본문

10 Tapak Lawatan Teratas di Jeju untuk Bulan Oktober <Satu hari yang indah pada bulan Oktober, Gabungan Warna Jeju>

별점(별점없음)

Di manakah terdapat tempat yang sempurna untuk mengabdikan pemandangan indah Jeju pada bulan Oktober? Jeju pada musim ini merupakan masa yang terbaik untuk mengambil gambar yang sempurna di mana-mana, dengan kehebatan sinematik dengan rona-rona merah jambu,hijau dan coklat musim luruh dan juga pancaran warna jingga matahari terbenam. Anda tentu sekali akan merasaisatu pengalaman yang berwarna-warni.

  • Semak

    0

  • Carian

    85,121

  • Kongsi SNS

    15

Butiran확장됨

10 Tapak Lawatan Teratas di Jeju untuk Oktober Satu hari yang indah pada bulan Oktober, Gabungan Warna Jeju

Dimanakah terdapat tempat yang sempurna untuk mengabdikan pemandangan indah Jeju pada bulan Oktober? Suatu tempat dimana langitnya yang cerah dan angin musim luruhnyayang segar? Jeju pada musim ini merupakan masa yang terbaik untuk mengambil gambar yang sempurna di mana-mana, dengan kehebatan sinematik dengan rona-rona merah jambu,hijau dan coklat musim luruh dan juga pancaran warna jingga matahari terbenam. Anda tentu sekali akan mempunyai satu pengalaman yang berwarna-warni.

Di mana lautan biru berakhir dan syurga terpencil bermula1. Pulau Marado

Di bahagian selatan Korea, di laut azure bawah wilayah Jeju, terletaknya Marado yang tenang. Ia merupakan sebuah pulau kecil, yang hanya mengambil masa beberapa jam untuk diteroka dengan berjalan kaki. Tetapi mana-mana anda pergi, anda akan terpana dengan keindahan laut terbuka yang mengelilinginya dan sawah subur yangterbentang luas. Di tebing pantai Marado yang terhakis dek ombak lautan Jeju, dan dalam jurang-jurang ini anda akan dapati selautan kaktus unik tumbuh melata di sana. Marado juga mempunyai gereja-gereja, sebuah rumah api, dan sebuah kuil lama yang disediakan untuk keselamatan penyelam haenyeo tempatan untuk  mereka kunjungi. Di hujung selatan pulau ini terdapat penanda batu besar yang akan anda mahu lihat supaya anda boleh mendapatkan swafoto mandatori. Dari 20 Oktober hingga 4 November semasa "Autumn Travel Week" di Marado, beberapa acara khas akan dimulakan dengan sesi mengambil gambar pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam, melihat bintang, dan persembahan muzik.

마라도 등대
마라도
마라도 산책길
마라도 성당
마라도 자장면
마라도와 산방산
Alamat Mara-ro, Daejeong-eup, Seogwipo-si, Jeju-do2. Rumput muhly merah jambu

In October the pink muhly grass explodes onto the scene, swaying in the Jeju wind like waves of warm emotion. The scene is particularly stunning when the sky is crystal clear and fluffy white clouds flow overtop their pink counterparts on the horizon. Two spots where you and your friends and family can enjoy the muhly fields are Norimae Park and Hueree Natural Park in Seogwipo.

핑크뮬리
핑크뮬리
핑크뮬리
Stirus: Anugerah semula jadi dari “Nenek” Seolmundae3. Muzium Sitrus

Apabila cahaya mentari musim luruh memancarkan sinarnya, limau-limau berwarna merah muda mulai ranum, serupa pipi merah gebu seorang anak kecil. Merupakan produk khas pulau itu, limau dianggap sebagai hadiah daripada pencipta mitos Jeju - Nenek Seolmundae. Dikatakan bahawa terdapat ramai penduduk dari tanah besar lama dahulu yang pertama kali mendengar tentang kewujudan Pulau Jeju dengan merasai tanaman sitrus yang diimport dari sini. Muzium Sitrus di Seogwipo mudah untuk dicari dan penuh dengan sejarah menarik, fakta sitrus, kaedah penanaman, dan trend industri. Selain daripada dewan pameran bertemasitrus, terdapat juga contoh tumbuhan sitrus dari seluruh dunia, bilik pameran dengan alat ladang biasa, dan taman botani yang subtropika. Diingatkan bahawa dari 15 Oktober hingga 31 Disember, anda boleh mencuba memilih dan memetik limau anda sendiri dari pokok di muzium.

감귤박물관
감귤박물관
감귤박물관
감귤박물관
감귤박물관
Salam musim luruh di bukit emas4. Akkan Darangswi Oreum

Semakin ramai orang yang mencintai Jeju kerana kawasannya yang kecil tetapi mempunyai perasaan yang unik. Kon gunung berapi ini dipanggil Kon Gunung Berapi Akkeun Darangswi kerana ia adalah versi yang lebih kecil Darangswi Oreum. 'Akkan' bermaksud "sesuatu yang datang dekat" atau "sesuatu yang kedua kepada sesuatu yang lain" dalam bahasa Jeju. Ia mudah diakses melalui laluan kecil di lereng barat. Bukit-bukit cerun barat mengekalkan dinding-dinding batu dan pokok-pokok bunga kamelia yang kelihatan seperti peninggalan kediaman persendirian. Kawah bulat di puncak itu, berukuran kira-kira 600 meter diameter, menyerupai sebuah stadium kecil. Kecuali kawasan yang berbelukar, semua cerun diliputi dengan rumput. Pada bulan Oktober terutamanya, anda dapat menghayati sendiri tarian-tarian yang halus di padang rumput di mana ia melayang dalam tiupan lembut angin dingin.

아끈다랑쉬오름
아끈다랑쉬오름
아끈다랑쉬오름
아끈다랑쉬오름
아끈다랑쉬오름
Keindahan penuh dengan dedaun musim luruh di pulau ini5. Gunung Hallasan

Seperti yang anda jangkakan, Gunung Hallasan mempunyai tempat yang amat istimewa dalam sejarah dan budaya Jeju. Terdapat penghormatan yang patut diberi kepada keindahannya yang menjulang tinggi ini. Pada musim luruh, tiada tempat yang lebih baik untuk melihat perubahan daun selain di sini. Jika anda ingin mendaki, perjalanannya memakan masa selama 6 jam atau lebih, tetapi anda akan mendapati ianya amat berbaloi. Semakin tinggi anda mendaki, semakin banyak variasi spesis pokok. Sekiranya anda melawat ke Lembah Cheona, anda akan tersentuh oleh dedaun jingga yang berwarna merah kemerahan; sifat sebenar dalam semua kemuliaannya. Daun akan mula bertukar warna pada pertengahan Oktober sehingga awal November. Mari kita sama-sama menikmati masa istimewa ini bersama!

천아숲길 단풍
천아숲길 단풍
천아숲길 단풍
천아숲길 단풍
천아숲길 단풍
천아숲길 단풍
Kehangatan matahari bersinar melalui dedaunan menghijau6. Terowong Hutan Pokok Berangan

Adakah anda bersedia untuk memasuki kawasan bermisteri yang menakjubkan? Jika ya, maka mari kita melangkah ke dalam naungan dedaun hutan pokok berangan. Kawasan buatan di sini adalah berbeza daripada denai hutan lain yang anda mungkin sudah biasa. Pembentukan dahanpokok yang bersilang yang kelihatan seperti terowong adalah luar biasa dan mententeramkan jiwa. Sinar matahari yang mengalir melalui jurang di atas kelihatan baktaman firdausi. Di sebelah selatan Kampung Deokcheon-ri adalah persimpangan tiga arah di Sangdeokcheon. Di sini, laluan Chogail Palja (lapan angka) bermula. Anda akan menemui sebuah padang menghijau, sebuah kolam, dan gunung berapi. Ia merupakan kawasan yang indah untuk anda lupakan semuanya seketika dan menikmati pemandangan setiap tahap perjalanan bermisteri anda.

구실잣밤나무 숲터널
구실잣밤나무 숲터널
구실잣밤나무 숲터널
구실잣밤나무 숲터널
구실잣밤나무 숲터널
Menjejakiangin bayu, jalan mural, dan suasana hati anda7. Kampung Mural Sincheon-ri

Kadangkala mood anda menentukan bagaimana anda menikmati hari anda. Sincheon-ri merupakan tempat yang indah dan damai. Terkenal dengan keadaannya yang berangin, ia menjadi amat terkenal selepas sebuah penggambaran filem dijalankan di sana. Terdapat mural-mural filem yang mewarnai dinding-dinding, menginspirasi artis muda dan pelukis tempatan untuk mencipta suasana yang indah dan berwarna-warni yang meresapi perkampungan nelayan kecil ini. Kerja-kerja mereka termasuk wanita menyelam haenyeoJeju, kuda-kuda Jeju, bunga-bunga camellia, dan imej-imej lain yang menonjolkan pulau itu dengan indah. Jadi jika anda berkesempatan melawat Sincheon, biarkan angin dan seni menjadi panduan anda!

신천리 벽화마을
신천리 벽화마을
신천리 벽화마을
신천리 벽화마을
신천리 벽화마을
Detik apabila pandangan tersembunyi diperlihatkan8. Jalan Pantai Iho-Naedo

Tidak lama dahulu, pemandangan Jeju yang baharu dibuka. Ia merupakan jalan pantai dari Pantai Iho Tewoo ke Pantai Aljakji. Ini merupakan berita baik untuk semua peminat berjalan jejak Olle di luar sana, kerana anda tidak lagi perlu berpatahbalik di laluan No. 17. Apabila anda melawat sepanjang tepian pantai ini, terutamanya pada sebelah petang, matahari terbenam ke laut, langit dan garis pantai gunung berapi basalt hitam bersatu indah seperti karya alam semula jadi.

이호-내도 해안도로
이호-내도 해안도로
이호-내도 해안도로
이호-내도 해안도로
이호-내도 해안도로
Musim perayaan dan sekilas padang zaman lampau Jeju9. Perayaan Oktober (Festival Seogwipo Chilsimni & Festival Kebudayaan Tamna)

Oktober hadir dengan cuaca yang selesa, dan berabad lamanya ia menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua untuk meraikannya di Pulau Jeju. Tahun ini kita sekali lagi boleh datang bersama-sama di bawah lembayung musim luruh di beberapa pesta pulau. Sebagai contoh, tahun ini menandakan Festival Kebudayaan Tamna ke-57, yang diadakan di Pesta Seni Jeju pada tahun 1962, dan Festival Seogwipo Chilsimni Ke-24. Yang kedua akan diadakan di tepi pantaiTaman Jaguri. Perayaan tiga hari bermula dengan perarakan dengan penduduk setempat akan berlangsung dari 19 Oktober (Jumaat) hingga 21 Oktober (Ahad) [*].Festival Budaya Tamna akan diadakan dari 10 Oktober (Rabu) hingga 14 Oktober (Ahad) di Plaza Kebudayaan Tamna di pusat bandar Jeju. Ia akan menampilkan pelbagai persembahan muzik dan tarian, program pengalaman kebudayaan, pertandingan ucapan bahasa Jeju, dan banyak lagi. Ini merupakan peluang yang sempurna untuk mengalami sendiri budaya tradisional Jeju! Anda pasti dapat menikmati acara, makanan, semangat kemasyarakatan, dan cuaca indah Pulau Jeju yang sebenar.


[*] Tarikh Festival Chilsimni telah berubah disebabkan oleh taufan.

서귀포 칠십리축제
서귀포 칠십리축제
서귀포 칠십리축제
Kembalinya hidangan ikan bersadur perak10. Masakan gaya tradisional dan unik

Ikan Hairtail Jeju kebanyakannya ditangkap pada musim bunga dan musim luruh, walaupun pada sekitar waktu ini ikan ini amat berharga. Secara tradisi penduduk tempatan dimasak dalam sup labu dan bawang putih, untuk mengurangkan rasa hanyir dan membangkitkan lagi kemanisannya. Cara lain untuk menikmati ikan termasuk pilihan panggang atau rebus. Satu keistimewaan Jeju termasuk galgal jorim, yang bermaksud ikan hairtail (galchi) direbus dalam sos soya pedas dengan bawang putih dan tulang rusuk daging (galbi). Ini hanyalah salah satu contoh rasa-rasa menakjubkan yang pelbagai yang akan anda jumpai di sini sewaktu anda menikmati musim luruh di pulau ini.

갈치요리
갈치요리
갈치요리
갈치요리
Notice
※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.