본문
Alami kehiduan Jeju yang sebenar: Rumah Geo
별점(별점없음)
Setibanya anda di Jeju, apa kata merasai alam semula jadi dengan kelima-lima deria anda, sementara menduduki di tempat dimana anda benar-benar dapat mengalami kehidupan di Jeju? Di Rumah Geo di bandar Geologi Jeju, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Taman Geo Global anda boleh mengalami ciri-ciri geologi yang unik yang bermotifkan sumber geologi atau cerita kebudayaan. Ini merupakan tempat yang anda boleh bersantai sambil mempelajari tentang geologi pada masa yang sama. Terdapat 11 Rumah Geo yang beroperasi daan 1 rumah di Seongsan ·wilayah Ojo bersebelahan Seongsan Ilchulbong, 5 rumah di Kimnyung ·wilayah Woljeong bersebelahan Manjanggul dan 5 lagi di Sanbangsan · wilayah Yongmeorihaean
Semak
0
Carian
9,100
Kongsi SNS
0
Butiran확장됨
- Alami kehiduan Jeju yang sebenarRumah Geo
Setibanya anda di Jeju, apa kata merasai alam semula jadi dengan kelima-lima deria anda, sementara menduduki di tempat dimana anda benar-benar dapat mengalami kehidupan di Jeju. Di Rumah Geo di bandar Geologi Jeju, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Taman Geo Global anda boleh mengalami ciri-ciri geologi yang unik yang bermotifkan sumber geologi atau cerita kebudayaan. Ini merupakan tempat yang anda boleh bersantai sambil mempelajari tentang geologi pada masa yang sama. Terdapat 11 Rumah Geo yang beroperasi daan 1 rumah di Seongsan ·wilayah Ojo bersebelahan Seongsan Ilchulbong, 5 rumah di Kimnyung ·wilayah Woljeong bersebelahan Manjanggul dan 5 lagi di Sanbangsan · wilayah Yongmeorihaean.

Rumah tradisional Jeju ini dibina pada 1945. Bahagian dalam rumah adalah mengikit gaya senibina Jepun, kerana ianya didirikan ketika zaman penjajahan Jepun. Ciri-ciri rekaannya menggunakan corak-geo yang bermotifkan Seongsan Ilchulbong. Gyeongja Hong, seorang penyelam yang berusia 77 tahun yang masih aktif menyelam, dan anak menantu perempuannya, yang merupakan tukang cerita di Seongsan Ilchulbong mengendalikan rumah geo ini.
Alamat : 14, Seongsandeungyong-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do
Telefon : +82-10-3691-8166

Terletak di wilayah Manjanggul, penerapan figura yang menyerupai skoria dan gua gunung berapi adalah satu ciri yang berlainan. Rupa rumah batu lama Jeju telah dipelihara, tetapi kawasan pedalaman telah diubahsuai dengan gaya moden, supaya pengunjung dapat mendudukinya tanpa sebarang kesulitan. Kedua-dua bahagian menghadapi satu sama lain, dan berpusat di halaman yang mencerminkan struktur rumah tradisional Jeju, memastikan bahawa tinggalan masa lalu boleh dihayati dengan sedikit demi sedikit. Anda boleh menyewa kedua-dua rumah untuk penginapan yang lebih selesa.
Alamat : 78, Gimnyeong-ro 1-gil, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
Telefon : +82-10-9500-4432


Rumah penginapan ini dibina bermotifkan kisah tentang orang-orang yang menduduki di atas gua dan konsep yang mengandungi gunung berapi skoria dan gua-gua. Anda akan menjumpai pelbagai barangan perihal geologi yang menarik di dalamnya, dan bahagian dalamnya yang direka mengikut corak geologinya. Rumah penginapan ini juga adalah sesuai untuk pelancong solo.
Alamat : 12, Gimnyeong-ro 19-gil, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
Telefon : +82-10-3912-4504


Apabila anda memasuki Haeilweol, suatu suasana menyelubungi tubuh anda merasakan seolah-olah lautan Jeju adalah sebahagian daripada Haeilweol. Di sebalik tembok berbatu yang bertimbun di hadapan laman depan Haeilweol, anda boleh mencuba memancing ikan atau menangkap timun laut, berdasarkan pasang surut laut. Haeilweol telah dibina berkonsepkan muzium di alam bebas yang membenarkan pengunjung untuk mengalami kebudayaan marin di wilayah Gimnyeong. Penih dengan mistik zaman purbakala, tempat ini juga sangat dicari-cari oleh penduduk Jeju.
Alamat : 4054, Gimnyeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
Telefon : +82-10-5326-6477


Perkampungan Woljeong dan penduduknya merupakan motif di sebalik penginapan kawasan laluan geo ini
Alamat : 662-3 Woljeong-ri, Gujwa-eup, Jeju-si
Telefon : +82-10-6746-5146

Satu tempat dimana anda dapat melihat, merasa dan menikmati Gunung Sanbangsan, Gunung Dansan dan Sanggye-ri yang terhasil daripada aktiviti gunung berapi.
Alamat : 3562 Sagye-ri, Andeok-myeon, Seogwipo-si
Telefon : +82-10-2692-2922

Rumah tumpangan yang meambangkan kepentingan air mata air dalam kehidupan penduduk Jeju
Alamat : 840 Hwasun-ri, Andeok-myeon, Seogwipo-si
Telefon : +82-10-3697-8528

Satu-satunya Rumah Pelancongan Geo yang terdapat di kawasan Gosan-ri dan Suwolbong. Rumah tamu penginapan dan sarapan ini dikendalikan oleh penterjemah taman Geo.
Alamat : 23 Gosanjunggil, Hangyeong-myeon, Jeju-si
Telefon : 010-7369-9464

Satu contoh dimana bentuk heksagon dari pembentukaan geeologi di kawasan ini adalah hasil dari kombinasi lava panas dan air laut yang sejuk
Alamat : 2072-1 Daepo-dong, Seogwipo-si
Telefon : 82-64-738-5353
- Notice
- ※ The above information was written on 2022-03-18 . Please confirm the information prior to your trip.
- ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.