본문

Makanan musim sejuk yang wajib dicuba di Jeju: Ikan Yellowtail dan Burung Kuang

별점(5점만점에 5점)

Semasa musim sejuk, Moseulpo yang terletak di selatan Jeju menjadi sesak. Ini kerana ikan yellowtail sedang bermusim. Ikan yang mengandungi banyak lemak, ikan yellowtail ini telah digunakan bukan sahaja sebagai sumber makanan tetapi juga untuk penghasilan minyak bersama ikan paus. Sejak Dinasti Chosun, ikan yellowtail telah diasinkan dan dimakan sebagai jjigae. Burung kuang lebih mudah ditangkap semasa musim sejuk sejak lama dahulu di Jeju. Ianya tidak boleh terbang, kerana bulu mereka lebih pendek. Ia bukan sahaja lazat, malahan juga berkhasiat. Bulu pelepahnya yang cantik juga merupakan sebab adanya burung ini pada majlis perkahwinan dan upacara peringatan.

  • Semak

    1

  • Carian

    17,219

  • Kongsi SNS

    0

Butiran확장됨

Makanan musim sejuk yang wajib dicuba di JejuIkan Yellowtail dan Burung Kuang

Semasa musim sejuk, Moseulpo yang terletak di selatan Jeju menjadi sesak. Ini kerana ikan yellowtail sedang bermusim. Ikan yang mengandungi banyak lemak, ikan yellowtail ini telah digunakan bukan sahaja sebagai sumber makanan tetapi juga untuk penghasilan minyak bersama ikan paus. Sejak Dinasti Chosun, ikan yellowtail telah diasinkan dan dimakan sebagai jjigae.
Burung kuang lebih mudah ditangkap semasa musim sejuk sejak lama dahulu di Jeju. Ianya tidak boleh terbang, kerana bulu mereka lebih pendek. Ia bukan sahaja lazat, malahan juga berkhasiat. Bulu pelepahnya yang cantik juga merupakan sebab adanya burung ini pada majlis perkahwinan dan upacara peringatan.

Perut tuna yang lazat!Ikan yellowtail musim sejuk
겨울에 꼭 먹어봐야 할 제주 음식 <방어와 꿩>


Ikan yellowtail adalah makanan istimewa musim sejuk di Jeju. Teksturnya yang kenyal bersama dengan lapisan lemaknya yang tebal membuatkannya seakan-akan sama lembut dan savuri seperti perut ikan tuna. Ikan yellowtail musim sejuk adalah salah satu daripada ikan bermusim Korea yang terbaik, bersama-sama ‘frog flounder’, dan ‘croaker’ musim panas. Penduduk di Jeju sering makan ikan yellowtail bersama kimchi masam, kerana mereka percaya bahawa lapisan lemak yang tebal dan kimchi yang masam merupakan padanan yang baik.

Anda boleh menemui restoran berhampiran Moseulpo yang menyajikan pelbagai hidangan selain sushi ikan yellowtail, seperti tomato rebus, ayam panggang mentega, shabu shabu, tempura, dan kebab. Ikan yellowtail gergasi yang beratnya melebihi 5kg merupakan makanan wajib yang mesti dicuba jika berada di luar negara, bersama dengan tuna dan salmon. Bak kata pepatah, 'malahan anjing tidak memakan ikan yellowtail musim panas', ikan yellowtail ini pastinya makanan istimewa musim sejuk. Selain mempunyai isi yang enak, ia juga mempunyai nilai nutrisi yang tinggi, kerana ia mempunyai jumlah vitamin D yang tertinggi selepas ikan bonito berbelang, yang menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk orang dewasa dan membantu mencegah proses penuaan dalam pelbagai cara. Lemak tak tepu yellowtail adalah kaya dengan DHA, EPA dan Taurina yang berkesan untuk mencegah stenosis arteri, tekanan darah tinggi, infark miokard dan strok.


겨울에 꼭 먹어봐야 할 제주 음식 <방어와 꿩>


Sushi ikan yellowtail

Ikan yellowtail, dimana sebahagian isinya separa merah, berkesan dalam merangsang selera makan seseorang. Walaupun cara yang paling biasa untuk makan sushi ikan yellowtail musim sejuk dengan lemak perut yang banyak adalah dengan kicap dan pes cili merah dengan cuka, ia juga merupakan hidangan istimewa jika anda memakannya dengan sos soya pedas. Ikan yellowtail yang ditangkap berhampiran Marado Jeju dianggap sebagai nilai tertinggi di Korea, kerana dagingnya yang pejal amat enak apabila dimakan mentah. Makanan istimewa musim sejuk, ikan yellowtail harus menjadi perkara pertama yang anda cuba dalam senarai “makanan yang perlu dicuba” oleh anda.


겨울에 꼭 먹어봐야 할 제주 음식 <방어와 꿩>


Stew ikan yellowtail pedas

Anda akan diselubungi sesalan jika anda hanya mencuba ikan yellowtail mentah, dan ketinggalan untuk merasai stew ikan yellowtail pedas yang lazat. Hanya dengan sesudu stew ikan yellowtail pedas ini akan membuatkan anda berani untuk menghadapi angin Jeju yang dingin. Moseulpo penuh dengan kesibukan orang-orang yang ingin merasai ikan yellowtail musim sejuk, dan apabila mereka memesan hidangan sushi ikan yellowtail, mereka juga akan mendapat stew ikan yellowtail pedas sebagai hidangan sampingan. Ikan yellowtail yang enak ini mempunyai kandungan lemak yang lebih banyak daripada ikan lain, dan apabila tulang besarnya direbus untuk masa yang lama dan menjadi stok yang pekat, ia menjadi sama savuri seperti stok daging lembu.


Untuk tetamu istimewa kami sahaja!Burung kuang
겨울에 꼭 먹어봐야 할 제주 음식 <방어와 꿩>


Semasa musim sejuk, penduduk Jeju pernah menyimpan burung kuang yang dijerat dalam salji. Mereka hanya akan dimasak semasa ketibaan tetamu penting, dan bahagian dada burung kuang akan dimakan mentah sementara yang selebihnya akan dijadikan sebagai daging kering. Burung kuang pada musim panas tidak begitu enak kerana ianya merupakan musim pembiakan mereka, tetapi mereka akan menjadi gemuk ketika musim luruh mula berkembang, dan pada musim sejuklah burung-burung ini menghasilkan rasa yang terbaik.

Daging burung kuang mempunyai sifat yang hangat, yang dapat melindungi sistem pencernaan dan membantu mencegah cirit-birit. Kaya dengan protein, burung kuang mengandungi 8 jenis asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri. Di samping itu, ia mengandungi sejumlah besar omega-3 yang menyekat penumpukan kolesterol, mempunyai serat yang nipis berbanding dengan ayam atau itik, dan dagingnya yang lembut hampir tiada lemak. Penuh dengan khasiat, kuang disediakan dalam pelbagai jenis hidangan, seperti kuang mentah, kaki kuang panggang, shabushabu, tempura, jeongol, sup ladu, dan naengmyun. Dengan hidangan yang pelbagai, kaedah memesan hidangan burung kuang juga berbeza-beza di Jeju. Anda boleh memilih hidangan tertentu untuk mencicip, atau mencuba sedikit setiap hidangan melalui sajian yang terdiri daripada pelbagai hidangan kuang. Semasa musim sejuk di Jeju, mi gandum kuda dan ladu kuang merupakan hidangan burung kuang yang lazim yang anda mesti cuba.


겨울에 꼭 먹어봐야 할 제주 음식 <방어와 꿩>


Mi gandum kuda kuang

Jeju-do tidak mempunyai tanah ladang, yang menyebabkan biji-bijian lebih lazim dijumpai daripada beras dan pengeluaran gandum kuda yang besar. Mi gandum kuda kuang, yang dihasilkan daripada menggabungkan kuang dan gandum kuda yang berharga, kerap disajikan sebagai makanan penjagaan selepas bersalin. Kombinasi gandum kuda, yang membersihkan darah dan menyejukkan badan seseorang, dan kuang, yang membantu dengan memperoleh semula tenaga adalah sesuai untuk penjagaan selepas bersalin.


겨울에 꼭 먹어봐야 할 제주 음식 <방어와 꿩>


Sup ladu burung kuang

Sup ladu burung kuang adalah cara paling murah untuk mencicip hidangan burung kuang ini. Ladu yang diperbuat dengan campuran daging kuang, pelbagai sayur-sayuran dan serbuk gandum kuda yang dicincang halus, dan kulit ladu. Direbus di dalam kuah daging, sup Sup ladu burung kuang ini merupakan makanan istimewa yang sangat berkhasiat yang boleh anda rasai semasa musim sejuk di Jeju sebagai sup panas. Teksturnya yang lembut dan rasa sup ladu burung kuang dipadan dengan baik dengan supnya yang savuri.


 

  • Semak축소됨

    Travelers' reviews(1)

    • 0

      • Saya melawat.

      방어를 워낙 좋아하는데 부두식당에 가보았는데
      방어도 신선하고 양도 넉넉해서 좋았구요. 이름처럼 부둣가에 있어 회 먹고 산책하기도 좋았습니다.
      사람이 많아서 주차하기는 쉽지 않았어요

        TwitterFacebook
    Notice
    ※ The above information was written on 2017-03-02. Please confirm the information prior to your trip.
    ※ Unauthorized use of the content above (text, photos and videos) is prohibited and subject to copyright by the Jeju Tourism Organization.