본문
Snek berbentuk Jeju: Kudap-kudapan yang banyak di pulau
별점(별점없음)
Sandwich dibuat daripada makarel? Memikirkan gabungan itu mungkin membuat anda akan menggaru kepala dalam kebingungan. Tetapi ia sebenarnya lebih sedap daripada yang anda fikirkan! Malah, sangat luar biasa. Kami menjemput anda untuk memasuki dunia masakan imaginasi Jeju yang lazat.
Semak
0
Carian
27,364
Kongsi SNS
0
Butiran확장됨
- Memperkenalkan makanan ringan Jeju yang unikSnek berbentuk Jeju: Kudap-kudapan yang banyak di pulau
Sandwich dibuat daripada makarel? Memikirkan gabungan itu mungkin membuat anda akan menggaru kepala dalam kebingungan. Tetapi ia sebenarnya lebih sedap daripada yang anda fikirkan! Malah, sangat luar biasa. Kami menjemput anda untuk memasuki dunia masakan imaginasi Jeju yang lazat.

Cutlassfish Café terletak di persimpangan Jungmun. Kerana nama yang unik, ia akan terpahat dalam minda anda sehingga anda akhirnya turun ke Seogwipo untuk mencubanya. Hidangan tersendirinya adalah snek roti ikan cutclass. Adakah terdapat ikan di dalamnya? Atau adakah ia berbentuk seperti ikan? Sebenarnya ianya kedua-duanya ada. Dan diatasnya diletakkan ais krim hallabong sitrus Jeju yang banyak. Anda mungkin berfikir ia dibuat lebih dalam seperti epal paia la mod la apabila anda mula-mula melihatnya, tetapi walaupun ia sangat berbeza, ia juga sangat enak. Adakah anda mahu mencubanya?





Jika anda pergi ke Pasar Seogwipo Maeil Olle, anda boleh mencari gimbap ikan saury. Anda juga boleh menemui hidangan ini di sebilangan besar restoran ikan mentah di sekitar pulau itu. Tetapi Restoran Woojung Raw Fish merupakan restoran yang anda mungkin melihat untuk kali pertamanya dimana gimbap ikan saury dibuat dalam bentuk ikan, kepala dan ekor yang sebenarnya termasuk sekali! Memandangkan penyediaannya yang asli, pastikan untuk berjaga-jaga dengan tulang kecil, terutamanya jika anda membawa anak-anak.



Roti berbentuk Hallasan ini adalah agak luar biasa kerana komposisi dan juga bentuknya. Nombor 1950 merujuk kepada ketinggian gunung 1,950 meter di pulau ini. Di samping itu, chefnya memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan tempatan dan termasuk limau, lobak merah, dan teh hijau. Tiada pengawet atau pewarna tambahan. Anda juga mempunyai empat jenispilihan: Coklat, teh hijau, strawberi, dan lobak merah dengan walnut dan keju krim. Pilihan-pilihan ini bersaiz kecil, jadi jika anda tidak berhati-hati anda mungkin mendapati diri anda makan berlebihan!



Nasi abalone yang ditekan. Digabungkan dengan balutan rumpai laut dan lapisan telur gaya Jepun, ia adalah sejenis snek yang unik. Sudah tentu sesetengah mungkin tidak suka kekenyalan abalone yang dipanggang, tetapi jika anda suka abalone, maka ini benar-benar satu hidangan yang lazat.



Pada pandangan pertama, anda mungkin menganggap anda telah memesan beberapa jenis hidangan spageti secara tidak sengaja. Tetapi ia bukan pasta tetapi sebaliknya hidangan tepung tteokbokki yang panjang dalam sos lada merah pedas, bukan sos tomato. Tteokbokki ini dipanggil "Jjortaeng", menyiratkan rasa kenyal dan rasa masamnya. Hidangan ini sangat lazat dan menyelerakan kerana dimasak dengan pes lada merah dan gula. Di atas bumbung anda mempunyai pemandangan pantai Sehwa dan kehidupan desa yang menawan.


- Notice
- ※ The above information was written on 2022-03-30 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.