본문
Jangan ketinggalan idea-idea 10 teratas Ogos ini <Saya mahu ‘mencari’ Jeju yang sebenar, jadi mari mulakanpenjelajahan kita!>
별점(5점만점에 4점)
Jika anda mahu menemui tempat-tempat di Jeju yang mungkin terlepas daripada perhatian anda, mulakan dengan trek merupakan pilihan yang terbaik. Kesemua keindahan semulajadi pulau ini, tempat-tempat Warisan Alam Dunianya, dan juga tempat-tempat yang ‘trendy’, kebanyakannya dijumpai di luar laluan “yang biasa dilalui”. “Jeju yang baharu” akan muncul di depan anda!
Semak
1
Carian
48,579
Kongsi SNS
6
Butiran확장됨
- Jangan ketinggalan 10 idea teratas untuk bulan OgosSaya mahu ‘mencari’ Jeju yang sebenar, jadi mari mulakan penjelajahan kita!
Ogos merupakan masa yang paling cerah di pulau ini. Jadi jika anda mahu menemui tempat-tempat di Jeju yang mungkin terlepas daripada perhatian pengunjung-pengunjung konvensional, mulakan dengan trek merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Kesemua keindahan semulajadi pulau ini, tempat-tempat Warisan Alam Dunianya, dan juga tempat-tempat yang ‘trendy’, kebanyakannya dijumpai di luar laluan “yang biasa dilalui”. Apa yang anda perlukan ialah menuju ke arahnya dan “Jeju yang baharu” akan muncul di depan anda!
Ogos adalah masa yang amat baik sepanjang tahun untuk menikmati pulau kecil ini yang terletak kira-kira 90 minit ke utara Jeju dengan menaiki feri. Ia mungkin kecil, tetapi anda akan dapati ia penuh dengan pelbagai aktiviti dan pemandangan yang tidak dapat dilupakan. Anda boleh mencuba memancing di laut dan snorkeling di Pantai Mongjin, atau rasai pengalaman menangkap ikan tradisional di Pantai Hupo. Jika anda bersama keluarga anda, terdapat juga program memancing yang akan menempatkan anda sewaktu lawatan. Bayangkan kenangan (dan juga gambar yang hebat) yang akan anda ambil!





Di samping itu, berjalan kaki di lorong-lorong kecil lama yang mempunyai dinding yang dibarisi dengan jubin berwarna-warni, atau pergi ke kawasan jauh ke pedalaman, dan berjalan di sepanjang puncak tebing laut ke Balai Cerap Yongdumbeong. Pada waktu malam, nikmati langit yang jelas kerana ianya jauh dari cahaya lampu-lampu bandar di tanah besar. Bintang-bintang bersinar terang dan akan mengisi hati anda dengan penuh kekaguman.



Ini adalah konsert malam yang diadakan pada setiap hari Sabtu dari 7 p.m hingga 9 p.m di Jambatan Saeyeo di Seogwipo pada 22 September. Bertemakan ‘Sohwakhaeng’ atau "kebahagiaan yang sekelumit tetapi pasti." Pemuzik dan penghibur Jeju akan menghiburkan para pengunjung sambil mereka bersiar-siar di tepi pantai yang menyenangkan. Jika anda mencari keseronokan malam yang lebih meriah, cuba Festival Seogwipo Yahae yang berlangsung dari 16 hingga 18 Ogos di Pantai Pyoseon.



Salah satu cara untuk memulakan pengalaman "sebenar" Jeju adalah dengan mencuba beberapa perkhemahan peribadi. Bagi tapak perkhemahan pantai, kami mengesyorkan Pantai Gimnyeong dan Pantai Hamo. Kedua-dua perkemahan adalah mudah untuk berkhemah, dan Pantai Hamo mempunyai perkhemahan dek dengan saiz yang berbeza-beza. Jika anda ingin pergi berkhemah di tempat yang lebih terpencil, anda boleh menikmati perkhemahan di Pulau Udo. Apabila senja tiba dan anda bersedia untuk beristirehat di luar pada malamnya, tapak perkhemahan anda akan diterangi oleh bot-bot nelayan di cakerawala dan bulan di langit.








'Socheonji' merupakan sebuah kolam kecil di pantai Seogwipo dan ianya dinamakan sedemikian kerana ia menyerupai kawah batu-batu gunung berapi di Gunung Baekdu. Pada hari-hari dimana cuacanya terang dan tenang, anda akan terpana dengan keindahan Gunung Hallasan apabila anda melihat pantulannya pada permukaan kolam itu. Jalan ke Socheonji agak mudah untuk dilalui diLaluan Olle Jeju No. 6 di belakang Pusat Latihan Universiti Nasional Jeju.






Jeju mempunyai cara yang istimewa untuk mengelakkan haba musim panas ... Cuba lawati tiub lava yang terbentuk secara semula jadi. Gua Manjanggul, contohnya, di Gimnyeong yang terletak di timur laut pulau itu, adalah sistem tiub lava ke-12 terpanjang di dunia. Gua yang besar ini diiktiraf sebagai tapak Warisan Alam Dunia UNESCO. Jika anda melawat gua yang panjangnya 1 km dan terbuka kepada orang ramai, anda boleh menikmati suhu sejuk yang berkekalan sepanjang tahun. Ke hujung timur terdapat satu lagi struktur gunung berapi yang dipanggil Gua Micheon di Ilchulland. Akhir sekali, Kafe Cave di Taman Tema Herba Daheeyeon merupakan lokasi untuk Festival Seni Cahaya Jeju tahun ini. Sepanjang Oktober, nikmati pameran oleh artis-artis seni cahaya tempatan dan luar negara seperti Bruce Monroe, Jen Lewin, Tom Fruin dan ramai lagi!



Pasar lambak bukan sekadar tempat untuk membeli dan menjual barangan, tetapi juga menawarkan penduduk tempatan dan pengunjung peluang untuk berkomunikasi antara satu sama lain pada peringkat antara perorangan. Di halaman luar Pusat Teknologi Pertanian Jeju, terdapat Pasar Malam Eomeongabang bulanan di mana seramai 30 organisasi petani mengambil bahagian. Hasil tempatan Jeju dijual di sana, begitu juga makanan yang menggunakan bahan-bahan tempatan tersebut. Pasar Sabtu yang akan datang akan diadakan pada 25 Ogos. Satu lagi pasar lambak sepertinya diadakan setiap hari Sabtu di Let's Run Park, di Trek Lumba Kuda Jeju di sepanjang Lebuhraya Pyeonghwa-ro. Ia dipanggil Chameleon Flea Ma-ket ("Ma" (馬) dalam bahasa Korea bermaksud kuda). Terdapat sebuah taman dan taman permainan yang menyenangkan (dan percuma) untuk kanak-kanak.


| Eomeongabang Saturday Market | |
|---|---|
| Address: | 173 Sanggwi-gil, Aewol-eup, Jeju City |
Jika anda pergi ke timur sejauh 500 meter ke Air Terjun Jeongbang di Seogwipo, anda akan menemui satu lagi air terjun dengan ketinggian 5 meter yang dipanggil 'Sojeongbang' (“so” bermaksud kecil dalam Bahasa Korea). Tempat istimewa ini merupakan tempat kegemaran penduduk setempat, tempat rehat dingin daripada bahang musim panas. Satu lagi tempat yang terbaik untuk kanak-kanak ialah kolam renang Dodu Oraemul (kemasukan adalah 4,000 won untuk orang dewasa, 7,000 won untuk kanak-kanak). Dan akhirnya, pada pertengahan Ogos taman air Jeju yang baharu akan dibuka di Shinhwa World. Dengan slaid air sepanjang 230 meter - yang terpanjang di Asia - anda pasti merasai keseronokan air yang hebat!








Bas Persiaran Bertingkat Bandar Jeju yang merupakan bas dua tingkat terbuka, dibahagikan kepada tempat duduk dalam dan luar di tingkat atas. Terdapat 22 lokasi di sepanjang laluan pantainya yang menghubungkan Shin Jeju dan Kota Jeju Lama, dari Yongduam ke Pantai Iho Tewoo. Ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju (cari hentian bas No 3 di hadapan susur Keluar No. 2). Pas sehari adalah sebanyak 12,000 won, sementara perjalanan sehala sebanyak 3,000 won. Sekiranya anda membeli pas sehari, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk melihat banyak tempat persiaran di laluan yang anda suka pada hari itu. Perkhidmatannya adalah dari pukul 9 a.m hingga 5 p.m. Bas-bas dua tingkat ini berjalan sebanyak enam kali sehari dan bas jenis troli setingkatberjalan sebanyak tiga kali sehari.





| Jeju City Tour Double-Decker Bus | |
|---|---|
| Address | Jeju Airport, 2 Gonghang-ro, Jeju City (Bus stop No. 3, exit No. 2 |
Anda mungkin tertanya-tanya tentang mengenai pilihan hiburan malam hari dan santapan lewat malam… Pertama, di kawasan sekitar Halla Arboretum di bandar Jeju, terdapat pasar malam yang “panas” yang diadakan dari 6 p.m. hingga 8 p.m. Terdapat trak-trak makanan yang menawarkan hidangan daging khinzir hitam yang tidak boleh dilepaskan semasa kunjungan ke sini. Terdapat juga snek makanan laut, minuman jus tembikai yang menyejukkan, dan lebih banyak lagi yang terdapat di trak-trak makanan yang sentiasa menusuk deria rasa dan bau anda. Jika anda mencari tempat makan berhidang di dalam, tetapi di luar kawasan pusat bandar, maka restoran kecil Waheul0626 di Waheul-ri, Jocheon-eup adalah pilihan yang tepat. Anda boleh mencuba salmon di Yuko Sikdang yang berlatarkan pemandangan laut di kampung Woljeong-ri, dan sebuah pub muzik lewat malam di Yususam-ri, Aewol-eup yang dikenali sebagai Acoustic Homes, akan menjadi tempat yang sempurna untuk berminum-minum. Seperti yang dapat anda lihat, terdapat banyak tempat yang menarik untuk anda temui sendiri pada malam-malam musim panas Jeju ini.





| Acoustic Homes | |
|---|---|
| Alamat | 226-30 Yusuam-ro, Gujwa-eup, Jeju City |
| Waheul0626 | |
|---|---|
| Alamat | 1913-13 Waheul-ri, Jocheon-eup, Jeju City |
| Yuko Sikdang | |
|---|---|
| Alamat | 33 Haengwon-ro 1-gil, Gujwa-eup, Jeju City |
Adakalanya cuaca menjadi amat panas hingga anda kehilangan selera makan. Di Jeju, terdapat penyelesaian mudah yang melibatkan carian makanan laut tempatan. Rasa enak sotong yang baharu ditangkap yang lembut dan kenyal atau hanchi dalam Bahasa Korea, merupakan bahan yang terbaik untuk musim panas. Anda boleh memanggang keseluruhan sotong dengan sempurna yang kemudiannya dipotong-potong ke kepingan kecil untuk dicicah bersama sos cuka/cili merah, tambahkannya ke dalam sup ikan dingin, atau tambahkan kepingan sotong ke dalam campuran penkek daun bawang dan disaji bersama kicap soya.Terdapat begitu banyak cara berbeza yang lazat untuk menghidang dan menikmati Jeju hanchi – ianya sendiri merupakan sumber penemuan yang lazat!






- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.