본문

Nikmati kesegaran musim sejuk dalam kehangatan musim panas <Pencuci mulut ais parut bingsu Jeju yang unik>

별점(별점없음)

Semangkuk ais parut dengan manisan yang banyak di atasnya. Ini merupakan waktunya untuk menikmati pencuci mulut istimewa Korea yang dipanggil bingsu. Terdapat pelbagai variasi bahan-bahan dan perisa yang menarik untuk dicuba, seperti yang kita lihat pada contoh yang berikut!

  • Semak

    0

  • Carian

    11,654

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

Nikmati kesegaran musim sejuk dalam kehangatan musim panas <Pencuci mulut ais parut bingsu Jeju yang unik>

Semangkuk ais parut dengan manisan yang banyak di atasnya. Ini merupakan waktunya untuk menikmati pencuci mulut istimewa Korea yang dipanggil bingsu. Terdapat pelbagai variasi bahan-bahan dan perisa yang menarik untuk dicuba, seperti yang kita lihat pada contoh yang berikut!

Kebanggan Gujwa… bingsu diperbuat daripada lobak merah!Kafe Dongnae (ais parut lobak merah Gujwa)

Bandar Jongdal yang kecil yang terletak di hujung timur pulau Jeju ini terkenal dengan kafe-kafe dan kedai-kedai buku yang menarik. Terletak di sekitar kawasan perumahan yang kecil, Kafe Dongnae menghidangkan pencuci mulut yang berasaskan lobak merah kepada para pengunjung yang anda tidak akan dapati di tempat-tempat lain. Lobak merah Gujwa terkenal di seluruh negara dan pencuci mulut tempatan yang pelbagai — kek lobak merah, pai, dan lain-lain – mendapat manfaat daripada kebaikan dan rasanya yang enak. Secara kebetulan, ais parut lobak merah amat lazat, sehingga mereka yang tidak sukakan lobak merah juga akan mendapati ianya hidangan yang menarik.

1
2
2

Kafenya yang tenang mempunyai suasana kafe kecil. Bahagian tingkapnya yang besar dengan pemandangan kawasan tersebut adalah tarikannya. Teres di atas bumbung mempunyai dek kayu beserta bangku, dan medan letak kereta yang luas bererti anda boleh bersantai tanpa rasa bimbang.

1
2
2
Nenas enak, hidangan dinginThis Day N (ais parut nenas)

Nenas merupakan hidangan yang sering dikaitkan dengan musim panas, bukankah begitu? Buah yang kaya dengan vitamin ini boleh dijadikan pencuci mulut musim panas yang menakjubkan, seperti yang terdapat di menu This Day N, sebuah kafe di Gujwa-eup, bandar Jeju. Buah ini dipotong separuh dan kemudian ais parut diletakkan di dalamnya bersama bebola ais nenas di atasnya. Ianya bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi rasanya juga menarik!

1
2
2

Nikmatinya bersama secawan kopi di teres kafe. Pemandangan samudera yang biru dan suasana desa Jeju akan menghilangkan tekanan anda.


Sila ambil perhatian bahawa ais parut nenas ini dihidangkan sehingga pukul 4 p.m. sahaja.

1
2
2
Beri untuk memerangi cuaca yang amat panasCoffee Drinking Cat (Ais parut raspberi)

Kelesuan semasa musim panas adalah masalah yang biasa. Bagaimana untuk mengatasinya? Sebuah kedai kopi di Seongsan, yang terletak di bahagian timur Pulau Jeju, mempunyai nama yang unik dan jawapan yang sama uniknya kepada persoalaan ini dengan hidangan ais parut raspberi! Di dalamnya anda akan mendapati Coffee Drinking Cat mencetuskan perasaan yang sederhana dan bernostalgia. Nota lekat yang ditulis oleh pengunjung yang berpuas hati membarisi dindingnya.

 

Pencuci mulut ini dihidangkan dengan ais susu yang diparut halus bersama jus raspberi yang berwarna dan ditaburi dengan beri dan kiub kek beras kenyal. Jika anda berasa lapar, cubalah pizza
Gorgonzola, yang padan dengan pencuci mulut ais parut.

1
2
2

Anda juga boleh membeli sedikit buah tangan di sini, di mana terdapat pelbagai kraftangan yang diperbuat dari barangan tempatan seperti kulit siput. Memandangkan kawasan ini jauh dari bandar Jeju, adalah baik jika anda berehat (dan mengisi perut!) sebelum perjalanan pulang. Ais parut raspberi dan pizza yang lazat pun jadilah!

1
2
2
Kejutan pes kacang yang banyak dan menakjubkanSnow Bean (Ais parut pes tapai kacang)

Snow Bean, setanding dengan namanya sebagai tempat yang boleh memberi kedinginan setiap hari sepanjang tahun.Mereka telah menghiasi kafe dengan perhiasan Krismas untuk membangkitkan suasana musim sejuk itu. Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan, adalah bagaimana mereka telah menggabungkan pes tapai kacang (Cheonggukjang) sebagai item menu pencuci mulut mereka. Ais parut, biskut, wafel, aiskrim - semuanya mendapat diperbuat daripada bahan ini. Dan khabarnya, ianya memberikan sesuatu yang berbeza dan pasti tidak akan dilupakan.

1
2
2

Selain menikmati apa yang terdapat di dalam menu, anda juga boleh bersiar-siar di perkarangan Snow Bean, dimana anda dapat melihat pasu-pasu seramik yang membuat pes tapai kacang. Mereka juga menjual kicap, pes kacang soya untuk sup, ais parut teh hijau, ais parut kopi dan banyak lagi. Ia sememangnya tempat yang dingin untuk dilawati pada petang yang panas.

1
2
2
Wakil buah-buahan pada musim panas, kebaikan tembikai!Affinity (Ais parut tembikai)

Tembikai merupakan buah musim panas. Jadi apa kata luangkan satu malam yang dingin dengan mencuba ais parut tembikai di kafe Affinity di pusat bandar Jeju. Ia diperbuat daripada ais parut yang halus dan bebola melon yang dipenuhi dengan sirap melon. Ini disertakan bersama bar aiskrim tembikai yang comel dihiasi biji bunga matahari yang bertujuan untuk menyerupai tembikai. Manis, rangup dan menyegarkan!

1
2
2

Kafe ini memenuhi keperluan semua peringkat umur. Anda boleh membawa seluruh keluarga anda untuk duduk bersama-sama pada waktu petang, manakala pada waktu malam, rakan-rakan dan pasangan kekasih menikmati masa bersama. Jika anda berasa lapar, anda boleh juga memesan roti madu yang popular bersama kopi panggang ataupun pilihan jus buah-buahan bermusim. Singgah sahaja pada bila-bila masa antara 11 a.m. hingga 11 p.m.

1
2
2
Notice
※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.