본문
Kon gunung berapi bak syurga <Gunung Gogeunsan: Laluan yang kukuh untuk pendakian>
별점(별점없음)
Ia merupakan satu keseronokan yang hebat untuk mendaki kon-kon gunung berapi Jeju. Sekiranya anda mengikuti laluan mendaki, yang akan kami perkenalkan seterusnya, anda akan melawat gunung berapi yang bernama Gunung Gogeunsan. Di samping itu, anda juga boleh meneroka tarikan pelancong yang berdekatan, sambil menikmati pelbagai restoran yang berbeza.
Semak
0
Carian
6,154
Kongsi SNS
0
Butiran확장됨
- Kon gunung berapi bak syurga Gunung Gogeunsan (Oreum): Laluan yang kukuh untuk pendakian
Pulau Jeju merupakanpenempatan kepada beberapa Tapak Warisan Dunia semulajadi, termasuk: Pulau Gunung Berapi Jeju dan Tiub Lava. Pulau ini dibentuk melalui aktiviti gunung berapi yang lama, yang menghasilkan banyaknya kon-kon parasit - yang disebut 'Oreum' (dalam bahasa Jeju). Ini boleh difahami sebagai bukit atau gunung. Ia merupakan satu keseronokan yang hebat untuk mendaki Oreum. Anda harus mengalami sendiri pemandangan menakjubkan Oreum. Sekiranya anda mengikuti laluan kembara, yang akan kami perkenalkanseterusnya, anda akan melawat Kon Gunung Berapi Oreum yang bernama Gunung Gogeunsan. Di samping itu, anda juga boleh meneroka tarikan pelancong yang berdekatan, sambil menikmati pelbagai restoran yang berbeza.

Khazanah alam semulajadi adalah bersifat berinspirasi dan menyembuhkan. Ia memberitahu anda betapa bertuahnya anda untuk berada di muka bumi ini. Atas sebab inilah ramai pelancong melawat Jeju. Persekitaran yang indah Jeju menjadi sumber motivasi pengunjung untuk pergimendaki. Berikut adalah laluan kembara yang padu, memberikan anda empat jenis keseronokan; melawat ke Air Terjun Eongtto, berjalan di sepanjang laluan Ollegil (nombor 7-1), mengembara Gunung Gogeunsan (Oreum) dan menikmati makanan tempatan yang enak. Apabila anda tiba di puncak Oreum, anda boleh mempunyai panorama bandar Seogwipo-si yang luas dan bebas. Laluan ini mungkin mengambil kira-kira 4km dan kira-kira satu jam setengah, dari pintu masuk air terjun, ke pintu masuk gunung (selepas mendaki). Terdapat juga beberapa jalan yang bercabang. Tidak kira mana yang anda pilih, ianya akan menunjukkan kepada anda pemandangan yang berbeza dan unik. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan anda mengikuti laluan ini, supaya anda tidak akan kehilangan arah anda.


Laluan ini bermula dari pintu masuk air terjun Eongtto. Ia terletak bersebelahan dengan jambatan Eongtto. Dari sana, anda dapat melihat pokok-pokok tinggi yang kelihatan seolah-olah mencapai langit biru. Udara yang segar dan ladang-ladang limau mandarin, akan membolehkan anda membersihkan pemikiran yang rumit dalam minda anda. Dalam dialek Jeju, Eong bermaksud 'sebuah gua kecil' dan bermaksud 'pintu masuk'. Air terjun Eongtto adalah sekitar 50 meter tinggi. Ia kelihatan lebih indah selepas hujan lebat. Sekiranya anda benar-benar ingin merasai suasana air terjun yang paling indah, anda perlu pergi ke sana selepas hujan sekurang-kurangnya melebihi 70mm (di kawasan berbukit di Jeju). Jika anda pergi ke sana pada hari yang berkabus, anda mungkin tidak dapat melihat air terjun itu. Terdapat juga kafe layan diri tanpa pengendali, dengan bumbung merah berdekatan, di mana anda boleh berhenti untuk mendapatkan secawan kopi. Anda akan menemui jambatan kayu menghala ke arah air terjun. Pemandangan yang menakjubkan merupakan ngarai, yang dibentuk oleh batu-batu yang indah, dibantu oleh air terjun yang kuat dan menakjubkan. Dari air terjun Eongtto, berjalan turun untuk beberapa ketika, sebelum menemui sebuah gereja di tepi jalan. Terdapat jalan (yang merupakan sebahagian daripada laluan jejak Ollegil 7-1), tersebar ke arah Gunung Gogeunsan. Dari titik permulaan hingga ke sini, sekitar 20 minit diperlukan (1km) untuk menyelesaikan pendakian (tidak termasuk masa berehat yang mungkin anda ambil).




Terdapat laluan Ollegil yang penuh dengan laluan dan tempat-tempat yang indah di seluruh pulau Jeju. Dalam bahasa Jeju, Olle bermaksud 'lorong sempit' dan gil bermaksud 'jalan'. Di sepanjang pantai, kebanyakan laluan Ollegil dapat dilihat. Jeju memberikan setiap jejak Ollegil sistem bernombor dari nombor satu- satu hingga dua puluh. Kini, beberapa pengembara telah menjelajah sepenuhnya mendaki di semua laluan Ollegil. Anda akan melewati sebahagian daripada jejak Ollegil nombor 7-1 dalam perjalanan ke Gunung Gogeunsan, dari gereja (yang telah disebutkan di atas). Reben merupakan tanda jejak Ollegil. Reben akan menunjukkan arah anda, di mana anda perlu pergi. Ikut riben, yang muncul merata-rata di sepanjang laluan. Di samping itu, daun kecil mudah bergetar dalam angin. Jika anda berjalan perlahan-lahan, anda boleh mendengar suara berbisik, yang dibuat oleh hutan. Ia akan memberi anda haruman tumbuh-tumbuhan dan pokok yang menyegarkan, serta melepaskan anda dari tekanan harian. Ia mengambil masa kira-kira 30 minit (lebih daripada 2km) untuk berjalan di sepanjang laluan ini. Jika anda memasuki jalan berhampiran Gunung Gogeunsan, anda akan menemui sebuah tangga.




Gunung Gogeunsan mempunyai ketinggian kira-kira 400 meter, dan ia mempunyai kawah di puncaknya. Ia mengelilingi bandar Seogwipo-si. Gunung Gogeunsan adalah sejenis Oreum, tetapi mengapa sebab orang memanggilnya Gunung Gogeunsan (bukan Gogeunsan Oreum), adalah kerana tidak ada Oreum yang berdekatan. Di sini 'Go' bermaksud 'kesepian'. Semasa mengembara Gunung Gogeunsan, anda dapat melihat pelbagai jenis pokok; cedar, reinispora, pinus, oak, pokok berangan, Eurya japonica dan mallotus Asia Timur, serta rumput pampas, yang meliputi padangnya. Kon gunung berapi ini disukai oleh penduduk setempat, dan mereka sering berkunjung ke sini. Anda akan bertemu dengan beberapa penduduk tempatan di gunung ini, walaupun pada hari bekerja. Di bahagian atasnya, anda dapat melihat keseluruhan pemandangan Seogwipo. Ia akan membebaskan anda daripada semua pemikiran negatif anda. Landskap bandar dan luar bandar, wujud bersama - ketika anda melihat ke bawah dari puncak Gunung Gogeunsan. Di sini, anda boleh mengalami perasaan yang biasa dan ajaib pada masa yang sama. Beberapa pulau kecil lain juga boleh dilihat dari jauh, mewujudkan pemandangan yang indah. Dari hujung laluan, ke pintu masuk Gunung Gogeunsan, lebih dari 30 minit diperlukan (lebih daripada 2km) untuk mendaki gunung ini sepenuhnya. Jika anda berjalan ke kiri di pintu masuk Gunung Gogeunsan, anda akan pergi ke bandar di sepanjang jalan bernama 'Gogeunsanro' (고근산 로).



Air Terjun Eongtto dan Gunung Gogeunsan sangat berhampiran dengan bandar. Oleh itu, sangat mudah untuk mencari restoran untuk mengisi perut anda yang kelaparan, sama ada sebelum atau selepas mendaki. Berikut adalah beberapa restoran yang disyorkan, yang dengan bangganya menjual khnizir hitam - keistimewaan di Jeju. Ini sangat popular di kalangan penduduk setempat.
Angkkeure bermaksud 'bangunan utama', dalam bahasa Jeju, dan 'Guksu' bermaksud 'mi' dalam bahasa Korea. Angkkerue Guksu menawarkan sup mi daging khinzir. Ia mempunyai rasa yang mendalam dari stok khnizir. Pulau Jeju mempunyai tradisi lama untuk menghidangkan sup mi dengan daging khinzir hitam kepada para tetamu, ketika ada upcara pemakaman atau upacara perkawinan di desa. Sup mi mi telah dimasak berdasarkan tradisi ini. Ia adalah sumber protein yang baik untuk ramai orang, ketika makanan tidak begitu banyak, dan ketika makan daging tidak terlalu umum. Angkkeure Guksu, juga menjual mi pedas tanpa sup (비빔 국수), serta; mi dalam sup ikan bilis kering (멸치 국수), kepingan daging khinzir rebus (수육), ladu rebus (물만두), mi siput laut (수 두리 보말 국수), mi dengan landak laut (성게국 수) dan sup landak laut (성게국) . Mi yang dijual di sini sangat unik. Mereka kelihatan kekuningan, kerana mengandungi benih gardenia di dalamnya. Ia juga penting untuk mengetahui cara terbaik untuk menikmati kepingan daging khinzir rebus. Berikut adalah beberapa tips yang berguna. Adalah disyorkan bahawa anda mencuba pelbagai kombinasi hidangan sampingan dan sos. Sebagai contoh: kepingan daging khinzirbersama udang asin, atau dengan bawang putih, bawang putih, kimchi atau sos pasta kacang soya. Juga ambil perhatian bahawa hidangan sampingan tidak disampaikan oleh kakitangan. Oleh itu, bawa hidangan sampingan anda sendiri, dan kemudian anda boleh memesan seberapa banyak makanan tambahan sebanyak mana yang anda mahukan.


Alamat: 97-18, Beophwansang-ro 2beon-gil, Seogwipo-si, Jeju-do
Telefon: 064-739-2999
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 09: 00 ~ 19: 30, Ditutup pada Rabu pertama dan ketiga setiap bulan.
Gui Gui Doldamjip bunyinya agak comel. Gui bermaksud 'makanan panggang' dan doldamjip bermaksud 'sebuah rumah berdindingkan batu'. Sebuah rumah dengan dinding batu merupakan lambang dan pembinaan perumahan tradisional di Jeju. Di restoran ini, anda boleh memanggang daging khinzir hitam segar sendiri. Apinya (digunakan untuk memasak masakan yang ditawarkan di sini), jauh lebih kuat daripada arang batu umum (digunakan di restoran lain). Jadi, anda boleh merasai daging khinzir hitam yang lebih baik. Hidangan sampingan, cendawan segar dan sup kacang soya - bersama makanan laut, disediakan secara percuma. Cendawan boleh dinikmati dengan daging khinzir hitam berjus apabila dipanggang. Anda juga boleh mempunyai daging khinzir panggang dengan ikan bilis asin, atau dengan daun bawang bergaram, bawang putih atau salad.





Alamat : 8, Sinseo-ro 32beon-gil, Seogwipo-si, Jeju-do
Telefon : 064-738-3392
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 17: 00-24: 00, Ditutup pada Rabu pertama dan ketiga setiap bulan.
- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.