본문

Lokasi menarik untuk pasangan berswafoto yang menyerupai penggambaran pra-perkahwinan

별점(별점없음)

Melancong bersama yang tersayang sentiasa menyeronokkan. Apa kata abadikan kenangan anda dengan mengambil gambar perjalanan romantik anda ke Jeju? Dari kafe lebih romantis, kepada panorama syurga yang kelihatan seolah-olah membawa anda ke bintang-bintang, terdapat banyak landskap seperti cerita dewa-dewi. Nota: Tripod dan batang selfie adalah penting!

  • Semak

    0

  • Carian

    17,073

  • Kongsi SNS

    2

Butiran확장됨

Menyerupai penggambaran pra-perkahwinan<Lokasi menarik untuk pasangan berswafoto>

Melancong bersama yang tersayang sentiasa menyeronokkan. Apa kata abadikan kenangan anda dengan mengambil gambar perjalanan romantik anda ke Jeju? Anda tidak perlukan pakaian mahupun aksesori yang mahal. Di Jeju, terdapat banyak lokasi menarik di mana anda dapat berswafoto berlatarkan keindahan alam yang indah. Dari kafe lebih romantis, kepada panorama syurga yang kelihatan seolah-olah membawa anda ke bintang-bintang, terdapat banyak landskap yang seperti cerita dewa-dewi. Nota: Tripod dan batang selfie adalah penting!

Kopi panas dan zon foto yang mengagumkanHari yang paling indah dalam hidup saya: Si Romantis

The Romantic merupakan tempat yang terkenal dikalangan pelancong yang ingin menikmati kopi Jeju dalam suasana yang selesa, di dalam dan di luar kafe. Terdapat pelbagai zon foto di dalam kafe, dan ada bangunan berasingan dengan bilik tetamu untuk mereka yang tinggal di sana.

더로맨틱
더로맨틱
더로맨틱

Apabila anda membuat pesanan untuk minuman anda, daripada menerima cakera panggilan berbentuk loceng yang biasa diterima, anda diberi sejambak bunga yang menawan. Sementara anda menunggu kopi anda, anda boleh mengagumi dan mengambil gambar perincian yang menarik ini. Anda juga akan dapati bahawa ruang kafe ini asalnya digunakan sebagai studio perkahwinan. Daya tarikan terbesar di sini ialah tingkap gambar berbingkai laluan hutan di belakang kafe. Ia merupakan gambar yang sempurna!

더로맨틱
더로맨틱
더로맨틱
Seperti tangga-tangga ke syurgaGunung Yeongjusan

Kawasan ini merupakan antara tempat terbaik untuk melakukan aktiviti paragliding kerana keadaan bentuk geografinya, termasuk banyak zon berbukit yang mempunyai paras ketinggian antara 100 hingga 200 meter dari atas paras laut serta angin kencang yang meniup dari kaki Gunung Hallasan. Gunung Yeongjusan, yang terletak di sekitar Seongeupri, khususnya merupakan tempat yang terbaik.

영주산
영주산
영주산

Gunung ini menarik perhatian banyak kelab paragliding sepanjang tahun kerana ia mempunyai keadaan angin yang terbaik. Satu siri pertandingan termasuk Piala Masters yang berlangsung di sini. Semasa musim panas, khususnya, Kon Gunung Berapi Gunsan ini menarik perhatian banyak kelab paragliding.

영주산
영주산
영주산
Sebuah ladang angin di luar persisir yang mengagumkan di sepanjang jalan pantai yang indahJalan Pantai Kincir Angin Sinchang

Jalan Pantai Kincir Angin Sinchang terletak di sebelah barat laut Pulau Jeju dan mempunyai ladang angin luar pesisir yang tersendiri sebagai tanda tempat. Kincir angin putih dan perairan zamrud di sepanjang pantai yang berliku-liku merupakan contoh landskap musim luruh dan cara yang mesra alam untuk menjana tenaga elektrik. Jalan ini juga merupakan salah satu tempat yang paling indah untuk melihat matahari terbenam dari Jeju, jadi pastikan membawa kamera anda!

신창풍차해안도로
신창풍차해안도로
신창풍차해안도로

Anda juga boleh mencari laluan berjalan Pusat Pengalaman Ekologi di jalan pesisir. Dek pemerhatian yang dibina di sepanjang perjalanan adalah tempat yang mudah untuk berehat dan menikmati pemandangan. Berjalan di sepanjang Jalan Pantai Kincir Angin Sinchang dan tinggalkan tempat ini dengan seribu satu kenangan yang menyenangkan, dan tentu saja mengambil satu foto atau dua!

신창풍차해안도로
신창풍차해안도로
신창풍차해안도로
Sebuah muzium terbuka yang terdapat di laluan rustik Lorong Mural Namsugak

Ini merupakan sebuah muzium luar yang terdapat di lorong rustik di kawasan pusat bandar Jeju. Muralnya yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, menjadikannya tempat yang baik untuk dikunjungi apabila setibanya anda di jeju, atau ketika anda sudah bersedia untuk berangkat pulang.

남수각 하늘길 벽화거리
남수각 하늘길 벽화거리
남수각 하늘길 벽화거리

Namsugak adalah jalan kampung kecil di atas Pasar Tradisional Dongmun, pasar tetap terbesar di Jeju. Kawasan bandar ini amat baik untuk bersiar-siar dengan suasana ("Gu") Bandar Jeju yang asli. Lantai mural yang dipenuhi mural adalah berukuran kira-kira 220 meter. Imej-imej foto foto ialah gambaran Jeju lama dan pemandangannya. Ia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memeriksa semua lukisan.

남수각 하늘길 벽화거리
남수각 하늘길 벽화거리
남수각 하늘길 벽화거리
Rumput pampas dan semarak matahari terbenam musim luruhJalan Pantai Dakmeoreu

Jika anda mahu mengambil gambar maatahari terbenam yang berbingkaikan lautan timur Jeju, Dakmeoru lah tempat yang sesuai untuk dilawati. Ianya tidak jauh dari Kampung Sinchon-ri dan terdapat paya yang dipanggil Namsang-e-mot, tempat mandi awam dan beberapa lokasi yang luar biasa. Ini membuatkan bersiar-siar di atas dek kayu Laluan Pantai Neurigil lebih istimewa. Ianya adalah sepanjang 1.8km dan mengambil masa 30 minit untuk melengkapkan perjalanan.

닭머르해안길
닭머르해안길
닭머르해안길

Laluan menuju ke astaka pantai merupakan tempat yang indah untuk sesi bergambar pada musim luruh. Dengan sekilas pandang sahaja anda dapat melihat lautan yang luas, gulungan ombak menghempas batu, dan rumput pampas melambai dengan gemalai di pantai. Mengambil gambar dan berswafoto pada waktu matahari terbenam memancarkan pencahayaan yang memberikan faktor "wow" kepada subjek anda. Anda perlu membawa tripod yang kuat atau tongkat swafoto yang panjang untuk mengambil latar belakang yang indah dan cahaya matahari terbenam ini.

닭머르해안길
닭머르해안길
닭머르해안길
Notice
※ The above information was written on 2018-10-26. Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.