본문

Mengalu-alukan kedatangan tetamu kita dari Malaysia dengan tangan yang terbuka: Selamat Datang, Malaysia!

별점(별점없음)

Mengembara ke negara luar di mana bahasanya yang berbeza dengan bahasa sendiri adalah mengujakan dan menggentarkan pada masa yang sama. Kami di sini untuk membantu tetamu dari Malaysia untuk melancong dengan mudah dan berpengetahuan di sekitar pulau kami yang indah ini!

  • Semak

    0

  • Carian

    7,474

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

  1. DEL
    Mengalu-alukan kedatangan tetamu kita dari Malaysia dengan tangan yang terbukaSelamat Datang, Malaysia!

    Mengembara ke negara luar di mana bahasanya yang berbeza dengan bahasa sendiri adalah mengujakan dan menggentarkan pada masa yang sama. Kami di sini untuk membantu tetamu dari Malaysia untuk melancong dengan mudah dan berpengetahuan di sekitar pulau kami yang indah ini!

    Syurga untuk penyembuhanHutan Bijarim (비자림)

    Nikmati waktu bersiar-siar sekitar Hutan Bijarim, yang terletak di Bijasup-gil 55, Gujwa-eup, Jeju City. Ditetapkan sebagai Tugu Semulajadi no. 374, hutan ini mempunyai 2,800 pokok buah pala, yang berusia antara 500 hingga 800 tahun. Ianya merupakan hutan pokok buah pala yang terbesar di dunia. “Pokok nenek moyang pokok bija” ini terletak di tengah-tengah hutan. Ianya berusia 800 tahun, dan merupakan pokok yang tertua di seluruh pulau ini. Pokok-pokok buah pala ini mengeluarkan fitonsid, yang dikatakan untuk mengukuhkan sistem imunisasi dan membantu dalam penyembuhan semulajadi. Hutan ini dibukan sepanjang tahun, dari 9 pagi hingga 6 petang. Tempat letak kenderaan dan sewaan kerusi roda juga disediakan. Untuk maklumat lanjut, hubungi 

    064-710-7912 (rakyat Korea sahaja), atau klik 

    http://www.visitjeju.net/en/tourView.jto?menuCd=DOM_000001816006000000&langCd=EN&areaId=CONT_000000000500270.

    Bayaran kemasukan:
    (Individu) dewasa 1,500 won, remaja & kanak-kanak 800 won
    (kadar kumpulan: 10+ orang) dewasa 1,200 won, remaja & kanak-kanak 600 won

    Ruang hijau Jeju yang tenangHutan Lipur Jeju Jeolmul (제주절물자연휴양림)

    Hutan Lipur Jeju Jeolmul terletak di timur laut Gunung Halla di Myeongnim-ro 584, Jeju City dan termasuk Jeolmul Oreum, yang terkenal kerana merupakan “rumah” untuk Hutan Cedar Jepun. Di sana terdapat juga sesiaran, sebuah kolam, halaman rumput dan sebuah balai cerap. Waktu operasi bermula dari pukul 7 pagi ke 7 malam sepanjang tahun, akan tetapi Jeolmul Oreum dan Hutan Jalan Panjang Umur (Forest Road of Longevity) ditutup kepada pengunjung setiap hari Isnin. Tempat letak kenderaan disediakan, bersama dengan sewa kerusi roda percuma dan tandas boleh diakses kerusi roda. Terdapat juga beberapa tanjakan yang terdapat di Hutan Samna. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-728-1510, atau lawati http://jeolmul.jejusi.go.kr (tersedia dalam Bahasa Korea, Inggeris, Jepun, Cina).

    Bayaran kemasukan:
    (kadar individu) orang dewasa 1,000 won, remaja 600 won, kanak-kanak (7-12 tahun) 300 won
    (kadar kumpulan: 20+ orang) dewasa 800 won, belia 500 won, kanak-kanak 200 won

    Alami kehebatan pemandangan matahari terbit di JejuPuncakSeongsan Ilchulbong (성산일출봉)

    Puncak Seongsan Ilchulbong terletak di Ilchul-ro 284-12, Seongsan-eup, Seogwipo, di hujung timur Pulau Jeju, dan merupakan lokasi yang popular kepada para pengunjung untuk melihat matahari terbit. Terdapat kawah besar di atas puncak, yang dikelilingi oleh 99 batu tajam, menjadikannya kelihatan seperti mahkota kerajaan. Keseluruhan pendakian mengambil masa kira-kira 50 minit. Taman dibuka setiap hari, dari satu jam sebelum matahari terbit sehingga matahari terbenam, tetapi ditutup semasa cuaca buruk. Tempat letak kenderaan percuma disediakan untuk semua pelawat. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-710-7923, atau klik  http://www.visitjeju.net/en/tourView.jto?menuCd=DOM_000001817000000000&areaId=CONT_000000000500349&langCd=EN&cpath=

    Bayaran kemasukan:
    (kadar individu) dewasa 2,000 won, belia & kanak-kanak (7-24 tahun) 1,000 won
    (kadar kumpulan: 10+ orang) dewasa 1,600 won, remaja & kanak-kanak (7-24 tahun) 800 won

    Membandingkan dan Membezakan Masakan Malaysia dan JejuMasakan berbanding Masakan Jeju

    Masakan Malaysia dan Jeju berkongsi persamaan di mana kedua-dua budaya mempunyai pelbagai hidangan makanan laut. Walau bagaimanapun, setiap negara mempunyai gaya tersendiri yang unik pada makanan laut, menghasilkan hidangan luar biasa yang lazat.

    Ikan Bakar vs Ikan Gril / Ikan Menumis-Reneh

    Ikan bakar Malaysia merupakan makanan asasi dalam pemakanan orang Malaysia, dan seperti Malaysia, Jeju mempunyai bekalan ikan yang banyak di dalam hidangannya. Jeju juga mempunyai pelbagai ikan gril yang dimakan dalam diet harian kita, tidak seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, sementara ikan bakar Malaysia – walaupun di gril – biasanya disajikan dengan pelbagai rempah dan sos, manakala ikan gril Jeju biasanya hanya direncahkan dengan garam sahaja. Ikan gril dipanggil "gui" dalam bahasa Korea, tetapi jika rempah-rempah berencah adalah apa yang anda cari dalam hidangan ikan, jadi "jorim" merupakan hidangn yang anda cari. Ikan Jorim diperap dan tumis dalam sos yang berperisa, dan dihidangkan panas bersama nasi.

    Nikmati sifat Jeju, walaupun pada waktu malamAir terjun Cheonjiyeon (천지연폭포)

    Air terjun Cheonjiyeon terletak di Namseongjung-ro, Cheonji-dong, Seogwipo dan ditetapkan sebagai Tugu Semula Jadi No. 27. Cheonjiyeon diterjemahkan sebagai "langit yang bersambung dengan tanah", dan ia kelihatan seperti airnya jatuh terus dari langit. Air terjun ini dikelilingi oleh hutan-hutan dan kawasan-kawasan berhutan, termasuk TuguSemulajadi No. 163 (Pohon Dampalsu) dan TuguSemulajadi No. 379 (koleksi tanaman dan pokok jarang ditemui). Air terjun ini dibuka sepanjang tahun, dari matahari terbit hingga 10 malam, dengan kemasukan terakhir berada di 9:10 malam. Tempat letak kenderaan percuma disediakan untuk semua pelawat. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-760-6304, atau klik  http://www.visitjeju.net/en/tourView.jto?menuCd=DOM_000001816007000000&langCd=EN&areaId=CONT_000000000500618

    Bayaran kemasukan:
    (kadar individu) - dewasa 2000 won, kanak-kanak 1000 won
    (kadar kumpulan: 10+ orang) - dewasa 1600 won, kanak-kanak 600 won / PERCUMA - kanak-kanak di bawah 6 tahun, warga emas (65+)

    Laluan pejalan kaki terpanjang di pulau ituJambatan Saeyeongyo (새연교)

    Jambatan Saeyeongyo terletak di Namsungjoong-ro 40, Seogwipo dan menyambungkan Pelabuhan Seogwipo dan Pulau Burung, sebuah zon pemuliharaan hutan beriklim sedang. Jambatan ini merupakan laluan pejalan kaki yang panjang, diilhamkan oleh reka bentuk "Tewu", perahu panjang tradisional Jeju. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-760-3471.

    Memberi inspirasi kepada artis dalam diri andaJalan Kesenian Lee Seong Seop (이중섭거리)

    Jalan Kesenian Lee Seong Seop terletak di terletak di titik paling selatan Seogwipo pulau, berdekatan Jeju olleh Jejak No. 6. Ia akan membawa anda melalui kesenian, kehidupan, dan pengaruh salah seorang artis moden yang paling terkenal Korea, Lee Joong Seop. Di jalan ini, terdapat banyak kafe indie, restoran, dan penghibur jalanan, dan penjual barangan barang kemas buatan tangan dan aksesori. Muzium Lee Joong Seop juga terletak di sana, serta rumah yang dia duduki semasa dia menetap di Pulau Jeju. Jalan ditutup kepada kereta setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad), dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pada waktu itu, jalan itu diubah menjadi pasar seni luar dan dibarisi dengan penjual barangan seni & kraf yang menampilkan produk buatan tangan mereka.

    Latar belakang yang indah untuk gambar yang sempurnaPeringati percutian Jeju anda

    Jalan Kesenian Lee Seong Seop terletak di titik paling selatan Seogwipo pulau, berdekatan laluan Jejak No. 6 Jeju. Ia akan membawa anda melalui kesenian, kehidupan, dan pengaruh salah seorang artis moden yang paling terkenal Korea, Lee Joong Seop. Dijalan ini, terdapat banyak kafe indie, restoran, dan penghibur jalanan, dan penjual barangan barang kemas buatan tangan dan aksesori. Muzium Lee Joong Seop juga terletak di sana, serta rumah yang dia dudukisemasa dia menetap di Pulau Jeju. Jalan ditutup kepada kereta setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad), dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pada waktu itu, jalan itu diubah menjadi pasar seni luar dan dibarisi dengan penjual barangan seni & kraf yang menampilkan produk buatan tangan mereka.

    Boromwat (보롬왓)

    Boromwat merupakan sebuah kafe, terletak di Bunyoung-ro 2350-104, Pyoseon-myeon, Seogwipo, yang terletak betul-betul di sebelah ladang gandum kuda. Ladangnya ini penuh dengan bunga hidrangea pada musim panas dan juga bercantum dengan ladang lavender. Ia merupakan lokasi yang popular untuk sesi foto perkahwinan dan pertunangan. Boromwat menggunakan bunga lavender mereka sendiri untuk menjadikan ais krim mereka yang terkenal. Kafe ini juga menyediakan jus dan makanan ringan segar, menggunakan bahan-bahan segar lain yang telah dituai secara langsung dari ladang mereka. Waktu operasi setiap hari ialah dari 10 pagi - 6 petang. Untuk maklumat lanjut, hubungi 010-7362-2345.

    Hamdeok Seowoobong (함덕서우봉)

    Pantai Hamdeok Seowoobong adalah pantai pasir putih yang indah dengan airnya yang jernih berwarna hijau zamrud. Ianya dikelilingi oleh bukit bukau, termasuk bukit Seowoobong, jadi anda dapat menikmati pantai dan pergunungan di Hamdeok Seowoobong. Pantai ini sangat popular dikalangan keluarga, kerana airnya yang tidak bergelora dan cetek. Di samping itu, terdapat laluan berjalan kaki untuk mendaki Seowoobong, yang hanya mengambil masa kira-kira 15 minit. Di puncak Seowoobong, anda akan mengalami pemandangan pantai di bawah yang indah. Jejak ini terletak di tengah-tengah Olle Jejak 19, terletak di Hamdeok-ri 1008, Jocheon-eup, Bandar Jeju. Taman dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga matahari terbenam. Tempat letak kenderaan disediakan untuk semua pelawat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 064-728-8989.

    Jeju, “hidup” pada waktu malamKehidupan malam Jeju yang berkembang pesat

    Dari pasar malam, ke kasino, bar dan kelab, Jeju mempunyai semua yang anda perlukan untuk keseronokan malam anda.

    Pasar Olle

    Pasar harian Olle di Seogwipo adalah pasar tradisional terbesar di Seogwipo dan menawarkan produk pertanian, makanan laut, dan barangan isi rumah. Pada asalnya, ditubuhkan pada awal 1960-an dan berkembang pada tahun 2001, Pasar Olle kini bersaiz 620 meter panjang dan mempunyai produk pertanian, makanan laut, dan barangan isi rumah. Pasar ini mempunyai kira-kira 200 kedai, 140 penjual barangan jalanan, dan juga menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma. Ia juga mempunyai pentas luar untuk pelbagai pengalaman kebudayaan. Terletak di 22 Jungjeong-ro, 73 Bungil, Seogwipo, Pasar Olle dibuka sepanjang tahun, dari pukul 7 pagi hingga 9 malam. Kad kredit diterima dan binatang peliharaan dibenarkan masuk. Bilik air juga terletak di premis. Untuk maklumat lanjut, hubungi 82-64-762-2925.

    Kedai Bebas Cukai Pertubuhan Pelancongan Jeju

    Kedai Bebas Cukai Pertubuhan Pelancongan Jeju menawarkan pelbagai pilihan kosmetik, barang kemas, elektronik, aksesori dan minuman keras premium yang bebas cukai. Ia mempunyai 250 kedai dengan jenama berkualiti seperti Dior, Lancome, Prada, Hermes, Armani, dan Burberry. Dibuka pada tahun 2009 sebagai pusat membeli-belah utama di Korea Utara, kedai bebas cukai di seluruh Korea, Kedai Bebas Cukai Pertubuhan Pelancongan Jeju mengalu-alukan semua pelancong dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kenderaan percuma, sewa kereta sorong bayi, bilik airuntuk orang kurang upaya, ruang istirahat dan pusat pelanggan yang menawarkan bantuan bahasa Inggeris, Jepun, dan Cina. Kad kredit diterima. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan. Terletak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Jeju, 2700 Jungmun-dong, 1st FL, Seogwipo, waktu operasi umum adalah pukul 10 pagi hingga 8 malam, dan pada musim panas ianya dilanjutkan hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut, hubungi 82-64-780-7700, atau layari http://www.jtodutyfree.com (Laman web ini hanya dalam bahasa Korea).

    Cuba nasib anda di JejuHotel Casinos

    Jeju KAL

    Casino MegaLuck terletak di Hotel KAL Jeju di Jungang-Ro 151, Bandar Jeju, hanya 15 minit dari lapangan terbang. Mempunyai 28 permainan meja dan 24 mesin permainan, MegaLuck Casino dibuka 24 jam sehari. Bagi tetamu yang menginap di hotel, Hotel KAL Jeju juga menawarkan kemudahan berikut; pusat perniagaan, pusat kecergasan, dan karaoke. Untuk maklumat lanjut, hubungi 82-64-720-9999

    Jeju Oriental

    Jeju Oriental terletak di 47, Tapdong-ro, Bandar Jeju, hanya 15 minit dari lapangan terbang dan berhampiran dengan pantai. Tetamu mempunyai akses kepada pelbagai permainan kasino seperti Black Jack, Roulette, Tai-sai, dan Baccarat. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 82-64-754-8867, atau layari www.oriental.co.kr (Laman web ini menawarkan maklumat dalam bahasa Korea, Bahasa Inggeris, dan Jepun.)

    Sun Hotel & Casino

    The Sun Hotel & Casino terletak di 67 Sammu-ro, Yeondong, Bandar Jeju. Waktu operasi adalah 2 petang - 5 pagi pada hari-hari kerja dan 24 jam pada hujung minggu. Tetamu mempunyai akses 24-jam ke kasino dan boleh mencuba nasib mereka di Roulette, Black Jack, Baccarat, dan mesin slot. Untuk maklumat lanjut, hubungi 82-64-741-8000.

    Paradise Grand Casino

    Paradise Grand Casino terletak di Jeju Grand Hotel, kira-kira 10 minit dari lapangan terbang, di 80, Noyeon-ro, Bandar Jeju. Para tetamu di Paradise Grand Casino mempunyai akses 24 jam ke permainan meja seperti Black Jack, Baccarat, Tai-sai, Big Wheel, dan mesin slot. Untuk maklumat lanjut, hubungi 82-64-743-2121, atau layari http://www.paradisecasino.co.kr (Laman web ini menawarkan maklumat dalam bahasa Korea, bahasa Inggeris, Jepun, dan Cina.)

    The Hyatt

    The Hyatt terletak di 114, Jungmungwangwang-ro 72 Bungil, Seogwipo, dan menawarkan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, spa, pusat kecergasan, dan taman permainan kanak-kanak. Waktu operasi kasino adalah Isnin - Khamis (2 petang - 6 pagi) dan Jumaat-Ahad (24 jam). Hanya tetamu luar negara yang mempunyai pasport asing yang sah dibenarkan mengakses kasino. Setelah masuk, tetamu boleh mencuba nasib mereka di Baccarat, Blackjack, Roulette, Tai-sai, dan mesin slot. Untuk maklumat lanjut, hubungi 82-64-735-8753.

    *Harap maklum bahawa kasino The Hyatt akan berpindah ke Jeju Shinhwa World (Shinhwayeoksa-ro 304-beongil, Andeok-myeon, Seogwipo) pada bulan November 2017.

    Jeju Shilla

    The Majestic Jeju Casinoterletak di dalam Jeju Shilla Hotel di 75, Jungmungwangwang-ro 72 Bungil, Seogwipo. Jeju Shilla menawarkan 429 bilik, 6 restoran dan bar, 7 dewan konvensyen, kolam renang dalaman dan luaran, sauna, pusat kecergasan, lorong boling, gelanggang tenis, dan kedai bebas cukai. Tetamu mempunyai akses 24-jam ke kasino dan boleh mencuba nasib mereka di Roulette, Black Jack, Baccarat, dan mesin slot. Untuk maklumat lanjut, hubungi 82-64-730-1100, atau lawati http://www.shilla.net/jeju (Laman web ini menawarkan maklumat dalam bahasa Korea, Bahasa Inggeris, dan Jepun.)

    Lotte Hotel & Casino

    Lotte Hotel & Casino terletak di 35 Jungmungwangwang-ro 72 Bungil, Seogwipo. Tetamu mempunyai akses 24-jam ke kasino dan boleh mencuba nasib mereka di Roulette, Black Jack, Baccarat, dan mesin slot. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-731-1000.

    Kesronokan dan permainan atau santaiBar popular di Jeju

    Bull’s Darts

    Bull's Darts adalah bar sukan yang terletak di tengah-tengah dewan bandaraya, di Ido-2dong 1773-6, Bandar Jeju. Papan dart tersedia untuk bermain, serta permainan lain, seperti kriket. Mereka juga menyediakan minuman koktel, hidangan snek dan minuman beralkohol lain. Waktu operasi adalah pukul 7 malam hingga 4 pagi. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-759-5559.

    Modern Time

    Modern Time adalah tempat pembuatan bir dan pub yang mempunyai bir kraf mereka sendiri. Terletak di Ido-2dong 382-14, Bandar Jeju, suasana umumnya, sejuk dan santai. Bar juga menawarkan makanan ringan dan hidangan ala pub yang berpatutan. Harga draf 500 cc kedai tersebut bermula pada 5,000 won. Waktu operasinya adalah pukul 11 pagi hingga 1 pagi. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-748-4180.

    Ollae Bar (Shilla Hotel)

    Bar Library Ollae, terletak di 75 Jungmungwangwang-ro 72 Bungil, Seogwipo, boleh didapati di tingkat 6 Hotel Shilla Jeju. Ia adalah bar klasik, direka untuk kelihatan seperti perpustakaan Eropah yang selesa. Duduk, berehat, dan nikmati minuman beralkohol kegemaran anda di tengah-tengah hiasan yang menenangkan dan muzik secara langsung. Waktu operasi ialah 6 petang – 12 malam. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-735-5114.

    Island Lounge (The Hyatt)

    Island Lounge terletak di dalam Hyatt Regency, di 114 Jungmungwangwang-ro, 72 Bungil, Seogwipo. Lounge dan bar ini terletak di lobi hotel dan menyediakan tempat yang menyenangkan untuk duduk dan berehat, sambil menikmati hidangan dan / atau minuman. Menghadap kolam tertutup, yang dipenuhi dengan ikan kap emas, ia mempunyai suasana yang tenang dan menenangkan. Waktu operasi pada umumnya 10 pagi - 11 p.m., dengan waktu musim panas yang memuncak dilanjutkan hingga tengah malam. Untuk maklumat lanjut, hubungi 064-735-8489.

Notice
※ The above information was written on Invalid date . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.