본문

'Lebih cepat, lebih murah, lebih mudah': Sistem pengangkutan awam Jeju yang serba baharu

별점(별점없음)

Terdapat beberapa berita hebat untuk pengunjung ke Jeju. Sistem pengangkutan awam pulau ini telah disusun semula sepenuhnya dan beroperasi dari 26 Ogos 2017! Mari kita lihat dengan lebih dekat bagaimana sistem transit awam Jeju telah diperbaiki dari segi laluan bas, bas ekspres, lebih mudah dengan mengikuti sistem penomboran bas, malah terdapat Wi-Fi percuma!

  • Semak

    0

  • Carian

    38,266

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

'Lebih cepat, lebih murah, lebih mudah'Sistem pengangkutan awam Jejuyang serba baharu

Terdapat beberapa berita hebat untuk pengunjung ke Jeju. Sistem pengangkutan awam pulau ini telah disusun semula sepenuhnya dan beroperasi dari 26 Ogos 2017! Hakikatnya, sejak lima tahun yang lalu, jumlah pelancong yang melawat Jeju telah meningkat dengandrastic sekali, dan penduduk pulau itu juga telah berkembang. Untuk mengurangkan kesulitan yang berkaitan dengan kesesakan lalu lintas dan pengangkutan awam, wilayah kini telah melaksanakan pelan yang telah disemak untuk sistem pengangkutan awamnya. Mari kita lihat dengan lebih dekat bagaimana sistem transit awam Jeju telah diperbaiki dari segi laluan bas, bas ekspres, lebih mudah dengan mengikuti sistem penomboran bas, malah terdapat Wi-Fi percuma! Semua ini akan membuat perjalanan di sekitar Jeju semua jauh lebih cepat dan mudah. Jom kita naik!

"Bas yang mana yang anda cari?"


Mudah dibezakan dengan sekilas pandangSistem penomboran dan skema warna baru


Sistem bas Jeju dibahagikan kepada bas bandar dan antara bandar. Bas-bas ekspres antara bandar bernombor 100-an, bas-bas bandar untuk Jeju dan Seogwipo mempunyai bas bernombor 200, 300, 500, bas ke kawasan kampung bernombor 400, 600, 700, dan akhirnya, bas-bas di kawasan terpencil yang membawa pengunjung ke tempat-tempat bersiar-siar utama kon gunung berapi (810, 820).

Laluan-laluan bas ini semua bergabung untuk menyediakan liputan menyeluruh pulau itu. Berkenaan dengan skema warna baru, bas ekspres adalah merah, laluan utama bandar dan bas bandar berwarna biru, bas cawangan hijau, dan bas yang meliputi kawasan bersiar-siar adalah berwarna kuning. Warna-warna yang mudah diingat ini bermakna anda boleh menjejaki laluan anda apabila anda bertukar dari satu bas ke bas yang lain.


제주 대중교통체계 전면 개편

"Betapa pantaskah ia?"


Lebih banyak bas, perkhidmatan yang diperkemasLebih banyak laluan, lorong ekspres ditambah


Apabila ia mengenai bilangan bas yang beroperasi, Jeju telah meningkatkannya sebanyak 267 ... dari 530 hingga 797. Ini akan mengurangkan masa menunggu keseluruhan dan membawa anda ke destinasi anda dengan lebih cepat. Tetapi itu hanyalah permulaan. Laluan bas baru telah ditetapkan di jalan-jalan dan lebuh raya Jeju, memastikan para penumpang tetap dan pelancong dapat sampai ke destinasi mereka tepat pada waktunya dan meneruskan hari kerja mereka atau bercuti dengan baik!


제주 대중교통체계 전면 개편
제주 대중교통체계 전면 개편
제주 대중교통체계 전면 개편
제주 대중교통체계 전면 개편
Menyelesaikan masalah dengan hentian bas, lalu lintas, pembayaranSistem bas ekspres beroperasi


Bas ekspres yang baru pastinya akan menjadi popular di kalangan pengguna.

Ianya menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju dengan perhentian utama di sekitar pulau, membuat masa yang baik dan menambah tahap keselesaan dan ketenangan para pelancong. Dianggarkan bahawa dengan beroperasinya bas-bas ekspres ini, anda akan dapat pergi ke mana-mana bahagian pulau dengan bas dalam masa sejam. Kadar asas untuk bas merah ini ialah 2000 won. Bergantung kepada destinasi anda, yuran maksimum ialah 3,000 won (*). Sekiranya anda belum memilikinya, anda dinasihatkan untuk mengambil kad pengangkutan apat dicas semula di sebuah kedai serbaneka di lapangan terbang atau di sekitar pulau... ini akan menjadikan urus niaga pembayaran anda lebih pantas.

Nota: Anda memerlukan kad pengangkutan jika anda mahu berpindah dari satu bas ke bas yang lain.
(*) Harga telah dikurangkan daripada maksimum permulaan sebanyak 4,000 won.


제주 대중교통체계 전면 개편
제주 대중교통체계 전면 개편

"Sukar dipercayai! Perjalanan bas yang amat mudah ini?"


Menaiki bas sepanjang hari dan di seluruh JejuLaluan peredaran kawasan pelancong


Adalah pengetahuan umum bahawa perjalanan dengan menaiki bas ke pedalaman Jeju, misalnya untuk mendaki gunung berapi tertentu, sangat rumit atau mungkin mustahil. Laluan bas dan beberapa kawasan melawat tempat-tempat tidak bertindih seperti yang sepatutnya.. Oleh itu, pelbagai idea telah di difikirkan untuk laluan bas edaran bas pelancong di Daecheon-dong (Gujwa-eup ke timur) dan Donggwang-ri (Andeok-myeon ke barat). Bas Peredaran Kawasan Pelancong Daerah Timur berlepas dari Daecheon-dong dan melewati Pusat Warisan Semula Jadi Dunia Jeju, Hutan Bijarim dan dan Yongnuni Oreum. Bas Peredaran Kawasan Pelancong Daerah Barat meliputi Shinhwa World, Muzium Aeroangkasa Jeju, Muzium Teh Jeju O'sulloc, Jeoji Oreum dan tempat-tempat lain di barat daya. Bas-bas kuning ini beroperasi pada jarak 30 minit dari 8:30 pagi hingga pelepasan terakhir pada pukul 5:30 pagi. Tambang adalah 1,200 won setiap perjalanan (tiada pertukaran bas). Sistem baru ini pasti akan membantu pelawat mencari khazanah tersembunyi di Pulau Jeju!


제주 대중교통체계 전면 개편
제주 대중교통체계 전면 개편
Ini adalah pengangkutan awam yang mewahMeningkatkan perlindungan bas, sistem maklumat


Dalam masa terdekat, semua tempat perlindungan bas utama akan dilengkapi dengan kerusi yang dipanaskan, braille, CCTV, interkom keselamatan, WiFi percuma dan stesen pengecasan telefon bimbit. Ini bermakna anda tidak akan hanya menunggu bas sahaja tetapi sebaliknya, dapat menunggu dengan selesa! Lebih daripada 200 perhentian akan mempunyai sistem maklumat bas elektronik (BIT) secara langsung, supaya anda boleh memantau dengan tepat apabila ketibaan bas anda.


Sentiasa diberi maklumat dan saling berhubungPerkhidmatan Wi-Fi percuma


Bukan sahaja perjalanan anda menjadi lebih selesa, tetapi anda boleh mendapatkan maklumat dengan lebih baik daripada sebelumnya! Wi-Fi percuma di perhentian dan di dalam bas bermakna anda boleh mengikuti cuaca terkini, berita, dan sentiasa berhubung dengan rakan dan keluarga. Muat naik foto dan video hebat Pulau Jeju kepada mereka di media sosial. Dan jangan lupa untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi maklumat bas Jeju melalui telefon pintar anda semasa perjalanan anda di Pulau Jeju.


"Berapakah tambang bas?"


Bayaran yang disatukan, lebih masa yang dibenarkan lagi untuk pertukaran sahJika ia satu cara tanpa bertukar bas, ia hanya 1,200 won


Seperti yang anda ketahui, sistem bas baru Jeju bermaksud perjalanan di pulau kini lebih cepat, lebih mudah, dan lebih murah! Semua bas di bandar raya ini adalah 1,200 won, tanpa mengira destinasi anda. Masa pertukaran bas yang dibenarkan (sehingga 2 pertukaran untuk sekali perjalanan) juga telah dipanjangkan dari 30 hingga 40 minit, untuk mengurangkan sebarang kesulitan bertukar dari satu bas ke bas yang lain. (Pastikan untuk menekan kad pengangkutan anda ke titik pembayaran apabila anda turun dari bas jika anda mahu tukar ke bas lain!) Satu lagi peningkatan yang baik untuk sistem pengangkutan awam Jeju. Kami harap ia akan bermanfaat untuk anda.


제주 대중교통체계 전면 개편
제주 대중교통체계 전면 개편
제주 대중교통체계 전면 개편
제주 대중교통체계 전면 개편

 

Notice
※ The above information was written on 2020-02-18 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.