본문
Musim panas di alam bebas: Berkhemah di Jeju
별점(5점만점에 5점)
Jika anda sedang bersiap sedia untuk perjalanan yang menenangkan, sesuatu yang dapat membantu anda pulih dari kekecewaan kehidupan harian di bandar, maka perkhemahan harus menjadi perkara utama di fikiran anda. Apakata anda temui kegembiraan menghabiskan masa yang berkualiti di persekitaran semula jadi Pulau Jeju, di mana pengalaman baru pasti akan dirasai!
Semak
1
Carian
16,261
Kongsi SNS
2
Butiran확장됨
- Musim panas di alam bebasBerkhemah di Jeju
Jika anda sedang bersiap sedia untuk perjalanan yang menenangkan, sesuatu yang dapat membantu anda pulih dari kekecewaan kehidupan harian di bandar, maka perkhemahan harus menjadi perkara utama di fikiran anda.Lepaskan diri anda dari dikelilingi oleh konkrit dan keluli, berehat dan nikmati detik-detik berharga dengan keluarga, sahabat handai, dan orang yang terdekat. Saksikan langit malam yang terang dan tidak berserabut, dan lihatlah bintang yang bersinar. Dari saat anda mendirikan kem, anda akan melihat perkara-perkara baru, baik besar mahupun kecil, dan mengalami kegembiraan abadi yang didapati semasa perkhemahan di Jeju.
Bergantung kepada musim, pokok-pokok tangerin di tapak perkhemahan ini akan menyambut anda dengan dedaunan pudar, bunga-bunga putih, atau buah oren yang cerah. Yang kedua terutamanya, dipetik pada musim sejuk. Tanahnya sahaja dipenuhi dengan pemandangan Jeju yang klasik, seperti dinding batu basalt dan batu kerikil, yang menjadi aliran yang baik untuk kawasan tersebut apabila hujan, memastikan pengunjung kem tidak kebasahan. Kemudahan tambahan termasuk kolam renang dalaman yang dikendalikan dengan baik, dapur 24-jam dan bilik pancuran mandian, dan kios, yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 10 malam menjual makanan ringan dan minuman.
Tetapi hanya kerana ia adalah tapak perkhemahan, tidak bermakna ia tidak mempunyai teknologi moden. Terdapat Wi-Fi percuma supaya anda boleh berhubung dengan rakan-rakan anda yang cemburu kerana mereka di bandar. Sekiranya anda tidak memiliki khemah, anda boleh menempah sama ada khemah untuk empat orang, karavan, atau hanya tinggal di dalam keselesaan di rumah tumpangan di dalam kawasan. Bagaimanapun, sekiranya anda jenis yang sukakan aktiviti luar, dan mempunyai khemah anda sendiri, maka anda hanya perlu membayar untuk lot sahaja. Dikelilingi oleh alam semula jadi, Pantai Hamdeok Seoubong terletak berhampiran, jadi anda boleh menghabiskan hari yang menyenangkan di antara pantai pasir putih yang indah dan hutan hijau yang sejuk di perkhemahan. Cubalah!
---
Alamat 172 Daeheul-ri, Jocheon-eup, Jeju-si
Telefon 064-782-0110
Tempahan http://www.jeju-camping.com





Terletak di Cheongsu-ri, Hangyeong-myeon, lokasinya di barat ini hanya melewati Panpo-ri, dan cukup jauh dari laut sehingga tidak terlalu lembap. Anda boleh menyewa khemah atau jika anda mempunyai khemah, terdapat banyak yang tersedia yang boleh memuatkan sehingga empat orang. Kolam mandi merupakan keseronokan yang hebat untuk kanak-kanak, dan kawasan berumput terbuka luas juga sempurna untuk mereka berlari-lari dan bermain bola sepak. Sebagai tambahan kepada kawasan unggun api, kemudahan seperti dapur, peti sejuk, air yang ditulenkan, , ketuhar gelombang mikro, dan bilik mandi disediakan.
---
Alamat 271-40 Naksu-ro, Hangyeong-myeon, Jeju-si
Telefon 070-4548-9705
Tempahan http://jejudolharbang.com





Percutian musim panas pastinya merupakan masa yang terbaik untuk menikmati perkhemahan. Tapak Perkhemahan Moguri, di Seongsan-eup, merupakan tempat yang baik bagi mereka yang baru sahaja mahu berjinak-jinak untuk perkhemahan. Ia adalah salah satu daripada perkhemahan yang dikendalikan oleh Bandar Seogwipo dan terbukti dengan harganya yang amat berpaptutan. Satu lot adalah semurah 2,000 hingga 3,000 won setiap orang. Terdapat sebuah taman permainan, dinding mendaki batu, gelanggang luncur kasut lereng, jambatan tali dan, semestinya, kawasan berumput terbuka yang luas. Memandangkan ia berdekatan dengan kon gunung berapi yang dilindungi hutan, atau oreum, memasak menggunakan kayu api dilarang sama sekali, seperti juga membawa haiwan kesayangan. Terdapat jejak sepanjang 1.2 kilometer yang boleh anda ambil angina bersiar-siarsebentar di kawasan itu. Pada dasarnya, anda boleh kembali ke alam semula jadi dalam suasana yang damai, semulajadi, semuanya pada harga yang sangat berpatutan.
---
Alamat 260 Seoseongil-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si
Telefon 064-760-3408





Terletak di Taman Cheonjeyeon di Kompleks Pelancongan Jungmun, tapak perkhemahan ini bukan sahajahanya untuk mendirikan khemah anda, tetapi mempunyai program seperti berjalan di kalangan kunang-kunang di Padang Golf Jungmun,mendaki kon gunung berapi dan lembah, lawatan muzium, lawatan kapal layar, menunggang kuda dan juga perjalanan ke Pasar 5-hari Jungmun! Terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk anda pilih. Selain itu, pengendali perkhemahan sedar dan berusaha untuk membantu menghidupkan semula ekonomi dan budaya tempatan dengan program pengalaman seperti pembuatan seramik, membuat teh tradisional dan kek beras, dan banyak lagi. Jungmun Truth Campmempunyai 24 tapak perkemahan, memuatkan antara empat hingga enam orang untuk satu lot. Kemudahan termasuk sebuah kedai serbaneka, tandas, bilik mandi, dan juga sebuah teater luar. Anda boleh menyimpan peralatan barbeku terlebih dahulu, dan tapak perkhemahan mempunyai beberapa resepiperkhemahan yang perlu anda cuba, dari tteokbokki hingga bir tin ayam. Ini adalah tempat yang amat sesuai untuk pelancong yang tidak mempunyai peralatan mereka sendiri tetapi ingin menikmati perkhemahan sekurang-kurangnya sekali.
---
lamat 132 Cheonjeyeon-ro, Seogwipo-si
Telefon 064-739-1036





Rekomendasi kandungan untuk
- Notice
- ※ The above information was written on 2019-09-04 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.
