본문
Mengembara ke denai Olle 18-1Chujado
별점(별점없음)
Apabila meneroka tempat baharu, adalah penting untuk melambatkan dan mengambil semua butiran kecil di sekeliling anda. Jadi, mari kita mengembara ke pulau Chujado yang terpencil ini dan bersiar-siar di denai Olle No. 18-1. Anda akan mendapati ia penuh dengan panorama indah yang mengasyikkan dan kenangan berharga.
Semak
0
Carian
8,239
Kongsi SNS
2
Butiran확장됨
- Sebuah pulau di mana hembusan angin bayu“membawa” andaMengembara ke denai Olle 18-1 Chujado
Apabila meneroka tempat baharu, adalah penting untuk melambatkan dan mengambil semua butiran kecil di sekeliling anda. Ini benar terutamanya apabila anda mungkin tidak mendapat peluang untuk kembali dalam masa terdekat. Jadi, mari kita mengembara ke pulau Chujado yang terpencil ini dan bersiar-siar di denai Olle No. 18-1. Anda akan mendapati ia penuh dengan panorama indah yang mengasyikkan dan kenangan berharga.

Laluan denai Olle No. 18-1.memberi anda satu lawatan komprehensif ke bahagian atas dan bawah pulau. Perjalanan yang lengkap memakan masa enam hingga lapan jam, jadi anda perlu merancang dengan teliti hari (atau hari-hari) anda. Oleh kerana Chujado mempunyai beberapa feri yang terhad dari Bandar Jeju, anda mungkin mahu bermalam di sana.
Bermula di kampung Daeseo-ri, laluan ke denai ini melepasi mercu tanda terkenal seperti Kuil Jeneral Choe Yeong, Gunung Bonggeullesan, Cenuram Nabaronjeolbyeok, Jambatan Chujagyo, Pelabuhan Sinyang, Pantai Mogjin dan banyak lagi. Pastikan juga untuk melihat laluan sisi kecil untuk penemuan baru dan menarik, dan jika anda masih mempunyai masa terluang, merancang untuk menikmati keindahan mentari terbenam di Bonggeullesan.

Ini adalah bahagian laluan 2 kilometer yang mempunyai laluan yang berbukit-bukau di mana tidak terlalu membebankan jika anda memulakan perjalanan dengan perlahan-lahan. Laluan ini membawa anda ke bahagian terpencil di bahagian utara pulau itu, jadi sebaiknya sediakan air, makanan ringan dan bekalan lain semasa pendakian.

Di hujung utara Kampung Daeseo-ri puncak puncak 85.5 meter. Setibanya anda ke puncak, panorama penuh pulau itu terbentang di depan anda dan dibingkai oleh samudea, sebuah imej yang sangat menakjubkan. Tanda-tanda tempat termasuk pagoda dan astaka dan ia juga merupakan lokasi yang popular untuk menikmati matahari terbenam.

Tokong ini merupaka tugu ke 11 Pulau Jeju.Pada Dinasti Goryeo (khususnya tahun 1300-an lewat), Jeneral Choe Yeong telah diarahkan ke Pulau Jeju untuk berjuang menentang pencerobohan Mongolia di sana. Ribut memaksanya mengalihkan haluan kapalnya ke Chujado, di mana dia tinggal selama beberapa hari. Sekembalinya beliau ke tanah besar, Choe sekali lagi berhenti di Chuja dan dikatakan telah mengajar penduduk pulau bagaimana untuk membuat jalan ikan. Kenangan beliau diperingati oleh penduduk Chuja dengan membina tokong yang berlatarkan pemandangan laut yang indah

Perkampungan pulau yang indah ini terletak di hadapan Gunung Dondaesan. Anda akan mendapati perkampungan ini mempunyai gabungan rona bumbung yang berwarna-warni dengan warna kelam. Jika anda tiba dari arah Sinyang, anda dapat melihat tugu kebudayaan yang ditujukan khas untuk kebajikan wanita dan keselamatan nelayan pulau itu. Ia juga merupakan lokasi yang terkenal untuk melihat matahari terbit.

Kampung Sinyang mempunyai beberapa kedai kecil dengan papan tanda dan lorong berwarna-warni yang bermandikan sirna matahari terbenam. Terletak bersebelahan Pelabuhan Sinyang, suasananya sungguh sinematik. Terdapat sebuah astaka besar di pusat bandar, yang merupakan tempat yang baik untuk merenggangkan kakidan berehat. Di Sinyang 2-ri terdapat rumah tradisional Korea, atau hanok, yang menawarkan penginapan.

Apabila anda mendaki Gunung Sindaesan, anda akan melihat tapak pusara yang membangkitkan rasa hormat yang mendalam. Hwang Kyung Han, seorang lelaki Katolik tempatan yang nyawanya terkorban mempertahankana agamanya semasa Penganiayaan Katolik 1801, terletak di sini.

Rekomendasi kandungan untuk
- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.