본문
Jeju di bulan Julai – Musim yang panas, pulau yang hanagat, bahang yang menyeronokkan!
별점(별점없음)
Berbulan lamanya kita menanti kedatangan bulan Julai. Ia merupakan musim yang santai, membangkitkan perasaan dan kelakuan muda kembali, dan keluar menjelajah ke alam semulajadi! Berikut adalah beberapa idea perjalanan yang imaginatif dan menenangkan untuk membantu anda menikmati Jeju pada bulan Julai.
Semak
0
Carian
59,849
Kongsi SNS
27
Butiran확장됨
- 10 Aktiviti Teratas Yang Boleh Dilakukan di Jeju di Bulan Julai.Musim yang panas, pulau yang hanagat, bahang yang menyeronokkan!
Berbulan lamanya kita menanti kedatangan bulan Julai. Ia merupakan musim yang santai, bersuka ria seperti orang muda, dan keluar ke alam semulajadi! Berikut adalah beberapa idea perjalanan yang imaginatif dan menenangkan untuk membantu anda menikmati Jeju pada bulan Julai.
Terdapat banyak tempat tersembunyi di Hado-ri yang menarik. Di bulan Julai, 50 meter dari persisiran Pepulau Tokkiseom, dipenuhi dengan bunga lili. Ketika air surut, anda dapat bersiar-siar dan merasai kehangatan yang menyelebungi perkampungan itu. Jalan Pantai Hado merupakan tempat yang menyeronokkan untuk bermain di pantai. Kolektif Perikanan Hado juga menganjurkan program pengalaman bersama 11 haenyeo (penyelam wanita Jeju) untuk mengetahui kehidupan mereka dengan lebih lanjut.






Pelabuhan Panpo, sebuah perkampungan nelayan kecil disebelah barat pulau, terkenal sebagai kawasan untuk bersnorkeling kerana tembok penahannya yang besar membuatkan laut biru firus itu tenang dan selamat untuk direnangi. Jika anda berenang sedikit jauh ketengah, airnya menjadi semakin dalam. Namun ianya masih sesuai untuk orang dewasa menikmati waktu berenang. Sila ambil perhatian bahawa peralatan snorkeling boleh disewa di kedai memancing atau kafe berdekatan. Selepas berenang seketika, pandu menghala ke barat Jalan Laut Kincir Angin Shinchang yang mengambil masa 10 minit untuk ke sana. Kincir angin yang mencuar tinggi di persisiran pantai dengan lautan dan langit bergabung tika matahari yang berona merah jambu terbenam merupakan impian Jeju yang hebat.






Sejak aktiviti luncur air menjadi semakin popolar, Jeju kini muncul sebagai tempat perlindungan untuk aktiviti luncur air. Pantai-pantai yang paling terkenal untuk aktiviti air ini adalah Pantai Jungmun, Gwakji dan Iho Tewoo. Terdapat kedai-kedai sewa di mana anda boleh mendapatkan peralatan yang anda perlukan. Sesiapa sahaja boleh belajar meluncur air dan meluangkan masa seharian menikmati ombak. Selain luncur air, Kelab Pemimpin Antarabangsa mempunyai papan dayung yang membuat anda kelihatan seakan-akan berjalan di permukaan air. Pacific Land mempunyai lawatan kapal layar dan Taman Pengalaman Santai Marin Jeju mempunyai lawatan menaiki kapal separuh tenggelam untuk memenuhi rasa ingin tahu anda mengenai apa yang terdapat di bawah permukaan sepanjang pantai Jeju.






Musim Panas merupakan waktu dimana Jeju mengalu-alukan kedatangan pelancong ke pantainya. Pada bulan 23 Jun, pantai-pantai Gwakji, Geumneung, Iho Tewoo, Hamdeok, dan Hyeopjae dibuka. Pada 1 Julai, pantai-pantai Gimnyeong, Samyang, Sinyang Seopji, Jungmun Saekdal, Pyoseon dan Pasir Hitam Hwasun dibuka dengan rasminya. Untuk aktiviti-aktiviti pantai, pada 14 hingga 15 Julai dan 21 hingga 22 Julai merupakan siri Konsert Malam Iho. Dan pada 27 hingga 29 Julai merupakan Pesta Iho Tewoo. Di Pantai Hamdeok pada 13 dan 14 Julai, anda boleh menghadiri Pesta Tahunan “Stepping Stone” ke-15, sambutan muzik rock yang mewakili pulau tersebut.





Jelajahi ke lembah yang menyejukkan, dimana airnya yang jernih mengalir seperti ais dari Gunung Hallasan. Lembah Donnaeko di Seogwipo memberikan arus air semulajadi berwarna biru kehijauan yang indah. Sebuah Parti Eko dijadualkan pada 14 Julai, jadi jika anda boleh, cuba hadiri dan nikmati pesta ria ini yang berlatarkan alam semulajadi yang menakjubkan. Di kawasan berhampiran dengan pantai ialah Penginapan Jeongmo-si, yang mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja yang mahu berehat-rehat selepas seharian berpanas di luar. Walaupun kecil, lembah ini sangat menawan dimana anda akan melihat terdapat lebih ramai penduduk tempatan dari pengunjung luar di sana yang bersantai dibawah teduhan di bangku-bangku dan astaka.








'Jeju Light Art Festa' mengetengahkan cahaya sebagai komponen dalam seni pemasangan. Bruce Munroe, seorang artis pencahayaan Britain yang mempromosikan hasil kerjanya di sini, diilhamkan oleh landskap gunung berapi di Jeju. Di samping itu, artis-artis dari seluruh dunia, seperti Jen Lewin, Tom Fruin, Jason Krugman dan Lee Byung Chan, mengisi kira-kira 200,000 meter persegi ruang dengan seni cahaya mereka. Jeju LAF menganjurkan paparan berwarna cahaya dari 27 Julai hingga 24 Oktober.



Alami pengalaman sisi Jeju yang lasak dan primitif dengan laluan lasak di Kem Jeju. Laluan sepanjang 6.5-kilometer itu membawa anda ke laluan berkuda dan lorong berbukit-bukau yang berceranggah dan juga jalan berlumpur, lembangan reed, Hutan Gotjawal dan Kon Gunung Berapi Seonsaemi. Laluan yang memakan masa selama 1 jam ini diiringi oleh pakar offroad yang akan memastikan anda mengalami pengalaman yang menyeronokkan. Selepas semua aktiviti yang mengujakan itu anda boleh bersantai dan meluangkan masa bersama rusa dan kuda yang berada di kawasan padang rumput itu.





Bagi penggemar bir, kunjungan ke Syarikat Bir Jeju mestilah termasuk dalam senarai lawatan mereka. Anda dapat melihat bagaimana proses pembuatan bir jenama Jeju dibuat dan kemudiannya nikmati segelas bir Jeju segar yang disajikan di pub yang terletak hanya di tingkat atas kilang bir. Lawatan adalah melalui tempahan sahaja dan diadakan dari 1 p.m ke 7 p.m. pada hari Khamis hingga Ahad. Pada 20 hingga 22 Julai, acara tahunan kedua festival bir pertama di Jeju akan diadakan dengan 40 jenis bir dari seluruh dunia, termasuk bir buatan tangan domestik, pengibur jalanan, parti Dj'ing, dan pasar lambak.




Ladang Bunga Matahari Kim Kyung Sook, yang dibuka pada tahun 2012, adalah ladang yang terbesar di Jeju dengan kira-kira 750,000 jenis tumbuhan di sekitar kawasan seluas 33,000 meter persegi. Ia dikenali sebagai tempat mengambil foto yang hebat untuk media sosial dan pada musim panas popularitinya meningkat tinggi melalui sokongan dari mulut ke mulut, baik di dalam atau luar talian. Anda juga boleh membeli cenderahati seperti bebola coklat biji bunga matahari tempatan. “Let’s Run Farm” juga mengalu-alukan pelancong untuk menghiasi pakaian mereka dengan bunga poppy dan bunga matahari kuning.






Di Jeju, tepung yang dikisar dari bijiran barli dikenali sebagai “gaeyeok” dalam Bahasa Jeju. Barli mempunyai keupayaan untuk menurunkan suhu badan dan merupakan bahan yang amat baik di dalam masakan ketika musim panas. Di Sunah Coffee, yang terletak di bandar Jeju, anda boleh mencuba minuman “Borigaeyeok” yang diperbuat daripada barli Jeju semasa musim panas dan awal musim luruh. Dan di kawasan Namwon tenggara Seogwipo, Neuyeong Nayeong Chogajip menyajikan serbuk barli pada hidangan pencuci mulut tradisional ais parut bingsu Korea. Ianya merupakan sajian yang popular di dalam menu.






- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-19 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.