본문

Penduduk desa menjalankan perniagaan komuniti mereka sendiri (Kafe tempatan di sini, di sana, dan di mana-mana sahaja)

별점(별점없음)

Kafe yang tenang dan selesa di sebuah perkampungan kecil di Pulau Jeju. Sekiranya anda ingin melarikan diri dari kesibukan kota, anda boleh mencari beberapa kafe khas yang dikendalikan oleh penduduk tempatan sendiri.

  • Semak

    0

  • Carian

    12,899

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

Penduduk desa menjalankan perniagaan komuniti mereka sendiri Kafe tempatan di sini, di sana, dan di mana-mana sahaja

Kafe yang tenang dan selesa di sebuah perkampungan kecil di Pulau Jeju. Sekiranya anda ingin melarikan diri dari kesibukan kota, anda boleh mencari beberapa kafe khas yang dikendalikan oleh penduduk setempat itu sendiri. Di sepanjang laluan kecil dan jalan-jalan berdinding batu pekan-pekan kecil, kafe-kafe desamemberikan anda daya tarikan Jeju yang terbaik dan persekitaran semulajadi yang menenangkan. Berikut adalah lima kafe bagi anda untuk mempertimbangkan untuk lawatan Jeju anda yang seterusnya.

Lautan dan Pepulau Seopseom yang mengalu-alukan kedatangan andaSeopseom Jigi (Bomok-dong)

Jika anda memilih Seogwipo sebagai destinasi Jeju musim panas, maka Pepulau Beomseom di Pelabuhan Bomok merupakan pilihan yang hebat. Bukan sahaja pepulau kecil berada dalam pemandangan dan dibingkai dengan indah oleh laut dan pantai, tetapi pemandangan ini memang menakjubkan pada setiap musim tahun ini.


Kafe Seopseom Jigi, terletak di sepanjang laluan Olle dengan pemandangan pulau yang luar biasa,dan dikendalikan oleh Desa Bomok. Pesan minuman ditingkat pertama dan kemudian naik ke teres luar diatas, yang mempunyai pemandangan yang bercahaya dan indah pada hari-hari yang bercuaca baik.

1

Menu termasuk pilihan kopi yang asas, teh kumquat buatan sendiri, teh sitron, jus limau Hallabong dan jus buah epal, antara lain. Kek beraspes kacang merah merupakan kegemaran untuk yang muda mahupun yang tua. Apakata anda pula mencubanya?

2
2
2
2
1
Dapatkan rasa kehidupang yang penuh di Desa HaryeKafeNaechang Saengtae (Harye-ri)

Harye-ri merupakan desa yang pertama mengalami musim panas. Sebuah kafe-eko yang tersembunyi yang mempunyai reputasi lokasi yang indah, berada di sisi desa menghijau tersebut. Anda mungkin perlu memandu ke sana – ianya mengambil masa agak lama jika berjalan kaki – tetapi apabila anda sampai sahaja ke sana anda dapat melihat bagaimana tempat ini disamakan dengan pengembaraan Jeju yang santai. Bahagian luar kafe di cat dengan warna akuamarin dan terdapat bot nelayan kecil dihadapan kafe sebagai peringatan pulau ini yang menyenangkan dan warisan maritimnya.

1

Pada bahagian dalam kafenya, yang merupakan gudang sitrus milik bandar ini yang diperbaiki, anda akan menemui banyak hiasan tempatan dalaman, minuman, dan pencuci mulut yang menggunakan bahan-bahan tempatan. Ia adalah satu pengalaman Harye-ri yang seratus peratus tulen.

2
2
2
2
1
Mengubah sebuah gudang sitrus ke sebuah perniagaan komuniti Neuyeongnayeong Citrus Storehouse (Andeok)

Terdapat gudang sitrus yang tertentu yang dijadikan sebagai kawasan tanaman limau mandarin sejak berdekad lamanya. Kawasan tersebut, di Seogwangdong-ri, Andeok-myeon, Seogwipo, telah diubahsuai oleh bandar berkenaan beberapa tahun lepas dan dinamakan “Neuyeongnayeong” oleh penduduk tempatan yang membawa maksud “Kamu dan Aku”. Mereka mahu menyampaikan perasaan komuniti dan kafenya dengan sambutan yang mesra dan pintu terbuka.

1

Sebaik sahaja anda memasuki kafe ini,anda dapat merasakan kesejukan siling berkubah yang memberikan kenyamanan kepada petani-petani sitrus semasa menyimpan tanaman mereka. Bahagian dalam yang luas amat menyenangkan dan anda dapat menghargainya sambil menikmati minuman yang lazat (kopi, minuman limau, jus) dan hidangan yang mudah tetapi istimewa (kek beras panggang, pizzamandarin, penkek sitrus) yang disajikan di sini.Berhampiran dengan anda terdapat kon gunung berapi Dol Oreum yang terkenal dan laluan berjalan kaki Dullegil. Mungkin anda juga ingin meneroka Mundoji Oreum, yang kurang dikenali. Untuk mendapatkan rasa sebenar kehidupan desa Jeju, cubalah makanan, minuman, dan nikmati tempat-tempat di kawasan yang berharga ini.

2
2
2
2
1
Nikmati Secawan the hijau segar di tepi lautSinsanri Village Cafe (Sinsan-ri)

Di sepajang pantai selatan Nansan-ri merupakan antara tempat destinasi pantai yang lain yang mempunyai pemandangan matahari terbit yang menawan, pemandangan Seongsan Ilchulbong, dan pemandangan Gunung Hallasan yang kurang kerana lokasinya yang rendah. Kawasan ini kurang diketahui umum, jadi ianya menjadi istimewa dengan suasananya yang bersih dan tenang. Warna-warna biru dan hitam yang pekat menyelebungi keseluruhan pemandangan – dan di bingkaikan dengan pemandangan laut, langit dan batu basalt.

1

Menu popular kafe ini ialah ais krimnya yang diperbuat daripada teh hijau tempatan dan bar cokelat teh hijau yang rangup. Teh hijau yang ditanam secara tempatan dikatakan mempunyai rasa yang kurang pahit dan lebih lembut, dan ini menjadikannya bahan yang sesuai sebagai minuman dan pencuci mulut. Duduk di tepi tingkap sambil merenung ke arah pemandangan laut, sambil menikmati minuman dan pencuci mulut tempatan yang manis.

2
2
2
2
1
Dinamakan sempena kisah-kisah ‘aneh’ perkampungan di pertengahan gunung Byeolnan Cafe (Seogwang)

Tidak seperti kafe-kafe lain seperti yang kami nyatakan di atas, kafe ini terletak di pertengahan Gunung Hallasan, di dalam sebuah hutan yang ceria yang mempunyai kisah-kisah lama yang “pelik”. Kafe Byeolnan dikendalikan oleh desa tersebut dan menggunakan bahan-bahan tempatan seperti beri biru dengan sepenuhnya, di mana ianya banyak digunakan di dalam minuman dan snek-snek yang disediakan oleh mereka.

1

Jus beri biru, minuman beri biru dan juga pizza beri biru merupakan antara minuman yang menyegarkan dan snek yang berkhasiat.


Kafe ini juga menjual hasil tanian tempatan dengan harga yang berpatutan yang mereka dapati terus daripada petani-petani. Adalah mungkin untuk anda bertemu dengan mereka sewaktu mereka membuat penghantaran!

2
2
2
2
1
Notice
※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.