본문

Selami Tteokbokki <Lawatan Sebelah Barat Tteokbokki Pulau Jeju >

별점(5점만점에 5점)

Tteokbokki pastinya bukan hidangan yang sukar atau rumit, tetapi rasanya boleh disesuaikan dengan pelbagai cara. Ia adalah sejenis snek kek beras yang popular dan lazat yang dinikmati oleh kebanyakan masyarakat Korea (sama seperti makanan yang selesa) dan juga sebilangan besar masyarakat di seluruh dunia. Di sini kami sediakan lawatan tteokbokki untuk anda di Jeju barat yang kami berharap akan melengkapi perjalanan anda dengan baik.

  • Semak

    1

  • Carian

    9,692

  • Kongsi SNS

    2

Butiran확장됨

Selami TteokbokkiLawatan Sebelah Barat Tteokbokki Pulau Jeju

Tteokbokki pastinya bukan hidangan yang sukar atau rumit, tetapi rasanya boleh disesuaikan dengan pelbagai cara. Ia adalah sejenis snek kek beras yang popular dan lazat yang dinikmati oleh kebanyakan masyarakat Korea (sama seperti makanan yang selesa) dan juga sebilangan besar masyarakat di seluruh dunia Di sini kami sediakan lawatan tteokbokki untuk anda di Jeju barat yang kami berharap akan melengkapi perjalanan anda dengan baik.

Sotong besar dalam pesta makanan laut iniHanchi Apdo Moreur Bada
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>


Tempat tteokbokki ini terletak di sebuah rumah kampung kecil yang diperbaharui di tengah-tengah lorong sempit yang terletak tidak jauh dari Pantai Hyeopjae. Semasa anda berjalan di kawasan itu, anda akan melihat sebuah rumah berbumbung biru yang diwarnai dengan awan putih di atasnya. Makanan istimewa di Hanchi Apdo Moreur Bada adalah ketam, abalone, makarel, sotong, kombo kek beras yang dihidangkan untuk dua orang dan sangat pedas. Anda boleh menambah penkek keju / kentang untuk membantu meredakan kepedasannya ... kombinasi yang amat lazat!

Alamat : 9 Hyeopjae 6-gil, Hallim-eup, Jeju-si
Telefon : 070-8884-0428


떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
Kenangan sekolah rendah dan tteokbokkiSnek Myeongrang
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>


Berikut adalah salah satu tempat menjual tteokbokki yang lebih terkenal di sebelah barat Pulau Jeju, yang mengikut versi yang terdapat di sebelah timur Jeju. Bukan hanya snek kek beras pedas yang ditawarkan. Mereka mempunyai udang jumbo goreng, sotong goreng, hidangan daging khinzir hitam dan banyak lagi. Nikmati pemandangan laut dari bumbung semasa anda menjamu selera!

Alamat : 585 Hallim-ro, Hallim-eup, Jeju-si
Telefon : 070-4121-1110


떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
Padanan yang tidak disangka: sotong dan keju tteokbokkiYeonhwa Kitchen
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>


Restoran tteokbokki ini terletak berhampiran Sekolah Cawangan Deoreok yang terkenal di Aewol-eup. Mereka menawarkan kombo ddeokbokki yang merangkumi sotong, keju dan pasta. Ini adalah hidangan untuk dua orang. Sekiranya anda dating melawat bersama-sama kumpuan yang besar, anda juga boleh memesan pasta sos krim, risotto, atau salad pasta.

Alamat : 51 Sangga-ro, Aewol-eup, Jeju-si
Telefon : 064-900-9733


떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>
떡볶이 바다에 퐁당 <제주 서쪽 떡볶이 투어>

 

Notice
※ The above information was written on 2022-03-28 . Please confirm the information prior to your trip.
※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.