본문

Shhh! Kanak-kanak menumpukan perhatian <Menggalakkan rasa ingin tahu kanak-kanak di zoo haiwan jinak>

별점(별점없음)

Jika anda merancang perjalanan ke Pulau Jeju - pulau pemulihan - dengan anak-anak tercinta, kami mempunyai beberapa idea untuk anda. Ini merupakan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat banyak peluang untuk menggalakkan dan mencurahkan rasa ingin tahu anak-anak anda semasa mengetahui perkara-perkara baru dan menakjubkan tentang dunia. Dan pada masa yang sama, orang dewasa boleh berehat dengan secawan kopi atau teh yang enak sambil menikmati pemandangan.

  • Semak

    0

  • Carian

    15,945

  • Kongsi SNS

    12

Butiran확장됨

Shhh! Kanak-kanak menumpukan perhatianGalakkan rasa ingin tahu kanak-kanak di zoo petting

Jika anda merancang perjalanan ke Pulau Jeju - pulau pemulihan - dengan anak-anak tercinta, kami mempunyai beberapa idea untuk anda. Ini merupakan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga. Terdapat banyak peluang untuk menggalakkan dan mencurahkan rasa ingin tahu anak-anak anda semasa mengetahui perkara-perkara baru dan menakjubkan tentang dunia. Dan pada masa yang sama, orang dewasa boleh berehat dengan secawan kopi atau teh yang enak sambil menikmati pemandangan. Ambil gambar dengan haiwan liar comel, pengalaman memberi haiwan makan, dan belajar bagaimana cara untuk menghormati kehidupan dan alam sekitar. Kali ini bersama keluarga pastinya akan menjadi kenangan indah sepanjang hayat.

Hutan Jeju yang indah dan ladang biri-biriLadang Jeju Yangtte
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>


Ini adalah hari yang menyegarkan bagi penduduk bandar yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam hutan konkrit. Ketegangan kehidupan moden seolah-olah beransur hilang dari tubuh anda kerana anda asyik melihat keindahan luar bandar, keindahan yang seolah-olah dari cerita dongeng. Ladang Yangtte ditubuhkan untuk memberikan peluang kepada keluarga untuk melihat haiwan-hawian domestik seperti kambing, kuda, ayam, anjing dan biri-biri dan berinteraksi dalam suasana ladang. Kanak-kanak menghabiskan waktunya bersama haiwan, berjalan bersama ia di halaman ladang luas, sementara orang dewasa dapat bersantai dengan nyaman di kafe dan menikmati pemandangan yang damai. Jika anda mempunyai masa untuk selama satu hari suntuk, program pengalaman ladang ini adalah untuk anda.


쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>


Alamat : 289-13 Dochidol-gil, Aewol-eup, Jeju-si
Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10:00 - 17:00 (Pesanan terakhir 16:00) / Ditutup setiap hari Isnin dan hari hujan
Telefon : 064-799-7346


Bagaimana boleh ada ladang di dalam kafe?Smiler Cafe
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>


Dari mana-mana arah yang anda ambil dari Bandar Jeju dan ke kawasan luar bandar pulau, anda akan menemui banyak kafe. Dengan pilihan yang begitu banyak, kafe-kafe Jeju mesti mengikuti semua citarasa dan trend terbaharu pelanggan mereka. The Smiler Cafe di Hagwi 1-ri, Aewol-eup, adalah seorang pakar: dalam kes ini, sebuah kafe yang memaparkan pelbagai haiwan peliharaan dan bukan haiwan peliharaan. Anjing, kucing, arnab, burung kakak tua, reptilia, ikan tropika dan kura-kura semuanya ada di premis ini. Tiada yuran masuk ke Smiler Cafe, yang merupakan berita baik untuk ibu bapa. Kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada persekitaran zoo haiwan jinak ini, termasuk melihat haiwan pada waktu makan (amat popular!) Orang dewasa, sementara itu, boleh menikmati secawan kopi dan bersembang sesama mereka sambil menonton anak-anak mereka yang – kebetulannya - juga berinteraksi dengan haiwan kafe.


쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>


Alamat : 47 Sanggo-gil, Aewol-eup, Jeju-si
Waktu Operasi : 09:00 - 20:00 (Pesanan terakhir pukul 19:00) / Ditutup setiap Rabu
Telefon : 070-8285-7558


Memerah susu lembu, berkomunikasi dengan haiwanJeju Morning Smile Farm
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>


Hanya 20 minit di tenggara bandar Jeju, imej padang rumput hijau ini akan membawa senyuman ke wajah anda. Hanya beberapa langkah melalui pintu masuk ke ladang ternak dan pemandangan padang rumput luas terbuka, mengisi ufuk langit dengan pemandangan yang beralun dan menghijau. Pada waktu pagi, lembu dan lembu tenusu membuat hal sendiri di padang dan pengunjung dapat mengambil kesempatan sepenuhnya dengan kemasukan percuma untuk mengambil pelbagai gambar di zon fotografi alam semulajadi yang indah ini. Bagi bahagian pengalaman program ladang, kanak-kanak boleh memberi makanan kepada lembu dan menyentuh haiwan-haiwan disitu. Mereka juga boleh mencuba produk tenusu segar yang dihasilkan oleh Morning Smile. Seisi keluarga benar-benar mendapat manfaat dari menikmati hari yang tenang dan bersih dari ladang kerja Jeju yang unggul ini.


쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>


Alamat : 160-20 Cheomdandong-gil, Jeju-si
Waktu Operasi : Isnin-Ahad 10:00 - 17:00 / Ditutup setiap Selasa
Telefon : 064-727-2545


Flora dan hidupan liar di satu tempat!Taman Semula Jadi Hueree
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>


Taman Semula Jadi Hueree adalah tempat yang amat baik untuk menikmati alam semulajadi Jeju dalam semua bentuk – flora dan fauna. Program pengalaman bermusim di sini termasuk memilih limau tangerin, memberi makan khinzir hitam yang baharu lahir, burung unta dan arnab, menunggang kuda dan banyak lagi. Terdapat juga persembahan yang menyeronokkan di mana khinzir hitam comel itu melungsur laju dari gelongsor air. Jangan ketinggalan pesta flora pelbagai yang bermusim di Hueree. Pada awal musim panas bulan Jun, hydrangeas wangi sedang kembang mekar. Terdapat sesuatu untuk semua orang, Hueree adalah tempat di mana orang dewasa dan kanak-kanak dapat mengalami keindahan - dan daya tarikan - alam semula jadi.


쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>
쉿! 아이들의 호기심을 자극하다 <아이들과 가볼만한 동물 체험장>

 

Notice
※ The above information was written on 2022-04-06 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.