본문

Hip, Bergaya, Menyeronokkan dan Unik: Tempat-tempat menarik di Jeju

별점(별점없음)

Walaupun Jeju adalah tempat kepada keajaiban alam semulajadi, anda juga boleh mencari kedai-kedai dan barang-barang yang hip dan bergaya di seluruh pulau, serta peluang foto yang unik untuk membantu anda memperingati percutian anda di Jeju.

  • Semak

    0

  • Carian

    3,144

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

  1. DEL

    Hip, Bergaya, Menyeronokkandan Unik

    Tempat-tempat menarik di Jeju

    Walaupun Jeju merupakan tempat kepada keajaiban alam semulajadi, anda juga boleh mencari kedai-kedai dan barang-barang yang hip dan bergaya di seluruh pulau, serta peluang foto yang unik untuk membantu anda memperingati percutian anda di Jeju.



    Kedai pilihan yang bergaya

    Dalri Scent



    Kedai pilihan yang bergaya dan unik ini yang mempunyai pelbagai barangan artistik yang unik, di mana kebanyakannya merupakan buatan tangan. Anda boleh mencari barang-barang seperti sabun buatan tangan, lilin, serta barangan hiasan dalaman yang menyeronokkan dan juga buku. Seleksibarangan yang eklektik berbaloi untuk dilihat! Walaupun waktu operasi mereka adalah dari pukul 11 pagi hingga 6 petang, waktunya mungkin berubah dengan notis singkat, jadi pastikan untuk menyemak akaun Instagram mereka untuk notis yang paling terkini. (@dalriscent_official)




    Dalri Scent (달리센트)



    Alamat  1991 Jongdal-ri, Gujwa-eup, Jeju City (제주시 구좌읍 종달리 1991)
    Waktu Operasi  11 a.m. - 6 p.m., check @dalriscent_official (Instagram) untuk butiran



    Kafe pencuci mulut yang unik dan kedai cenderamata      

    Bada Wee-ae Koggiri (Gajah di Lautan)



    Bada Wee-ae Koggiri, secara harfiahnya diterjemahkan sebagai “Gajah di Laut” (The Elephant On the Sea), telah berkembang popular itinya kerana suasana uniknya. Kafe pencuci mulut yang menyajikan pelbagai pilihan minuman, termasuk kopi, teh, serta pencuci mulut yang ringkas, kafe tertentu ini juga merupaka sebuah kedai cenderamata. Kedai cenderamata yang mempunyai barang-barang seni, buatan tangan yang sesuai untuk pemberian hadiah, atau cenderahati untuk diri sendiri untuk memperingati percutian anda di Jeju.





    Bada Wee-ae Koggiri (바다위에 코끼리) 



    Alamat  1695 Hyeopjae-ri, Hallim-eup, Jeju City (제주시 한립읍 협재리 1695)
    Waktu Operasi   11 a.m. - 8 p.m.
    Telefon  070-4140-4832



    Barang-barang buatan tangan, artistik

    Mendorongjang, sebuah pasar lambak popular



    Pulau Jeju dikenali sebagai syurga bagi artis semua genre, dan ramai di antara mereka memilih untuk menawarkan ciptaan mereka untuk dijual di pasar lambak Jeju. Salah satu pasar lambak yang semakin popular ialah Mendorongjang, yang terletak di sebelah timur Kota Jeju, bersebelahan dengan Pantai Hamdeok. Dibuka hanya seminggu sekali pada waktu petang Ahad, anda boleh menemui pelbagai barangan yang berbeza, seperti pakaian buatan tangan, perhiasan, barangan seni, barangan menghias dalaman, dan banyak lagi. Terletak di atas padang rumput di sebelah Pantai Hamdeok, anda boleh menikmati beli-belah ringan dengan pemandangan lautan yang indah, serta pergi bersiar-siar yang indah di sekitar kawasan itu di laluan berjalan kaki mereka.





    Mendorongjang, pasar lambak popular (멘 도롱 장)



    Alamat  1008 Hamdeok-ri, Jocheon-eup, Jeju City (제주시 조천읍 함덕리 1008)
    Waktu Operasi  Ahad, 4 p.m. - 7 p.m. * Ditutup semasa cuaca buruk



Notice
※ The above information was written on Invalid date . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.