본문
Membeli-belah untuk mendapatkan cenderamata kecil dari Jeju
별점(별점없음)
Kita semua pernah berada di sana… lawatan yang hampir selesai dan lawatan balik yang bakal dilalui boleh membuat anda tidak senang hati. Memandangkan anda telah menikmati masa yang menyeronokan di pulau itu, mahukah anda membuat satu lagi lawatan beli-belah untuk mencari barangan isi rumah berguna yang sempurna atau cenderamata dari Jeju untuk kenang-kenangan?
Semak
0
Carian
25,064
Kongsi SNS
1
Butiran확장됨
- Tidak dapat dilupakan dan bergunaMembeli-belah beberapa cenderamata kecil dari Jeju
Kita semua pernah berada di sana… lawatan yang hampir selesai dan lawatan balik yang bakal dilalui boleh membuat anda tidak senang hati. Memandangkan anda telah menikmati masa yang menyeronokan di pulau itu, mahukah anda mencari barangan isi rumah berguna yang sempurna atau cenderamata dari Jeju untuk kenang-kenangan? Terdapat pelbagai pilihan cenderamata yang comel, menarik dan kadangkala sangat berguna untuk dipilih. Barangan ini pasti akan menggembirakan anda ketika anda menceritakan semula lawatan anda dengan keluarga dan rakan, atau semasa anda bersendirian sambil mengenang lawatan itu. Apa-apapun, anda boleh mengenang kembali lawatan anda yang menyeronokan di Pulau Jeju dengan cara ini... jadi ayuh kita membeli-belah!
Nana Iro Ako Jeju menjual cenderamata kecil dan aksesori rumah seperti tembikar, lilin dan perkakas dapur yang diperbuat daripada kayu. Ruangnya tidak besar, tetapi padat dengan barangan kayu dan seramiknya dan bersuasana mesra. Anda boleh mengambil sesuatu yang kecil seperti magnet peti sejuk Jeju atau bahkan tanaman pasu kecil yang berisi bunga dan rumput kering Jeju. Jika anda lebih meminati barangan kemas, terdapat cincin, gelang dan anting-anting daripada perak dan tembikar. Pilihan yang luas membolehkan anda memilih barang yang paling mengingatkan anda tentang lawatan Jeju anda.

Bunga awet sangat menarik kerana memberikan keunikan kepada anda dan alam semula jadi Jeju. Kedai ini menggunakan teknik pengawetan yang mengekalkan kesegaran bunga, seperti ekor musang. Ambil secawan kopi atau teh sambil anda membelek-belek pilihan yang tersedia. Kedai ini juga menawarkan kelas seramik amali sepanjang hari, jika anda mempunyai masa dan telah membuat tempahan.




Terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarbangsa Jeju di sepanjang Chilseong-ro Street, kedai cenderama ini penuh dengan barangan domestik dan luar negara yang benar-benar mengenang semula kenangan masa lalu dengan perabot kayu, permaidani dan lampu fesyen lama. Anda boleh memperibadikan pengalaman beli-belah cenderamata anda dengan membeli gelas berkaki kristal, batang lilin loyang atau alat tulis artistik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.

Ini mungkin pilihan yang luar biasa untuk mereka yang berusaha untuk mengabadikan pengalaman Jeju mereka dalam barangan tertentu, tetapi mungkin terdapat sesuatu untuk semua orang di sini, dan jika tidak, melihat-lihat juga adalah aktiviti yang menghiburkan.




Terletak di Kompleks Pelancong Jungmun, Little Forest ialah kedai hadiah dan kafe yang padat dengan susana vintaj. Perincian yang sangat istimewa dengan kedai ini ialah pemiliknya memiliki barangan vintaj yang dikumpulkan dari tahun 1920-an hingga 1960-an semasa mengembara. Ini merupakan tempat yang hebat untuk membelek-belek dan anda boleh menikmati kopi atau teh sambil anda menjamu mata anda dengan memuaskan koleksi vintaj mangkuk, cawan, pinggan, eko dan aksesori reka bentuk.

Jadi, lawati Seogwipo dan mengembara ke masa lampau untuk mengalami nostalgia era awal hingga pertengahan tahun 1900-an!




Terletak di pusat bandar Nohyeong-dong, Jeju City, ini merupakan kedai perkakas dapur. Kedai ini menjual mangkuk diskaun, perkakas dapur, aksesori dapur, makanan import, dan banyak lagi. Banyak barangan ini tidak dijual di Jeju. Ini menjadikannya — selain harga yang rendah — tempat yang menarik untuk membeli-belah, jadi anda akan mendapati kedai ini agak sibuk dengan orang tempatan dan pelancong juga.

Jika anda berada di pasar untuk mencari barangan keluli tahan karat, kayu atau plastik untuk digunakan di dapur rumah anda, atau sebagai hadiah, maka anda pasti akan mendapatkan sesuatu yang hebat di sini. Daripada hanya meyemak imbas secara dalam talian, cuba berjalan dan melihat barangan yang disediakan dan di meja Our Kitchen untuk mendapatkan barangan yang sesuai untuk orang istimewa anda.




Ini merupakan kedai istimewa di dalam dan di luar! Kedai ini ialah khemah yang telah dimodelkan semula dengan indah di bahagian dalamnya, lengkap dengan lantai kayu corak hering dan beratus-ratus barangan kecil, buatan tangan yang amat menarik hati. Dari karya seni dan barangan kemas bertemakan Jeju, hingga kepada sulaman, hiasan gantung dan gelang manik, semua ada di kedai ini.

Memandangkan Pulau Jeju ini sangat indah, terutama sekali kawasan yang berdekatan dengan pantai Woljeong, anda boleh memilih untuk menginap di rumah tumpangan di kawasan itu juga. Annyeonghan Gyejeol (betterday.modoo.at/?link=56u4a3rq).




Rekomendasi kandungan untuk
- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-18 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.