본문

10 Tapak yang Disyorkan di Jeju Untuk Bulan September <matahari terbit, matahari terbenam: Musim luruh menyimbah bumi Jeju>

별점(별점없음)

Musim luruh telah tiba. Ini adalah salah satu musim paling selesa untuk melancong ke Jeju. Apabila anda pergi dari satu tempat ke tempat anda akan disertai dengan angkasa biru dan laut yang tidak berkesudahan, yang bersatu di kaki langit. Bersiar-siar di udara pagi dingin dan nikmati matahari musim luruh di Pulau Jeju.

  • Semak

    0

  • Carian

    38,576

  • Kongsi SNS

    9

Butiran확장됨

10 Tapak yang Disyorkan di Jeju Untuk Bulan September matahari terbit, matahari terbenam: Musim luruh menyimbah bumi Jeju

Musim luruh telah tiba. Ini adalah salah satu musim paling selesa untuk melancong ke Jeju. Apabila anda pergi dari satu tempat ke tempat anda akan disertai dengan angkasa biru dan laut yang tidak berkesudahan, yang bersatu di kaki langit. Bersiar-siar di udara pagi dingin dan nikmati matahari musim luruh di Pulau Jeju. Sedang anda mengagumi cahaya merah lembayung matahari terbenam, sebarang keletihan yang terkumpul dari siang hari akan perlahan-lahan hanyut. Anda akan mendapati diri anda ingin sekali untuk melihat matahari terbit dan peluang untuk mengalami satu lagi hari musim luruh yang bersinar di Pulau Jeju.

Dinding berbatu, teguh berdiri di bawah sinar mentari Jeju, menjadi panduan laluan andaFajar menyising Pyeongdae-ri, laluan dinding batu Gamsugul

Dataran timur Jeju adalah tempat yang baik untuk menyambut kehadiran matahari terbit. Sinar merah fajar yang mengalir keluar dari kegelapan, terapung di dataran, akhirnya tersebar menerangi dunia. Ini adalah masa yang baik untuk berjalan-jalan dalam cahaya pagi yang hangat. Ketika anda berjalan di sepanjang jalan tanah di ladang Desa Pyeongdae-ri, anda dapat menghirup udara bersih dan aroma tanaman dan tumbuhan semulajadi. Panorama gunung berapi ini mungkin kelihatan kasar dan tidak dapat diterima, tetapi persekitarannya subur dan penduduknya amat menyukainya.


▸ Tempat-tempat menarik berhampiran: Pantai Pyeongdae-ri, Kuil Seonglimsa

평대리
평대리
평대리
평대리
평대리
Tempat di mana bumi dan langit bersilangPintu Syurga 'Hyomyeongsa'

Semangat kehijauan hutan terbentang di hadapan kita, mengelilingi Gunung Hallasan. Sekiranya anda mengembara melalui jalan-jalan gunung yang lebih kecil, sebelum melintasi lebuh raya utama, anda boleh menemui kesunyian yang tenang di kuil-kuil Buddha. Hutan yang terlindung ini dimandikan dalam cahaya hijau dan bunyi alam semula jadi hutan. Di Kuil Hyomyeongsa, anda boleh melalui "Pintu Syurga", sebuah tempat yang begitu indah, ianya kelihatan seperti langit dan bumi bertemu. Khazanah semula jadi ini amat luar biasa - mungkin ada yang mengatakan menyegarkan - tanpa kesesakan orang ramai.

▸ Tempat menarik yang berdekatan: Kuil Seondeoksa

효명사
효명사
효명사
효명사
효명사
Temui tawaran semasa membeli-belah berjenama mewahJTO Jungmun Duty Free Shop, Shinhwa World Duty Free Shop

Bagaimana pula dengan meluangkan masa dari perjalanan yang sibuk dan melakukan membeli-belah jenama mewah? Kedai Bebas Cukai Jungmun JTO dan Shinhwa World Duty Free Shop dibuka sepanjang tahun dan tersedia untuk semua pelancong. Jika anda menaiki penerbangan domestik, anda boleh membeli-belah di Kedai Bebas Cukai Jungmun JTO yang yang terletak di Pusat Konvensyen Antarabangsa ICC Jeju di Kompleks Pelancongan Jungmun. Jika anda ke luar negara, anda boleh mencari pelbagai produk di Shinhwa World Duty Free Shop. Setiap bulan kedai-kedai Bebas Cukai itu JTO menawarkan promosi yang menarik, tetapi pada bulan September, dengan perayaan tuai tradisional Chuseok yang kian menghampiri, terdapat tawaran istimewa tambahan untuk anda!

제주관광공사 면세점
제주관광공사 면세점
제주관광공사 면세점
Dapatkan tinjauan perdana musim limau mandarinProgram pengalaman sitrus

Anda mungkin pernah mendengar mengenai buah limau Jeju yang terkenal dengan kemanisan dan keenakannya yang dipanggil sebagai Hallabong. Bertahun-tahun lamanya ianya ditanam secara khusus untuk memanfaatkankesuburan tanah gunung berapi dan sinar matahari yang berlimpahan di Pulau Jeju ini. Kini, ramai chef inovatif yang mencari cara baru untuk menggunakan buah-buahan ini sebagai bahan yang sihat dan lazat dalam ciptaan hidangan mereka. Bagaimana dengan mencuba tempura yang diletakkan sedikit limau yang menyegarkan? Atau sejenis snek millet puff bersitrus? Anda boleh mencuba untuk membuat sesuatu seperti itu di dalam program pengalaman sitrus ... sama ada memetik buah dari pokok atau memasak dengannya, atau kedua-duanya sekali!

귤향과즐체험
귤향과즐체험
귤향과즐체험
Melihat sejenak pemandangan musim luruh JejuMundoji Oreum

Jika anda berada dalam mood untuk menyaksikan dan mengambil gambar matahari terbenam di Pulau Jeju, anda mempunyai banyak lokasi pilihan. Tetapi cadangan ini anda mungkin tidak pernah mendengar sebelumnya: Mundoji Oreum. Ia memerlukan anda untuk mendaki kira-kira 15 minit di sepanjang denai Olle 14-1Jeju. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di sana akan mendapat pandangan beberapa kon gunung berapi yang menakjubkan yang jelas - khususnya Dol Oreum, Dang Oreum dan Majung Oreum –pemandangan yang berbingkaikan panorama di sana. Di bawah terbentang hutan hijau Jeoji Gotjawal. Ia merupakan tempat yang segar, jelas, dan dingin untuk menangkap gambar suasana senjakala yang sempurna.

▸ Tempat-tempat menarik berhampiran: Hutan Jeoji Gojawal, Kampung Artis di Jeoji

문도지오름
문도지오름
문도지오름
Kenangan bintang-bintang bergemerlapan JejuPusat Sains Astronomi dan Kebudayaan Seogwipo, Taman Starlight Nuri

Jangan sesekali sesali untuk mengucapakan “selamat malam” kepada langit malam musim luruh. Bintang-bintang di sana akan keluar untuk menyambut anda. Di Pusat Sains Astronomi dan Kebudayaan Astronomi Seogwipo dan Taman Starlight Nuri di Bandar Jeju, anda boleh memerhatikan langit malam yang dipenuhi dek bintang. Ketahui lebih lanjut mengenai buruj dan astronomi di dalam bilik pameran dan bilik unjuran astronomi. Teleskop juga disediakan untuk digunakan pada malam-malam yang terang. Pusat Sains Astronimi dan Kebudayaan Seogwipo akan mengadakan " Festival Sains Kebudayaan Seogwipo" pada 1 September. Ini adalah peluang untuk melawat pelbagai bilik sains dan pengalaman dan mendapatkan maklumat perihal sains secara praktikal, termasuk kuiz dan eksperimen pelancaran roket.

천문과학관
천문과학관
천문과학관
천문과학관
천문과학관
Bergoyang ditiup bayu, pemakanan dan kecantikan semula jadiBunga gandum kuda

Tanaman gandum kuda tumbuh subur melitupi seluruh padang yang saujana mata memandang di padang-padang berbidang besar di sekitar Jeju pada musim luruh. Bunganya kelihatan seperti topi putih di lautan, yang mengalir di dalam angin. Ia merupakan pemandangan yang sentiasa ada di Jeju sehingga ada pepatah di kalangan nelayan yang berbunyi "laut itu berbuih putih seperti gandum kuda." Jeju merupakan pengeluar terbesar gandum kuda di Korea. Tumbuhan ini bercambah dengan baik di atas tanah pulau yang keras ini, dan merupakan bahan ruji dalam masakan tradisional Jeju, terutamanya dalam misup gandum kuda burung kuang dan penkek gandum kuda, atau bingddeok. Anda boleh melihat sendiri padang gandum kuda yang seluas 99 hektar yang menakjubkan di kejiranan Ora-dong Bandar Jeju.

오라동메밀밭
오라동메밀밭
오라동메밀밭
오라동메밀밭
Memperingati kehidupan Jeju dan warisan artistikLee Joong-seop

Selama 11 bulan dalam masa perang dan malapetaka melanda, pelukis Lee Joong-seop memilih sebelah selatan Pulau Jeju, khususnya bandar Seogwipo, untuk membawa keluarganya. Semasa di sini, imej laut, penduduk, dan kawasan sekitarnya memberi ilham kepada karya seni Lee untuk dekad-dekad yang mendatang. Sebagai penghormatan kepada artis besar Korea ini, bandar Seogwipo mengubahsuai kediaman asalnya, menamakan jalan sebagai Jalan Budaya Lee Joong-seop, dan membina Galeri Lee Joong-seop sana. Pada 7 Oktober satu pameran khas akan diadakan di galeri bertajuk "Cow" (salah satu tema artistiknya) dan sebuah operetta yang didedikasikan untuk ulang tahun ke-100 kelahirannya akan diadakan di Pusat Kesenian Seogwipo 6 hingga 8September.

이중섭거리
이중섭거리
이중섭거리
이중섭거리
이중섭거리
Cara terbaik untuk alami Jeju yang memukauParti Eco

Pada bulan September beberapa acara Parti Eco tempatan dijadualkan di sekitar pulau itu. Pada 1 September, misalnya, satu acara akan diadakan di Kampung Sogil-ri, pada 9 September di Kampung Harye-ri, 12 September di Kampung Hannam-ri, dan 29 September di Kampung Jeoji-ri. Berjalan dan meneroka dengan lawatan berpandu ke hutan Jeju asal Gotjawal adalah satu cara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan budaya setiap kampung dan ekosistem tempatan mereka. Anda perlu membuat tempahan awal, jadi mungkin meminta rakan Korea anda untuk membantu atau jika anda seorang pengembara, hubungi Pusat Maklumat Pelancong JTO di 064-740-6000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

에코파티
에코파티
에코파티
에코파티
에코파티
에코파티
Perisa laut musim luruhJeju makarel

Makarel segar yang ditangkap di sekitar Pulau Jeju semasa musim musim luruh adalah sangat baik. Rasanya sangat menyelerakan dan setiap gigitan mencair di mulut anda. Di pulau terpencil di wilayah itu Chujado, ikan ini juga digunakan dalam sup untuk hilangkan mabuk dan sebagai bahan dalam bubur nasi sihat. Idea-idea masakan ini juga telah merebak ke Pulau Jeju. Restoran terkenal di bandar yang dipanggil Seongmi Sikdang telah menghidangkan hidangan selama lebih dari 11 tahun, jadi anda boleh mencubanya sendiri!

고등어
고등어
고등어
고등어
고등어
고등어
Notice
※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.