본문
Semua kaum hawa, jom bersama-sama! <Rumah tamu untuk wanita sahaja di Jeju>
별점(별점없음)
Terdapat pelbagai jenis penginapan di Jeju, seperti hotel, rumah tumpangan dan rumah sewa. Antara semua jenis penginapan ini, rumah tamu lah yang paling popular dikalangan pengunjung kerana ianya menawarkan pengurusan fleksibel dan harga yang berpatutan. Salah satu daripadanya disediakan hanya untuk wanita, untuk memberi penginapan yang selesa dan rasa selamat.
Semak
0
Carian
19,191
Kongsi SNS
5
Butiran확장됨
- Semua kaum hawa, jom bersama-sama! <Rumah tamu untuk wanita sahaja di Jeju>
Terdapat banyak jenis penginapan di Jeju, seperti hotel, rumah tumpangan dan rumah sewa. Antara semua jenis penginapan ini, rumah tamu lah yang paling popular dikalangan pengunjung kerana ianya menawarkan pengurusan fleksibel dan harga yang berpatutan. Salah satu daripadanya disediakan hanya untuk wanita, untuk memberi penginapan yang selesa dan rasa selamat. Di sini kami memperkenalkan lima rumah tamu di Jeju untuk para wanita yang ingin meneroka pulau itu dengan ketenangan fikiran.
Rumah Tamu Hamada Jeju terletak di desa tepi pantai yang terpencil di Seogwipo, di sebelah selatan pulau itu. Setiap bilik mempunyai semua barangan yang diperlukan dan ianya juga bersih. Hamada mempunyai 2 bilik yang boleh memuatkan 2 orang dan 2 bilik untuk pelancong solo.
Kawasan umum termasuk ruang makan dan ruang tamu. Ia tidak mempunyai meja makan yang besar, sebaliknya rumah tamu ini mempunyai meja yang lebih kecil untuk makan peribadi. Anda juga boleh membuat pesanan untuk makan malam jika anda membuat pesanan terlebih dahulu. Sarapan termasuk roti rangup, daging bacon, telur, dan salad. Sarapan pagi termasuk sekali dalam harga bilik. Ia dihidangkan antara 8 dan 9 pagi.



Terdapat banyak perkara untuk dilihat di kawasan itu. Di sepanjang pantai terdapat Olle laluan No. 4, Pantai Pyoseon, dan Kon Gunung Berapi Taro merupakan antara keajaiban yang ada. Jika anda berjalan selama kira-kira 10 minit ke pantai, anda akan menemui Pelabuhan Taeheung, sebuah kawasan yang yang sempurna untuk menikmati matahari terbit atau matahari terbenam. Perlu diingatkan bahawa Rumah Tamu Hamada mempunyai dua ekor anjing, jadi harus diingatkan perkara ini sebelum membuat tempahan.



Ini adalah satu-satunya rumah tamu yang khas untuk wanita sahaja di bandar Jeju. Rumah tamu ini terletak di tingkat tiga di sebuah bangunan komersil. Ia terletak berhampiran dengan restoran, kafe dan laluan bas. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah lokasi yang bising. Terdapat bilik yang boleh memuatkan 7-orang dan bilik untuk 4 orang. Katil-katil di sini merupakan katil kelamin dan bukannya katil bertingkat.



Terdapat banyak maklumat dan tips perjalanan Jeju yang berguna di rumah tamu ini supaya anda boleh merancang hari anda dengan baik terlebih dahulu. Sarapan pagi (telur dengan roti bakar atau nasi) disertakan dan anda boleh menikmatinya dari pukul 7 pagi. Lokasinya, yang berdekatan dengan dengan bas dan teksi, adalah berguna untuk pelancong yang tiba di lapangan terbang pada lewat malam atau berangkat pagi.



Warna zamrud dari pantai Jeju bersinar terang dan indah di sini. Rumah tamu Barr terletak di sebelah laut berhampiran pantai Geumneung dan pantai Hyeopjae, dua pantai yang merupakan khazanah tak ternilai di barat bandar Jeju.
Rumah batu Jeju yang diubahsuai ini mempunyai kawasan yang menarik berserta pemandangan laut dan halaman yang luas. Rumah tamu yang khas untuk wanita sahaja inin mempunyai bilik bujang (single), bilik kelamin (double) dan bilik untuk 4 orang. Ruangnya adalah selesa dan peribadi. Ia juga mempunyai pemandangan Pulau Biyangdo dan matahari terbenam yang hebat.



Terdapat banyak restoran dan kafe di kawasan itu, semuanya dalam jarak berjalan kaki. Tempat letak kenderaan adalah terhad ke kawasan tempat letak kenderaan awam yang berdekatan.



Ini adalah rumah tamu di Jeju yang memenuhi keperluan wanita. Sisters Inn mempunyai rasa yang tenang dan selesa di sebuah kafe. Terdapat bilik bujang, bilik kelamin dan dan bilik untuk bertiga. Ia adalah mungkin untuk menempah bilik bujang (single) dan bilik kelamin (double). Anda boleh menempah sehingga 6 orang.



Memandangkan ini adalah inapan untuk wanta sahaja, sebagai langkah keselamatan, pintu depan inapan ini akan dikunci pada pukul 10 p.m. Anda boleh menggunakan salah satu daripada dua basikal yang terdapat di sini dan menjelajah sekitar kawasan Kampung Jongdal. Tempat letak kereta juga terdapat di inapan ini, tetapi perlu diingatkan bahawa anda mesti meletakkan kereta anda yang tidak menghalang trafik kerana jalannya yang agak kecil.



Sebuah rumah tamu yang terletak di sebelah timur pulau itu , ia merupakan satu-satunya rumah tamu yang selesa dengan pemandangan Pulau Udo dan Puncak Matahari Terbit Seongsan yang memukau. Terdapat sebuah restoran di tingkat pertama dan pemandangan indah dari atas bumbung, lengkap dengan kerusi untuk berehat. Nikmati secawan kopi dengan berlatar belakangkan sebuah panorama lautan Jeju yang indah.



Restoran di tingkat satu dipanggil "Oreum By the Sea" dan menyajikan makanan bermusim kepada tetamu. Sarapan pagi bermula dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi. Pemilik Ojori 337, yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri pelancongan di Jeju, dan boleh memberikan banyak tip perjalanan yang berguna kepada pengunjung.



Rekomendasi kandungan untuk
- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.