본문
Jatuh Cinta dengan Musim Luruh Jeju
별점(별점없음)
Pemandangan di Jeju adalah sentiasa cantik tanpa mengira waktu. Oleh itu, Jeju amat sesuai untuk dikunjungi pada bila-bila masa sahaja. Bagi mereka di negara yang hanya mempunyai satu musim sahaja, pastinya akan tertarik dengan keindahan musim luruh di Jeju....
Semak
0
Carian
2,893
Kongsi SNS
0
Butiran확장됨
- Jatuh Cinta dengan Musim Luruh Jeju
Pemandangan di Jeju adalah sentiasa cantik tanpa mengira waktu. Oleh itu, Jeju amat sesuai untuk dikunjungi pada bila-bila masa sahaja. Bagi mereka di negara yang hanya mempunyai satu musim sahaja, pastinya akan tertarik dengan keindahan musim luruh di Jeju. Daun-daun berguguran yang berwarna-warni dan rumput pampas merupakan elemen yang menarik di musim luruh. Elemen-elemen inilah yang membuatkan Jeju nampak lebih menarik dan menawan. Kepada sesiapa yang melacong ke Jeju pada musim luruh, anda pasti akan jatuh cinta dengan langit biru, udara nyaman dan pemandangan cantik di sini. Terdapat lima tempat pelancongan popular yang sesuai untuk dikunjungi.
Dedauanan musim luruh iaitu daun-daun berguguran yang berwarna merah, perang dan kuning keemasan ini merupakan simbol bagi musim luruh. Pemadangan yang amat menakjubkan dengan warna pokok-pokok bertukar menjadi merah, perang atau kekuningan apabila tibanya musim luruh. Jeju merupakan tempat yang sesuai untuk anda melihat kecantikan daun-daun berguguran yang berwarna-warni ini. Terdapat dua tempat yang dapat anda melihat pemandangan dedauanan musim luruh yang megah dan cantik ini. Oleh itu, anda mestilah melawat ke tempat-tempat ini untuk menyaksikan ciptaan semula jadi yang menakjubkan ini dengan mata sendiri!
Untuk pengetahuan anda, Gunung Hallasan merupakan gunung yang tertinggi di Korea Selatan. Semakin tingginya altitud gunung, semakin rendah suhu suasana. Oleh itu, iklim di gunung berbeza mengikut altitud. Perbezaan iklim ini telah membawa kepada lebih daripada 1800 specis flora yang meliputi sekitar Gunung Hallasan. Daun-daun warna-warni dalam musim luruh ini terdiri daripada pelbagai pokok. Anda dapat melihat pemandangan yang indah jika mendaki mengikuti beberapa laluan seperti Eorimok, Yeongsil, Donnaeko, Seongpanak, Gwaneumsa, Seokguram dan Eoseungsaengak. Eorimok dan Yeongsil merupakan dua laluan yang senang dan sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki. Jika anda mengikuti laluan tersebut, anda tidak perlu sampai ke puncak Gunung Hallasan. Masa yang diperlukan untuk menghabiskan pendakian gunung ini adalah lebih kurang dalam tiga jam setengah. Jika anda tidak ingin menghabiskan banyak masa dalam pendakian gunung, anda dicadangkan untuk berjalan hingga ke Lembah Eorimok. Jarak Lembah Eorimok hanya 0.5km dari titik permulaan laluan Eorimok. Oleh itu, kanak-kanak pun boleh tiba ke tempat tersebut dengan senang. Kebanyakan laluan pendakian akan dilarang untuk diguna terutamanya pada bulan November, Disember, Januari dan Februari. Anda haruslah memeriksa waktu pelancongan anda di laman web utama Gunung Hallasan jika anda merancang untuk mendaki gunung.




Bukan itu sahaja, anda juga mempunyai pilihan lain iaitu mendaki menggunakan laluan Dullegil Gunung Hallasan. ‘Dulle’ bermaksud lilitan dan ‘gil’ pula bermaksud laluan. Laluan Dullegil Gunung Hallasan terletak di kawasan ketinggian 600~800 meter. Antara lima laluan untuk mendaki Gunung Hallasan, laluan Cheona Soopgil adalah yang terbaik untuk musim luruh, terutamanya di Cheona Suwonji iaitu titik permulaan pendakian laluan Cheona Soopgil. Pada musim salji iaitu dari bulan Oktober hingga bulan Mac, anda adalah dilarang untuk mendaki Gunung Hallasan selepas pukul 1 petang. Anda juga dilarang untuk mendaki gunung Hallasan pada hari hujan atau dua hari selepas hujan bagi menjaga keselamatan diri dan juga untuk melindungi flora di kawasan tersebut. Untuk sampai Cheona Suwonji, anda harus manaiki bas berombor 240 dan apabila tiba di Stesen Cheona Suwonji, anda perlu berjalan 2.2km untuk sampai ke destinasi tersebut.



Laman Web : www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500685#
Hangmong bermaksud Anti-Mongolian. Pada awal zaman semasa Dinasti Goryeo di bawah jajahan Mongol, Sambyeolcho, kumpulan pemberontak berpindah ke Pulau Jeju untuk mengubah dan mengukuhkan kuasa ketenteraan, membina kubu dan berperang hingga ke titisan darah yang terakhir dan mengambil semula tanah yang telah dijajahi orang Mongolia. Terdapat dewan pameran yang mempamerkan sejarah yang berkaitan dengan peristiwa yang pernah berlaku. Selain daripada sejarah tersebut, tempat ini juaga kaya dengan pemandangan bunga dan pokok. Pada hujung musim luruh, kemerahan hutan itu mencipta pemandangan “belukar merah” yang menjadi tarikan pelancong. Pemandangan ini berbeza dengan daun gugur di Gunung Hallasan yang berwarna-warni kerana daun pokok-pokok di sini benar-benar berwarna merah. Hal ini sekaligus menampakkan pemadangan “belukar merah”atau pokok-pokok ini kelihatan sungguh misteri dan ajaib. Terdapat satu taman rahsia yang boleh diterokai yang terletak di sebelah tandas awam lelaki yang boleh dijumpai di parkir kereta. Dewan pameran dan pemandangan yang menarik ini adalah percuma. Tempat ini memang sesuai dengan mereka yang berminat dengan hal-hal sejarah.




Alamat : 50, Hangpaduri-ro, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
Laman Web : www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500694
Rumput pampas kadang-kalanya kelihatan seperti awan di langit, sayap malaikat dan ombak yang lembut. Anda pasti akan terpesona dan hati akan tertawan dengan rumput pampas ini seperti cinta pandang pertama. Rumput pampas yang berkilau, langit yang cerah dan angin yang nyaman telah mewujudkan suasana yang begitu romantik. Terdapat tiga tempat yang dapat anda menikmati pemandangan rumput pampas dan merasai kecantikan musim luruh di Jeju.
Geumbaekjoro ialah jalan raya yang terletak di antara Songdang-ri, Gujwa-eup dan Susan-ri, Seongsan-eup. Jalan tersebut dipenuhi dengan rumput pampas dan Kon Oreaum (Bukit Oreum) yang menarik terletak di dua-dua sisi jalan tersebut. Geumbaekjoro merupakan jalan raya yang selesa untuk memandu terutamanya dalam musim luruh. Nama ‘Geumbaekjo’ datang dari dewi yang desembah oleh penduduk di Perkampungan Songdang iaitu, Geumbaekjo. (‘Ro’ bermaksud jalan raya.) Anak-anak dewi tersebut bertaburan di Pulau Jeju ini dan menjadi dewa jika mengikut kepercayaan penduduk. Apabila anda singgah di mana-mana Kon Oreaum (Bukit Oreum) dan cuba anda perhati ke luar tingkap. Anda seolah-olahnya sedang mendaki semasa memandu dan masa seperti telah berhenti bergerak pada masa tersebut. Selepas tamat perjalanan memandu tersebut, anda akan terpersona dengan keindahan Geumbaekjoro.




Alamat : Geumbaekjo-ro, Susan-ri, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do
Pulau Jeju asalnya terkenal dengan kuda. Orang Korea dahulu kala berkata “Hantarlah kuda ke Jeju, hantarlah orang ke Seoul (ibu negara Korea Selatan)”. Hal ini demikian kerana, Jeju merupakan tempat yang amat sesuai untuk memelihara kuda. ‘Gapma’ merupakan kuda yang berkualiti tinggi. ‘Gapmajang’ ialah ladang kuda yang hanya memelihara kuda yang berkualiti tinggi pada zaman Dinasti Joseon. ‘Gil’ bermaksud jalan. Tempat ni terletak di Gasi-ri, Pyoseon-myeon, terdapat dua laluan yang berbeza untuk Gapmajanggil, iaitu laluan Gampajanggil dan lalaun Jjolbeun gapmajanggil. ‘Jjolbeun’ bermaksud pendek dalam dialek Jeju. Anda akan pulang ke titik permulaan iaitu ‘Yuchaeggot Plaza(Plaza Bunga, 유채꽃프라자)’ selepas tamat perjalanan. Anda akan menghabiskan lebih kurang tujuh jam untuk menghabiskan perjalanan Gapmajanggil. Anda tidak perlu berasa panik keranaJjolbeun Gapmajanggil merupakan laluan alternatif yang lebih sesuai untuk anda. Anda boleh berjalan dengan senang hati sambil menikmati udara yang segar dan nyaman sambil dikelilingi dengan cuaca yang baik dan rumput pampas yang cantik.




Alamat : 464-65, Noksan-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do
Pulau Jeju juga dikenali sebagai Empayar Kon Oreum (Bukit Oreum). Kon Oreaum (Bukit Oreum) terbentuk apabila berlaku perpecahan geologi di kerak bumi yang dipicu oleh kekuatan alam, seperti tekanan dan suhu di pedalaman bumi. Bukit ini diselimuti rumput pampas apabila tibanya musim luruh. Dalam banyak-banyak Bukit Oreum, kami mengesyorkan anda untuk mengunjungi Akkeundarangswi pada masa ini. ‘Akkeun’ bermaksud kecil dalam dialek Jeju manakala ‘Darangswi’ pula bermaksud bulan dan bukit ini terletak berdekatan dengan Bukit Darangshi. Anda tidak perlu risau dengan perjalanan di bukit ini kerana anda boleh sampai ke puncaknya dengan mudah sekali. Selain itu, anda pasti akan tertarik untuk mengambil gambar tanpa henti sepanjang perjalanan ke puncak Aggendarangshi kerana suasana sungguh indah terumatmanya pemandangan di sekitar bukit. Rumput pampas pasti akan menjadi tarikan hati. Cuba rasai udara nyaman dan bisikan semula jadi dalam suasana yang indah. Kami cadangkan anda untuk sediakan tongkak dan kasut pendaki gunung kerana laluan atau jalan di gunung dan kon oreum (bukit oreum) adalah sangat licin.




Alamat : 2593, Sehwa-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-18 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.