan kempen awam dan projek seni awam. Jangan lepaskan Konsert Malam Taman Samda, yang menawarkan pengalaman merawat kepada semua.
‣Taman Samda: 301-15, Yeon-dong, Jeju-si, Jeju-do





Sinaran matahari yang hangat dan bayu yang lembut menggeletek tubuh dan jiwa. Jika anda merancang untuk berjalan-jalan pada musim bunga untuk keluar daripada rutin dan beristirahat, anda patut menimbangkan Taman Tema Eco Land. Tersenarai sebagai antara 100 tarikan pelancong mesti lawat di Korea selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2017 dan 2018, Eco Land adalah tempat perkelahan musim bunga yang sempurna. Ia menawarkan jelajah kereta api yang mengujakan dengan Lincoln Locomotive yang eksklusif menerusi hutan yang dicipta dengan hasil kerja batuan dan angin yang harmoni. Sebagai tambahan kepada kereta api, anda boleh bersiar-siar dalam hutan yang misteri dan melihat pelbagai tarikan pelancong seperti kafe terapung dan kincir angin eko. Safari Hutan, yang dibuka tahun lepas, adalah satu lagi tempat berkelah yang menarik, dan mempamerkan replika haiwan. Memandangkan haiwan plastik ini boleh bergerak, kanak-kanak asyik terpaku kepada mereka. Safari Hutan juga menawarkan pelbagai program pengalaman termasuk Tunggangan Haiwan, Fosil dan Pasir Dinosaur, dan Lukisan Haiwan, menggembirakan anda dengan pengalaman seperti berada di zoo. Mari ke sana sekarang juga untuk hari musim bunga yang meriangkan dengan seisi keluarga.
‣Taman Tema Eco Land: 1278-169, Beonyeong-ro, Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju-do
‣Safari Hutan: 474-1, Seongyo-ro, Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju-do





Musim bunga tanpa perkelahan ibarat sandwic tanpa roti. Makan tengah hari perkelahan padat dengan ramuan musim bunga adalah resipi ajaib yang akan mengutuhkan ikatan kasih sayang antara keluarga, rakan dan kekasih. Jika anda inginkan makanan perkelahan sendiri tapi sukar untuk menyediakannya, cuma beli kotak makan tengah hari. Restoran Heukdwaeji Box berdekatan dengan Tanjung Seopjikoji, Seongsan-eup menyediakan makan tengah hari yang terbaik. Sama ada kotak hitam khinzir atau kotak udang, kedua-duanya adalah pilihan yang hebat! Restoran Vivari Kim di Jalan Lee Jung Seop menawarkan kotak makan tengah hari yang dipenuhi dengan rasa dan aroma semula jadi Jeju, sementara Restoran Jeju Hankki menawarkan kotak makan tengah hari yang mengenyangkan. Donggoryang, yang bermaksud kotak makan tengah hari Jeju, menyediakan makan tengah hari perkelahan yang terbaik yang menguatkan rasa sayang di antara mereka yang berkelah. Tambahan pula, jika anda ingin merasai makanan yang mengenyangkan yang disediakan oleh orang kampung Hogeun-dong, anda patut lawati Charong Chiyu Bapsang di Hutan Rawat Seogwipo. Kotak makan tengah hari charong restoran tersebut akan menyelesakan hati anda dan membuat anda tenang. Untuk betul-betul menikmati perkelahan musim bunga, jangan lupa kotak makan tengah hari yang enak di mata dan di perut. Bak kata orang, “ia tiada kalori jika anda menikmatinya!”
‣ Vivari Kim: 423, Taepyeong-ro, Seogwipo-si, Jeju-do / 064-738-1330
‣ Jeju Hankki: 24, Seohaean-ro, Jeju-si, Jeju-do / 064-748-0045
‣ Donggoryang: 11, Jungang-ro 8-gil, Jeju-si, Jeju-do / 070-7868-2549
‣ Heukdwaeji Box: 100, Sinyang-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do / 064-783-0519
‣ Charong Chiyu Bapsang: 2271, Sallongnam-ro, Seogwipo-si, Jeju-do / 064-739-1938





- Notice
- ※ The above information was written on 2019-03-26 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.