본문

Ladang teh hijau yang manakah telah anda lawati? <Lawatan ladangteh hijau tersembunyi di Pulau Jeju>

별점(5점만점에 5점)

Pemandangan ladang teh hijau Jeju adalah salah satu yang menggabungkan langit biru dengan warna daun hijaunya yang terang. Daun meliuk dalam angin dan membentuk mozek yang luar biasa pada landskap. Semasa anda melawat di kawasan luar bandar, ladang teh ini menawarkan pelbagai suasana bergantung kepada di mana anda berada. Ia adalah peluang untuk mengetahui sifat ceria Jeju, dan jika anda berhenti untuk menikmati secawan minuman tempatan, anda juga dapat menikmati rasa yang menggembirakannya. Dan bukan itu sahaja, ladang adalah tempat yang bagus untuk mengambil foto Jeju yang sangat mengasyikkan!

  • Semak

    1

  • Carian

    29,070

  • Kongsi SNS

    4

Butiran확장됨

Ladang teh hijau yang manakah telah anda lawati?Lawatan ladang teh hijau tersembunyi di Pulau Jeju

Pemandangan ladang teh hijau Jeju adalah salah satu yang menggabungkan langit biru dengan warna daun hijaunya yang terang. Daun meliuk dalam angin dan membentuk mozek yang luar biasa pada landskap. Semasa anda melawat di kawasan luar bandar, ladang teh ini menawarkan pelbagai suasana bergantung kepada di mana anda berada. Ia adalah peluang untuk mengetahui sifat ceria Jeju, dan jika anda berhenti untuk menikmati secawan minuman tempatan, anda juga dapat menikmati rasa yang menggembirakannya. Dan bukan itu sahaja, ladang adalah tempat yang bagus untuk mengambil foto Jeju yang sangat mengasyikkan!

Teh hijau organik dihidangkan di dalam guaCafe Daheeyeon
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>


Daheeyeon terletak di tanah seluas 200,000m2 di kawasan pembuatan teh di kampung Seonheul, menghasilkan beberapa teh hijau terbaik di Korea. Ladang teh hijau menawarkan pemandangan panorama yang luar biasa yang menakjubkan, tetapi apabila anda menuju ke kafe - yang dibina di dalam ruang gua gunung berapi semulajadi - pengalaman menjadi benar-benar unik. Sistem gua dinyalakan untuk para tetamu berjalan-jalan, dan terdapat jambatan kecil dan ciri-ciri air sepanjang jalan. Kafe itu sendiri agak besar (kerana kebanyakannya di bawah tanah) dan mereka bukan sahaja menghasilkan teh hijau dan produk teh yang dihasilkan di negara ini, tetapi juga kopi, aiskrim dan roti besalut daun the hijau, dan lain-lain. Di luar anda boleh mencuba menaiki Zipline yang merentasi seluruh bahagian ladang Daheeyeon. Sebagai sebuah taman tema komposit yang berpusat di sekitar teh hijau, apa kata anda mencuba segalanya di sana?


제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
Pesona yang tersembunyi dalam ladang teh hijauSamdawon
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>


Ladang teh hijau ini dapat anda temukan dengan melakukan pencarian web untuk 'Green Tea Tourist Farm Samdawon Entrance'. Walaupun ia bukan ladang yang sangat besar, terdapat patung-patung comel di seluruh kawasannya, memberikannya beberapa pemandangan luar biasa. Tapak ini adalah tempat para petani dan penduduk bandaraya bertemu dari segi sejarah. Kini ia merupakan sebuah ladang, walaupun ia pernah mempunyai rumah tamu dengan suasana yang tenang yang dapat dinikmati oleh pengunjung. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh melawat dan mengambil beberapa gambar - juga gambar perkahwinan –boleh diambil di sini. 


제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
Pasangan yang warga emas dengan 'cabaran hijau' baharuSeogwi Dawon
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>


Berjalan dengan perlahan ke arah jalan yang bercerun dan sempit. Apabila anda sampai ke penghujung, jalan terbuka luas di atas kehijauan ladang hijau teh hijau. Kawasan itu adalah seperti sesuatu yang keluar dari kisah dongeng, dan pasangan petani, yang kini berusia dalam lapan puluhan, terkenal di sini. Mereka menanam limau selama 40 tahun sebelum bertukar ke teh 10 tahun lalu - mengambil "cabaran hijau" baharu. Untuk memberi ruang untuk tumbuhan teh, pasangan warga emas ini dengan sungguh-sungguh mengalihkan semua batu gunung berapi dan menyusunnya menjadi pagar batu di sepanjang perimeter ladang. Pagar batu yang dibina secara tradisional membantu mengekalkan suhu ladang teh secara semulajadi, seperti pokok-pokok yang ditanam dengan teliti yang menyusuri jalan masuk ke ladang dan meletakkan teduhan yang nyaman. Apakata nikmati teh hijau yang dihasilkan secara tempatan di Seogwi-dong di kawasan kehijauan, bukit-bukit yang ajaib dan mungkin mendengarkan satu atau dua cerita dari pasangan petani yang dihormati ini


제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
Pemandangan yang menawan dan secawan teh yang penuh nikmatOnulun
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>


Ditanam 10 tahun yang lalu, kini anda boleh menikmati teh hijau yang enak dari Seogwipo yang juga mempunyai pemandangan indah. Kafe ini menawarkan bukan hanya teh, tetapi hasil seni kraf tempatan, produk khusus, dan juga pengalaman go-kart untuk anak-anak. Di tingkat dua kafe, pilihan minuman dan pastri disediakan dengan seduhan teh hijau. Kawasan itu sendiri adalah tempat yang sejuk dan santai berhampiran Gunung Hallasan, jadi jika anda ingin lari daripada kepanasan musim panas, oasis luar bandar ini mungkin apa yang anda cari. Tidak ada bayaran kemasukan dan banyak untuk dilihat dan dilakukan, jadi anda boleh meluangkan masa sehari di situ!


제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>
제주 녹차밭 어디까지 가봤니? <제주 숨은 녹차밭 여행>

 

Notice
※ The above information was written on 2022-04-13 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.