본문

Apakah itu Jejak Geo Jeju? Ambil lawatan dua hari satu malam ke Suwolbong, gunung berapi yang mengagumkan.

별점(별점없음)

Satu lawatan untuk mengenali Jeju yang sebenar. Di sini kami memperkenalkan lawatan selama dua hari satu malam ini di sepanjang Jejak Geo Suwolbong, yang merupakan bahagian yang penting dalam sejarah hidup gunung berapi ini. Bagaimana pula dengan meneroka, menjamu selera, dan hanya bersantai dengan tema geologi unik dan yang menyatukan?

  • Semak

    0

  • Carian

    10,082

  • Kongsi SNS

    4

Butiran확장됨

Apakah itu Jejak Geo Jeju?Ambil lawatan dua hari satu malam ke Suwolbong, gunung berapi yang mengagumkan.

Ambil lawatan dua hari satu malam ke Suwolbong, gunung berapi yang mengagumkan.Di sini kami memperkenalkan lawatan selama dua hari satu malam ini di sepanjang Jejak Geo Suwolbong, yang merupakan bahagian yang penting dalam sejarah hidup gunung berapi ini. Bagaimana pula dengan meneroka, menjamu selera, dan hanya bersantai dengan tema geologi unik dan yang menyatukan? 


Di sepanjang persisiran gunung berapi, perkampungan Gosan-ri yang menawan ini merupakan kawasan di mana anda boleh menjumpai pelbagai tapak-tapak yang menarik, seperti Jejak Geo Suwolbong, melihat gelincirnya matahari di ufuk senja yang indah di puncak Suwolbong , menaiki basikal elektrik, menikmati rasa sotong kering segar tempatan, dan menginap di rumah tumpangan Geo. Sepanjang masa itu anda dapat mengalami sejarah, kebudayaan dan geologi yang membuatkan Jeju sebuah pulau gunung berapi yang merupakan warisan yang bernilai untuk semua .

Persiaran tepi laut di tapak Jeju Global Geopark yang diiktiraf oleh UNESCODenai Suwolbong

Perjalanan satu malam kami di sepanjang Geo Trail bermula di Suwolbong. Pemandangan di pembentukan geologi yang berusia 14,000 tahun ini kekal tidak berubah selama milenia. Di balai cerap yang terletak di puncak gunung, pengunjung boleh melihat Pulau Chagwido, Gunung Songaksan, Gunung Dansan, dan Pulau Jukdo dengan sekilas pandang. Sekiranya anda mempunyai sepasang teropong, anda juga dapat melihat Sarabong (di Bandar Jeju) di kejauhan.

1
2
2

Suwolbong mempunyai legenda dikenali sebagai Nokdumul yang menceritakan kisah kasih sayang dua beradik terhadap ibu bapa mereka. Menurut legenda, adik-beradik, Nokgo dan Suwol, telah mengumpul 100 herba yang berbeza untuk menyembuhkan penyakit ibu mereka, tetapi tidak dapat mencari herba yang terakhir iaitu Acanthopanax senticosus. Apabila mereka mengetahui bahawa herba terakhir tersebut tumbuh di tebing Puncak Suwolbong, saudara perempuan Suwol, telah mendaki tebing untuk memetiknya.

1
2
2
Cara yang mengujakan untuk melihat lebih banyak Denai GeoBasikal Elektrik Suwolbong

Di pintu masuk ke Suwolbong anda akan mendapati sebuah syarikat basikal elektrik yang dimiliki oleh kampung Gosan 1-ri. Ia merupakan rakan kongsi Taman Geo Jeju yang mempunyai objektif alam sekitar yang teguh. Basikal elektrik adalah cara yang sempurna untuk melawat sebanyak mungkin tempat-tempat di Jeju semasa berada di sini. Selain itu, basikal elektrik juga menyeronokkan untuk semua orang!

1
2
2

Kelajuan maksimum basikal elektrik di sekitar Suwolbong ialah 25 km dan haluan asas adalah 40 minit. Jika anda ingin pergi lebih jauh, Haluan B adalah perjalanan pergibalik sepanjang 12 kilometer yang mengambil masa kira-kira 90 minit untuk melihat jalan pantai berpasir hitam.

1
2
2
Mari kita lihat tangkapan sotong terkenal di Pelabuhan Chagwido!Sotong Chagwido

Mari kita lihat tangkapan sotong terkenal di Pelabuhan Chagwido. Sotong disediakan dan digantung dalam barisan di bawah sinaran matahari dan tiupan angin untuk dikeringkan. Para wanita yang lebih tua di sana menghabiskan hari-hari mereka menjual sotong kering dan panggang kepada penduduk tempatan dan pelancong.

1
2
2

Kawasan Pulau Jeju di pantai barat jauh di sekitar Gosan ini sangat terkenal dengan sotong-sotongnya. Saiz sotong akan menentukan harganya.

Sotong-sotong kering mempunyai tekstur yang sangat kenyal dan rasa yang enak. Anda boleh mencelupkannya dalam pes lada merah atau mayonis. Terdapat sebuah pasar raya kecil yang berhampiran, jadi mari kita pergi dan mendapatkan minuman sejuk untuk dipadankan dengan snek lazat ini.

1
2
2
Kali pertama anda melihat matahari terbenam di sini, anda akan mengakui yang ianyamengagumkanMatahari terbenam di Chagwido

Pulau Chagwido merupakan salah satu pulau yang paling indah di Pulau Jeju. Pemandangan pulau ini amat menakjubkan dan ia kelihatan seolah-olah ia ditenggelami air. Lagenda mengatakan bahawa apabila seorang lelaki Cina dikenali sebagai Hojongdan apabila melihat Pulau Chagwidomenjadi bimbang ianya mungkin akan bertempur melawan China. Jadi dia menyekat semua sumber yang datang ke pulau itu dan cuba melarikan diri. Tetapi kemudian, Dewa Gunung Hallasan bertukar menjadi helang dan menggelamkan kapalnya. Itulah bagaimana Pulau Chagwido mendapat namanya sekarang.

1
2
2

Chagwido terdiri daripada tiga pulau: Jukdo, Odo, dan Jisiliseom. Lebih ramai pelancong yang melawat Pulau Chagwido untuk menyaksikan panorama indah yang terkenal di pulau pada waktu matahari terbenam. Chagwido juga terkenal sebagai tempat penangkapan ikan, kerana ikannya yang banyak menjadikannya popular di kalangan nelayan. Anda boleh mengambil bot di Pelabuhan Jagunae yang berdekatan untuk bersiar-siar atau menikmati memancing dari atas bot.

1
2
2
Satu pengalaman istimewa yang anda yang hanya boleh didapati di Kampung GeoPenginapan & Sarapan Neureuwat (Rumah GEO)

Hentian terakhir untuk perjalanan hari ini ialah Rumah Geo B&B di mana anda boleh berehat dan menikmati suasana di rumah tradisional ini. Sistem penginapan Rumah Geo adalah istimewa kerana ia menonjolkan ciri-ciri geografi, budaya, dan tradisi tempatan. Neureuwat adalah rumah tamu peribadi yang dibina dengan batu gunung berapi. Ia terdiri daripada dua bangunan. Anda akan mendapati sebuah rumah putih di sebelah kiri dan rumah batu di sebelah kanan apabila anda melalui dinding batu dan ke masuk dalam kawasan itu. Pemiliknya tinggal di kawasan putih dan rumah batu yang menawan adalah untuk para tetamu.

1
2
2

Semua bilik termasuk bilik tidur, diperbuat daripada bahan-bahan mesra alam dan mesra kanak-kanak. Ia mempunyai siling rendah struktur Hanok gaya Jeju lama. Secara umum, rumah batu di Pulau Jeju semuanya mempunyai siling rendah. Oleh itu, apabila anda bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain, hati-hati dengan kepala anda!

1
2
2
Notice
※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.