본문
Terdapat banyak untuk dinikmati di waktu malam: Pengalaman sepetang di bandar Jeju
별점(별점없음)
Pada hari musim panas yang hangat apabila matahari menemani kita hingga ke waktu petang, ini bermakna kita hanya mempunyai sedikit masa untuk melihat dan mengalami kecantikan yang diterangi Jeju. Tetapi Jeju sebenarnya tidak berbeza pada waktu malam berbanding siang hari, jadi kami telah mengumpulkan sejumlah tempat di waktu malam di mana anda boleh secara aktif menikmati tarikan Jeju dengan cahaya bulan - atau neon! - mengikut keadaan.
Semak
0
Carian
33,132
Kongsi SNS
0
Butiran확장됨
- Terdapat banyak untuk dinikmati di waktu malamPengalaman sepetang di Kota Jeju
Jeju bukan sahaja hebat, tetapi juga penting dari segi kajian akademik untuk ahli geologi dan ahli-ahli volkologi. Dikhususkan sebagai Rizab Biosfera pada tahun 2002, Tapak Warisan Alam Dunia UNESCO pada tahun 2007, dan ahli Geopark Global pada tahun 2010, ini merupakan pencapaian yang membanggakan penduduk Pulau Jeju yang telah diiktiraf dalam tiga bidang kepentingan dalam bidang sains semula jadi. Jeju adalah salah satu pulau terbesar di Korea, dan mempunyai sejarah yang panjang, budaya yang kaya, dan industri pelancongan yang aktif berdasarkan persekitaran semulajadi yang indah. Tarikan-tarikan bermusim yang tersendiri, bersatu dengan sistem jejak Jeju Olle yang komprehensif, bermakna ia telah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal dan digemari untuk pelancong dari seluruh rantau Asia Pasifik dan juga yang lebih jauh. Setelah anda menjelajahi Jeju pada siang hari, jangan pulang ke bilik hotel anda lagi. Malam masih muda! Mari kita lihat beberapa aktiviti malam yang ditawarkan di Pulau Jeju.
Perkara pertama yang anda akan perhatikan mengenai kawasan di sekitar Dewan Bandaraya Jeju di waktu malam, selain pelbagai restoran, kafe dan bar yang sangat besar, adalah golongan orang muda berlegar-legar dan sedang berseronok. Dengan lokasi pusatnya dan akses mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam dan teksi, bahagian bandar ini adalah tarikan semulajadi bagi golongan muda bertemu untuk menjamu selera, berseronok dan meraikan persahabatan. Baru-baru ini, kawasan ini telah melihat banyak padang menembak sasar dan gelanggang bola keranjang membuka pintu mereka, serta aktiviti retro yang menyeronokkan seperti platform DDR (Dance Dance Revolution) dan mesin cengkam. Ia adalah cara diuji masa yang menyeronokkan untuk sahabat handai mempunyai persaingan yang mesra, mendapatkan brownie point dari pasangan, atau hanya untuk menenangkan fikiran. Apakata anda mencubanya pada satu malam di musim panas? Membeli-belah, nikmati makanan yang enak, dan menyusuri jalan kenangan...






Dengan cuaca panas kelesuan juga dating melanda. Anda dapat melihat orang-orang yang bersantai dengan selesa di pantai, bersiesta di bawah lindungan payung besar dan berjemur di bawah pancaran matahari dan meluncur air. Tetapi jika anda tinggal di bandar, dan terutamanya jika anda mempunyai anak-anak, ianya tidak mudah untuk mengatur perjalanan ke pantai pada malam musim panas yang hangat. Kerana itulah kejiranan Donam-dong bandar Jeju telah menubuhkan tapak musim panasnya sendiri - lengkap dengan air pancut yang berwarna-warni yang sesuai untuk anak-anak bermain - mudah diakses dari pusat bandar. Air pancut yang dipanggil Chilseongdae, membayangkan perpaduan dan kemakmuran Kerajaan Tamna berabad-abad yang lalu. Air pancut yang menyala terang, yang melambangkan Kutub Utara dan Big Dipper, dipasang di tengah-tengah dataran Bandar Kebajikan Rakyat. Terutamanya pada hari-hari dan malam-malam musim panas yang hangat, ia adalah tempat yang bagus untuk kanak-kanak menikmati bermain di dalam air sepuas hati mereka. Lebih baik lagi, ibu bapa dapat mengawasi anak-anak mereka dengan mudah dan menikmati suasana malam, kerana terdapat banyak ruang untuk membentangkan tikar dan menikmati perkelahan waktu malam dengan ayam goreng atau pizza. Muda dan tua boleh menikmati malam musim panas yang dingin bersama-sama di sini!






Taman Sinsan, simbol Sukan Olimpik Musim Panas 1988 di Seoul, adalah peringatan untuk memperingati kedatangan obor Olimpik. Kini, ia adalah sebuah taman di pusat bandar Jeju yang digunakan sebagai kawasan berehat untuk semua. Ia juga sesuai sebagai kawasan berkelah, dan pada waktu petang ia penuh sesak dengan pasangan bercinta menikmati janji temu di sepanjang persiaran dan penduduk setempat melakukan aktiviti senaman dengan beberapa senaman ringan di peralatan awam di sana. Di taman terdapat juga pelbagai destinasi kebudayana dan masakan, termasuk Pusat Kebudayaan dan Kesenian Jeju, Muzium Cerita Rakyat dan Sejarah Alam, Kuil Samseonghyeol, dan kawasan yang mempunyaibeberapa restoran mi gaya Jeju yang hebat. Di Pusat Kebudayaan dan Kesenian, anda dapat melihat beberapa pameran seni, konsert muzik dan persembahan teater, atau mempelajari semua tentang budaya Jeju dan asal-usul geologinya di muzium cerita rakyat yang berhampiran di situ. Dan tentu saja jika anda memerlukan istirahat dari semua sejarah dan budaya ini, anda boleh bersiar-siar dengan tenang di antara pokok-pokok atau jika anda lapar, rasai sup mi khinzir yang lazat dan kaya. Luangkan separuh hari ataupun sehari suntuk di sana!






Plaza di kawasan tepi pantai Tapdong di bandarlama Jeju adalah berpusat, popular, dan mudah untuk pelancong dan penduduk tempatan yang ingin menikmati makanan dan keseronokan berhampiran dengan rumah atau hotel mereka. Pada musim panas terdapat acara dan pameran kebudayaan dan muzik yang kerap diadakan di sini. Tetapi itu hanyalah permulaan tarikan malamnya. Anda boleh menunggang basikal, bermain bola keranjang, atau berkelah. Duduk di sepanjang dinding laut dan dengarkan deruan ombak, bersiar-siar, saksikan kapal terbang tiba dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, dan ambil beberapa gambar di waktu malam yang indah. Terdapat juga makanan segera dan taman hiburan jika anda ingin menghiburkan anak-anak anda. Sila ambil perhatian bahawa disebabkan oleh populariti kawasan itu, beberapa peraturan perlu dikuatkuasakan dengan ketat, termasuk larangan memancing dan membuang sampah. Sila ikuti peraturan mudah ini untuk memastikan semua orang selamat dan selesa di ruang awam ini.






Terletak di sepanjang jalan pantai yang amat berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, ini adalah tempat yang bagus untuk melihat banyak pesawat berlepas dan tiba di Jeju yang berderam derum melalui langit utara Bandar Jeju. Bahagian pantai ini terkenal kerana berdekatan dengan lapangan terbang, serta amat indah dan mempunyai banyak kafe dan restoran yang hebat untuk dipilih. Malam-malamnya sangat menyenangkan kerana terdapat lembah kecil, lengkap dengan jambatan pejalan kaki, yang berwarna terang untuk pengunjung yang berjalan melalui kawasan itu pada waktu malam. Sebuah kolam yang direntangi oleh Jambatan Yongyeon mempunyai legenda yang berkaitan dengan naga, menambah suasana misteri di tempat yang indah ini. Anda tentu sukar untuk percaya kawasan ini terletak di tengah-tengah bandar Jeju.






- Notice
- ※ The above information was written on 2019-02-18 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.