본문

Badan yang bersih, minda yang segar: Lawatan spa Jeju

별점(별점없음)

Spa mempunyai sejarah yang lama di dunia, bermula dari zaman Yunani dan Rom purba. Istilah ini berasal dari pekan bernama Spa di Belgium. Ia melegakan badan anda, mengendurkan otot-otot yang tegang, membantu meningkatkan kesihatan dan mengurangkan tekanan. Anda boleh menikmati spa sepanjang tahun tetapi musim salji adalah waktu yang terbaik. Ada tiga cara untuk menikmati spa di Jeju, untuk menyegarkan badan dan minda.

  • Semak

    0

  • Carian

    19,061

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

  1. DEL
    Badan yang bersih, minda yang segar Lawatan spa Jeju

    Spa mempunyai sejarah yang lama di dunia, bermula dari zaman Yunani dan Rom purba. Istilah ini berasal dari pekan bernama Spa di Belgium. Ia melegakan badan anda, mengendurkan otot-otot yang tegang, membantu meningkatkan kesihatan dan mengurangkan tekanan. Anda boleh menikmati spa sepanjang tahun tetapi musim salji adalah waktu yang terbaik. Ada tiga cara untuk menikmati spa di Jeju, untuk menyegarkan badan dan minda..

    Rasakan tenaga dinamik dari dalam tanahKolam Air Panas

    Jeju adalah pulau gunung berapi yang merupakan tempat terdapatnya kolam air panas yang cukup cantik, diisi dengan air yang dipanaskan secara geoterma. Kolam air panas ini penuh dengan mineral yang akan menyegarkan kulit anda dan membuatkan anda rasa seperti orang yang baru! Kolam air panas boleh menyihatkan kulit anda, mengurangkan kelesuan dan meningkatkan aliran darah.
    Perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh terus ke kolam air panas sebaik sahaja selepas makan. Sebelum memasuki kolam air panas, bersihkan badan dan rambut anda dengan sabun dan bilas. Airnya adalah panas, oleh itu masuk ke dalam kolam secara berperingkat untuk mengelakkan tekanan darah anda naik dengan mendadak. Jika anda mempunyai darah tinggi atau penyakit jantung, elakkan perubahan mendadak pada suhu badan anda: jangan terus ke kolam air sejuk dari kolam air panas dan sebaliknya dengan terlalu cepat. Jangan duduk di dalam kolam air panas melebihi 30 minit. Selepas menikmati kolam air panas, jangan bilas badan anda dahulu; nikmati kesan sepenuhnya air yang diperkaya dengan mineral ini. Sentiasa minum air untuk kekal terhidrat.

    Kolam Air Panas Karbonat Gunung Sanbangsan (산방산 탄산온천)

    Dibina pada tahun 2005, kolam air panas ini dapat memuatkan sehingga 1,000 pengunjung. Ia terletak di selatan Pulau Jeju, menghadap Gunung Sanbangsan dan laut. Terdapat kolam air panas yang unik kerana mengandungi karbon dioksida dan ion bikarbonat. Rasakan nikmat air buih di seluruh badan anda. Kemudahan ini termasuk kolam air panas tertutup, kolam air panas terbuka, bilik sauna tanah liat merah, kolam renang, Jjimjilbang (Sauna kering ala-Korea), tempat penginapan, khidmat urutan, bilik tidur dan kafetaria. Yuran masuk adalah 12,000 won untuk kolam air tertutup. Jika anda ingin menggunakan kemudahan lain, tambahan 1,000 won ~ 3,000 won dikenakan. Baju renang disediakan dengan harga 2,000 won.

    Kolam Air Panas Karbonat Gunung Sanbangsan (산방산 탄산온천)
    Alamat
    192, Sagyebuk-ro 41beon-gil, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do
    Telefon
    064-792-8300
    Masa
    Kolam air panas (Setiap hari 6:00~tengah malam), Jjimjibang (24/7), kolam air panas terbuka dan kolam renang (11:00~23:00)
    Laman web
    http://www.tansanhot.com

    Kolam Air Panas Aragonite Jeju (아라고나이트 온천)

    Kolam air panas ini merupakan berita hangat kepada para ahli geologi ketika ia ditemui pada tahun 2001. Biasanya julat suhu kolam air panas adalah antara 25-34℃, namun Kolam Air panas Aragonite mencapai suhu 42℃! Tidak ada yang akan lebih memanjakan anda daripada kolam ini. Airnya yang putih susu seperti sutera dipenuhi mineral-mineral untuk meremajakan kulit dan menguatkan sistem imun anda: kalsium, magnesium, kalium, natrium, silika, besi, zink, germanium, dan sulfat. Yuran masuk adalah 25,000 won. Akses kepada kolam renang turut disertakan..

    Kolam Air Panas Aragonite Jeju (아라고나이트 온천)
    Alamat
    71, Sallongnam-ro 762beon-gil, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do
    Telefon
    064-738-0500
    Masa
    Setiap hari 07:00~20:30. Ditutup pada hari Rabu minggu ketiga setiap bulan.
    Laman webLaman web
    https://www.thepinx.co.kr
    Pengalaman budaya yang sukar dilupakanTempat Mandian Awam yang Unik

    Warga Korea mempunyai budaya tradisi istimewa iaitu budaya mandian awam. Jauh berbeza dengan mandian biasa, warga Korea akan mencuci badan mereka dahulu sebelum berendam di dalam tab mandi besar yang dikongsi beramai-ramai di tempat mandian awam tanpa berpakaian. Jika anda dapat melawan perasaan takut berbogel di tempat awam, adna mendapati pengalaman budaya ini sukar untuk dilupakan. Di tempat mandian awam anda boleh mendapatkan seseorang untuk mengurut badan anda dan membuang sel kulit mati. Khidmat ini boleh dipohon di kaunter utama. Anda mungkin dapat melihat pengunjung Korea menggosok rakan atau ahli keluarga masing-masing.

    Taman Tema Air Jeju (제주워터월드 )

    Taman Tema Air Jeju merupakan taman tema air terbesar di Pulau Jeju, yang terletak di Seogwipo. Tab mandinya adalah tab mandi terbuka yang unik, mandian ala Jakuzzi (pancuran jet air) untuk mengurut badan anda, tab mandarin, serta tab wain mandarin. Tab mandarin dipenuhi air panas dan enzim dari buah mandarin sebenar! Mandian dari mandarin adalah khusus di Pulau Jeju. Yuran masuk adalah 7,000 won bagi orang dewasa.

    Taman Tema Air Jeju (제주워터월드 )
    Alamat
    31, World cup-ro, Seogwipo-si, Jeju-do
    Telefon
    064-739-1930
    Masa
    24/7
    Laman web
    http://www.jejuwaterworld.co.kr

    Haemian (해미안)

    Haemian mempunyai pelbagai jenis tab mandi seperti tab mandi air laut panas, tab mandi air laut sejuk, tab mandi terbuka, tab mandi teh hijau dan tab mandi air terjun sejuk dengan air biasa. Sauna juga disediakan. Ia berdekatan dengan Pantai Iho Tewoo dan lapangan terbang. Anda boleh berhenti dan singgah di pantai dengan mudah ketika dalam perjalanan pulang. Yuran masuk adalah 7,000 won.

    Haemian (해미안)
    Alamat
    7353, Iljuseo-ro, Jeju-si, Jeju-do
    Telefon
    064-713-2001
    Masa
    Setiap hari 06:00~21:00 (Tutup pada Isnin minggu terakhir setiap bulan)
    Laman web
    http://www.haimian.co.kr
    Cubalah sistem pemanas unik Korea yang dikenali sebagai “Ondol”Jjimjilbang (찜질방)

    Korea mempunyai sistem pemanasan tradisinya yang dikenali sebagai ‘ondol’; ia tidak memanaskan udara dalam bilik sebaliknya sistem ondol memanaskan lantai bilik dengan menggunakan haba kayu dibakar. Sistem pemanasan ondol adalah ciri yang khas bagi sebuah jjimjilbang (bermaksud ‘bilik pemanas’), iaitu sejenis kemudahan mandian awam di Korea. Sebuah jjimjilbang biasanya mempunyai pelbagai bilik contohnya bilik ais, bilik garam, atau bilik batu, kafetaria, gimnasium, bilik mengurut, taman permainan kanak-kanak, bilik tidur, arked permainan dan bilik noraebang (bilik menyanyi karaoke). Ia tempat yang paling sempurna di Korea untuk berborak, bermain permainan, atau sekadar beristirahat dan tidur. Jjimjilbang lazimnya dipaparkan di dalam drama TV Korea, jadi jika anda penggemar siri televisyen Korea anda mungkin pernah melihatnya!

    Cara menyesuaikan diri seperti orang tempatan: Selepas tiba di jjimjilbang tukar baju anda kepada baju yang biasanya disediakaan oleh tempat tersebut; T-shirt kasual dan seluar. Gunakan tuala itu dan lilit di kepala seperti tanduk bebiri dan pakailah ia. Penduduk Korea gemar melakukannya sendiri sekadar seronok-seronok. Ia seolah-olah trend berkostum di jjimjilbang. Jika anda mencari ‘jjimjilbang hat’ di dalam internet, anda akan menjumpai tutorial cara memakainya. Kemudian, terus ke kafetaria dan beli beberapa biji telur rebus dan minuman tradisi Korea, sikhye, atau mungkin sup rumpai laut panas.

    Agak sukar untuk membezakan telur rebus dan mentah pada pandangan pertama. Namun, jika anda ke jjimjilbang, anda akan melihat jenis telur rebus yang berbeza yang mempunyai kulit yang amat kecoklatan, seperti asap. Ia dinamakan ‘maekbanseok dalgyal’ atau ‘maekbanseok gyeran’. Snek telur ini berasal dari jjimjilbang dan pantas menjadi makanan yang kerap terjual. Telur putihnya tidak putih tetapi kecoklatan dan kenyal. Ia agak liat dimakan begitu saja, tetapi ia sangat serasi jika dimakan bersama sikhye. Sikhye ialah minuman pemanis mulut tradisi dari penapaian beras di dalam air malt. Ia lazat dan membantu dalam penghadaman. Ia biasanya dihidang dingin bersama serpihan ais. Minuman yang sejuk ini sepadan dengan kehangatan lantai bilik. Jika anda ingin hidangan yang mengenyangkan, anda boleh memesan sup rumpai laut. Mungkin anda ragu-ragu jika anda belum pernah merasainya sebelum ini. Namun, di Korea sup rumpai laut adalah hidangan yang popular. Warga Korea gemar menghidangkan sup rumpai laut untuk menyambut hari jadi. Ia amat berkhasiat, elok untuk kulit, boleh membantu wanita yang baru bersalin dengan kandungan kalsium serta iodin yang tinggi; ia merupakan ubat mujarab dalam budaya Korea, berasal daripada tabiat ikan paus yang dilihat oleh warga Korea sering memakan rumpai laut selepas bersalin. Cubalah sup rumpai laut!

    Selepas anda selesai makan, berbuallah dengan mesra atau main permainan ringan dengan rakan dan keluarga anda. Lawati bilik sauna dan baring di atas lantainya. Tiada yang lebih menenangkan daripada ini! Bersihkan diri anda dan keluarlah dengan rasa segar.

    Tanah Haesu (해수랜드)

    Tanah Haesu menyediakan jjimjilbang dan mandian air laut. Ia terletak berdekatan lapangan terbang dan tapak bersejarah dikenali sebagai Batu Yongduam. Ia mempunyai pemandangan laut yang indah. Ruang letak kereta luas disediakan. Didalamnya, terdapat Bilik Germanium, Bilik hutan sejuk, Bilik tanah liat merah dan bilik Amethyst. Anda boleh menyembuhkan kelesuan dan keletihan badan sepanjang perjalanan anda sebelum meninggalkan Pulau Jeju. Yurannya adalah 8,000 won untuk dewasa termasuk penggunakan mandian awam.

    Tanah Haesu (해수랜드)
    Alamat
    630, Seohaean-ro, Jeju-si, Jeju-do
    Telefon
    064-742-7000
    Masa
    24/7

    Taman Tema Air Jeju (제주워터월드 )

    Taman Tema Jeju adalah taman tema air terbesar di Pulau Jeju, terletak di Seogwipo. Terdapat jjimjilbang di sana. Ia menyediakan bilik kapsul, Bilik Ais, Bilik tanah liat merah dan Bilik Klin. Yurannya adalah 10,000 won bagi dewasa, termasuk penggunaan mandian awam.

    Jeju Water World (제주워터월드 )
    Alamat
    31, World cup-ro, Seogwipo-si, Jeju-do
    Telefon
    064-739-1930
    MasaHours24/7
    Laman web
    http://www.jejuwaterworld.co.kr
Notice
※ The above information was written on Invalid date . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.