본문
Tempat-tempat janji temu Jeju yang sungguh fotogenik
별점(5점만점에 5점)
Sekiranya anda mencari beberapa tempat yang baik untuk dilawati dengan teman lelaki atau wanita anda — berjalan berpegangan tangan, mengambil gambar dan menikmati beberapa makanan yang enak — mengapa tidak habiskannya di luar dikelilingi bunga-bunga bermusim yang wangi Pulau Jeju?
Semak
1
Carian
16,293
Kongsi SNS
1
Butiran확장됨
- Sungguh fotogenikTempat-tempat janji temu Jeju
Sangat penting untuk merakamkan detik-detik istimewa tersebut yang anda alami dalam perjalanan anda yang berharga. Salah satu cara terbaik adalah untuk mengambil banyak gambar dan video. Melihat kembali cuacanya, lokasinya, bahkan baju yang anda pakai pada hari yang tertentu, semuanya boleh membawa anda kembali kepada perasaan bebas yang anda rasai semasa mengembara ke rantau atau negara yang lain. Sekiranya anda mencari beberapa tempat yang baik untuk dilawati di Pulau Jeju semasa anda mengembara dengan teman lelaki atau wanita anda, mengapa tidak keluar dan berpegangan tangan, mengambil gambar dan menikmati beberapa makanan enak dikelilingi bunga-bunga bermusim pulau yang wangi? Ini adalah beberapa idea untuk anda...
Jeju adalah tempat yang terkenal untuk fotografi perkahwinan dan swafoto. Tanpa mengira musim atau lokasi, meskipun bukan pemandangan Jeju yang “biasa”, anda pasti menemui tempat yang cantik untuk merakamkan memori pulau dan pelbagai pengalaman anda. Setiap musim mempersembahkan pelawat dengan kumpulan baharu bunga-bunga yang mekar dan anda boleh menggunakan latar belakang yang berwarna-warni ini dengan baik dalam swafoto anda, serta dalam jambak dan aksesori bunga yang lain.

Di pintu masuk taman bunga ini terdapat peti surat merah yang anda boleh masukkan bayaran yang sangat berpatutan sebanyak 1,000 won. Ini memberikan anda akses ke semua aneka bunga yang menakjubkan, seperti rosehip merah jambu, gandum kuda dan bunga kosmos. Di kedai bunga, pelawat boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti bunga kering dan jambak bunga, serta teh wangi dengan akasia dan kuntuman kesumba. Baru-baru ini kedai piza telah dibuka berdekatan, oleh itu selain beberapa jam melihat bunga, anda boleh menikmati melihat piza anda dibuat (ini merupakan dapur terbuka yang anda boleh lihat proses pembuatannya daripada mula hingga selesai). Bir kraf juga ada dalam menu.




Nama taman tema ini — Norimae — adalah terbentuk daripada perkataan Korean “main” dan “plum.” Taman ini memiliki perasaan moden dengannya untuk menikmati alam semula jadi. Norimae memiliki pelbagai bunga dan pokok bermusim di tapak. Anda akan dapat melihat, bergantung kepada musim, camellia, sitrus, tumbuhan teh hijau, dafodil, plum dan magnolia. Berjalan di atas tanah untuk merangkumi musim, burung-burung, bahkan sudut matahari yang terbenam. Ramai orang melawat semula tempat ini pada masa yang berbeza sepanjang tahun untuk merasa alam semula jadi Jeju yang indah dengan lebih penuh.

Dan sudah tentu terdapat beberapa tempat-tempat foto yang sangat baik di tapak untuk merakamkan memori yang istimewa ini. Bingkai gambar 3D ditemui di sekitar Norimae untuk menambah sesuatu yang berbeza sedikit pada swafoto tersebut. Latar belakang yang berwarna-warni bunga-bunga, pokok-pokok dan ciri-ciri air (seperti kolamnya yang cantik) pasti akan membuatkan rakan dan keluarga anda di rumah takjub apabila anda menunjukkan kepada mereka gambar-gambar dan video-video perjalanan anda. Jika anda merasa seperti anda memerlukan rehat daripada berjalan di atas tanah pada sesuatu masa, Norimae memiliki kafe dan kawasan rehat, selain program pengalamannya seperti majlis teh tradisional dan aktiviti melukis tembikar. Terdapat teh hijau bermusim dan program mengutip plum, festival plum, acara atlet dan banyak lagi.




Selain daripada sebuah gereja, lokasi ini merupakan salah satu yang paling popular disebabkan seni binanya yang unik. Anda mungkin tidak menyedarinya pada mulanya, tetapi motif di belakang reka bentuknya adalah Bahtera Nabi Yunus, bangunan berbentuk kapal yang dikelilingi oleh air. Anda boleh berjalan di sekitar dasarnya, mengkagumi kemegahan dalam diam struktur dan simboliknya. Tetapi ini merupakan tempat sembahyang, sila jaga adab ketika anda mengambil gambar.

Semasa musim luruh ramai orang melakukan perjalanan ke Gereja Bangju untuk menangkap gambar bunga-bunga muhly merah jambu yang cantik berwarna-warni yang tumbuh di kawasan tersebut. Juga terdapat kafe berdekatan, oleh itu anda boleh duduk dan melihat bangunan dan ciri-ciri bunganya sambil menghirup secawan teh yang menyegarkan atau secawan kopi panas.




Sanghyowon adalah taman botani seluas beberapa 264,000 meter persegi dan 25 tahun sejarah. Dari bertukarnya daun musim luruh kepada berkembangnya bunga marigold, tempat pada cerun selatan Gunung Hallasan ini merupakan tempat yang sempurna untuk pencinta bunga dan hanya pencinta secara umum. Anda boleh berjalan-jalan di tanahnya yang luas dan melihat semua kecantikan bunga-bunga, ciri-ciri airnya, taman-taman batu, kafe-kafe dan kawasan-kawasan rehat.

Selain daripada Festival Tulip bulan Mac tempat ini, terdapat juga Festival Azalea pada bulan April, Festival Lupinus pada bulan Mei, Festival Gotjawal pada bulan Julai dan Ogos. Berkaitan bunga-bunga musim luruh, lebih banyak perayaan dijadualkan untuk bulan Oktober dan November, seperti Festival Marigold yang berjalan sehingga 12. Nov. Sekarang, semakin kita menghampiri musim luruh, bunga marigold sedang berkembang dan ramai orang datang ke sini untuk melihat pemandangan bunga berwarna kuning dan merah menyala yang cantik. Nikmati bersiar-siar sepanjang pokok-pokok kelapa sawit yang banyaknya, sistem gua lahar semula jadinya dan arca bunga bermusim. Ini adalah tempat yang sempurna untuk membuat beberapa memori yang menggembirakan.




Melihat bunga-bunga di sini akan memberikan anda perasaan bahawa anda sedang berjalan menerusi arboretum peribadi anda sendiri. Ini adalah tempat yang jauh, suram yang selain memiliki bunga-bunga yang cantik tumbuh di tempat yang tidak dijangkakan, adalah tapak memorial perjuangan epik rakyat Jeju untuk negara mereka menentang pasukan penjajahan Mongolia berkurun yang lalu. Sejak tahun 1997 tempat ini telah ditentukan sebagai Tapak Sejarah No. 396. Bunga-bunga tersebut menghidupkan lokasi yang bergema dengan pengorbanan.

Terdapat bunga-bunga canola kuning terang yang tumbuh pada bulan April, bunga ungu dan putih gandum kuda pada bulan Mei, bunga matahari pada bulan Jun dan bunga tiga bulan biru pada bulan Julai. Pada bulan Oktober, bunga-bunga Kosmos yang halus yang akan mengalu-alukan anda dengan terlentok-lentok apabila angin sejuk bertiup di celah-celahnya. Nikmati pemandangan tersebut sambil menghargai sejarah rakyat dan tempat tersebut. Tapak ini boleh diakses oleh semua, termasuk yang membawa kereta sorong dan kerusi roda.




Semak축소됨
Travelers' reviews(1)
- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-18 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.
