본문

Nikmati <Penginapan dengan tab mandi terbuka di Jeju> ia seperti melawat Bed dan Breakfast Hyo-lee’s

별점(별점없음)

Terdapat tempat yang sangat sesuai untuk hari yang sejuk. Memperkenalkan Penginapan dengan tab mandi terbuka di Jeju—mesti dilawat untuk malam romantik pada misum luruh. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menikmati tab mandi terbuka. Jika anda merancang untuk melawat Pulau Jeju, buat tempahan anda sekarang. Tempat ini akan menjadi lebih sibuk apabila cuaca semakin sejuk. Tamatkan hari anda dengan berendam dalam air suam dengan secawan teh, menenangkan diri anda dan mencari kelegaan dari keletihan harian anda. Nikmati lawatan ke Pulau Jeju pada musim luruh dengan penginapan romantik dengan tab mandi terbuka.

  • Semak

    0

  • Carian

    30,041

  • Kongsi SNS

    8

Butiran확장됨

Nikmati ia seperti melawat Bed dan Breakfast Hyo-lee’s<Penginapan dengan tab mandi terbuka di Jeju>

Terdapat tempat yang sangat sesuai untuk hari yang sejuk. Memperkenalkan Penginapan dengan tab mandi terbuka di Jeju—mesti dilawat untuk malam romantik pada misum luruh. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menikmati tab mandi terbuka. Jika anda merancang untuk melawat Pulau Jeju, buat tempahan anda sekarang. Tempat ini akan menjadi lebih sibuk apabila cuaca semakin sejuk. Tamatkan hari anda dengan berendam dalam air suam dengan secawan teh, menenangkan diri anda dan mencari kelegaan dari keletihan harian anda. Nikmati lawatan ke Pulau Jeju pada musim luruh dengan penginapan romantik dengan tab mandi terbuka.

Alamilah suasana luaran semasa berada di dalamanHADOHADO 3200


Di HADOHADO 3200 terletak di bahagian timur Jeju, anda boleh mengalami suasana tab mandi luaran semasa berada di dalaman. Jika anda malu untuk menikmati tab mandi terbuka di tempat yang tidak kenali, pertimbangkan HADOHADO 3200. HADOHADO 3200, sebuah rumah batu di Jeju, adalah ssatu rumah sewa yang terletak di satu lorong dalam kampung Hadori. Melewati melalui dinding batu yang rendah, anda akan menemui rumah penginapan dikelilingi oleh dinding batu yang tinggi. Tingkap kaca yang besar memberikan pemandangan ke ruang tamu, dan halaman di depannya sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak untuk meluangkan masa bersama. Penginapan HADOHADO 3200 mempunyai dua tingkat, dan setiap tingkat mempunyai satu bilik tidur (tingkat bawah dan tingkat 1). Bilik tidur di tingkat bawah disambungkan dengan ruang tamu dan dapur. Juga, terdapat ruang dan meja di belakang rumah supaya tetamu boleh meluangkan masa di luar apabila mereka mahu. Pesona terbesar HADOHADO 3200 adalah tab mandi yang besar sebelum bilik mandi dalamannya. Ia cukup besar untuk dipanggil kolam renang dan bukannya tab mandi.


1
2
2


Ini adalah ruang di HADOHADO 3200 di mana anda boleh menikmati suasana tab mandi terbuka. Ruang ini akan membawa and a ke bilik mandi, tetapi ia bukannya sepenuh dalaman atau di luar (di mana semua ruang terbuka). Dinding batu yang tinggi dan bumbung memberi perasaan yang selesa. Dinding batu dan bumbung tidak disambungkan, ini membolehkan tetamu menikmati pemandangan langit yang biru dan udara segar semasa berendam di dalam air. Selepas mandian air panas yang menenangkan, tetamu boleh menikmati barbeku di bawah bintang. HADOHADO 3200 adalah satu unit rumah sewa yang boleh memuatkan enam hingga lapan orang. Muzium Haenyeo Jeju dan Tugu Gerakan Anti-Jepun Haenyeo Jeju, yang menceritakan sejarah Haenyeo, terletak berhampiran.


1
2
2

info

Alamat:38, Myeonsu 1-gil, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
ButiranHarga: Ahad - Khamis: KRW 370,000 satu malam / Jumaat - Sabtu KRW 420,000 satu malam
Telefon:010-5325-8297


Gabungan rumah batu tradisional gaya Jeju dan Japanese RyokanTaman Haruna’s


Cuaca sejuk ini memang sesuai untuk tab mandi terbuka. Ia adalah pilihan yang bagus jika anda sedang melancong di Pulau Jeju yang berangin. Marilah jatuh cinta dengan rumah batu tradisional Jeju dan gaya-Jepun Ryokan di “Taman Haruna” di Aewol,Bandar Jeju. Taman Haruna adalah satu unit rumah sewa yang direka oleh pemiliknya seorang Jepun, Haruna. Ia dibina dengan reka bentuk rumah batu tradisional Jeju, yang menggabungkan atmosfera dari Jeju dan Jepun. Taman Haruna adalah terkenal dengan spa dan dalamannya yang menarik. Ia adalah sebuah penginapan yang khusus untuk satu kumpulan di atas tanah seluas kira-kira 330m2 Unit ini dibahagikan kepada satu unit bilik tidur dan satu unit dapur. bagaimanapun, struktur eksklusifnya membenarkan sambungan kedua-dua unit dengan hanya membuka tingkap. Anda boleh menemui tab mandi terbuka dalam perjalanan ke unit dapur dari unit bilik tidur. Tab mandi terbuka Taman Haruna dibuka sepanjang tahun. Salah satu cirinya adalah lantai tab mandinya diperbuat daripada batu mata air panas semulajadi dari Hokkaido.


1
2
2


Tab mandi terbuka ini menggabungkan suasana dari Jeju dan Jepun, ia akan menarik perhatian pelancong yang ingin mencari pengalaman yang unik. Terdapat juga lima halaman kecil di sekeliling kemudahan, termasuk tab mandi terbuka. Setiap halaman ditanam bunga segar dan rumput antara batu-batu, namanya “Taman Haruna’” memang susuai. Selepas mandi, anda boleh menikmati keindahan tamannya yang hijau. Terima kasih kepada kemahiran reka bentuk dalaman pemiliknya, Taman Haruna adalah tempay yang indah, boleh berkhidmat sebagai zon gambaran yang sempurna, di setiap sudut kediamannya. Jadi, jangan lupakan tripod anda dan kamera. Juga, jika anda melancong dengan bayi, sila mengambil nota meja, kerusi dan selimut bayi akan disediakan secara percuma.


1
2
2

info

Alamat:45, Aewol-ro 13-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
ButiranHarga: Isnin - Khamis: KRW 280,000 satu malam / Jumaat - Ahad KRW 300,000 satu malam
Telefon:010-2493-5237


Tempat untuk sesiapa yang ingin mencari penginapan jangka panjang di jejuJocheondaek


Jadi “Jocheondaek” dalam kampung kecil Jocheon untuk satu hari—seperti Hyo-lee ia dipanggil “Sogildaek” di Bed dan Breakfastnya. Rumah sewa seunit ini ”Jocheondaek” dicipta untuk sesiapa yang ingin tahu cara kehidupan orang tempatan di Jeju, walaupun hanya untuk sehari. Apabila anda membuka pintu besar degan papan nama kecil dengan nama “Jocheondaek”  padanya, tiga rumah yang diletakkan dalam dua sayap di sekitar halaman besar akan kelihatan. Kemudahan ini terdiri daripada bangunan utama, bangunan luar, satu bilik stor dengan pagar, unit bilik tidur dan unit dapur. Jocheondaek boleh memuatkan 4 - 6 orang, dan unit dapur mempunyai ruang yang besar di mana semua tetamu boleh menikmati makanan bersama-sama. Unit dapur, mempunyai suasana seperti di kafe, mempunyai meja yang besar dan ruang dapur yang besar di mana tetamu boleh memasak dan makan bersama. Unit bilik tidur dan unit dapur diletakkan dalam bentuk L di sekitar halaman. tetamu akan menghadapu unit bilik tidur di hadapan sebaik sahaja mereka masuk pintu pagar


1
2
2


Tab mandi terbuka terletak di antara kedua-dua unit tersebut. Melewati laluan pendek seperti lorong yang sempit, anda akan melihat satu tab mandi kecil dikelilingi oleh dinding batu. Satu tempat yang menarik walaupun pada siang hari, tab mandi terbuka ini akan menjadi lebih romantik pada waktu malam. Lampu-lampu keci akan dinyala di sekitar tab mandi terbuka, yang juga mempunyai kesan menenangkan. Angin dingin meniup dan liwat air panas ini mungkin mengalakkan anda untuk merendam lebih lama. “Jocheondaek” terletak di lorong yang sempit, ia mungkin susah dicari pada mulanya, tetapi apabila anda memasuki lorongnya dari jalan utama, setiap dinding batu akan ditanda dengan tanda kecil yang akan membawa anda ke rumah penginapan.


1
2
2

info

Alamat:19-17, Jocheon 7-gil, Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju-do
ButiranHarga: Ahad - Khamis: KRW 350,000 satu malam / Jumaat - Sabtu KRW 450,000 satu malam
Telefon:0504-0904-2006


Di mana Jeju bertemu dengan KyotoPrivate Shiro


Private Shiro adalah sebuah rumah penginapan dengan tab mandi terbuka yang diilhamkan oleh Ryokan di Kyoto dan dibentangkan dalam gaya Jeju. Suasana keseluruhan dipenuhi dengan keselesaan sebuah rumah batu tradisional Jeju, tetapi sebahagian kecil di dalaman rumah memberi perasaan Ryokan di Kyoto. “Shiro” bermaksud “kawasan seseorang dimana orang luar dilarang masuk.” Seperti namanya, “The Private Shiro” dibahagikan kepada 4 vila. Setiap vila mempunyai saiz yang berbeza dan boleh memuatkan bilangan tetamu yang berbeza juga. Tedapat unit yang sebesar 59m2 untuk pasangan dan kawan-kawan, dan unit 85m2 untuk keluarga berbilang 4. Dengan bahagian luarannya antik , “The Private Shiro” menggunakan warna neutral untuk mewujudkan suasana yang tenang dan selesa.


1
2
2


Tamannya dilengkapi dengan tab mandi luaran dan satu teres yang sedia ada siang hari dan malam. Sila mengambil perhatian, tab mandi terbuka di premis ini mesti digunakan dengan pakaian.  Yukatas disediakan untuk tujuan ini. Pemilik memilih honeysuckles, Mulberi asli, dan Mugwort dengan tangannya sendiri dan letakkannya berhampiran dengan tab madi terbuka untuk digunakan sebagai persiapan mandian semulajadi. Bersantai dalam air suam dan memulihkan keletihan harian anda.   Setiap persiapan mandian dibalut dengan kain kipas yang besar, yang kemudiannya direndam di dalam air. Hanya duduk di tab mandi terbuka“The Private Shiro,” yang menggabungkan suasana Ryokan di Kyoto dan dinding batu tradisional Jeju yang indah, akan menghilangkan keletihan anda dari perjalanan dalam masa yang singkat. Ia mengambil masa agak sejam di dalam kereta dari Lapangan Terbang Jeju ke The Private Shiro. Ia terletak di bandar yang tenang dengan beberapa pelancong. Jika, tujuan utama anda adalah untuk bersantai, kami megesyorkan “The Private Shiro.”


1
2
2

info

Alamat:20-1, Sinchangsangdong-gil, Hangyeong-myeon, Jeju-si, Jeju-do
ButiranHarga: KRW 300,000 untuk 2P / KRW 450,000 untuk 4P
Telefon:070-7783-3989


Nikmatilah tab mandi terbuka di bawah bulan musim luruhStay Dalha


Jika anda ingin mencari tab mandi terbuka yang selesa, kami mengesyorkan “Stay Dalha” di Aewol, Jeju. Ia adalah satu unit rumah sewa yang mempunyai dua tingkat dan boleh memuatkan empat atau enam orang. Terdapat ruang tamu dan satu dapur di tingkat bawah, dan bilik tidur terletak di tingkat satu. Semua bilik tidurnya dilengkapi dengan katil twin. Semasa berbaring di atas katil, anda boleh melihat bintang di langit Jeju melalui tingkap kecilnya. Semasa menurun tangga, anda akan menemui satu sudut dengan bangku kayu yang rendah di mana anda boleh mendapat hidangan ringan. Nikmatilah waktu petang anda dengan cahaya matahari bersinar melalui tingkapnya yang besar Sebelum menikmati tab mandi terbuka, anda boleh menikmati secawan teh terlebih dahulu.


1
2
2


Stay Dalha tub mandi terbuka terletak di belakang rumah. Tub mandi terbuka, dihias dengan kayu mentah, cukup besar dan boleh memuatkan empat orang di dalamnya. Bumbung dan dinding di sekitar tub mandi terbuka mewujudkan suasana yang selesa. Terdapat juga tempat untuk barbeku dan pavilion kecil untuk bersantai di belakang rumah. Stay Dalha adalah tempat yang sesuai untuk sekumpulan tetamu. Dapurnya dan rumah belakangnya bersambung, membenarkan anda untuk meluangkan waktu malam bersantai di taman hanya dalam beberapa langkah. Selepas bermandi dalam air suam, anda boleh makan malam dengan segera di tempat barbeku di sebelah tub mandi, atau duduk dan bersantai di pavilion kecilnya. Pavilion di belakang rumah terhadap dinding batu adalah zon gambar tanda dagangan Stay Dalha—pastikan anda mengambil gambar. Stay Dalha adalah 25 minit dari Lapang Terbang Jeju dengan kereta. Juga, pastikan anda menyemak laman web Stay Dalha’s untuk maklumat tentang tarikan pelancong yang disyorkan oleh pemilik, serta kedai dan restaurant yang berdekatan.


1
2
2

info

Alamat:20, Sineoman 1-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
ButiranHarga: Isnin - Jumaat: KRW 280,000 satu malam / Sabtu - Ahad KRW 300,000 satu malam
Telefon:010-8664-5385


Notice
※ The above information was written on 2020-03-04 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.