본문

Dalam cara laut menjadi rakan ... Jelajahi Jeju di sepanjang persiaran pantainya

별점(별점없음)

Salah satu aspek yang menarik daripada panorama lautan Jeju adalah betapa semula jadinya warna hijau zamrudnya kelihatan.Jika anda mahu alami sendiri pemandangan yang indah, apa yang anda perlu lakukan ialah bersiar-siar di persisiran pantai. Berikut adalah beberapa idea untuk meneroka beberapa tempat-tempat menarik…

  • Semak

    0

  • Carian

    16,678

  • Kongsi SNS

    1

Butiran확장됨

Dalam cara laut menjadi rakan ... Jelajahi Jeju di sepanjang persiaran pantainyaJelajahi Jeju di sepanjang persiaran pantainya

Apakah warna yang dating ke minda anda apabila anda memikirkan tentang pemandangan lautan Pulau Jeju? Hijau zamrud? Sebenarnya, terdapat rona yang lebih lembut, berwana hijau dan kobalt yang menyerupai bulu burung pacat atau fairy pitta - burung migrasi yang terdapat di pulau itu. Perubahan warna yang tidak ketara bergantung kepada masa hari (dan juga sudut matahari), perubahan musim dalam air pasang surutnya, dan juga kelembapan udara laut! Mereka yang bertuah untuk tinggal dan bekerja di sekitar pantai Jeju akan memberitahu anda bahawa lokasi yang sama akan mempunyai ciri yang berbeza-beza dari satu jam ke satu jam yang lain. Ini bermakna, untuk mendapatkan keindahan lautan Jeju yang sebenar, anda haruslah pergi “berjumpa” dengannya dengan secara dekat dan lebih kerap. Bersiar-siar di tepi pantai – dan berhenti untuk menghirup secawan kopi, contohya – merupakan salah satu cara yang menyeronokkan untuk “berkawan” dengan Jeju. Dengan bunyi deruan ombak dan aroma lautnya yang wujud sejak dari awal dunia, matahari akan bersinar terang pada pengembaraan anda yang menarik.

Mulakan pengembaraan ke ‘Semenanjung Korea’Persiaran Namwon Keuneong
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>


Keuneong bermaksud “bukit besar” dalam bahasa Jeju. Di sepanjang pantai, tebingnya menyerupai mulut yang besar, yang bersedia untuk menelan ombak laut. Pemandangan ombak yang besar menghempas batu basalt hitam amat menakjubkan. Laluan pejalan kaki di tepi pantai di sini sekitar 1.5 kilometer di sepanjang tepi tebing, yang ditandai dengan pagar keselamatan. Jarak pendek yang digabungkan dengan pemandangan yang mengagumkan menjadikannya tempat yang amat menarik. Anda boleh beristirahat dan nikmati pemandangan di atas bangku-bangku yang diletakkan di tengah-tengah persiaran dan hutan kecil pokok-pokok pain. Mereka juga mengatakan bahawa bentuk garis pantai yang luar biasa dan hutan pain tebal menggabungkan untuk menyerupai profil Semenanjung Korea - tetapi anda perlu mendapatinya sendiri. Daya tarikan lain yang menarik adalah sebahagian daripada pantai dikatakan oleh sesetengah orang ianya menyerupai wajah ketua puak India. Jangan berkedip, kerana anda boleh dengan mudah terlepas pandang semasa anda berjalan kaki!


바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
Sejarah Jeju yang disulami alam semula jadiSongaksan Dullegil
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>


TKawasan pantai Jeju telah menarik perhatian dunia dengan penemuan fosik tapak kaki yang jarang ditemui. Bermula dari arah Gunung Sanbangsan, anda dapat mengagumi Gunung Hallasan, Hyeongjaeseom, Gapado danPepulau Marado yang tersergam. Laluan yang popular ini telah menarik ramai pengunjung, terlalu ramai hinggakan pada Ogos 2015, laluan sehingga puncak Songaksan telah diarahkan tutup selama 5 tahun untuk melindungi ekosistem kawasan tersebut. Jangan kecewa, kerana masih terdapat laluan atau jejak Dullegil di sepanjang perimeter pantai pergunungan itu, dan memberikan pemandangan luar biasa ke arah selatan selatan Jeju. Sepanjang perjalanan, anda boleh melihat pelbagai spesies bunga liar, dan melihat kambing dan kuda meragut di rumput gunung yang tebal. Sejarah juga muncul di hadapan pengunjung dalam bentuk geologi yang menarik, dan peringatan lebih memilukan pengaruh manusia dalam gua tentera Jepun dan kota kara semasa Jepun diduduki Korea. Sebenarnya terdapat begitu banyak untuk dilihat dan diketahui bahawa tidak kira berapa perlahan anda berjalan di laluan ini, anda tidak akan berasa bosan. Jejak yang separa bulat memerlukan kira-kira satu setengah hingga dua jam untuk dilengkapkan dan di sana tiada kafe atau apa-apa bentuk perniagaan, jadi adalah baik jika anda melapikkan perut dengan makanan yang ringan atau kopi segar sebelum anda berlepas. Terdapat banyak restoran dan kafe yang hebat di permulaan laluan.


바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
Berjalan di sepanjang persisiran pantai dan nikmati secawan tehLaluan Pejalan Kaki Persisiran Pantai Handam
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>


Di samping tarikan pelancongnya yang banyak, bandar raya Jeju telah memilih 31 tempat perwakilan di kawasan bandar Jeju dan mengumumkan bahawa Laluan Pejalan Kaki Persisiran Pantai Handam adalah salah satu daripada "Tempat Tersembunyi" ini. Jalan pesisir yang berliku sepanjang 1.2 kilometer ini bermula di bahagian paling kanan di sebelah lautan, jadi pemandangannya menjadi lebih menarik. Laluan bermula di Aewol-ri dan berakhir di Gwakji-ri. Selain pemandangan indah, terdapat pelbagai kafe dengan menu yang menarik dan berbeza untuk dicuba di antaranya. Di sepanjang jalan anda akan menemui pantai berpasir kecil - pastikan anda menanggalkan sepatu anda dan merasakan pasir di antara jari kaki anda! Pada bulan Julai dan Ogos, anda mungkin akan disertai oleh kumpulan snorkel yang juga lebih sukakan pantai dan pinggir laut ini. Oleh itu, semasa memandu di sepanjang pantai barat di barat bandar Jeju, pastikan anda meletakkan Laluan Pejalan Kaki Persisiran Pantai Handam pada senarai baldi anda - dan jika boleh, aturkan lawatan anda supaya anda dapat menyaksikan matahari terbenam yang luar biasa juga!


바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
Satu-satunya tanaman kaktus di KoreaDusun Kaktus Wolryeong
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>


Walaupun Jeju tidak mempunyai padang pasir, ia mempunyai Kampung Wollyeong, sebuah kampung yang dilitupi sepenuhnya dengan pokok kaktus. Ia merupakan sebuah perkampungan ladang yang terdapat kira-kira 150 isi rumah, dan sebahagian besar daripada ladang-ladang di kawasan itu menanam pokok kaktus. Bilangan kaktus di Wollyeong-ri merupakan koloni kaktus yang telah didaftarkan sebagai Tugu Semula Jadi 429. Kaktus-kaktus ini tumbuh secara semula jadi di antara batu-batu Wollyeong. Ia adalah satu-satunya spesis asli di kalangan kebanyakan spesis kaktus yang ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Spesies kaktus ini berasal dari Mexico, dan dikenali sebagai 'kaktus sawit' kerana bentuknya, yang menyerupai telapak tangan seseorang. Diandaikan bahawa ia dibawa secara semulajadi dari Mexico melalui Arus Kuroshio sebelum memacakkan dirinya ke pantai berbatu di pantai barat laut Pulau Jeju. Sejak zaman dahulu, kaktus telah digunakan dalam rawatan rakyat. Dikatakan bahawa mereka ditanam di atas tembok batu untuk menghalang kemasukan ular atau tikus. Kaktus sangat bertahan menghadapi cuaca kering, dan tidak akan kering walaupun semasa musim kemarau. Bunganya, yang berbunga di musim panas, adalah kuning, sementara buahnya, yang menyerupai buah ara, berubah menjadi ungu semasa matang. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kawasan penanaman kaktus telah meningkat berikutan kemunculan produk popular seperti ekstrak kaktus dan coklat kaktus.


바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
Pemandangan pantai yang menyerupai langitPantai Hamdeok
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>


Pantai Hamdeok merupakan latar belakang pilihan untuk kebanyakan festival di Pulau Jeju. Ia sangat sesuai kerana kawasan pantainya yang luas, pasir putih yang indah, air hijau zamrud cetek yang sempurna untuk keluarga, dan tambahan lagi, terdapat keselesaan yang datang dari Seoubong yang naik dari garis pantai ke timur. Dari puncak yang tinggi, pemandangan Hamdeok yang luas menjadi lebih jelas seperti juga keindahan matahari terbenam. Di lerengnya, bunga kuning canola mekar di musim bunga. Jadi sama ada anda keluar untuk mendaki di sepanjang laluan Olle No 19, atau dalam mood untuk berenang dan menikmati kopi, Hamdeok mempunyai sesuatu untuk semua orang. Ia merupakan khazanah untuk pelancong dan penduduk setempat.


바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>
바다가 벗이 되어주는 그 길에서 <해안 산책길 따라 걷는 제주여행>

 

Notice
※ The above information was written on 2022-04-07 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.