본문

Kopi bukan untuk anda? Kalau tidak, adakah anda ingin meminum teh? <Kedai teh di Jeju>

별점(별점없음)

Tiada sebarang yang melegakan anda seperti secawan teh pada musim sejuk dan hari berangin. Memperkenalkan kedai-kedai teh di Jeju adalah satu tempat yang menarik untuk berehat dan menikmati masa anda sendiri. Kedai-kedai teh Jeju, yang mempunyai daya tarikan tersendiri berlainan daripada kafe lain yang menjual kopi dan kek, yang terletak di seluruh Jeju dari pusat bandar ke Seogwipo. Makanan ringan tradisional yang dihidangkan dengan teh dalam teko besar juga memberi rasa yang menyegarkan serta ringan tanpa terlebih rasa. Jika anda telah selesai dengan hidangan yang dibuat dengan bahan-bahan segar dari Jeju, bagaimana pula dengan melawati kedai teh yang berlainan dengan kafe biasa hari ini? Secawan teh dengan rasa segar yang sesuai diminum semasa musim luruh dingin dan juga semasa cahaya matahari terik di waktu petang adalah semua yang anda perlukan. Minuman sejuk ais harus dihidang masa musim panas tahun depan. Sekarang adalah musim terbaik untuk menikmati beberapa cawan teh panas.

  • Semak

    0

  • Carian

    7,873

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

Kopi bukan untuk anda? Kalau tidak, adakah anda ingin meminum teh? <Kedai teh di Jeju>

Tiada sebarang yang melegakan anda seperti secawan teh pada musim sejuk dan hari berangin. Memperkenalkan kedai-kedai teh di Jeju adalah satu tempat yang menarik untuk berehat dan menikmati masa anda sendiri.  Kedai-kedai teh Jeju, yang mempunyai daya tarikan tersendiri berlainan daripada kafe lain yang menjual kopi dan kek, yang terletak di seluruh Jeju dari pusat bandar ke Seogwipo. Makanan ringan tradisional yang dihidangkan dengan teh dalam teko besar juga memberi rasa yang menyegarkan serta ringan tanpa terlebih rasa. Jika anda telah selesai dengan hidangan yang dibuat dengan bahan-bahan segar dari Jeju, bagaimana pula dengan melawati kedai teh yang berlainan dengan kafe biasa hari ini? Secawan teh dengan rasa segar yang sesuai diminum semasa musim luruh dingin dan juga semasa cahaya matahari terik di waktu petang adalah semua yang anda perlukan. Minuman sejuk ais harus dihidang masa musim panas tahun depan. Sekarang adalah musim terbaik untuk menikmati beberapa cawan teh panas.

Kedai teh tersembunyi berhampiran Terminal Bas Antara Bandar Jeju!!?Kedai Teh Moosang


Antara lorong-lorong sempit di Yongdam-dong, Jeju City, terdapat sebuah kedai teh dengan suasana riang yang menyatakan kesayangan untuk barangan lama - Kedai Teh Moosang (tiada idea). Segala teh, minuman dan makanan ringan adalah 100% buatan sendiri di kedai ini Dihiasi dengan warna putih dan kayu secara keseluruhan, Kedai Teh Moosang mempunyai suasana yang bersih dan moden. Hiasa yang bercorak tradisional dan tumbuh-tumbuhan hijau di dalamnya menambah suasana yang agak antik ke kedai teh ini Tempat ini telah dibina di tingkat bawah sebuah rumah luar bandar yang telah diubahsuai, jadi struktur dalaman mempunyai rangka kerja asas sebuah rumah. Bingkai pintu dan bingkai tingkap di sini biasanya digunakan dalam rumah di Jeju, membuat anda berasa seolah-olah anda sedang melawati rumah kawan. Hanya duduk dalam kedai teh akan memberikan anda rasa tenang dan selesa. Itulah sebabnya tempat ini adalah lebih menarik dari dalamnya dibandingkan dengan apabila dilihat dari luar. Di dalam kedai teh terdapat ruangan yang kecil berasingan yang boleh digunakan untuk sesi teh secara persendirian.


1
2
2


Moosang Teahouse menawarkan pelbagai jenis teh bunga, teh hijau, minuman tradisional, minuman buah-buahan, teh hitam, dan pencuci mulut. Menu teh bunga juga termasuk teh bunga magnolia dan teh bunga pokok halia (anda mungkin boleh bau aromanya daripada mendengar nama-nama bunga ini). Teh hijau biasa, teh limau, dan teh kuning juga termasuk dalam menu. Minuman matang buah-buahan seperti kamkuat dan tangerin hijau yang belum masak, adalah keistimewaan tempatan yang terkenal di kafe Jeju. Selain itu, strawberi, bunga belon, dan lemon sebagai teh hidangan yang ditawarkan di kafe ini. "Cheongsim Strawberi" dan "Bunga Belon Lemon Cheongsim," adalah minuman dibuat khas oleh pemilik kafe serta mempunyai rasa unik sehingga namanya sudah dikenali ramai. Jika anda jenis yang lebih suka kopi, kedai teh Moosang hanya menyajikan kopi hitam sahaja, yang ditawarkan di bawah nama "Teh Hitam."  Sejak Kedai Teh Moosang menyimpan banyak hiasan antik serta teko dan cawan teh yang terdapat di sekitar kafe, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk atas sebab keselamatan. Anda juga boleh melawat lokasi tempatan yang berhampiran seperti kedai cenderamata Danggeu serta Restoran Buza yang terkenal dengan Hamburg stik. Kedai Teh Moosang terletak berhampiran dengan Terminal Bas Antara Bandar Jeju dan mudah diakses oleh pelancong yang datang tanpa kereta.


1
2
2

info

Alamat:10, Seogwang-ro 5-gil, Jeju-si, Jeju-do
Waktu perniagaan (hari bekerja)11:00 AM - 6:00 PM
Waktu perniagaan (hujung minggu)11:00 AM - 6:00 PM
ButiranTiada tempat letak kereta/Kanak-kanak dilarang masuk/ Ditutup pada hari Rabu
Telefon:010-9314-6075


Tempat yang penuh dengan 25 tahun memoriKedai Teh Tradisional Nokwon


Terdapat satu kedai teh di Samdo-dong yang telah berniaga untuk masa yang lama. Kedai Teh Tradisional Nokwon mempunyai banyak sejarah, ia boleh dikenali melalui namanya dan penampilan. Selama bertahun, banyak kedai teh yang mula berniaga dan tutup, tetapi Nokwon masih bertahan.  Sebaik sahaja anda memasuki kedai teh ini, anda boleh merasai suasana kedai teh tradisional Jeju dari 1992. Di Kedai Teh Tradisional Nokwon, anda boleh merasi pelbagai jenis teh termasuk teh Jujube, teh Omija, teh Halia, dan teh Ginseng. Teh yang paling popular di kalangan teh tersebut adalah teh Jujube tanda perdagangan mereka. Teh ini, dibuat dengan jujube Gyeongsang direbus selama dua hari, ia mempunyai rupa dan persembahan yang eksklusif pada Kedai Teh Tradisional Nokwon. Teh Jujube yang pekat ini dihidang dalam satu cawan yang besar dengan kacang pine di atas.  Mewakili idea pemiliknya, yang mengatakan teh adalah tentang keikhlasan dan ketaatan, secawan teh yang dihidang di Kedai Teh Tradisional Nokwon benar-benar boleh membuka hati seseorang. Menghirup teh Jujube yang panas akan melegakan semua keletihan harian.


1
2
2


Teh Omija, disayangi oleh pelanggan regular selepas teh Jujube, dibuat dari Omija ditumbuh dan membesar selama dua tahun di Gochang, Wilayah Jeollabuk-do. Ia juga dibuat dari resipi rahsia dari pemilik Kedai Teh Tradisional Nokwon. Ini memberikannya rasa ajaib yang kurang manis daripada teh omija lain di pasaran, lagi menggabungkan perisa kuat omija. Sekiranya anda tidak tahu teh manakah yang anda ingin cuba, ia adalah idea yang bagus untuk mengikut cadangan pemilik. Lagipun, walaupun meminum teh yang sama akan meninggalkan perasaan yang berbeza di bawah matahari, masa dan angin yang berbeza. Bunyi berita yang datang dari dalam kedai teh dan melodi lama yang dipilih oleh pemiliknya, menghasilkan satu pertimbangan pada seseorang untuk membawa ibu bapanya pada masa hadapan. Tunai sahaja, teh untuk diambil keluar tidak tersedia. Sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan antara kopi atau teh, cuba bayangkan secawan teh Jujube yang panas dan manis. Sebaik sahaja anda menyukainya, anda akan meminum teh Jujube sepanjang musim sejuk.


1
2
2

info


Alamat:122-2, Jungang-ro, Jeju-si, Jeju-do
Waktu perniagaan (hari bekerja)9:30 AM - 9:00 PM
Waktu perniagaan (hujung minggu)9:30 AM - 9:00 PM
Telefon:064-757-6757


Struktur dalamannya mudah dan suasananya tenangDorihwagwa


Jumlah kedaii teh di Jeju semakin meningkat dan kebanyakan teh minuman yang ditawarkan adalah seperti minuman di kafe. Dorihwagwa di Ara-dong, yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Jeju, adalah salah satu daripada mereka. Nama "Dorihwagwa" adalah gabungan dua perkataan:  "Dorihwa," yang bermaksud bunga pic, dan perkataan "Gwa," yang bermaksud "gula-gula." Tempat ini menawarkan koleksi teh yang warnanya kemerahan, sesuai dengan namanya, "Dorihwa," yang bermakna sama ada pic atau bunga plum. Tidak seperti kedai-kedai teh lain yang hanya menjual teh, Dorihwagwa juga menjual teh dan kopi. Nama menu teh Dorihwagwa adalah agak pelik. Tidak seperti nama minuman kopi biasa seperti Americano dan Cafe Latte, setiap teh pada menu mempunyai nama samaran yang sangat unik. Contohnya, teh yang dibuat dengan daun teh yang ditapai separuh dinamakan “ Selamatkan Kami Daun Teh Rahmat!”, sedangkan teh dengan bunga pic dinamakan “Teh Pic untuk Membuatkan Anda Berasa Peachy”. Teh dengan bunga warna merah, likuoris kering, beri biru, ceri, dan rooibos dinamakan “ Rosy Ade dengan semua Prospek Rosy”.


1
2
2


The yang paling popular di kalangan pilihannya yang banyak adalah teh Dohwa yang mempunyai perasa yang pedas. Di samping itu, ramai penggunjung yang mengakui kesayangan mereka terhadap Macha Latte, di mana susu putih dicampurkan dengan teh Macha yang berwarna hijau. Pencuci mulut yang paling popular adalah kek Jepun tradisional, yang bermegah kelazatannya yang sepadan dengan rupanya yang cantik. Kuantiti harian adalah terhad, jadi anda mesti cepat jika anda mahu merasai kek Jepun Dorihwagwa. Terkenal pada dalamannya yang bersih dan mudah, Dorihwagwa adalah suatu tempat yang anda boleh menikmati teh dengan tenang. Semua meja bar dan rak diukir dengan corak tradisional, mewujudkan satu suasana yang tenang. Pada waktu petang, matahari musim luruh bersinar melalui tingkapnya yang besar akan membawa keamanan kepada minda anda. Terdapat kerusi bangku di satu sudut, di mana anda boleh menanggalkan kasut anda dan duduk dan menikmati secawan teh.


1
2
2

info

Alamat:194, Ayeon-ro, Jeju-si, Jeju-do
Waktu perniagaan (hari bekerja)12:00 PM - 8:00 PM
Waktu perniagaan (hujung minggu)12:00 PM - 8:00 PM
ButiranTutup pada hari Selasa
Telefon:064-748-3132


Berbakti untuk menumbuh, menuai, dan membuat teh dengan enzimKedai Teh Enzim Gaonhae


Terdapat satu kedai teh khas di Daepyeong-ri, sebuah bandar kecil yang tenang di Jeju. Kedai Teh Enzim Gaonhae membuat teh menggunakan pelbagai jenis enzim. Satu makanan enzim biasanya mengandungi lebih daripada enam bahan tambahan semulajdadi, serta kira-kira 100,000 mikrobes per gram, yang akan memberi manfaat kepada kesihatan anda. Anda boleh menikmati kira-kiranya 20 jenis teh di Gaonhae. Koleksinya besar, terdiri daripada teh yang menggunakan ramuan seperti quince, plum, mulberi, dan bunga belon, bahan yang tidak biasa kepada kita seperti wormwood Manis, buah Hairy-style eleuthero, Usul, pic liar Cina, dan Houttuynia cordata. Semua herba yang digunakan di Gaonhae adalah ditanam oleh pemiliknya, atau diambil dari pergunungan dan dibuat ke enzim. Tiada masalah sekiranya anda tidak tahu tentang teh enzim. Semua kesannya ditulis pada menu, dan sekirannya anda ingin mendapat cadangan, pemiliknya dengan gembira akan membantu anda.


1
2
2


Di sini, teh enzim dihidang dengan suhu suam kerana jika suhu teh terlalu tinggi atau terlalu rendah, enzim di dalam teh tersebut akan kehilangan kesannya. Biasanya, teh enim mempunyai rasa yang mendalam dan lembut dan perisa yang kuat. Di kedai teh enzim Gaonhae dipenuhi dengan bau pokok, ini mencerminkan kesayangan pemilik terhadap pokok-pokoknya. Pelapik cawannya juga dibuat daripada pokok halus. Ia direnjiskan dengan air sebelum cawan teh diletak di atasnya. Wangiannya di sekitar kedai dan pelanggan boleh menikmati teh mereka lebih lagi. Nikmati wangian pokok halus semasa mencuba teh enzim Gaonhae yang dibuat daripada ramuan dari tanah Jeju! Sila mengambil perhatian bahawa semasa waktu perniagaan, pemiliknya mungkin keluar untuk mengumpul ramuan. Pastikan anda memberi panggilan sebelum melawatnya.


1
2
2

info

Alamat:4, Nandeureu-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do
Waktu perniagaan (hari bekerja)10:00 AM - 11:00 PM
Waktu perniagaan (hujung minggu)10:00 AM - 11:00 PM
Telefon:064-739-7717


Minum secawan teh sambil bersembang di lotengChamasil


Secawan teh yang bagus akan sentiasa membuat anda berasa baik. Kedai teh tradisional “Chamasil,” terletak di Aewol-eup, Bandar raya Jeju, menjual teh buatan sendiri dan makanan ringan. Dengan ciri dalamannya antik rumah tradisional Korea, tempat ini mempunyai semua kualiti kedai teh yang baik. Chamasil dibahagikan kepada tingkat bawah dan tingkat satu, dan tingkat satu adalah satu loteng yang diubahsuai menjadi tempat duduk. Di tingkat satu dengan siling yang rendah dan memberikan rasa yang selesa disayangi oleh tetamu kumpulan dan pelanggan tetap. Setiap meja diasingkan dengan sesekat gaya tradisional Korea dengan tingkap kertas untuk mewujudkan ruang berasingan di mana tetamu boleh menikmati teh dalam suasana yang tenang. Duduk di atas kusyen yang bergebu dan minum secawan teh panas. Selain daripada teh tradisional, Chamasil juga menjual makanan ringan dan bubur. Menunya, dibuat daripada hanji keras (kertas tradisional Korea) dikeraskan dengan air, dan ditulis dengan menggunakan berus tradisional. Terdapat kira-kira 16 jenis teh, termasuk teh Jujube, teh Wujeon, teh Puer, teh Herba Hitam, teh Delima, teh Pine Bud, dan teh Daun Teratai. Juga, Chamasil menawarkan kopi dengan nama yang comel, kopi Sambakja.


1
2
2


Makanan ringan nostalgia yang dihidangkan di Chamasil sedap dimakan dengan teh mereka. Kedai teh menawarkan makanan ringan yang manis seperti kek beras panggang, Yoogwa (kek beras manis yang digoreng), Yakgwa (Biscuit Madu), dan Mattang (Keledek Manis Digoreng dan Disapu Gula) Lihat menu kombo Yoogwa dan Yakgwa serta ais-krim soya Serbuk. Bubur kacang merah dan bubur Labu hanya berharga KRW 7,000, walaupun mereka menggunakan ramuan 100% Korea. Semua teh dalam menu datang dengan Daechucho (seluruh jujube dengan sirap) dan tangerin dijeruk dalam madu. Terdapat pelbagai sebab, makanan-makanan ringan ini dihidang dengan teh . Juga, Chamasil menawarkan pakaian dan hiasan yang dibuat dari keladi. Pada sesetengah masa, lebih banyak pelanggan yang datang untuk melihat baju daripada teh, jadi pastikan anda melihat item-item tersebut juga. Menikmati Sujeonggwa yang segar dan manis, kek beras kenyal dan menikmati pesona kedai teh yang bersantai, Chamasil.


1
2
2

info

Alamat:32-15, Hagwidongnam 1-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
Waktu perniagaan (hari bekerja)9:30 AM - 11:00 PM
Waktu perniagaan (hujung minggu)9:30 AM - 11:00 PM
ButiranTutup pada hari Isnin / Seluruh menu boleh dipesan keluar
Telefon:064-712-7714


Notice
※ The above information was written on 2020-03-04 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.