본문

Cenderamata seni buatan tangan, pasti menarik hati: 6 hadiah buatan tangan unik kepada Jeju

별점(별점없음)

Jeju penuh dengan barangan unik untuk dibeli sebagai kenang-kenangan bagi lawatan anda, dan sesetengahnya terkenal dan biasa didapati, sementara yang lain adalah unik dan comel. Anda boleh menemui beberapa cenderamata yang popular dan mengikut fesyen serta cenderahati untuk mengingati percutian Jeju anda. Jika anda ingin membeli barangan yang paling popular dan mengikut fesyen terkini di pulau itu, terdapat seniman dan vendor yang menawarkan barang hiasan dan lilin yang berinspirasikan laut.

  • Semak

    0

  • Carian

    7,456

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

  1. DEL
    Cenderamata seni buatan tangan, pasti menarik hati6 handmade gifts unique to Jeju

    Jeju penuh dengan barangan unik untuk dibeli sebagai kenang-kenangan bagi lawatan anda, dan sesetengahnya terkenal dan biasa didapati, sementara yang lain adalah unik dan comel. Anda boleh menemui beberapa cenderamata yang popular dan mengikut fesyen serta cenderahati untuk mengingati percutian Jeju anda. Jika anda ingin membeli barangan yang paling popular dan mengikut fesyen terkini di pulau itu, terdapat seniman dan vendor yang menawarkan barang hiasan dan lilin yang berinspirasikan laut.

    Hiasi diri anda dengan permata dari laut1. Barang hiasan berinspirasikan laut

    Kulit cangkerang, tapak sulaiman, mutiara dan kecantikan lautan lain diolah menjadi barang hiasan yang anggun. Kerapuhan barangan laut tergambar melalui kecomelan barang hiasan tersebut. Rantai atau cincin yang bersulamkan kulit cangkerang, batu laut atau siput kon. Anting-anting adalah sepasang barang hiasan yang datang terus dari laut, dengan setiap anting-anting itu pasti berbeza sedikit daripada pasangannya, sepertimana alam semula jadi tidak menjadikan mana-mana dua cangkerang, tapak sulaiman atau batu itu serupa.

    Bada Bosuk (바다보석)

    Bada Bosuk, secara harfiahnya diterjemahkan sebagai “permata laut”, menggunakan barangan sebenar dari pantai Jeju. Pemilik dan pencipta bada Bosuk mengubah semula tujuannya menjadi objek indah untuk dihadiahkan atau disimpan sebagai kenang-kenangan.

    Alamat: 115 Taeshin Haean-ro, Namwon-eup, Seogwipo, Jeju
    Telefon: 010-3585-5576
    Jam: 12 tengah hari - 6 ptg.

    Pemandangan bawah laut dalam bentuk lilin2. Lilin haenyeo popular Jeju

    Haenyeo adalah satu daripada ikon kebudayaan yang sangat mahsyur di Jeju dan telah dipilih sebagai Warisan Kebudayaan Tak Ketara UNESCO. Kaum wanita di Pulau Jeju telah bekerja sebagai penyelam laut selama berabad lamanya, dan haenyeo adalah unik kepada Jeju. Lilin haenyeo menggambarkan selaman haenyeo di bawah permukaan air dalam bentuk lilin gel yang cantik dan lutcahaya.

    Jeju-ae Pongdang (제주애퐁당)

    Kedai hadiah popular dan menyeronokan yang terdapat di dua lokasi di pulau tersebut. Anda boleh mendapatkan lilin haenyeo, peresap, sabun asli, alat tulis, aksesori dan banyak lagi di kedai mereka.


    Cawangan Jeju-si:
    Alamat: Joongang-ro 192, 1st floor, Jeju-si, Jeju
    Telefon: 070-4548-3340
    Jam: 10 pg. - 8 mlm.

    Cawangan Seogwipo:
    Alamat: Cheonjaeyun-ro 313, Seogwipo, Jeju
    Telefon: 064-738-5571
    Jam: 10 pg. - 8 mlm.

    Mereka bentuk tepi pantai menjadi lilin3. Lilin diinspirasikan oleh pinggir laut yang termahsyur di Jeju

    Lilin pantai telah terbukti menjadi cenderamata dan kenang-kenangan yang semakin popular dalam kalangan pelancong. Lilin gel lutcahaya ini disediakan dalam pelbagai rona dan warna yang berbeza serta menggambarkan pemandangan di bawah permukaan air menggunakan pasir sebenar, kulit cangkerang dan dapatan laut lain di dalam lilin itu. Anda juga akan mendapati tepi pantai paling tersohor dan unik di Jeju yang digambarkan dalam bentuk lilin yang anggun, seperti Woljeong-ri dan Aewol.

    Lilin Jeju Bada (제주바다 캔들)

    Jeju Bada, secara harfiahnya diterjemahkan sebagai “laut Jeju”, ialah kedai lilin yang semakin popular kerana lilin pantai unik mereka.

    Alamat: Aewol Haean-ro 272, Jeju-si, Jeju
    Telefon: 010-9869-3309
    Jam: 12 tengah hari - 5 ptg., Ahad tutup

    Semua buatan tangan dihasilkan dengan rasa bangga dan kasih sayang4. Barangan seni buatan tangan yang menakjubkan dan ekletik.

    Pulau Jeju dikenali sebagai rumah kepada ramai seniman yang berbakat, dan mujur sekali, ramai telah membuka kedai di pulau itu. Setiap item yang dicipta adalah buatan tangan dan asli, dan seringkali, menggambarkan aspek kebudayaan yang unik kepada Jeju. Barangan menyeronokan dan comel, seperti barang hiasan, beg, beg pau, pakaian dan barangan hiasan dalaman lain boleh dijadikan cenderamata hebat yang tidak pernah anda lihat di kedai pelancong berskala besar.

    By Maeng, Kedai seni buatan tangan

    Sebuah kedai seni buatan tangan milik persendirian, semua di dalam kedai ini adalah hasil karya tangan oleh pemilik kedai itu sendiri. Kedai yang comel, unik dan menyeronokan untuk dikunjungi untuk mendapatkan idea hadiah yang unik.
    Alamat: Lavender Hotel, Joongang-ro 1, Seogwipo, Jeju
    Telefon: 010-3612-2890
    Jam: 10 pg. - 6 ptg. (Waktu mungkin berubah dengan notis pendek. Semak Instagram mereka: @bymaeng2890 untuk mendapatkan maklumat yang terkini.)

    Mengubah ikon Jeju yang paling dikenali menjadi lilin5. Lilin Ikonik

    Lilin harum sentiasa menjadi hadiah yang popular, dan semakin laris di Pulau Jeju. Sejenis lilin yang semakin popular ini ialah lilin ikon kebudayaan Jeju. Ini ialah lilin yang datang dalam bentuk ikon kebudayaan yang paling tersohor dan dihormati di Jeju. Lilin itu direka bentuk sebagai batuan gunung berapi, gunung Halla, bukit gunung berapi, limau hallabong, harubang (batu datuk), dan banyak lagi.

    Bada Gakkai (바다가까이)

    Bada Gakkai, diterjemahkan sebagai “berhampiran laut”, ialah kedai tempatan kecil yang menjual lilin asli, dan paling terkenal kerana lilin ikon uniknya.

    Alamat: Gonaeahn-gil 8, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju
    Telefon: 010-4663-7483
    Jam: 10 pg. - 8 ptg. (Waktu mungkin berubah dengan notis pendek. Untuk mendapatkan maklumat yang terkini, sila semak akaun Instagram mereka @merryjeju_)

    Hadiah dan cenderamata buatan tangan yang praktik, diinspirasikan oleh geologi Jeju6. Hadiah geo

    Pulau Jeju telah dipilih sebagai ahli Rangkaian Taman Geo Global pada tahun 2010, dan pada masa ini merupakan kawasan yang menempatkan 12 tapak geologi utama dan menggambarkan geologi asli yang paling menakjubkan. Tapak ini menyimpan pemandangan kecantikan asli Jeju yang memberi insipasi, dan memaparkan geologi unik Jeju. Seniman tempatan di pulau tersebut telah mengabadikan warna, tekstur dan bentuk geologi Jeju dalam seni buatan tangan, aksesori dan tekstil, dan kini mereka ditawarkan untuk jualan di laman web. Anda boleh ke  http://jejugeopark.com/english/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Koma Kecil

    Kedai yang menawarkan bantal kapas, apron, beg dan pau yang diperbuat daripada kapas 100%, setiap barangnya direka bentuk untuk mewakili corak strata Gunung Suwol yang terang dan unik. Barangan ini boleh dijadikan cenderamata yang begitu terserlah.
    Untuk membuat pesanan, hubungi 010-2690-5758.

    Drepeen

    Beg kanvas dan apron menggambarkan geologi Puncak Suwol yang menawan dalam warna dan reka bentuk yang lembut. Diperbuat daripada kapas 100%, barangan ini akan menjadi peringatan Puncak Suwol yang hebat, lokasi matahari terbenam Jeju yang paling mengagumkan.
    Untuk membuat pesanan, hubungi 010-9930-5989.

    Ara Pottery

    Tembikar seramik yang direka bentuk untuk menggambarkan Gunung Sanbangsan dan Persisiran Yongmeori, koleh dan bekas ini diperbuat daripada tanah liat gelap dan basalt (batuan gunung berapi). Ada juga barangan lain yang menggunakan kaca hijau yang dicairkan untuk mewakili warna hijau Gunung Sanbangsan, barangan ini unik dan tiada tandingannya.
    Untuk membuat pesanan, hubungi 010-3696-1573.



Notice
※ The above information was written on Invalid date . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.