본문
“Jalan Hitam” Marado Island
별점(별점없음)
Pulau Marado merupakan kawasan yang paling selatan di Korea Selatan dan merupakan tempat peristiwa yang amat popular. Marado juga mempunyai reputasi sebagai tempat yang sangat baik untuk menikmati keenakan mi kacang hitam, atau jajangmyeon bercampur dengan makanan laut yang segar, khususnya dengan alga laut sumber tempatan, yang dipanggil tot (톳).
Semak
0
Carian
5,809
Kongsi SNS
1
Butiran확장됨
- Sepuluh restoran mi hitam untuk cuba“Jalan Hitam” di Pulau Marado

Anda tidak akan terlepas pandang restoran pertama ini, kerana ia terletak betul-betul pada permulaan “Jalan Hitam”. Rasa semula jadi dan tekstur rumpai laut (tot) bergabung baik dengan sos kacang hitam dan mi. Terdapat juga kedai serbaneka di sana jika anda mahu
membeli beberapa makanan ringan untuk dikudap semasa perjalanan pulang anda ke Jeju.


Marado Haenyeo Village Jjajang (마라도해녀촌짜장) | |
---|---|
Alamat | 4 Mara-ro, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-794-0701 |
Menu | Mi Haenyeo tot jjajang 6,000 won |
Restoran ini menonjol kerana mi tot (rumpai laut) nya yang lazat dan berkhasiat. JIka dibandingkan dengan mi yang diperbuat daripada tepung, mi ini mempunyai tekstur yang lebih baik.


Simbongsa Tot Seafood Jjajangjjambbong (심봉사 눈뜬 톳 해물짜장짬뽕) | |
---|---|
Alamat | 43 Mara-ro, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-794-0489 |
Menu | Tot seafood jjajang 6,000 won |
Apa yang istimewanya Marado Jajangmyeon ini ialah penggunaan tot (rumpai laut) sebagai bahan utama. Tot yang juga dikenali sebagai “herba laut” ini bermusim di antara musim bunga dan di awal musim panas. Restoran ini menawarkan keharmonian perisa dari lautan dan kacang hitam


Jjajangmyeon Sikisinbun (짜장면 시키신 분) | |
---|---|
Alamat | 44 Mara-ro, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-792-1434 |
Menu | Mi Jjajang 6,000 won |
Mi di restoran ini akan disudahi dengan penambahan jumlah “sos rahsia”yang tepat dicipta oleh pemilik restoran ini.


Hwansangeui Jjajang (환상의 짜장) | |
---|---|
Alamat | 45 Mara-ro, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064- 792-0958 |
Menu | Tot seafood jjajang 6,000 won |
The Original Marado Jajangmyeon adalah restoran Jajangmyeon yang pertaman di Marado. Restoran ini telah muncul dalam banyak rancangan TV termasuk “Infinite Challenge” yang telah menjadikannya lokasi terkenal untuk ramai pelancong dari serata Korea.


Original Marado Jajangmyeon (원조 마라도 짜장면) | |
---|---|
Alamat | 46 Mara-ro 101-beongil, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-792- 8506 |
Menu | Marado seafood jjajangmyeon 6,000 won |
Semangkuk tot rumpai laut, lada merah, sotong, abalone, timun, dan kacang pis menanti anda di sini. Jika anda inginkan tambahan hidangan sampingan lobak, anda perlu mengambilnya sendiri.


Byeoljang Tot Seafood Jjajang (별장 톳 해물짜장) | |
---|---|
Alamat | 43 Mara-ro 101-beongil, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-792-3322 |
Menu | Tot Jjajangmyeon 6,000 won |
Anda boleh menikmati keseimbangan makanan laut dan bawang seteleh ianya digabungkan dalam hidangan ini. Apabila kupang di musimnya, ia akan dimasukan ke dalam menu, seperti juga udang. Selepas menikmati hidangan, anda boleh meneroka astaka oktagon berhampiran dan mengabdikan kenangan anda dengan menambil beberapa gambar Morado yang klasik di sana.


The Sea and Jjajang (바다와 짜장) | |
---|---|
Alamat | 69 Mara-ro, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-792-7272 |
Menu | Seafood jjajangmyeon 6,000 won |
Restoran yang agak baru ini dibuka pada dua tahun lalu, namun ia dahulunya merupakan rumah tamu dari 2003, jadi pengusahanya bukanlah pendatang baharu di Marado. Bahan yang mereka gunakan termasuk kupang, udang, dan timun laut merah.


Seobadang Sikdang (서바당식당) | |
---|---|
Alamat | 75 Mara-ro, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-792-0070 |
Menu | Seafood jjajang 6,000 won |
Pemilik restoran ini menempa kemasyhurannya dengan menyajikan bahan-bahan yang paling segar. Ia terletak bersebelahan kuil Buddha Giwonjeongsa paling selatan di Korea.


Cheolgabangeul Deun Haenyeo (철가방을 든 해녀) | |
---|---|
Alamat | 4 Mara-ro 77-beongil, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-792-5262 |
Menu | Haenyeo jjajangmyeon 6,000 won |
Ini adalah restoran mi paling selatan di Korea. Ia juga merupakan restoran pertama yang akan anda lihat jika anda mengambil jalan dari pelabuhan yang menuju ke Rumah Api Marado.Makanan laut jjajangnya termasuk tot, sotong kurita, dan kerang. Restoran ini terletak berhampiran dengan laut, jadi anda boleh menikmati hidangandan panorama yang menyamankan bersama.


Paldo Sikdang (팔도식당) | |
---|---|
Alamat | 109 Mara-ro, Daejeong-eup, Seogwipo |
Telefon | 064-794-1441 |
Menu | Siput Turban shell jjajangmyeon 7,000 won |
Rekomendasi kandungan untuk
- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.