본문

10 Tempat Teratas di Jeju untuk Bulan Disember <Rehatkan diri dan minda anda di Jeju setelah sibuk bekerja pada 2018>

별점(5점만점에 4점)

Musim sejuk di Jeju merupakan waktu yang amat indah dan amat merugikan jika kita hanya terperuk di dalam untuk mengelakkan rasa dingin. Bunga camellia merah menghiasi pulau ini dan pelbagai festival menanti para pengunjung. Nikmati percutian yang indah berbusanakan warna Jeju yang akan membuatkan anda terlupa sejenak akan kedinginan musim sejuk.

  • Semak

    1

  • Carian

    50,705

  • Kongsi SNS

    16

Butiran확장됨

10 Tempat Teratas di Jeju untuk Bulan Disember Rehatkan diri dan minda anda di Jeju setelah sibuk bekerja pada 2018

Musim sejuk di Jeju merupakan waktu yang amat indah dan amat merugikan jika kita hanya terperuk di dalam untuk mengelakkan rasa dingin. Bunga camellia merah menghiasi pulau ini dan pelbagai festival menanti para pengunjung. Dan bulan Disember bermaksud Krismas bakal tiba. Nikmati percutian yang indah berbusanakan warna Jeju yang akan membuatkan anda terlupa sejenak akan kedinginan musim sejuk.

Perayaan musim sejuk yang menjauhkan kedinginan musimnyaFestival Musim Sejuk Jeju dan persembahan kebudayaan di pusat bandar

Buangkan segala persepsi bahawa musim sejuk di Jeju membosankan, kerana Disember di pulau itu dipenuhi dengan perayaan musim sejuk yang menarik. Pesta Musim Sejuk Jeju yang sangat terkenal akan diadakan dari 20 Disember hingga 6 Januari, dengan zon foto yang dihiasi dengan suasana musim sejuk dan konsert mini di Chilsung-ro Shopping Street di Jeju-si. Selain itu, pesta Krismas 2018 yang dinamakan "Pusat Bandar Asal Warangwarang" (Original Downtown is Warangwarang) akan mengadakan persembahan khas di Chilsung-ro Shopping Street pada 22-23 Disember untuk menyebarkan suasana Krismas yang girang. Persembahan tahun ini menampilkan penghibur-penghibur terkenal dari pelbagai genre.

윈터페스티벌 트리
윈터페스티벌 공연
윈터페스티벌 산타할어버지
윈터페스티벌 행사모습2
윈터페스티벌 행사모습1
Keajaiban Krismas di JejuMuzium Krismas dan Kafe The Cliff

Salji putih menyelimuti pulau itu, perhiasan mengindahkan pokok-pokok konifer, dan karol Krismas dinyanyikan di jalanan. Semakin hampirnya musim sejuk, seluruh dunia menjadi sibuk membuat persiapan untuk Krismas. Malah apabila memikirkan tentang musim ini sahaja boleh membuatkan anda tersenyum. Di Jeju, terdapat tempat yang ajaib di mana anda boleh menemui Krismas sepanjang tahun. Muzium Krismas Weihnachten di Andeok-myeon, Seogwipo-si dihiasi dengan Santa, askar mainan, pokok-pokok Krismas dan sebagainya. Pasangan yang memiliki muzium ini mengumpul kebanyakan anak patung dan perhiasan dari Eropah, dan mereka akan menjelaskan cerita-cerita di sebalik setiap barangan yang dikumpul. Muzium ini menganjurkan pasar lambak setiap hari Selasa dan merancang untuk mengadakan perarakan pakaian pada 24-25 Disember. Manakala The Cliff, sebuah kafe di Jungmun Resort, mempunyai suasana pesta Krismas yang menarik, dan lebih baik dikunjungi jika anda berada di Seogwipo pada bulan Disember.

크리스마스박물관
크리스마스박물관
크리스마스박물관
크리스마스박물관
크리스마스박물관
Untuk melihat pokok Christmas‘Hutan Cemara Korea’ di Hutan Eko Halla

Pokok-pokok Krismas menghiasi jalan-jalan musim sejuk yang sunyi dengan kemesraan. Apakah jenis pokok ini digunakan sebagai pokok Krismas? Ramai yang tidak tahu ini, tetapi ianya ialah Abies koreana, atau cemara Korea, yang tumbuh di Gunung Hallasan. Di Barat, pokok fir digunakan sebagai pokok Krismas. Walau bagaimanapun, pada awal abad ke-18, para paderi Barat yang melawat Jeju mengambil beberapa Abies berbentuk kerucut yang menyerupai pokok-pokok Krismas tradisionaluntuk dibawa pulang ke Barat. Spesies ini secara beransur-ansur bertambah baik dan menjadi pokok Krismas yang paling digemari. Malangnya, pokok ini terancam di habitat aslinya, Korea. Hutan Eko Hallamenawarkan peluang untuk melihat Abies koreanas yang berharga ini. Walaupun pokok-pokok mempunyai bentuk yang indah, mereka juga mengeluarkan wangian yang harum. Sebaik sahaja anda memasuki hutan koreana Abies, haruman yang manis dan udara bersih memenuhi anda dengan semangat Krismas.

한라생태숲 구상나무숲
한라생태숲 구상나무숲
한라생태숲 구상나무숲
한라생태숲 구상나무숲
한라생태숲 구상나무숲
한라생태숲 구상나무숲
Bunker bawah tanah yang dilupakan ‘dihidupkan’ sekali lagi dengan cahayaBunker de Lumières: Klimt

Bunker yang tersembunyi di kampung Seongsan yang terik ini telah diubah menjadi galeri cahaya, mempamerkan warna-warna Jeju. Bunker adalah bangunan konkrit bertetulang dengan ruang lantai hampir 3,000 ㎡. Ia digunakan untuk menguruskan kabel optik bawah air untuk rangkaian telekomunikasi negara. Apabila ia tidak lagi digunakan, bunker itu akhirnya dilupakan begitu sahaja. Walau bagaimanapun, baru-baru ini ia dipilih sebagai tapak terbaik untuk dijadikan ruang pameran seni media yang mengasyikkan menggunakan sistem Perancis AMIEX (yang bermaksud pengalaman seni dan muzik yang mendalam), menjadikan Jeju tempat pertama untuk mengadakan pameran seperti ini di luar Perancis. Ruang itu dipenuhi dengan karya-karya lukisan berwarna-warni Gustav Klimt dan juga karya oleh seniman lain dari era yang sama di  mana ianya di paparkan pada dinding konkrit dengan laser. Warna-warna yang kaya karya-karya asli hanya diwakili dengan lampu, dan muzik yang disertakan membolehkan anda menikmati karya seni secara aktif. Jeju menjemput anda ke galeri rahsia yang bergemerlapan ini.

빛의 벙커:클림트
빛의 벙커:클림트
빛의 벙커:클림트
빛의 벙커:클림트
빛의 벙커:클림트
빛의 벙커:클림트
Camellia merah berkembang mekar melawan kedinginan musim sejukKampung Dongbaek di Sinheung 2 (i) -ri dan Krismas Camellia Grove di Wimi-ri

Bunga-bunga kamelia merah mekar pada masa yang paling sejuk, menentang kedinginan angin musim sejuk yang teruk. Bunga merah harapan ini telah menjadi kegembiraan yang menyenangkan bagi penduduk Jeju untuk bertahan musim sejuk di pulau tandus ini. Camellia berwarna Ruby ini meliputi Namwon-eup, Seogwipo-si pada tahun ini. Kampung Dongbaek di Sinheung 2 (i) -ri telah membangunkan penanaman pokok camellia, yang ditanam untuk melindungi kampung dari angin, sebagai sumber perniagaan dan telah menjadi perkampungan camellia utama di Jeju. Bunga-bunga yang bertaburan di sekitar kampung, dan jejak dengan dek kayu akan membawa anda ke sebuah kebun bunga camellia. Pelbagai aktiviti pengalaman camellia boleh didapati jika anda membuat tempahan. Dusun Krismas Camellia Wimi-ri terdiri daripada bunga yang lebih kecil daripada camellia yang biasa, tetapi lebih menonjol. Bersiar-siarlah di sekeliling camellia cantik bagi menghangatkan anda dengan rasa yang kagum, dan membuat anda lupa akan kesejukan.

동백꽃
동백꽃
동백꽃
동백꽃
동백꽃
Benang dijahit untuk menumpukan fikiran anda, jahitan untuk mencari keamananBengkel kraf kulit

Adakah anda ingin mendapatkan sesuatu di Jeju dengan hasil kerja tangan sendiri? Maka anda perlu mengambil kelas sehari dalam bengkel kulit yang sesuai untuk musim sejuk kerana kelicinan dan kehangatan kulit. Bengkel kulit yang menawarkan kelas satu hari termasuk HandsWorks di Hallim-eup dan Leather Studio Son-Bang di Nohyeong-dong, Jeju-si. Ikut arahan guru dan anda akan dapati kerja anda dilakukan dengan mudah. Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3-4 jam bergantung kepada apa yang anda buat. Sementara anda menumpukan pada kerja-kerja jarum, fikiran anda akan berhenti melayang dan menjadi lebih jelas. Tumpukan fikiran anda kepada jahitan dan cari kedamaian dalam aktiviti ini.

가죽공방
가죽공방
가죽공방
가죽공방
가죽공방
Mendaki di Gunung Hallasan mengikut kemampuan anda sendiriKon Gunung Berapi Witse

Setiap makhluk menjalani kehidupan mengikut rentaknya sendiri, dan manusia tidak terkecuali. Walaupun pada tahun yang sama, semua orang hidup dengan had mereka sendiri.Anda tidak perlu mengikuti jejak langkah orang lain, dan samalah juga dengan mendaki. Laluan Eorimok yang membawa kepada Kon Gunung Berapi Witse di tengah-tengah Gunung Hallasan mengambil masa selama 4 jam. Jadi, salah satu tip untuk memanjat laluan ini ialah berjalan pada mengikut kemampuan anda. Takluki lereng tinggi dan nikmati pemandangan yang menakjubkan, melalui Bukit Sajebi dan Balai Cerap Bukit Manse, dan tidak lama lagi anda akan tiba di Kon Gunung Berapi Witse. Walaupun anda boleh menikmati pemandangan Nambyeok Rock yang indah berlatar belakangkanTasik Krater Baengnokdam di belakang anda, pemandangan yang terbentang jelas di hadapan anda ini memberikan gambaran bahawa dunia ini amat luas. Untuk benar-benar menghargai daya tarikan Kon Gunung Berapi Witse di Hallasan ini, anda mesti mendaki hingga ke puncak. Gunung Hallasan dibuka pada pukul 6 pagi dan kemasukan dikawal dari tengah hari kerana bimbang akan keselamatan semasa musim sejuk, jadi pastikan anda periksa jadual terlebih dahulu.

윗세오름
윗세오름
윗세오름
윗세오름
윗세오름
Mengucapkan selamat tinggal kepada tahun ini pada waktu matahari terbenamLadang Ikan Pedalaman Haengwon dan Puncak Suwolbong

Sinar matahari memudar menjadi senja dan menyebarkan rona merah ke seberang langit biru. Tidak lama kemudian masanya tiba apabila langit menjadi biru tua, warna permulaan dunia. Untuk menyaksikan saat ini ketika langit berada di perbatasan antara siang dan malam, apa yang hanya mampu dilalukan adalah dengan diam sejenak menunggunya. Apa kata anda tunggu matahari terbenam di Jeju pada akhir tahun ini. Apabila anda memikirkan matahari terbenam di Jeju, bahagian barat pulau biasanya akan datang ke minda. Walau bagaimanapun, ia juga menarik di Jeju timur. Ladang Ikan Pedalaman Haengwon di Gujwa-eup menawarkan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan, laut, kon gunung berapi, dan kincir angin yang berharmoni serta jejak yang boleh anda lalui sambil menunggu matahari terbenam. Puncak Suwolbong, yang merupakan tempat matahari terbenam di barat, merupakan kawasan yang indah untuk melihat Pulau Chagwido di bawah dan melihat matahari hilang di kaki langit. Luahkan perasaan yang telah anda simpan selama setahun yang lalu sambil melihat matahari terbenam, dan anda akan mendapati sedikit ruang dalam fikiran anda untuk mempersiapkan untuk tahun baru.

행원육상양식단지
행원육상양식단지
행원육상양식단지
수월봉
수월봉
수월봉
Mata air terapeutikMata AirPanas Aragonite (Spring Hot Aragonite)

Sekali-kali dalam anda perlu berehat untuk melepaskan lelahbagi menambah kekuatan anda. Jika anda telah bekerja keras sepanjang tahun ini, anda mesti menikmati kesan terapeutik mata air panas di Jeju. Di pulau itu, mata air panas yang kaya dengan berkarbonat kaya natrium, yang dianggap sebagai bunga mata air terma, memancutkan air yang deras dari antara batu, membentuk mata air panas aragonit. Tidak seperti kebanyakan mata air panas lain di Korea yangair jernih, Aragonite mempunyai warna susu yang unik hasil daripada penyerapan pelbagai mineral. Berendamlah di dalam mata air panas ini. Air yang panas ini dapat melegakan seluruh tubuh anda dan memberi kesan yang tenang kepada anda. Mineral semulajadi pada air mata panas ini juga dapat mencergaskan dan melembutkan kulit anda. Anda akan menemui mata air panas aragonite di The Annex Hotel, Podo Hotel, dan Kelab Golf Pinx di Seogwipo. Rasai air mata air semulajadi di pulau itu berserta udara yang bersih di kolam renang terbuka yang dipanaskan atau anda boleh mengambil mandian air mata panas peribadi di dalam bilik anda di Hotel Podo. Anda akan mendapati keletihan anda telah hilang todak lama kemudian.

아라고나이트 온천
아라고나이트 온천
아라고나이트 온천
아라고나이트 온천
아라고나이트 온천
Musim sejuk melampau menjadikan rasa ikan lebih kayaIkan Yellowtail musim sejuk di Jeju

Pukul 4 pagi, waktu paling gelap sebelum matahari terbit. Para nelayan Jeju sudah pun turun ke laut dalam kegelapan dengan harapan untuk kembali dengan ikan yellowtail yang memenuhi bot mereka. Ikan ini merupakan makanan istimewa musim sejuk. Semakin sejuk musimnya, semakin tebal dan kaya isinya dengan minyak. Kawasan-kawasan lain juga menangkap ikan yellowtail ini, tetapi penduduk Pulau Jeju khususnya menangkap mereka dengan kaedah memancing. Ikan ini, yang ditangkap di laut dalam, biasanya dinikmati sebagai hidangan hirisan mentah kerana isinya menjadi kenyal dan penuh akibat melawan angin dan arus yang kuat. Lebih besar ikannya, lebih sedap rasanya. Secara amnya, seekor ikan yang melebihi 5 kg dianggap sebagai super-saiz ikan yellowtail, dan rasanya adalah yang terbaik di antara yang terbaik. Kepala ikan yang berisi juga digunakan dalam hidangan panggang dan stew ikan. Salah satu daripadanya menawarkan rasa ringan yang boleh diminati oleh sesiapa sahaja. Datang ke Jeju musim sejuk ini dan rasakan ikan yellowtail dalam cuaca sejuk. Festival Bangeo, yang berlangsung dari 29 November hingga 2 Disember di Pelabuhan Moseulpo, Seogwipo-si, juga merupakan pilihan yang baik untuk menikmati ikan yellowtail ini.

방어요리
방어요리
방어요리
방어요리
방어요리
방어요리
Notice
※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.